Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Tuesday 23 December 2008

Mengarut Sungguh Penggugel di Malaysia ni



Aku sangat sangat percaya ramai antara kalian termasuklah diriku sendiri amat gemar menggunakan gugel atau nama saintifiknya google untuk menggodek sebarang maklumat yang diperlukan untuk keperluan seharian. Aku sendiri kalau berkaitan kerja sangat lah berguna menatang gugel ni sebab semua benda boleh diperolehi melaluinya. Kerjaku yang memerlukan aku pergi ke merata tempat memerlukan aku menggugel peta dan kerja kerja melibatkan kajian produk memerlukan aku untuk menggodek info mengenai produk sedia ada.

Adapun aku membangkitkan perkara menggugel ini kerana tak tertahan ketawa seorang diri memerhatikan tajuk tajuk yang digugel oleh orang malaysia sehinggakan mereka boleh singgah ke blog ini untuk mendapatkan maklumat yang mereka kehendaki. Memang bagus. Akan tetapi kebanyakan daripada mereka menggugel bendalah bendalah yang sangat mengarut seperti yang pernah aku bebelkan bulan lepas rasanya, orang tu mencari ubat untuk kaya segera macam siti nurhaliza. Kegiatan mereka tambah menjadi jadi dan semakin pelik yang dicari, malah banyak kali penggugel berlainan menggugel benda yang sama. Sila perhatikan tajuk tajuk yang sering digugel mereka ini.


Cerita Lucah
Ini tajuk yang paling kerap ditemui dan ia membuktikan sememangnya manusia di muka bumi malaysia ini sangat dahagakan bahan jenis ini. Rosak sungguh budak budak yang dipertanggungjawabkan menjayakan wawasan2020 ini kan? Mereka ini sering aku kecewakan kerana aku pernah menulis tajuk cerita lucah dari MD, ini aku pernah bebelkan. Korang yang belum baca, gugel lah sendiri.heehe...

Bakal Isteriku
Yang ini memang aku tak boleh tahan. Takkan terdesak sangat mahu beristeri sampai tahap menggugel di intenet? Dapat ke jumpa? Kat blog aku memang tak ada lah, blog blog lain ada kah?hehe...

Balai Polis Serian
Yang ini membuatkan aku sangat konpius sama ada mahu kagum atau kaget. Kagum sebab ada orang kenal dengan pekan kecil tempat asalku. Kaget kerana memikirkan kenapa kah balai polis yang beliau carik? Kenapa tak gugel jalan menuju kerumahku?hehe...

Pasangan Kekasih Yang Berlainan Bangsa dan Agama
Yang ini langsung aku tak pernah taip kat sini akan tetapi walaubagaimanapun tetap ada yang tersesat hingga ke blog ini. Apakah motip orang ini menggugel benda yang sebegini?

Pantun Buah Laici
Ini lagi best, satu lagi carik pantun jawa. Aku pernah siarkan pantun raya dalam bahasa jawa, tapi pantun buah laici? Ini mesti budak darjah satu laici yang dikerah oleh cikgu beliau untuk mencipta pantun berasaskan buah laici. Rasa rasanya lah.hehe...

birokrasi kat opis ni...
Ini pun ada digugel? Tak tahu lah apa yang difikirkan oleh si penggugel. Tak cukupkah birokrasi di pejabat beliau sehinggakan mahu mencari birokrasi di pejabat orang lain?huhu...

Begitu lah antara gugelan yang dibuat oleh penggugel amatur dan profesional di negara kita ni. Kesian jugak sebab kebanyakan gugelan yang mereka mahukan tidak dapat dicari di blog ini. Paling banyak menggugel bahan lucah atau porno yang melambangkan betapa sengalnya manusia zaman moden ini.

Aku sengaja nak bebel benda ni sebab nak lari sikit dari bercerita pasal majlis kawen yang baru berlalu. Takut takut ada yang menjadi muak atau perasaan syok berlebihan melanda diri. Lagi pun benda ini je yang terlintas untuk dibebelkan di tengah tengah malam buta ni sebab seharian tadi aku tak masuk opis sebab melawat tapak tapak binaan di melaka. Semalam pulak sangat dibebani dengan kertas kertas kerja dan jugak meeting yang entah apa apa. Mujur esok cuti walaupun terpaksa menggagahkan diri ke opis pada lusanya. Aku percaya ramai yang bercuti sakan hingga selasa namun bukan aku dan isteri kerana baru saja balik dari bercuti. Selamat bercuti kepada kalian yang menurut kata hati untuk berehat panjang.



Saturday 22 November 2008

Heroes Punya Penangan

Wah! Lagi lapan hari aku akan dinikahkan. Lagi tiga hari aku akan mula bercuti panjang dan blog ini akan terkuntang kanting selama tiga minggu. Tapi aku sudah pun merancang untuk mempublishkan bebelan khas pada 30 November ini.
Adakah aku perlu mencari cc pada hari nikahku?
Apakah aku perlu mengetuk pintu cc tersebut seawal subuh?
Adakah pemilik cc tersebut akan melayan kehendak aku yang tak berapa nak logik?
Adakah aku sendiri sanggup untuk melakukannya?
Mustahil.
Mustahil Mussaily nak berbuat demikian di pagi hari bersejarah dalam hidup beliau sedangkan darah gemuruh melanda dirinya ketika itu untuk mengadap tok kadi.
Mustahil Mussaily membuang masa yang semakin suntuk untuk menikmati setiap detik yang ditunggu beliau saban dua puluh lapan tahun hidup beliau di dunia penuh dugaan ni.
Mustahil juga Mussaily mampu untuk mengawal rasa gemuruhnya untuk membebel di pagi buta yang penuh bersejarah itu.
Maka, Mussaily sudah merangkanya dalam kepala dan akan diautopublishkan pada hari tersebut. Bukan mahu menghidupkan blog ini pada hari tersebut. Cuma mahu berkongsi rasa pada hari itu. Akan terbongkarkah segala rahsia pertemuan Mussaily dan Zaleha? Biar lah rahsia buat masa ini.hehe...
Ada pun mengenai tajuk di atas, aku sangat menghayati dan sangat berpuas hati dengan tahap perkembangan siri pujaan hatiku iaitu Heroes yang dah masuk musim ketiga. Dengan percutian makan angin atau lebih mesra lagi dipanggil berbulan madu sepanjang tiga minggu, aku percaya aku akan terlepas sekurang kurangnya dua episod.
Maka dengan ini aku memohon jasa baik kalian yang mempunyai tahap kerajinan para dewa kayangan mendownload siri siri begini untuk membantu aku mendownload dan seterusnya membakarkannya kedalam cd atau dvd lalu dihantar kepadaku. Tolong lah ye? Aku merayu ni. Bukan selalu aku nak merayu begini. Terima Kasih aku ucapkan andai ada yang bermurah hati. Tolong lah ada. hehe...

Monday 20 October 2008

You'll Never Walk Alone!!!







Sebenarnya aku nak bebelkan tentang ini awal pagi tadi tapi terbantut dek kegeraman aku terhadap cerita yang kutonton sabtu lepas.

Sesungguhnya aku meminati team ini sejak kecik lagi tapi sering diulit kehampaan saban tahun kerana sudah lama tidak menjulang trophy EPL.

Setiap tahun ditaburi dengan janji manis terutama encik benitez yang amat pandai bermain kata kata. Mujur beliau menang champions leauge tahun 2004 kalau aku tak ingat salah lah(if i'm not mistaken - ditranslate secara direct).

Selain itu memang team kesayanganku ini menang piala FA dan piala Liga, tapi aku dan rakan rakan penyokong yang lain mahukan tahta EPL!

Awal musim ini sekali lagi encik benitez menabur janji manis namun kusambut dingin. Apatah lagi beliau gagal membeli pemain yang betul betul menarik minatku. Adakah patut encik Robby Keane yang beliau beli? Mahal pulak tu? Baik dia sedekah duit tu kat aku, boleh gak buat belanja kawen. Eh, tak nak lah, sponsor team aku ni arak yang haram gajah. Salah satu sebab aku tak dapat pakai jersi team aku yang satu ni.

Namun begitubagaimanapun...

Aku betul betul kagum dengan gaya dan corak permainan team aku ni terutama dua perlawanan terakhir yang mana liverpool bangkit daripada ambang kekalahan menuju kemenangan.
Terima kasih kepada encik kuyt atau lebih mudah kalau disebut encik kunyit je di atas prestasi beliau yang semakin memberangsangkan. Kalau tidak, beliau senantiasa mendapat caci maki dariku akibat kebengkokan kaki beliau untuk menjaringkan gol.



Ketinggalan dua gol dapat kejar apatah lagi ketinggalan satu gol? Yang penting, aku lihat pemain pemain baru seperti encik riera dan encik zhar bukan sahaja menunjukkan komitmen tinggi tetapi mereka punya kebolehan tersendiri sekaligus mengurangkan kegusaranku akibat kecederaan encik fernando torres; kecuali encik robby keane tadi lah. Sudah tumpul. Dia cuma boleh digandingkan dengan encik berbatov.

Sebut saja dua mat laun robby dan berbatov ni, aku kesian dengan Spurs musim ni. Team yang punyai manager yang aku segani iaitu encik ramos semakin corot kedudukannya.

Aku tak minat sangat EPL ni sebab terlalu dihiasi dengan gambling. Setiap match seperti diatur keputusannya oleh bookie, cuma sampai sekarang belum ada bukti menangkap mereka yang berkenaan. Kalau dapat, nescaya berlaku gempar seperti liga itali dua tahun lepas.

Liga yang betul betul aku layan ialah spanish league, walaupun kebanyakan game di waktu dini hari. Hari bekerja pulak tu? Dan semestinya team aku adalah Real Madrid. Pun agak merudum team aku yang satu ni. Memang lah dah dua tahun berturutan menang liga sepanyol tu, tapi, dah lama sangat tak menang champions league.

Sebab tu aku tak kisah sangat kalau liverpool tak menang champions league ni sebab nak kasi chance la real madrid ni menang. Boleh ke macamtu?he he he

Yang aku hangin ngan liga sepanyol ni terutama team yang besar seperti real madrid, barcelona dan valencia; ketidaksabaran pengurusan pasukan terhadap head coach atau manager pasukan. Pantang kalah je terus kena sack. Langsung tak kasi peluang. Tengok team kat EPL macam arsenal, everton, toksah sebut lah yang banyak menang piala macam MU tu kan? Aku memang malas nak sebut MU ni sebab memang seteru utama aku lama dah.hehe...

