Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Monday 15 September 2008

Mencari Al-Qadr


Tulisanku ini adalah khas untuk mengingatkan diriku dan turut sama ingin kongsi dengan kawan kawan sekalian. Bukan mahu tunjuk pandai mahupun membangga diri sebab aku kekurangan serba serbi.

Sememangnya Ramadhan sangat pantas berlalu seperti tahun sebelumnya. Sedar sedar dah masuk malam ke enam belas. Adakah surat ini yang punya angkara? Aku amat berharap Ramadhan ini dapat dilanjutkan lagi tempohnya. Kalau boleh lah.

Muslimin muslimat, sangat bersemangat mengejar ‘bonos’ di bulan mulia ini. Surau dan masjid semuanya sesak dengan jemaah yang mengejar terawih. Tak kurang yang bangun awal dini hari menunaikan qiam sebelum bersahur. Rata rata tak lekang membaca Al-Quran setiap habis solat mahupun setiap masa terluang.

Semuanya dijanjikan ganjaran yang berganda banyaknya di bulan penuh keberkatan ini. Paling penting, ramai yang mengejar malam lailatu qadr. Malam yang lebih baik dari seribu bulan andai bertemu dengannya.

Malangnya, tak ramai yang ketemu malam ini. Di mana silapnya? Segala ajaran serta tunjuk ajar para ustaz sudah dicuba sedaya upaya untuk dilaksanakan. Namun tak ketemu malam yang ditunggu sekali setahun.

Bilakah malam yang dicari itu berkemungkinan besar menampilkan dirinya? Malam ganjil sepuluh Ramadhan terakhir bukan? Justeru ramai yang menumpukan malam malam ganjil ini. Tak kurang yang tumpukan setiap sepuluh yang terakhir itu. Ada juga yang bermula tanpa henti dari pertama Ramadhan lagi. Demi Al Qadr.

Di akhir bulan ramai yang mengeluh kerana tak dapat apa yang dicari. Lebih ramai yang lupa apa yang dikejar sebelumnya kerana leka meraikan Syawal. Tak kurang yang yang kembali ke keadaan asal sebelum Ramadhan sambil mengharap akan ketemu lagi di tahun mendatang lantas mengulang semula satu kitaran yang sama.

Aku tak layak untuk mempersoalkan Al Qadr, malah aku turut sama mengejarnya saban tahun seumur hidupku. Ia memang wujud, tinggal lagi kita untuk mencari dimana ia. Mengikut pemahaman akalku yang tak seberapa, setiap kita punya sembilan puluh sembilan peratus kebarangkalian untuk bertemu Al Qadr. Segalanya bergantung atas diri kita sendiri untuk berusaha dan beramal kerana malam ini dijanjikan dengan seribu satu keistimewaan.

Perubahan paling ketara ialah seseorang yang dipertemukan dengan malam Al Qadr ini ialah hatinya disucikan seakan bayi yang baru dilahirkan. Contoh mudah, kalau sebelum ini ibarat iblis perangainya, tiba tiba menjadi seorang yang sangat mulia peribadinya. Mengikut pemahaman aku juga, seseorang yang telah ditemukan malam Al Qadr ini berjaya mengamalkan setiap satu amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan tanpa meninggalkan sedikit pun. Samada yang sunat mahupun yang wajib, semuanya dikerjakan dengan penuh sempurna. Ini kerana kekhusyukan dan ketulusan hati sepanjang Ramadhan diteruskan pada bulan bulan berikutnya tanpa cacat cela. Yang pasti, jika amalnya tulus suci sudah tentu ditinggalkan terus segala kegiatan keji.

Sila betulkan kiranya andaian aku ini salah. Yang pastinya aku sendiri masih lagi mencari Al Qadr ini. Ramadhan sangat istimewa. Dua puluh empat jam sehari dirasakan terlalu pendek dan sangat cepat berlalu. Namun, kita mampu mengheret kaki ke surau dan masjid berjemaah. Sedangkan di bulan lain seribu alasan bermain dibibir. Mari sama sama kita renung dan amalkan.

Tulisan tak seberapa ini sekadar pengingat diriku sendiri dan juga sebagai menunaikan amanahku terhadap kawan kawan sekalian. Walau cuma kenal di alam maya, malah tak kenal paras rupa, setiap yang bertandang kuanggap kawan. Setiap yang berinteraksi denganku dianggap kawan. Setiap yang sahut salam perkenalanku adalah kawan. Aku sayang saudara mara, sahabat taulan sebagaimana aku sayangkan diriku sendiri. Kerana aku takut samada aku atau ada dikalangan kawan kawanku menjadi bahan bakar untuk kawan kawan yang lain sedangkan aku berpeluang untuk membawa diriku dan kawan kawanku menuju syurga idaman. Semua ingin syurga bukan?

Segala yang baik datang dari Allah, yang cacat cela dalam tulisan ini atas kelemahan diriku jua. Ingin ambil peluang saling mengingat antara kita.

Aku suka ustaz zaharuddin ini

8 comments:

Adam said...

LANDING TIME!! ..

Singgah jap .. nak click Nuffnang kamo~ ;p

Suka Bebel said...

mak kaceh mak kaceh tapi sampe kinek tok duitku tetap RM0.00!mcmney nak kaya tok bah?

farah, s. said...

salam perkenalan..

sama2 ingt-mengingati sesama Islam.insyaAllah =)

cik.sepi said...

terima kasih krn mengingati. :)
selamat bertemu al-qadr.
kasihan orang ppuan macam saya :(
dapat cuti di akhir 10 ramadhan pulak :(

Suka Bebel said...

cik farah, salam kenalan...


cik sepi, org pompuan sudah diberi keistimewaan.walau cuti tapi ada cara untuk dptkannya dalam tempoh bercuti tu.tanya la ustaz2, aku belum sempat nak rujuk blk kitab2 lama.hehehe

Redbloodsnow said...

eeee...mek ingin nemu lailatul qadar arr..tp ya lah. mek x sempurna ni utk menemukan mlm yg terlalu istimewa ya :(

Adam said...

uiks? ney nuffnang ad ko? sikda pun?????

Anonymous said...

ngcs urbanization reporter soared djuk canadapharma listings foreseeable intense reimbursable enrollment
lolikneri havaqatsu