Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Tuesday 30 September 2008

Erti Bahagia


Sabtu, 27 Ramadhan 1429H
(27-09-08)

Sebaik melepasi pemeriksaan terakhir kawan encik mubarak sebelum memasuki kawasan menunggu untuk berlepas, aku seperti kebiasaan akan menoleh kebelakang. Bezanya kali ini, aku menoleh kearah wajah yang amat ceria melambai pemergianku pulang beraya di kampung. Tahun tahun sebelumnya aku toleh juga kebelakang namun tiada siapa yang kelihatan mengenali diri ini.

Alhamdulillah...segalanya menjadi sangat indah buat diriku tahun ini. Sebaik melihat wajah ceria beliau yang aku rasa dipaksakan agar tidak terlepas air matanya, aku terasa sangat sebak mengenangkan kebaikan dirinya kepada diriku. Dia sangat sempurna. Kasih sayang darinya amat kuat kurasakan sehinggakan lautan yang memisahkan kami sekarang ini menjadi musuh utama untuk ditewaskan. Laut China Selatan, terasa sungguh kejam kerna memisahkan kami. Namun aku tetap akur, semua ini ujian buat kasih dan sayang antara kami.

Memang agak keluar dari tajuk bebelan aku kali ini kerna semuanya sibuk bercerita tentang kuih raya, duit raya dan segalanya. Namun bagi diriku, raya kali ini paling indah dan amat bermakna buat diriku. Hatiku terasa sebak mengenangkan betapa tingginya perhatian yang dianugerahkanNya kepadaku sedangkan aku terasa sangat kerdil dalam menyahut seruan pesuruhNya. Sangat kecil sumbanganku terhadap perjuangan membela agamaNya. Masih banyak perlu aku perbaiki diri. Tapi Dia sudah memberi ganjaran yang sungguh bermakna buat diriku.

Sebelum berangkat pulang hari itu, kuhajatkan mee kolok lah kari bubur pedas lah dan macam macam lagi lah. Sebaik keluar dari lapangan terbang kuching, aku mengajak adik adik yang datang menjemput singgah makan kerana cuma sekotak air mengisi perutku ketika berbuka dalam pesawat. Makanan habis. Mee kolok jadi pilihan. Setibanya dirumah selepas melepaskan kerinduan dengan mak bapak, kari bubur pedas serta rendang itik jadi santapan rakus. Keesokannya berbuka dengan kuih tongkol dan celorot yang sudah lama diidamkan. Tak lupa umai dan segala macam hidangan lain. Semua ini terasa sangat nikmat buat diriku kerana permintaan yang bukan bukan dariku tertunai dalam masa yang sangat singkat.

Alhamdulillah...itu saja yang mampu aku lafazkan kerana hayatku dipanjangkan hingga dapat merasa segala nikmat hidup dariNya. Aku berharap hayatku dapat bertahan hingga ke hari pernikahan nanti seandainya Dia merancang untuk mengambil nyawaku dalam tempoh terdekat ini. Kerana aku baru merasa erti bahagia.

Aku hanya minta satu kini, agar aku diberikan masa secukupnya untuk membalas segala pemberianNya kerana aku sangat takut andai Dia menuntutnya di alam barzakh nanti.

4 comments:

PuTeRi CaHaYa said...

salam syawal suka bebel..
moga sywal ini disambut dengan penuh kesyukuran...

herm...puteri doakan moga suka bebel bahagia di dunia & akhirat..moga impian utk m'jd mukmin yg sejati termakbul

sowie..puteri bz sgt... lps ni lg susah le puteri nak cek blog puteri...huhu...

Izzah said...

selamat hari raya:)

kerja apa dsemenanjung?dulu family pernah menetap di sabah.3 tahun raya kat sana x balik kampung. petang raya pertama tu, kami pack2 baju pergi semporna:)

best.

eh,lari tajuk?

mamaelly said...

abangku...

mengapakah sebut benda yang bukan2..bercerita tentang hayat la..jangan la..tak puas lagi merasai kebahagian dengan mu wahai abangku sayang...

mamaelly said...
This comment has been removed by the author.