Disebabkan kedegilan MU nak jualkan christiano ronaldo dan kebengongan management real madrid menawarkan robinho untuk mendapatkan ronaldo itu lah yang menyebabkan real madrid menjadi contoh paling tepat untuk peribahasa yang dikendong berciciran akibat mengejar sesuatu yang belum pasti. Eh, betul ke peribahasa aku ni? Ah! Lantak lah, aku punya suka lah kan?

Dek kerana ketamakan robinho melihat duitan lah dia menjadikan perselisihan pendapat dengan management of real madrid untuk menyertai team manchester city. Tapi kalau aku pun dapat offer banyak macamtu takkan nak lepaskan. Gila kaya orang main bola ni. Seminggu gaji dah RM1 juta. Kita ni setakat kerja makan gaji memang tak sentuh lah duit banyak tu. Bagi diorang, sejuta ni untuk celah celah gigi jek.

Alang alang aku dah melalut dengan sukan sukan kegemaran ni, baik aku kabarkan sekali disini encik hamilton menang dengan penuh gaya di shanghai ahad lepas. Sungguh lega aku. Ada lagi satu race dan dia cuma perlukan empat point untuk jadi juara termuda. Geram gak aku kat ferrari sebab menggunakan taktik kotor sekali lagi ahad lepas. Mana taknya, elok tinggal lalgi dua pusingan encik raikkonen membiarkan encik massa memotong beliau dengan mudah. Kambing ungu punya ferrari!huh!




Saturday 11 October 2008

Siapa Berani Mahu Komplen???


Proposal proposal proposal!!! Tak habis habis proposal aku buat sepanjang minggu. Budak budak sales merengek rengek mintak dicepatkan.

Product testing pun aku kena aturkan dan buat sendiri. Encik bos sibuk mengerah sebab dia turut direngek oleh product manager.


Nak melawat tapak tapak lagi. Mat mat dan minah minah indon sudah tentu merindui kehadiran aku menegur kesemberonoan mereka bekerja.

Training pun aku kena uruskan disamping melengkapkan entah apa apa lagi paperwork yang melambak.

Kawan kawan yang lain pun sibuk merungut dari tempat keje masing masing. Ada yang kena bambu dengan bos lah, bini bos datang komplen pun ada. Entah apa apa. Bini bos diorang datang bising bising sebab tak tahan asyik dijadikan tempat untuk laki dia merungut kat rumah kerana pekerja pekerja laki dia tak siapkan kerja. Macam ni pun ada kah?

Akan tetapi, segala rungutan aku tadi seakan mati akibat kepintaran encik MD yang seolah faham melihat kerutan di dahi aku sepanjang minggu bertungkus lumus di opis, dia memforwardkan gambar dibawah dengan title 'Do you want to complaint about your job?'




Apa macam, korang ada berani?

Wednesday 8 October 2008

Mari Belajar Bahasaku 3


Perkataan yang terlintas dalam kepalaku kali ini ialah T.E.T.A.K

TETAK dalam bahasa melayu semenanjung maksudnya lebih kurang memotong dengan parang atau benda tajam, aku agak agak je lah. BM aku dulu dapat gred tiga je masa SPM. Tengok penggunaan ayat dia nanti korang paham lah sendirik.

Ada pun TETAK dalam bahasa serian bermaksud ketawa. Betul ni, aku tak tipu. Kita tengok contoh penggunaan pulak


Bahasa sini:

Seorang lelaki tanpa nama ditemui berlumuran darah dipercayai ditetak hingga mati.

Kalau dialih bahasa ke bahasa aku:

Sidak nemu sorang laki belomor ngan darah kenak tetak sampei mati.
(tapi tetak dalalm bahasa aku bermaksud ketawa)


Bahasa aku:

Sik dapat kamek nahan tetak nangga sidak duak ya tek belanggar.

Dialih bahasa sini plak:

Aku tak dapat menahan tetak bila nampak budak dua orang tu berlanggar.
(Dalam bahasa sini plak, tetak tu potong)

Tuesday 7 October 2008

Terpijak Rejeki

Kejadian petang tadi...
Jam hampir 6.00 petang
Perut berkeroncong menahan lapar
Sudah sempurna mungkin pencernaan
Dua keping roti yang kutelan di tengahari
Kepala yang sarat ketika ini
Konsentrasi terhadap kerja yang semakin menimbun
Di samping melayan karenah encik manager
Beliau turunkan banyak ilmu sebab mahu tukar kerja
Tambahkan serabut di kepalaku dan rakan rakan
Masa kerja yang sudah sejam berlalu
Membuat aku tambah goyah konsentrasi
Tiba tiba
Encik GM menampilkan diri
Aku hampir menepuk dahi
Dia bangsa cina
Asal dari vietnam
Tapi peramah yang teramat
Salam raya dia hulurkan
Aku sambut girang
Tanpa diduga
Sampul bewarna emas beliau hulurkan
Kusambut penuh keliru
Silap konsep kah?
Dia atau aku yang tak mengerti
Aku ambil saja sampul itu
Tak perlu banyak soal
Orang dah bagi
Ambil saja lah
Bukan banyak pun
Paling paling warna merah
Silap silap hijau
Ah! Malas mau ambil pusing
Sampul diselit dalam poket
Kerja harus diselesaikan segera
Mujur encik MD muncul tepat pada waktu
Terus melayan encik GM
Baru lah padan
Sapa lah aku kan?
Kerja beres
Aku bergegas turun
Nak selamatkan duit bayar parking
Harus aku kena dua puluh hengget hari ini
Memang boleh claim
Tapi mahu jimat
Bulan masih panjang
Sesampai dirumah asar sudah dipenghujung
Selesai saja terus buka kemeja
Sempat kosongkan segala isi poketnya
Tika itu baru teringat duit raya
Dari encik GM
Duit raya pertamaku
Kesiannya...
Kubuka sampul
Dengan niat mahu buang segera sampul
Setelah meragut isinya
Sebaik sampul terbuka
Aku terkesima
Melopong seketika
Bukan merah
Bukan hijau
Bukan juga biru
Korang lihat sendiri lah
Aku masih keliru
Sampai detik ini
Sampul dan isinya
Tak terusik
Kaku


Alhamdulillah rejeki
Akan tetapi
Esok tahulah nasib duit itu
ha ha ha

Monday 6 October 2008

Pantun Saka Raya


Sungguh meriah masyarakat malaysia ni berpantun raya tahun ni. Trend gambar gambar masjid dan pelita minyak tanah mahupun yang berunsurkan kelucahan tahap sederhana sudah beralih arah kepada pantun memantun hinggakan aku tak larat nak balas puluhan pantun yang di-sms rakan rakan tak kira bangsa melayu india cina.

Aku ingin ambil kesempatan ini mengulas beberapa pantun yang menarik perhatianku sepanjang percutian raya.

Yang pertama ini, percaya atau tidak datangnya dari seorang india dari tempat kerja lama. Dan dia antara yang paling awal mengucap selamat. Baru baca serangkap aku dah tergelak. Separuh pantun kubaca aku dah berguling ketawa sebab seolah olah dia pun berpuasa sebulan dengan maksud pantun beliau. Yang menariknya india ni, ada lima orang yang hantar sms kat aku tapi dengan pantun berlainan. Mana lah diorang dapat pantun pantin ni aku malas ambik tau.


Pejam celik pejam celik,
Dah lama tak dengar khabar
Pejam celik dah 30 ari puasa
Makin dipejam celik
Makin banyak salah dan dosa
Sementara masih celik
Banyak banyaklah buat pahala
Sebelum pejam tak celik celik
Harap maaf jika tersalah kata


Pantun seterusnya ni boleh buat kita insaf tapi malangnya ia tak mendatangkan kesan pada hati aku ketika membacanya. Mungkin sebab dah terlalu banyak pantun diterima atau bahasa yang digunakan terlalu mengampu. Entah lah, itu pendapat aku. Ada tiga orang hantar pantun ini.

Sebening air wudhu’
Sesuci Al-Quran
Semerdu alunan zikir
Seindah solat 5 waktu
Setenang hati yang tiada rasa benci atau dendam
Jika tanganku tak sempat berjabat
Jika mukaku tak sempat bertatap
Bukalah pintu kemaafan untukku


Ada jugak yang kreatif reka pantun seloka:

Ayam berlari kesini sana
Kucing ketawa bagai nak gila
Ayam dan kucing tu takde kena mengena
Saje nak ucap selamat raya


Ada yang bersederhana:

Gemersik takbir mengundang hiba
Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelma tiba
Salam diutus pohon kemaafan


Buah laici buah strawberi
Dicuri pulak si labu labi
Ampun dan maaf dari diri ini
Salah dan silap please 4give me


Ada jugak yang melawak tahap gaban beranak lapan dengan menghantar sms berbahasa jawa. Tak tahu lah motif beliau untuk menyindir diriku yang bermentuakan jawa atau sekadar berseloka. Walau apa pun motif si penghantar, aku ternyata terhibur kerana urat saraf menjadi tegang menahan ketawa. Ada dua pantun jawa ni, tapi yang lagi satu dah panjang sangat. Layan saja yang ini:

Ngetan ngulong nunggang kudo
Melaku laku dengkule loro
Rampong rayo kito bodho
Salah silap yo dingapuro
Selamat nyambut dino rayo aidlfitri

Korang mesti banyak dapat pantun pantin ni kan? Ha ha ha

Tuesday 30 September 2008

Erti Bahagia


Sabtu, 27 Ramadhan 1429H
(27-09-08)

Sebaik melepasi pemeriksaan terakhir kawan encik mubarak sebelum memasuki kawasan menunggu untuk berlepas, aku seperti kebiasaan akan menoleh kebelakang. Bezanya kali ini, aku menoleh kearah wajah yang amat ceria melambai pemergianku pulang beraya di kampung. Tahun tahun sebelumnya aku toleh juga kebelakang namun tiada siapa yang kelihatan mengenali diri ini.

