Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Friday 26 September 2008

Raya Dulu Vs Raya Sekarang


Raya Dulu:

Baju Raya: Sepasang baju melayu baru pasti emak jahitkan buatku. Walaupun susah dan payah, emak tetap pastikan semua lima anaknya berbaju baru dihari raya. Baju untuk dirinya malam raya baru disiapkan, sambil sambil buat kuih dia jahitkan baju anak anak dan suami hinggakan baju sendiri tak terjahit. Kadang kadang sesudah raya baru siap bajunya.


Kasut Raya: Aku sentiasa pastikan kasut raya dapat dipakai kesekolah atau untuk aktiviti pengakap sekolahku. Maklum lah, kasut mahal dan mampu dibeli sekali je setahun. Tak mahu susahkan hati emak mintak macam macam.


Kuih Raya: Mak buat jugak kek lapis walaupun ongkosnya sangat mahal kerana mahu anak anaknya turut rasa seperti orang lain rasa. Adik beradik mak ada jugak hulur kek kek ni. Aku biasanya meringankan tulang membantu buat biskut. Seronot maaa...he he


Duit Raya: Aku dan seluruh keluarga akan berkumpul di rumah atuk nenek selepas sembahyang raya. Pasti aku dapat duit raya dari arwah nenek dan makcik makcik yang dermawan. Kalau beraya di sana sukar dapat duit raya pada zaman aku. Sangat sukar. Tak pernah mintak atau dapat duit raya dari mak ayah sebab kami adik beradik amat faham keadaan mereka. Cukup lah juadah yang dah terhidang, kan?



Raya Sekarang:

Baju Raya: Baju melayu emak tetap sediakan. Tapi dia dah tak larat nak jahit, hantar kawan dia yang jahit. Dapat harga kawan kawan lah jugak. Baju untuk berjalan wajib ada tapi biasanya sepasang jek. Aku lebihkan untuk adik adik, mak bapak dan makcik makcik. Pasti setiap tahun satu beg penuh untuk mereka. Rezeki yang aku dapat berkat doa mereka jugak. Apa lah sangat barang yang aku belikan berbanding pengorbanan mereka sepanjang aku belajar dulu.


Kasut Raya: Mungkin sebab dah terbiasa, aku beli kasut yang boleh aku bawak pegi kerja. Kasut bersukan tu lain lah, beli musim lain. Tapi tahun ni aku tadak kasut raya sebab bajet telah diperuntukkan kepada kasut hantaran dan kasut nikah nanti.ha ha


Kuih Raya: Aku tunjuk tunjuk kat jalan TAR je biskut biskut yang sedap sedap. Kat sana biskut tak berapa diminati. So, pilihanku biasanya almond london pelbagai warna dan tat nenas. Adikku pulak, walaupun lelaki, buat kek lapis. Tapi sekarang dia dah malas, rajin menunjuk gak sebab harga sama je kalau buat sendiri. Mak? Biarlah dia berehat. Dia sudah pencen.he he

Duit Raya: Aku sering dikejar budak budak yang tamakkan duit raya. Posanya entah kemana tapi duit raya tak nak setakat seringgit. Budak budak zaman sekarang, jauh bezanya. Biasa aku hulur ciput je kat budak budak. Lebihkan kat mak bapak, adik adik, atuk dan adik beradik mak. Mereka banyak menyumbang kejayaan aku sekarang. Adik beradik bapak jauh, sangat jarang jumpa. Alasan je kan? Akan cuba aku perbaiki.


Esok aku dah nak balik ke kampung. Kali ni ada orang hantar ke airport, jauh bezanya dengan tahun tahun sudah. Malam ini akan berangkat ke Kluang, Johor. Petang esok berangkat dari JB ke Kuching. Doakan aku selamat pergi dan balik. Kalian turut kudoakan. Berhati hati di jalan raya atau udara. Pastikan orang yang menunggu kita di kampung tersenyum riang menyambut kepulangan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


p/s: kat serian aku akan sibuk sepanjang minggu depan. Tak tahu sempat atau tidak mahu jenguk blog ni.

7 comments:

Rajuna said...

encik bebel ni orang mana sebenarnya?

mamaelly said...

hooo raya tahun depan cam ne plak..ada beza tak abg bebelku sayang

Zumie said...

selamat hari raya en bebel..
balik kampung elok2 yek:)

syafiqah said...

selamat pulang ke kampung dengan selamat. tersentuh baca entri ini. =)

Littlesilence said...

selamat berhari raya bersama keluarga tersayang.. ;) berhati-hati dijalan raya Oke!

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri SB,

Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir dan batin andai terkasar bahasa dan tersinggung hati selama berkomunikasi di blog.

Ceria-ceria di hari raya :)

Anonymous said...

walaupon aku baru 19 tahun..
tapi bole rasa la gak..
beza wo raya dulu ngn sekarang..

ya. bukan nak kata. tapi ramai. yang xbrapa bersyukur. ngn apa yg dia ada. asyik nak lebih ja.

haha..

slamat ari raya..
maaf zahir BATIN