Alhamdulillah...segalanya menjadi sangat indah buat diriku tahun ini. Sebaik melihat wajah ceria beliau yang aku rasa dipaksakan agar tidak terlepas air matanya, aku terasa sangat sebak mengenangkan kebaikan dirinya kepada diriku. Dia sangat sempurna. Kasih sayang darinya amat kuat kurasakan sehinggakan lautan yang memisahkan kami sekarang ini menjadi musuh utama untuk ditewaskan. Laut China Selatan, terasa sungguh kejam kerna memisahkan kami. Namun aku tetap akur, semua ini ujian buat kasih dan sayang antara kami.

Memang agak keluar dari tajuk bebelan aku kali ini kerna semuanya sibuk bercerita tentang kuih raya, duit raya dan segalanya. Namun bagi diriku, raya kali ini paling indah dan amat bermakna buat diriku. Hatiku terasa sebak mengenangkan betapa tingginya perhatian yang dianugerahkanNya kepadaku sedangkan aku terasa sangat kerdil dalam menyahut seruan pesuruhNya. Sangat kecil sumbanganku terhadap perjuangan membela agamaNya. Masih banyak perlu aku perbaiki diri. Tapi Dia sudah memberi ganjaran yang sungguh bermakna buat diriku.

Sebelum berangkat pulang hari itu, kuhajatkan mee kolok lah kari bubur pedas lah dan macam macam lagi lah. Sebaik keluar dari lapangan terbang kuching, aku mengajak adik adik yang datang menjemput singgah makan kerana cuma sekotak air mengisi perutku ketika berbuka dalam pesawat. Makanan habis. Mee kolok jadi pilihan. Setibanya dirumah selepas melepaskan kerinduan dengan mak bapak, kari bubur pedas serta rendang itik jadi santapan rakus. Keesokannya berbuka dengan kuih tongkol dan celorot yang sudah lama diidamkan. Tak lupa umai dan segala macam hidangan lain. Semua ini terasa sangat nikmat buat diriku kerana permintaan yang bukan bukan dariku tertunai dalam masa yang sangat singkat.

Alhamdulillah...itu saja yang mampu aku lafazkan kerana hayatku dipanjangkan hingga dapat merasa segala nikmat hidup dariNya. Aku berharap hayatku dapat bertahan hingga ke hari pernikahan nanti seandainya Dia merancang untuk mengambil nyawaku dalam tempoh terdekat ini. Kerana aku baru merasa erti bahagia.

Aku hanya minta satu kini, agar aku diberikan masa secukupnya untuk membalas segala pemberianNya kerana aku sangat takut andai Dia menuntutnya di alam barzakh nanti.

Friday 26 September 2008

Raya Dulu Vs Raya Sekarang


Raya Dulu:

Baju Raya: Sepasang baju melayu baru pasti emak jahitkan buatku. Walaupun susah dan payah, emak tetap pastikan semua lima anaknya berbaju baru dihari raya. Baju untuk dirinya malam raya baru disiapkan, sambil sambil buat kuih dia jahitkan baju anak anak dan suami hinggakan baju sendiri tak terjahit. Kadang kadang sesudah raya baru siap bajunya.


Kasut Raya: Aku sentiasa pastikan kasut raya dapat dipakai kesekolah atau untuk aktiviti pengakap sekolahku. Maklum lah, kasut mahal dan mampu dibeli sekali je setahun. Tak mahu susahkan hati emak mintak macam macam.


Kuih Raya: Mak buat jugak kek lapis walaupun ongkosnya sangat mahal kerana mahu anak anaknya turut rasa seperti orang lain rasa. Adik beradik mak ada jugak hulur kek kek ni. Aku biasanya meringankan tulang membantu buat biskut. Seronot maaa...he he


Duit Raya: Aku dan seluruh keluarga akan berkumpul di rumah atuk nenek selepas sembahyang raya. Pasti aku dapat duit raya dari arwah nenek dan makcik makcik yang dermawan. Kalau beraya di sana sukar dapat duit raya pada zaman aku. Sangat sukar. Tak pernah mintak atau dapat duit raya dari mak ayah sebab kami adik beradik amat faham keadaan mereka. Cukup lah juadah yang dah terhidang, kan?



Raya Sekarang:

Baju Raya: Baju melayu emak tetap sediakan. Tapi dia dah tak larat nak jahit, hantar kawan dia yang jahit. Dapat harga kawan kawan lah jugak. Baju untuk berjalan wajib ada tapi biasanya sepasang jek. Aku lebihkan untuk adik adik, mak bapak dan makcik makcik. Pasti setiap tahun satu beg penuh untuk mereka. Rezeki yang aku dapat berkat doa mereka jugak. Apa lah sangat barang yang aku belikan berbanding pengorbanan mereka sepanjang aku belajar dulu.


Kasut Raya: Mungkin sebab dah terbiasa, aku beli kasut yang boleh aku bawak pegi kerja. Kasut bersukan tu lain lah, beli musim lain. Tapi tahun ni aku tadak kasut raya sebab bajet telah diperuntukkan kepada kasut hantaran dan kasut nikah nanti.ha ha


Kuih Raya: Aku tunjuk tunjuk kat jalan TAR je biskut biskut yang sedap sedap. Kat sana biskut tak berapa diminati. So, pilihanku biasanya almond london pelbagai warna dan tat nenas. Adikku pulak, walaupun lelaki, buat kek lapis. Tapi sekarang dia dah malas, rajin menunjuk gak sebab harga sama je kalau buat sendiri. Mak? Biarlah dia berehat. Dia sudah pencen.he he

Duit Raya: Aku sering dikejar budak budak yang tamakkan duit raya. Posanya entah kemana tapi duit raya tak nak setakat seringgit. Budak budak zaman sekarang, jauh bezanya. Biasa aku hulur ciput je kat budak budak. Lebihkan kat mak bapak, adik adik, atuk dan adik beradik mak. Mereka banyak menyumbang kejayaan aku sekarang. Adik beradik bapak jauh, sangat jarang jumpa. Alasan je kan? Akan cuba aku perbaiki.


Esok aku dah nak balik ke kampung. Kali ni ada orang hantar ke airport, jauh bezanya dengan tahun tahun sudah. Malam ini akan berangkat ke Kluang, Johor. Petang esok berangkat dari JB ke Kuching. Doakan aku selamat pergi dan balik. Kalian turut kudoakan. Berhati hati di jalan raya atau udara. Pastikan orang yang menunggu kita di kampung tersenyum riang menyambut kepulangan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


p/s: kat serian aku akan sibuk sepanjang minggu depan. Tak tahu sempat atau tidak mahu jenguk blog ni.

Monday 22 September 2008

Sembang Dengan Ah Hoi 5


Perbualan ketika sedang memerhati mat mat indon memasang system yang akan kami uji khamis ini yang memenuhkan masa aku ari ini esok lusa dan tulat.

Ah Ku : Wah! Ini sabtu saya suda balik kampong!
Ah Hoi: Jadi? (dengan muka poyo - tak eksaited la konon)
Ah Ku : Lu tak suka ke kalu dapat balik kampong?
Ah Hoi: Wa hali hali balik kampung ma! sana kajang. ha ha
Ah Ku : Itu kampung ka?
Ah Hoi: (diam-semestinya carik idea nak kenakan aku)
Ah Ku : Lu try la satu kali keluar lumah tak mau balik sampai satu tahun. Ada berani?
Ah Hoi: Belani tapi wa tak mau bikin itu macam.
Ah Ku : Apa pasal?
Ah Hoi: Nanti saya punya mak takut*.
Ah Ku : (diam sebab dia berjaya kenakan aku lagi)


*aku rasa takut yang dia maksudkan ialah risau.hu hu bagus gak apek sorang ni kadang kadang tu, sangat prihatin. aku sakit ari tu pun dia menawarkan diri untuk hantar aku pulang

Saturday 20 September 2008

Siti punya pasal



Kejadian ini tidak memerlukan aku untuk jadi peminat setia puan siti norhaliza sebabnya aku memang tak pernah meminati beliau. Tambah tambah selepas beliau berumah enam juta harganya. He he...sempat lagi termengumpat. Sebab tu aku malas ambil tahu pasal artis. Penuh dengan gosip yang amat malas aku nak baca. Buang masa.

Apa aku nak ceritakan kat sini berlaku semasa aku masih di bandar kuantan, tahun 1999. Ketika itu aku masih mengikuti matrikulasi di sana dibawah kendalian Pusat Asasi Universiti Malaya.

Di tengahari yang amat terik tahap kepanasannya, aku terpaksa setelah di paksa oleh encik chairul, yang merupakan housemate aku ketika itu, berjalan kaki dari Kompleks Teruntum menuju ke Megamall yang aku rasa dalam tiga kilometer jaraknya. Encik abot turut sama, jadi kami bertiga. Kami terpaksa berjalan kerana teksi sapu yang cuma mengenakan bayaran seringgit seorang hanya setakat kompleks tersebut. Selebihnya kena tambah duit la pulak. Lagi pun kami sudah biasa. Bezanya tahap kepanasan di tengahari tersebut sangat luar dari biasa. Panas!

Sesampai di megamall tersebut encik chairul terus ajak mengushar pentas utama yang tersedia rapi kat situ. Tak semena mena dia terus tersengih sengih riang sebab artis pujaan hatinya belum tiba. Dia yang tiba dulu, bermakna ada peluang bertemu dengan buah hati beliau tu, kononnya lah. Kami mengambil keputusan untuk bersiar siar mencuci mata sementara menanti cik siti dari temerloh tu sampai.

Setelah kematu kaki berjalan baru kedengaran riuh cik siti tiba. Disambut riang oleh ribuan peminat beliau. Perghh!! Kalau lah begini yang berduyun duyun ke masjid setiap hari kan bagus? Aku pun sama lah tu. Terikut jugak kehendak encik chairul yang entah hapa hapa entah. Beliau kelihatan tersengih lagi. Menikmati berapa buah lagu entah, aku pun tak pasti. Yang kelihatan cuma bayang bayang cik siti tak cukup kembang tu jek sebab manusia terlalu ramai.

Untuk dijadikan cerita, encik bodyguard yang amat ramai bilangannya mula beratur disepanjang laluan yang akan dilalui cik siti tak cukup kembang tadi berangkat pergi dari situ. Encik chairul mula gelabah. Tanganku terus ditariknya segera menuju betul betul dibelakang seorang daripada encik bodyguard tersebut. Aku tak sempat nak kira berapa orang manusia yang aku terlanggar secara tak sengaja dan ada gak yang sengaja lah, sepanjang nak menuju kebarisan tersebut.

Mulanya aku sangat tidak mengerti motif encik chairul sehinggalah beliau menghulurkan kamera kepadaku. “Nah, kau ambik gambar dia kasik cun melecun. Aku nak tengok dia sampai leleh”, ujar beliau.

Aku cuma mampu ambil kamera tersebut sambil geleng kepala. Tak rela. Dalam tak rela, aku terpaksa juga melaksanakan amanat yang diberi. Aku fokus betul betul. Aku follow betul betul pergerakkan cik siti tu sehingga dia betul betul hampir denganku. Semakin dekat dia kearahku, jantungku pulak semakin cepat berdegup. Kencang plak tu. Tapi aku tetap fokus dengan tugas yang telah diberikan. Ketika aku mahu menekan punat mengambil gambar, cik siti yang tak cukup kembang itu tersenyum manissssssss sangat sangat ke arahku. Aku cair! Tangkap leleh beb! Aku terleka dan terus lupa dengan tugasan yang diberi! Lantas aku snapkan saja kamera itu untuk menunjukkan aku melaksanakan tugas kepada encik chairul. Ketika itu cik siti dah berlalu pergi. Terpegun aku seketika. Patutlah ramai yang tergilakan beliau.

“Hoi!! Tersengih sengih plak dah! Siap leleh air liur lagik! Dapat tak gambar bogel dia? Eh, salah gambar dia kau sempat ambik tak?”, cis! Potong betul la encik chairol ni. “Sempat la, tengok tangan la”, ujarku dengan riak walaupun aku penuh ragu dengan kualiti gambar yang aku ambil tadi. Terus encik chairul ajak cuci filem tersebut, masa tu takde lagi kamera digital nih. Walaupun masih ada tiga puluh filem lagi tak digunakan, dia berkeras. Untuk tidak membazir, kami berposing sakan di shopping mall tersebut demi menghabiskannya.

Siap saja gambar dicuci, encik chairul dengan rakus membelek satu persatu album tersebut. Sampai saja ke gambar yang amat dinantikan beliau, dia menjerit. Aku terus lintang pukang menyelamatkan diri. Gambar yang kuambil terlalu dekat, nampak baju berwarna pink yang dipakai cik siti tak cukup kembang tu je. Ha ha ha

Mari Belajar Bahasaku lagi


MARI! MARI! MARI!

Ya! Kita bertemu lagi dalam sudut mari belajar bahasa Serian!

Perkataan hari ini ialah – eja betul betul K.E.P.A.K = KEPAK

Kepak dalam bahasa melayu semenanjung ni sama lah maksudnya dengan sayap. Lebih kurang la kan aku translate. Memang aku selalu gagal dalam bab penterjemahan ni.

Dalam bahasa Serian pulak, kepak ni bermaksud penat, lelah, letih dan yang sewaktu dengannya. Haa! Nampak tak perbezaannya? Kalau tak nampak, kita tengok contoh penggunaan dalam ayat pulak. Kalau tak nampak gak korang terjun je dari kerusi tempat korang duduk tu secara mendahulukan kepala. Ha ha

Kita tengok sama sama ok?


Bahasa Serian:

Kepak na juak badan kamek tok, banyak gilak kerja di opis tek bah.


Bahasa Sini plak:

Kepak sungguh badan aku, banyak giler keje kat opis. Huh!


Ha ha ha...renung renungkan dan selamat belajar!

Wednesday 17 September 2008

Selamat Tinggal Encik Bos


encik bos: I resigned from the company.
aku: (tak kata apa, tercengang jap)
encik bos: and they've accepted my resignition yesterday
aku: (masih tercengang)
encik bos: Hey! I'm talking to U! Dont pretend to be shocked!
aku: I dont know what to say la bos
encik bos: Dont say anything, I know U will miss me. ha ha


Begitu la lebih kurang perbualanku dengan encik bos sebentar tadi. Bukan aku je, seorang lagi rakan sejawatan turut dimaklumkan. Beliau mendapat tawaran yang sukar untuk dilepaskan katanya. Dia tak apply pun untuk job tu tapi head hunter yang carik dia. Bukan head hunter yang potong kepala orang tu. Head hunter yang ni carikkan keje tanpa perlu kita mintak kat dia. Yang potong kepala orang tu dah pupus ditelan zaman.

Aku terasa kagum dengan bos aku ni sebab orang boleh recognise his potential tanpa dia perlu untuk mempromosikan dirinya. Thats the positive side lah kan?

Yang tak bestnya aku kehilangan seorang bos yang sangat baik. Sangat menceriakan dengan lawak inteleknya yang mengambil masa kadang kadang setengah bulan untuk difahami. Bila dah difahami akan pecah perut bergelak ketawa. Aku dan kawan kawan sepenjawatan dilayan dengan sangat baik oleh beliau tanpa mengira warna kulit sebab kulit aku agak agak macam orang peranchis. ha ha

Kebaikan beliau turut terserlah sebab dia memberikan kebebasan untuk stafnya untuk bergerak kemana saja. Bukan bermakna ini lesen untukku mengular. Sebaliknya aku sentiasa berasa janggal bila duduk di sebelah beliau tanpa apa apa pekerjaan untuk dilakukan. Aku tertekan sendiri.ha ha

Apa pun aku harap pengganti beliau nanti akan terus mempraktiskan apa yang telah encik bos buat selama lapan bulan aku di sini. Pekerjaan keduaku yang kurasakan amat tenang berbanding kerja lama dulu. Cuma sedikit boring sebab tak banyak berjalan seperti di tempat lama. Tapi, kalau dah kena jalan sampai ke hujung dunia aku dikerah. Nasib la. Bos baru mungkin ambil masa yang lama untuk masuk sebab polisi syarikat adalah melantik orang dari industri yang berlainan. Tidak membenarkan mengambil orang dari kompeni yang mempraktiskan bisnes yang sama dengan kompeni ini bagi mengelak sebarang perbalahan antara kompeni kompeni. Ini bermakna, tempoh untuk aku mendapat bos baru sangat panjang seperti yang dimaklumkan encik bos tadi. Bermakna juga kerja kami berlambak sebab terpaksa ambil alih kerja encik bos walaupun status kami bukan bos. Nasib lah.

Salam Nuzul Al-Quran


Sekali lagi aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan untuk kawan kawan sekalian.

Nuzul Al-Quran disambut mulai maghrib semalam, malam yang dikatakan bermulanya penurunan ayat ayat suci Al Quran kepada Rasulullah SAW. Satu lagi keistimewaan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Dek terlalu sibuk semalam, tak sempat nak bagi ucapan disini buat kawan kawan sekalian.

Kejar lah sebanyak yang termampu mendapat "bonos bonos" yang semakin berganda sepanjang Ramadhan ini. Yang penting niatkan sepenuh hati segala amal ibadah kita adalah kerana-Nya dan ditunaikan dengan tulus ikhlas lagi tenang.

Berbilion bilangannya umat Islam seluruh dunia yang turut sama mengejar bonos bonos Ramadhan ini sepertimana juga kita bukan? Bayangkan betapa sengitnya saingan untuk kita mendapat perhatian dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lantas mampu untuk menilai segala amalan hambaNya walau berbilion ramainya. Namun itu bukan alasan untuk kita acuh tak acuh dalam mengerjakan suruhanNya. Buat cukup syarat.

Anggaplah kita sedang berdepan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan habuan yang amat lumayan. Pasti kita bersungguh untuk menarik perhatian si penemuduga agar terpilih. Begitu juga dalam menunaikan ibadah ni, tumpukan sepenuh perhatian dan laksanakan sebanyak yang termampu oleh kita. Insya'Allah, segala amal akan Dia timbangkan seadilnya.

Monday 15 September 2008

Mencari Al-Qadr


Tulisanku ini adalah khas untuk mengingatkan diriku dan turut sama ingin kongsi dengan kawan kawan sekalian. Bukan mahu tunjuk pandai mahupun membangga diri sebab aku kekurangan serba serbi.

Sememangnya Ramadhan sangat pantas berlalu seperti tahun sebelumnya. Sedar sedar dah masuk malam ke enam belas. Adakah surat ini yang punya angkara? Aku amat berharap Ramadhan ini dapat dilanjutkan lagi tempohnya. Kalau boleh lah.

Muslimin muslimat, sangat bersemangat mengejar ‘bonos’ di bulan mulia ini. Surau dan masjid semuanya sesak dengan jemaah yang mengejar terawih. Tak kurang yang bangun awal dini hari menunaikan qiam sebelum bersahur. Rata rata tak lekang membaca Al-Quran setiap habis solat mahupun setiap masa terluang.

Semuanya dijanjikan ganjaran yang berganda banyaknya di bulan penuh keberkatan ini. Paling penting, ramai yang mengejar malam lailatu qadr. Malam yang lebih baik dari seribu bulan andai bertemu dengannya.

Malangnya, tak ramai yang ketemu malam ini. Di mana silapnya? Segala ajaran serta tunjuk ajar para ustaz sudah dicuba sedaya upaya untuk dilaksanakan. Namun tak ketemu malam yang ditunggu sekali setahun.

Bilakah malam yang dicari itu berkemungkinan besar menampilkan dirinya? Malam ganjil sepuluh Ramadhan terakhir bukan? Justeru ramai yang menumpukan malam malam ganjil ini. Tak kurang yang tumpukan setiap sepuluh yang terakhir itu. Ada juga yang bermula tanpa henti dari pertama Ramadhan lagi. Demi Al Qadr.

Di akhir bulan ramai yang mengeluh kerana tak dapat apa yang dicari. Lebih ramai yang lupa apa yang dikejar sebelumnya kerana leka meraikan Syawal. Tak kurang yang yang kembali ke keadaan asal sebelum Ramadhan sambil mengharap akan ketemu lagi di tahun mendatang lantas mengulang semula satu kitaran yang sama.

Aku tak layak untuk mempersoalkan Al Qadr, malah aku turut sama mengejarnya saban tahun seumur hidupku. Ia memang wujud, tinggal lagi kita untuk mencari dimana ia. Mengikut pemahaman akalku yang tak seberapa, setiap kita punya sembilan puluh sembilan peratus kebarangkalian untuk bertemu Al Qadr. Segalanya bergantung atas diri kita sendiri untuk berusaha dan beramal kerana malam ini dijanjikan dengan seribu satu keistimewaan.

Perubahan paling ketara ialah seseorang yang dipertemukan dengan malam Al Qadr ini ialah hatinya disucikan seakan bayi yang baru dilahirkan. Contoh mudah, kalau sebelum ini ibarat iblis perangainya, tiba tiba menjadi seorang yang sangat mulia peribadinya. Mengikut pemahaman aku juga, seseorang yang telah ditemukan malam Al Qadr ini berjaya mengamalkan setiap satu amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan tanpa meninggalkan sedikit pun. Samada yang sunat mahupun yang wajib, semuanya dikerjakan dengan penuh sempurna. Ini kerana kekhusyukan dan ketulusan hati sepanjang Ramadhan diteruskan pada bulan bulan berikutnya tanpa cacat cela. Yang pasti, jika amalnya tulus suci sudah tentu ditinggalkan terus segala kegiatan keji.

Sila betulkan kiranya andaian aku ini salah. Yang pastinya aku sendiri masih lagi mencari Al Qadr ini. Ramadhan sangat istimewa. Dua puluh empat jam sehari dirasakan terlalu pendek dan sangat cepat berlalu. Namun, kita mampu mengheret kaki ke surau dan masjid berjemaah. Sedangkan di bulan lain seribu alasan bermain dibibir. Mari sama sama kita renung dan amalkan.

Tulisan tak seberapa ini sekadar pengingat diriku sendiri dan juga sebagai menunaikan amanahku terhadap kawan kawan sekalian. Walau cuma kenal di alam maya, malah tak kenal paras rupa, setiap yang bertandang kuanggap kawan. Setiap yang berinteraksi denganku dianggap kawan. Setiap yang sahut salam perkenalanku adalah kawan. Aku sayang saudara mara, sahabat taulan sebagaimana aku sayangkan diriku sendiri. Kerana aku takut samada aku atau ada dikalangan kawan kawanku menjadi bahan bakar untuk kawan kawan yang lain sedangkan aku berpeluang untuk membawa diriku dan kawan kawanku menuju syurga idaman. Semua ingin syurga bukan?

Segala yang baik datang dari Allah, yang cacat cela dalam tulisan ini atas kelemahan diriku jua. Ingin ambil peluang saling mengingat antara kita.

Aku suka ustaz zaharuddin ini

Thursday 11 September 2008

I am A Happians...



Setelah hampir seminggu menanti penuh sabar, simkad baru dari Happy akhirnya tiba hari ini.

Dengan caj 99 sen untuk bercakap selama 45 minit, aku boleh gayut puas puas selepas ini dengan si dia. Bak kata ahmad nabil bin ahmad, gayut sampai dahan patah.

Anda mahu tahu lebih lanjut apakah keistimewaan simkad ini? Mahu turut memiliki? Kat tepi belah kanan sebelah bawah ni ada gambo katun senyum, korang tengok lah kat situ. Percayalah, sangat berbaloi. Siap dapat baju kaler oren lagi aku. ha ha

Baju berwarna oren yang kedua dalam masa seminggu. Baru minggu lepas aku beli Nike kaler oren gak. Seumur hidup, itu kali pertama pakai kaler sangat terang. Cik elly punya pasal. Tak apa asal aku hepi.

Aku tambah hepi sebab nak cuti. Malam ini bertolak ke Kluang, Johor. Doakan perjalanan kami. Satu detik manis bakal muncul dini hari esok, bersahur bersama si dia dan bakal mertuaku.

Mahu berita lanjut, baca kat SINI

Wednesday 10 September 2008

Sembang Dengan Ah Hoi 4


Sebentar tadi, 4.05 petang.

Ah Hoi: Kawan, sudah betul betul lapar la.
Ah Ku: Pegi lah makan.
Ah Hoi: Sudah ambil ini kuey tiau goleng dekat cafe tapi lu apa macam?
Ah Ku: U mau saya makan ka u makan?
Ah Hoi: Ok ok, saya makan. Lapar wo!!

Tak sampai sepuluh saat, bilik ini dikerumuni dengan aroma kuey tiau goreng yang amat menghangitkan lubang hidung. Sedap baunya. Apek ni pun, pantang kasi green light. Kot ye pun, pegi lah carik port lain mentekedarah. Tak apa, cobaan.

Tapi kan, boleh saja dengan penuh selamba aku join apek ni makan sekali. Bukan ada orang lain disini. Apa nak ditakutkan? Oh, Dia Maha Mengetahui.

Persoalan yang seringkali kutanyakan kepada diri sendiri, kenapa begitu susah untuk sesetengah orang untuk berpuasa. Yang lagi menyedihkan, dengan selamba makan di kedai mamak di siang hari. Mata aku sendiri melihat disaksikan si ah hoi. Namun apek ni diam saja tak kata apa. Aku yang malu sendiri.

Tahun lepas, seawal sembilan pagi salah seorang staff aku seorang lelaki yang sihat tubuh badan kujumpa sedang enak menikmati sarapan. Terus saja dia bagi alasan tak bersahur, terlajak tidur. Aku cuma diam. Tapi tengahari itu dia kudenda mencuci cooling tower di atas bumbung shoping mall tempat kubekerja. Biar dia rasa.

Sebelum puasa lagi sudah aku kasi amaran kepada semua staff bawah jagaanku agar jaga puasa sebab kurasakan aku ketua mereka. Sebagai ketua, amalan mereka turut jadi tanggungjawab aku untuk aku menjaganya. Begitu juga kawan kawan. Aku sangat ambil berat. Perkara yang menjadi rukun tak boleh digurau senda.

Tak bersahur. Gastrik. Lupa baca niat. Malah ada yang berterus terang beri alasan malas. "Sembahyang pun aku tinggal banyak, tak guna lah aku puasa", ada jugak berkata begitu.

Apa yang susah sangat aku tak tau. Di saat ajaran islam baru berkembang, tengah solat pun dipijak pijak oleh kafir jahanam. Sedang berperang pun masih gagah para sahabat berpuasa, malah bergiliran menunaikan solat. Kita???

Kehidupan semakin selesa. Mungkin itu yang dirasakan umat yang semakin lalai. Tiada bimbingan kerana ibu bapa sibuk kejar duitan. Memang ada diajarkan di sekolah, tapi sejauh mana guru atau ustaz mampu mengawal?

Semuanya bermula dari kita. Kalian yang membaca pasti dari generasi baru ini. Aku mahu mengingatkan diri sendiri dan kawan kawan sekalian agar sama sama kita menjaga keturunan. Biar mereka Islam dengan amal, bukan cuma Islam yang diperturunkan. Tidak ada yang mustahil di dunia ini andai kita usaha dengan cara yang betul. Aku juga sangat lemah tapi aku tetap berusaha perbaiki diri. Aku mahu ajak sama semua kawan kawanku. Mana yang rasa ilmu lebih tinggi, aku mohon tunjuk ajar.


Ah Hoi: Sudah kenyang la kawan. Soli la, wa betul betul lapar. Tak boleh tahan.
Ah Ku: Tak apa lah.

p/s: aku baru merasakan hidup berbilang bangsa ini amat meriah di tempat kerjaku ini sebab ianya benar benar diamalkan. melayu cina india semua bersatu hati.

Tuesday 9 September 2008

Sembang Dengan Ah Hoi 3

Tengah hari semalam.

Suasana senyap sunyi.

Hanya aku dan apek itu seperti biasa di bilik kecil itu.

Ah Hoi: Wah! Sangat lapar la kawanku!
Ah Ku: Pegi makan la! (tegezut aku)
Ah Hoi: Mana boleh, lu talak makan saya pun ta mau makan la.
Ah Ku: Wa posa maaa! Lu makan sorang sudah la
Ah Hoi: Tak mau la! Tak mau tak mau!
Ah Ku: Lu tak mau sudah la, biar saya makan la!
Ah Hoi: Lu memang begituu...!

Saturday 6 September 2008

Mau Henpon Baru


Aku sedang berkira kira mahu beli henpon baru.

Dua sebab.

Pertamanya aku sudah bosan dengan Nokia N73 aku yang sangat lembap dan sangat kukesali membelinya.

Keduanya aku sudah jatuh hati pada yang ini:



Rupa sangat elegent. Sangat canggih. Telah kucoba banyak kali di kedai kedai talipon berdekatan.

Harga amat berpatutan dan aku sememangnya gemarkan Motorola nie.

Tapi raya sudah dekat. Tarikh keramat juga semakin hampir.

Aku dilema. Sapa pernah pakai Motorola E8, sila bagi komen anda.

Wednesday 3 September 2008

Petang nan dingin dan hangin


Jam 3.05 ptg

Suasana kecoh kucah gelana sewaktu aku kembali dari melawat tapak tiba tiba bertukar menjadi senyap sepi. Yang tinggal cuma aku dan encik manager disebelahku. Yang lain semua sudah ke destinasi masing masing. Ya, aku di sales office yang amat bosan ini hari ini. Aduh!

Tepat 3.15 ptg

Keadaan bertambah senyap sunyi kerana secara tiba tiba encik GM memunculkan diri. Berbicara sepatah dua menegurku dan encik Manager, duduk di meja kosong betul betul dihadapanku. Suasana jadi sepi semula. Aku makin kalut tapi tangan meneruskan menaip repot. Mujur ada kerja yang hendak dibereskan, kalau tidak pasti aku kebuntuan lagi.

Nyetttt…nyettttt….!!

Tiba tiba seekor nyamuk melintasiku. Perghh!! Bunyik nyamuk pun kedengaran tu.

GEDEGANGG!! KEBABOOOMM!!!

Kill! Kill! Die! Die!

Tiba tiba encik manager mengamuk demi menghapuskan seekor nyamuk itu. Sejurus melepaskan jurus silang beliau, keadaan sepi kembali. Encik GM kelihatan menggelengkan kepala. Aku pelik dengan perilaku lucah encik manager. Adakah beliau sengaja menarik perhatian agar dapat bonos lebih?

PREEETTTTTETTTETTTETTTT!!!

Hallamak! Mukaku merah padam. Resah gelisah diriku jadinya. Kenapakah bunyi itu lagi yang kedengaran? Sedangkan aku tak merasakan ianya datang dariku. Bau tungkik turut meresap di ruangan itu. Aku jadi sengal. Kenapa ini terjadi lagi? Apakah akan berlaku selepas ini? Adakah aku akan dibuang negeri?

“Its ok, its mine”, tiba tiba je encik GM bersuara. “Its not fully my fault, the macha offered me sambal petai just now. It taste so good!” Dengan penuh bangga beliau mengaku. “It smells quite good rite?” soal beliau pulak!

Hadoiyaiii!!! Lucah sungguh perbuatan mereka dikala aku berpuasa. Sabar sabar sabar...

Friday 29 August 2008

Sembang dengan Ah Hoi 2


Ah Ku : Kawan, u punya keta sudah ok kah?
Ah Hoi: Sulah ok, dapat enjin balu lagi wooo...
Ah Ku : Apa pasal enjin pulak itu hari kan bumper yang kemik?
Ah Hoi: Saya punya suka la, mau pakai itu V10 punya enjin. ha ha


Sungguh kurang mentega apek ni. Pantang kalau pagi pagi hari dia tak kenakan aku. Tiba tiba aku dapat idea.

Ah Ku : Nanti lu senang la mau pecut
Ah Hoi: Kenapa cakap itu macam?
Ah Ku : Nanti dah pakai itu enjin, 5 saat lu sudah sampai sana cheras
Ah Hoi: Ya lor, sana ceras ada tempat kubur olang punya ka?
Ah Ku : Ha Ha ha! (mengong apek ni)


Suasana riang ria wujud seketika kerana masing masing ketawa berdekahan. Sejurus mencapai klimaks ketawa, keadaan terus sepi seketika. Masing masing khusyuk menatap laptop. Aku melayan si dia dengan msn sambil sambil buat kerja.

Dalam kepala memikirkan agenda seterusnya hari itu kerana banyak sangat perlu dibereskan seberapa segera.

Tiba tiba...

PRETTTT...!!!

Allammakkk! Macamana boleh terlepas angin itu??!

Keadaan tambah sunyi. Apek tak bersuara langsung. Aku menyedut dalam dalam, ah lega, takde bau. Mungkinkah apek tu terbau sesuatu? Mungkinkah dia tak kedengaran? Mana boleh, kuat wooo bunyik tadi tu. Hampaih tul.

"Kawan, lain kali jangan buang merata rata tau", ujar beliau setelah lima minit menyepi. Aku cuma mampu ketawa besar. Ha ha...Nasib lah!

Thursday 28 August 2008

MERBAHAYA!

Sekali lagi entri berbaur ngeri kali ini. Apakah yang merbahaya sangat itu?


KAD KREDIT!!!


Ini betul betul, bukan cobaan aku untuk kelepet sesiapa. Sememangnya kad kredit ni tiada faedahnya. Kalau betul betul terdesak sangat boleh la gunakan satu. Cukuplah satu itu. Itupun guna bila betul betul perlu.

Ada plak kata, senang beli henpon, mesin basuh, leptop dan segalanya dengan easypayment yang dipakejkan dengan zero interest. Sapa kata zero interest? Disinilah kita pengguna diperdaya. Mesti ada punya. Kumpul duit cukup cukup banyak baru beli. Kan boleh tunggu kan?

Ada yang kata, nak beli tiket flight kena guna kad kredit. Sapa kata? Boleh je guna duit savings anda. Banyak cara asal mahu belajar cara cara tersebut.

Ada yang kata, banyak travelling atas urusan kerja. Tak cukup belanja nanti di negeri orang. Sila mintak advance dari kompeni. Kalau diorang tak nak kasi, jangan pergi. Betul, kita ada hak sebagai pekerja. Sesetengah kita je yang kurang pasti hak masing masing. Betul ni.

Ada yang kata, dan kebanyakan orang memang berkata, minyak amat mahal kini. Amat perlu kad ini. Gunakan cash. Takde cash kereta tak jalan. Kan dah boleh jimat?

Semua fakta di atas kubangkitkan untuk ku kongsi bersama atas pengalaman sendiri yang terjebak dulu. Aku tak mahu terjebak lagi dan tak mahu kenalan kenalanku terjebak sama.

Asalnya aku hanya ada satu kad kredit ni. Nanti kucerita bagaimana boleh jadi sampai empat. Kang jadi panjang lagi bebelan ini, korang jugak komplen mata tercabut.

Selamat berpuasa semua. Jangan ponteng tau?

Friday 22 August 2008

Sembang dengan Ah Hoi


Ah Hoi? Siapa beliau?

Lawyer kah?
Majisteret kah?
atau penarik kereta kah?

Beliau adalah seorang apek yang menjadi penemanku di opis kecik disini tapi terlalu besar untuk kami berdua. Kami berdua sahaja disini menyebabkan kami keboringan.

Ikut pangkat, beliau assistantku. Tapi aku tak berkira. Aku lebih banyak belajar dari beliau. Namun, kami tetap jadi mangsa kebosanan. Ah hoi yang lebih bosan sebabnya aku jarang ada disini. Selalu menjenguk tapak sambil sambil ular sana sini. Ha ha ha

Lantas encik ah hoi menonjolkan bakat beliau sebagai seorang lowyer buruk. Mangsa beliau tak lain dan tak bukan adalah aku sendiri.

Ah hoi : Lu mau tau kah?
Ah ku : Tak mau (dia dah mula dah...mesti kena aku ni)
Ah hoi : Dengar lulu la kawan
Ah ku : Ye la ye la (dia memang pelat)
Ah hoi : Ada satu latuk gulu melayu kasi saya nombor ekor
Ah ku : Boleh kena ka?
Ah hoi : Patutnya kena maa...itu latuk cakap satu dua tiga empat. Wa mili la
Ah ku : Apasal talak kena?
Ah hoi : Sebab sudah miss lor. ha ha ha
Ah ku : (terkebil kebil sebab dah terkena untuk kesekian kalinya)
Ah hoi : Itu latuk cakap wa talak dengar betul betul
Ah ku : (eh, ingatkan aku dah kena citer dia dah abis?)
Ah hoi : Dia cakap satu dua maksud dua ada satu, tiga empat maksud empat ada tiga. Jadi wa patut mili dua empat empat empat laa. Haiyyyaaa...wa sulah lugi wo!!

Ah ku : Padan lu punya muka la. Muahahahaha...!

p/s: Nombor empat ekor itu judi. Judi itu haram. Melakukan perkara yang dah sah haram masuk neraka.

Thursday 21 August 2008

Mari belajar bahasaku 1


Mari mari mari! Rapat rapat rapat!
Kita belajar sama sama. Ha ha

Seperti yang kujanjikan, dek kerna ramai yang musykil dengan bahasa orang kampungku nun jauh di sarawak, maka, aku pernah berniat mahu bikin kamus. ha ha ha lagik.

Aku mulakan dengan perkataan yang paling mudah tapi bakal mengonfiuskan anda dan kaum kerabat anda. Kunamakan disini bahasa aku dan bahasa kita. Bahasa kita tu bahasa kita lah. Perkataan kita hari ini ialah - k.a.r.a.t.

Dalam bahasa kita, sudah maklum tahu karat ini apa, karat dalam bahasa aku disebut bertega. karat=bertega. Sebut betul betul - ber.te.ga. 'te' hendak lah disebut seperti te.gak. Sama bunyinya. Aku malas nak sertakan audio. Tak reti sebenarnya. ha ha ha

Karat juga turut digunakan dalam bahasa aku. Ini part yang paling aku suka sebab perkatan berkarat digunakan untuk sejenis perbuatan sahaja dalam bahasa aku yang bermaksud berkelahi, tapi, untuk kucing sahaja. ha ha ha ada yang dah pening

Okeh, takpe, kita tengok contoh penggunaan ayatnya pulak. Alang alang aku dah sebut kucing tadi, sila perhatikan ya:

karat=bertega;

Bahasa aku;
Tangga kitak pusak ya berkarat lok, ganas kali jak.

Bahasa kita,
Kau tengok kucing tu bercakaran, ganas betul lah.


Sekarang, kita pusingkan balik, karat dan bertega dan lihat apa jadik.

Bahasa aku;
Tangga kitak pusak ya bertega lok, ganas kali jak.

Bahasa kita;
Kau tengok kucing tu berkarat, ganas betul lah.


Ha ha ha...jauh lari maksud dua perkataan kan? ha ha ha!

Ada faham? Takda faham? Korang p k lah sendiri. Jumpa lagi dengan perkataan perkataan baru di lain kali. ha ha ha

Sunday 17 August 2008

Misteri 333 Selesai

333

Itulah angka yang menghantui Encik Mac Taylor dalam siri CSI:New York musim keempat. Tidur beliau diganggu setiap malam tepat jam 3.33 minit pagi apabila ditelipon oleh seseorang yang cuma nak kacau beliau. Hatta ketika Encik Taylor ini sedang berusaha menipu OT di dini hari pun orang ni talipon.

Bermacam andaian dibuat oleh Encik Taylor dan ahli pasukan beliau yang amat kukagumi. Semakin dekat dengan petunjuk kepada panggilan misteri, semakin ramai yang turut dibunuh oleh pemanggil misteri itu untuk memberikan petunjuk kepada encik Taylor.

Semakin hampir kepada penyelesaian kes tersebut, Encik Taylor semakin pasti yang pemanggil misteri itu sedang berusaha mencungkil rahsia beliau. Ada juga ahli kumpulan beliau yang mula tension dengan misteri yang melanda department tersebut. Malah ada yang membuat andaian semua misteri ini dirancang oleh suku sakat kuntilanak dari jawa tengah.

Lihatlah betapa seriusnya muka beliau. Ada jigsaw 3-D rupanya, aku baru tau.hehe

Segalanya mula terjawab apabila Encik Taylor mendapati lelaki misteri 333 ini sebenarnya cuba memberitahu beliau tentang perkara silam yang berlaku 30 tahun sebelum ini. Aku pun belum lahir.

Encik khinzir sering menjadi mangsa untuk menguji jenis senjata yang digunakan penjahat

Alkisahnya encik Taylor di zaman budak budak, join dua beradik encik Will dan Encik Jimmy menghantar bungkusan yang pada masa itu tak diketahui adalah dadah. Dipendekkan cerita, Encik Taylor gagal menembak penjahat yang membelasah Encik Jimmy hampir mati. Encik Will yang melihat Encik Taylor tergamam dengan pistol ditangan, merampas pistol tersebut lalu menembak penjahat tadi. Namun sudah terlambat kerana abang beliau Encil Jimmy sudah pun mampus keras dibelasah. Hakikat tersebut dapat diterima oleh Encik Will walaupun amat berat kerana beliau amat sayangkan abangnya itu. Namun tidak bagi adik mereka yang bongsu Encik Drew. Beliau lah lelaki 333 yang membuat onar dalam ini cerita.

Terperangkap namun sebagai hero, Encik Taylor tetap menang di akhir episod ini

Namun aku salut dengan encik Drew ini kerana beliau amat kreatif dalam siri pembunuhan beliau semata mata untuk memberi petunjuk kepada Encik Taylor. Encik Taylor yang selama ini memang aku kagumi di atas kesinisan beliau tapi sangat serius dan penuh dedikasi ketika menyelesaikan kes kes sukar. Nama sebenar beliau Gary Senise melambangkan betapa sinisnya diri beliau sejak lahir mungkin. Tapi aku suka dia. Pantas berfikir dan amat serius. Tak lah terlalu cool seperti Encik Horatio dalam CSI Miami tapi aku rasa dia lebih bagus.

Dendam. Itu lah punca ramai nyawa tak tahu apa apa menjadi korban lelaki misteri 333 tadi. Kita juga berdendam kan? Kadang kadang disebabkan akak jual cendol pun kita boleh nak berdendam. Kurang sebijik je kacang merah dalam cendol, terus kita burukkan akak cendol tersebut di kalangan rakan rakan dan pelanggan tetap akak cendol tersebut. Macamana lah beliau nak maju? Macam mana lah beliau nak bukak kedai cendol yang mega mega?

Kerna sebijik kacang merah, boleh boikot sampai macamtu sekali. Menambah dosa sendiri menabur fitnah. Kenapa tidak berterus terang je dengan akak tersebut. Mungkin beliau silap kira kah. Apa kah. Akak cendol ini sekadar contoh betapa mudahnya kita nak berdendam. Tak ada kena mengena dengan sapa sapa pun. Berhenti lah dari menanam dendam. Kan baik menanam kangkung dibelakang rumah ke, tanam anggur ke, asalkan jangan tanam dendam. Tak ada faedahnya apatah lagi dividen. Biar lah orang buat jahat kat kita asal kita tak buat yang sama kat orang lain. Apa bezanya kita dengan penjahat tadi kalau turut sama berdendam? Sama saja, pendendam. Renungkanlah bersama...

Tuesday 12 August 2008

House M.D.

House, Gregory House nama beliau. Seorang doktor yang amat kurang waras perlakuannya tapi amat kuminati karektornya.

Dia tak suka jumpa pesakit melainkan kes kes yang betul betul menarik dan pelik baginya.

Dia tak percayakan Tuhan kerana menganggap dia boleh buat apa yang Tuhan boleh buat. Dia marah setelah pesakitnya sembuh, familinya berterima kasih kepada Tuhan kerana menganggap bukan Tuhan yang sembuhkan melainkan dia yang berpenat lelah. Yang ini aku tak suka la, pemikiran sesetengah doktor barat. Huh!

Dia ni jugak suka carik gaduh dengan stafnya dalam menyetelkan kes kes pelik tadi dengan harapan agar stafnya melawan kehendak beliau. Dengan pergeseran pendapat inilah beliau dapat idea untuk setelkan kes kes tadik.

Dia ni jugak sering kelihatan desperate untuk dapat seorang teman hidup. Puas dia cuba tekel bosnya sendiri tapi seringkali gagal sebab bosnya amat gemar berkelahi dengannya.

Dia jugaklah puncanya aku tido lambat tiap tiap isnin sebab habis jam 11 malam. Kalau zaman blaja dulu memang la 11 malam tu awal lagi. Tapi sekarang ni aku makin malas nak berjaga malam, mata cepat benar mengantuk. Malam tadi juga encik house nie terpikat kat pesakit beliau yang dirawat dari jarak jauh. Semua orang tahu plak tu sebab cara dia melayan pesakit ni lain dari yang lain walau sorang berada di kutub selatan dan lagi sorang kat hospital mana entah. Penghujung cerita, encik house akur dengan kata pujangga yang mengatakan cinta perlukan pengorbanan. He he he

.................Inilah Cik Cuddie, bos Encik House..............

Pengorbanan. Ya, itu yang dilakukan seorang lelaki yang membantu encik house menyembuhkan pesakitnya, cik Cate, dalam episod malam tadi. Lelaki tersebut yang dah bertahun kerja bersama cik Cate yang merupakan seorang psikologi sanggup minum air kencing cik Cate dan juga menggerudi tengkorak cik Cate setelah dipaksa encik house yang risaukan buah hatinya yang belum pasti lagi. Akhirnya, cik Cate berjaya disembuhkan setelah punca asal penyakitnya ditemui di bahagian ibu jari kakinya yang patah mengakibatkan tekanan berlebihan pada sistem darahnya. Kat kutub tu kan sejuk, dia tak perasan la ibu jari kakinya patah sebab tak rasa sakit.

Detik itu lah cik Cate yang mulanya carik gaduh kat encik house ucapkan terima kasih, dan encik house yang baru sedar yang cik Cate sudah berpunya sekadar mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal, menandakan beliau turut korbankan rasa cinta setelah menyedari kehadiran lelaki lain dalam hidup cik Cate . Seteru utama encik house, encik foreman, sekada tersenyum sinis sebab suka tengok musuhnya dilanda kekecewaan dan turut tunduk dengan cinta. ha ha

Beginilah aku menghayati setiap cerita yang kutonton. House, CSI terutamanya New York, Heroes dan satu ketika dulu Lost yang dah bertukar dari misteri kepada hampeh. Bila agaknya industri tempatan nak buat cerita begini. Asyik asyik pusing pusing tentang kisah cinta biasa. Bajet jadi alasan. Kepada si dia, ini sudah jadi sebahagian dariku selain dari F1, bola, dan macam macam jenis sukan termasuk tenis. Mahu tak mahu, terima sajalah. Terima atau tidak bolos saja dinding ituuu!!! (sape yang tengok bolos, faham la. ha ha)

.............. Ini pasukan lama Encik House yang dah berpecah kepala..............

Sunday 3 August 2008

Formula 1, Budapest


Mereka bukan adik beradik mahupun classmate di zaman sekolah lanjut usia. Mereka baru saja menamatkan perlumbaan yang amat mencabar di Budapest, Hungary. Encik Hamilton gagal meneruskan kegemilangan beliau memenangi dua race berturutan sebelum ini namun teamate beliau, Encik Heikki tidak menghampakan dengan menebus semula maruah pasukan kegemaranku, McLaren F1.

Hamilton mengalami masalah tayar pancit di pusingan keberapa entah, aku tak ingat sebab terlalu terkejut dengan nasib yang menimpa McLaren. Ini bukan kali pertama masalah tayar menghantui pasukanku. Seingat aku, sebelum race mula tadi aku dah check banyak kali tayar tersebut dan amat excellent kondisinya. Nyaris nak pecah gegendang telingaku dihamun oleh Encik Ron Dennis, bos McLaren daa. Mana la aku tau Encik Ron, aku sendiri pun hangin gak ni. Mujur Heikki berjaya maintain pressure dibelakang Felippe Massa membuatkan Encik Felippe gelabah hingga terover mengerah tenaga enjin Ferrari yang dikatakan amat gagah tapi meletup juga sebelum penamat perlumbaan.

Yang buat aku gilakan F1 ni, setiap litar perlumbaan menjanjikan layanan berbeza buat pelumba yang bertanding. Dari segi engine setting termasuklah set up untuk kereta tu sungguh kritikal tahap persediaannya. Selain itu, tyre sellection pun amat penting. Tapi Mclaren sememangnya amat bermasalah bila berdepan dengan cuaca panas. Sungguh hampeh. Aku pun buntu memikirkan bagaimana untuk aku selesaikan masalah tayar ni. Takpe, asalkan team aku tetap menang kali ini.

Selain dari menyokong pasukanku, yang turut aku perhatikan adalah semangat setiap pelumba dalam mana mana pasukan yang ada dalam F1. Tak kira lah dia ni mula dari kedudukan paling corot dan dijanjikan dengan kedudukan yang corot juga di akhir perlumbaan, namun mereka tetap teruskan perlumbaan. Harapan mereka terhadap diri sendiri amat tinggi. Mereka tak hirau apa orang kutuk dibelakang asalkan mereka berada dalam prestasi terbaik dalam setiap perlumbaan. Sebagai contoh dulunya Alonso berada dalam pasukan Minardi yang sudah pun bankrupt. Minardi amat konsisten menduduki tempat paling corot. Tapi Alonso tak berputus asa. Apabila beliau sertai Renault, dia jadi juara dunia dua kali berturut turut.

Tapi aku tak suka dia semasa beliau menyertai Mclaren. Pada masa yang sama Lewis Hamilton turut memulakan kerjaya bersama team F1 ini. Walaupun baru perlumbaan yang pertama, aku dapat lihat bakat encik Hamilton ni. Namun, bakatnya dihalang oleh keegoan manusia, Alonso pada ketika itu. Bangga dengan status juara, Hamilton dianggap budak hingusan yang harus tunduk pada beliau. Tapi aku salute encik Hamilton kerna dia melawan hingga mengakibatkan encik Alonso berpatah lengan dengan bos kami, encik Ron. Ha ha...

Apa yang cuba aku ceritakan disini? Apa point yang aku nak kongsi bersama? Alangkah bagusnya sekiranya contoh contoh yang baik dari pelumba pelumba F1 ini diikuti masyarakat kita? Pasti kita pantas untuk maju berbanding sekarang. Ada yang ikut, tapi bila dah berjaya, keangkuhan seperti Alonso turut ditiru. Bila dah berjaya, dia dianggap paling betul dan tak boleh dipersalahkan. Mana boleh begitu. Semua orang ada lebih dan kurang. Manusia dijadikan sama saja, bezanya cuma bagaimana kita rebut peluang yang ada dan gunakan sebaiknya. Mari menung dan fikirkan demi anak cucu bangsa kita.

Wednesday 30 July 2008

Motor Lelong!


Motor Untuk Dilelong!! 
Atas permintaan seorang pembaca, kulelongkan motor dibawah ini dengan harga pembukaan RM4500.00 sahaja. Bidaan tertinggi dalam tempoh 66666 hari mulai hari ini akan berpeluang memiliki motor tersebut. Sengaja kupanjangkan masa untuk memujuk Encik Tolib dari Balai Polis Sentul agar membuka lelongan untuk motor yang dirampas oleh Encik Mubarak khas untukku saja. Selamat membida

Monday 28 July 2008

Kawan Durjana


Ini kisah benar.

Arakian tersebut lah kisah diriku hendak mengambil exam diketika itu. Tahun 2003 kalau tak silap. Ada satu exam, subjek elektif dalam fakulti bertajuk perniagaan. Suka dengan subject tu tapi sukar untuk lulus.

Dimalam sebelum exam, aku and the gang ni konon konon mau study maut sampai siang. Mulanya tampak berhasil dan masing masing sudah yakin dapat bertahan sampai pagi. Tiba tiba, jam 3 pagi rasanya, salah sorang dari kami berempat mohon mahu tidur sebentar. Dituruti oleh dua yang lain. Kata mahu tido sebentar tapi masing masing minta dikejutkan sebelum pegi exam. Hampes! Aku setia dengan hasratku mahu bertahan sampai pagi.

Nak dijadikan cerita untuk diceritakan disini, aku memilih untuk lelap sejenak selepas solat subuh. Sejenak la konon. Sedar sedar jam sudah pukul 8.30 dan exam tersebut bermula pun 8.30 pagi nan indah tersebut. Aku terjun dari katil, capai kunci motor dan helmet serta perkakas menulisku lalu mahu keluar ke tempat periksa. Sampai di tangga, aku berpatah balik. Bukan sebab give up, bukan sebab tak nak ambil periksa. Sebab aku cuma berkain pelikat sahaja. Huahuahua...

Bergegas masuk, pakai seluar dan terus berlari kearah motorsikal kapcaiku. Kupecut sepenuh tenaga bergerak ke arah dewan periksa. Sampai sampai je kawasan tersebut telah senyap sunyi menandakan exam sudah bermula. Hadush! Lantas aku berlari memanjat bukit menuju bangunan tersebut, agak tinggi lah jugak. Mungkin lebih baik disebutkan gunung disini, biar cerita lebih gempak.hehe...Ok, sambung balik, seterusnya kulari memanjat tangga hingga tingkat 12, tapi sebenarnya tingkat 2 je. Penat jerihnya kurasakan seakan memanjat 12 tingkat.

Masuk masuk je dewan periksa, dapat skodeng satu tempat kosong, terus kududuki. Dalam perjalanan menuju ketempat duduk, kawan kawan semua menjeling. Tak kurang jugak yang menyengih. Yang paling kuat menyengih ialah 3 orang sahabatku tadi. Kawan durjana! jeritku didalam hati. Aku duduk dengan tangan menggeletar. Tak mampu nak pegang pen mahupun kertas. Aduh! Apa dah jadik? Adakah aku terkena cancer?

Aku bernasib baik sebab otakku masih mampu berfungsi dengan baik. Kugunakan masa untuk memulihkan kembali fungsi tangan kananku itu untuk membaca soalan soalan sambil merangka jawapannya. Sudah pasti tanganku kembali berfungsi dengan cemerlang, aku mula menulis. Aku jugak bernasib baik sebab mampu membelasah apa sahaja jawapan terlintas didalam kepala. Kabanyakan jawapan kuulangi ayat ayat pengajar semasa dibilik kuliah dengan harapan beliau dapat mengingat kata katanya sendiri, secara tak langsung mengingatkannya aku sentiasa menghayati ajarannya dikelas lantas memberiku markah kesian.

Aku berjaya dengan taktik tersebut rasanya sebab aku dapat B+ dengan hanya cukup cukup masa untuk jawab semua 4 soalan dalam masa kurang 40 minit dari orang orang lain. Sahabat sahabat durjanaku tadi cuma dapat B- kebawah. Padan muka, kataku. Kawan kawan begini sungguh mengharubirukan aku. Kumaafkan, sebab mereka belum membunuh siapa siapa teutamanya aku. Cuma kuharap benda ini tak berulang lagi pada diriku atau pada siapa siapa sebba sungguh mengharukan bila ianya terjadi. Aku takkan lupa sampai bila bila...

Wednesday 23 July 2008

Maki dan Hamun...Part 2


Kenapakah?
Mengapakah?
Apakah?

Mana satu ntah soalan yang betul betul boleh aku tanya setelah seawal awal pagi, sebaik keluar dari rumah, aku dah gagal mempertahankan keazaman yang aku tekadkan semalam. Keluar je dari rumah, aku nampak ada keta waja blocking keta aku tanpa kompromi yang menyebabkan aku tercengang sekejap. WTF??? Hadoiiii...tanpa sedar itu yang terludah keluar dari mulutku. Bukan kambing, bukan jugak rusa. Rusa?hehe...

Kenapakah aku yang diblock? Beliau tahukah azamku untuk berubah?

Mengapa sebegitu awal aku tewas?

Apakah aku memang lemah ataupun ada orang dengki padaku?

Entah lah. Malas nak pikir banyak banyak mengenai binatang apa yang patut aku jeritkan menggantikan wtf yang dah kulafazkan tadi, kuintai kat depan cermin waja tersebut mengharapkan ada nombor talipon disertakan andaikata tuan punya kereta berhati budiman. Takde. Syiyal. Hah! Tersembur lagi. Haku mula geram. Sudah dua kali keta Waja ni menghancurkan hatiku yang kurang waja dipagi ini.

Kuteruskan mencari apa apa yang boleh membantu. Aku tak tergamak untuk mengehon yang memastikan aku mendapat makian dan juga seranah dari seluruh blog tersebut. Jumpa. Sticker penduduk menunjukkan bahawa aku harus naik ke tingkat 3 untuk bersemuka dengan tuannya. Lembu betul. Akhirnya keluar seranah seperti aku hajatkan. Aku malas mahu memanjat tangga pagi pagi ni. Tapi aku bernasib baik, sebaik mahu beranjak dari situ, tuan punya waja menyapaku bahawa waja itu milik dia.

MENGKARUNG!!!
Jeritku sebentar tadi didalam hati ditujukan khas buat akak pantry yang duk kacau aku sedang menaip sakan. Takkan aku nak jerkah mamat tersebut sedangkan dia dah mintak ampun. Tak pasal aku nak bertekak di pagi buta lagi. Lagi pun masih awal. Selamat aku pagi ni.

Sehingga ke saat aku menaip ni, aku masih ragu ragu dengan tahap kesabaranku di kala sendirian. Mujur dapat ku kawal kalau ada orang disebelah. Kalau tidak, merana lah kawan...:)

Tuesday 22 July 2008

Maki dan Hamun


Dua perkara paling mudah malah boleh dikatakan rutin aku lakukan seumur hidup terutama 5 tahun kebelakangan, maki dan hamun. Tak perlu sebab yang kuat, aku maki. Tak perlu punca yang kukuh, aku hamun. Mudah. benda yang dah mudah, buat apa nak disusahkan?

Sebenarnya pagi tadi aku memasang azam untuk tidak menghamun sapa sapa pun bermula hari ini. Ini misi mencabar bagiku. Sukar kulakukan bila tiada sesiapa disebelah tempat duduk pemanduku terutama tunang tercenta. Namun aku tekad dalam hati. Aku nekad untuk lakukan.

Tetapi, lagak sumbang lagi lembap sebuah proton wira ketika aku mahu keluar dari simpang pertama lagi, tak jauh dari rumahku, telah menidakkan usaha aku pagi tadi. Geram dengan kelembapan beliau, kuhamun didalam hati. Apabila menyedari aku tersilap langkah, "KAMBINGG!!!" jeritku sekuat hati.

Kenapa kambing plak jadik mangsa? huh? apabila aku melintas saja kereta tersebut, kelihatan sorang mamat dengan mata kuyu dan rambut macam sampah. Padan sangat sangat kuhamun dengan panggilan kambing walaupun aku masih tertanya tanya kenapa kambing yang kuseru pada mula tadi. Kenapa tak harimau? Kan ke dia lagi gagah dari kambing?

Lantaklah, tak penting itu semua. Mula dari hari ini, maki dan hamun terpaksa kuteruskan sebab dah jadi darah daging. Tapi aku bertekad tidak lagi menghamun perkataan perkataan yang asalnya dari anggota manusia. Kan kugunakan binatang binatang melainkan babi sebab babi terlalu hina untuk memaki manusia. Begitu jugak anjing. Tak paham aku kenapa sesetengah bapa menghambat anaknya dari rumah seraya menjerkahnya dengan perkataan babi. Kalu anak itu babi, bapak dan emaknya bukankah?

Memang dah tabiat kita manusia memaki hamun sehingga tidak fikir banyak. Main lepas je tanpa sedar memaki diri sendiri. Menghina keturunan sendiri.

Maki dan hamun ini sebenarnya tak digalakkan agama. Mana mana agama pun. Agama ajar kita sabar. Tapi aku turut mengaku manusia terutamanya macam aku, tak kuat menahan diri. Lalu teringat aku sepotong ayat yang selalu diceramahkan, " sesungguhnya tiada apa yang boleh mengubah manusia melainkan manusia sendiri yang mengubah nasib mereka".

Oleh yang demikian, kucuba tahan diri memaki dan menghamun sesuka hati. Tapi aku jenis baran. Puas kutahan tapi lepas jugak. Kali ini, kalau lepas lagi, aku nak jerit apa ha? Unta kah? atau Gajah? Entah, sila namakan binatang yang sesuai untuk aku?