Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Monday 20 October 2008

You'll Never Walk Alone!!!







Sebenarnya aku nak bebelkan tentang ini awal pagi tadi tapi terbantut dek kegeraman aku terhadap cerita yang kutonton sabtu lepas.

Sesungguhnya aku meminati team ini sejak kecik lagi tapi sering diulit kehampaan saban tahun kerana sudah lama tidak menjulang trophy EPL.

Setiap tahun ditaburi dengan janji manis terutama encik benitez yang amat pandai bermain kata kata. Mujur beliau menang champions leauge tahun 2004 kalau aku tak ingat salah lah(if i'm not mistaken - ditranslate secara direct).

Selain itu memang team kesayanganku ini menang piala FA dan piala Liga, tapi aku dan rakan rakan penyokong yang lain mahukan tahta EPL!

Awal musim ini sekali lagi encik benitez menabur janji manis namun kusambut dingin. Apatah lagi beliau gagal membeli pemain yang betul betul menarik minatku. Adakah patut encik Robby Keane yang beliau beli? Mahal pulak tu? Baik dia sedekah duit tu kat aku, boleh gak buat belanja kawen. Eh, tak nak lah, sponsor team aku ni arak yang haram gajah. Salah satu sebab aku tak dapat pakai jersi team aku yang satu ni.

Namun begitubagaimanapun...

Aku betul betul kagum dengan gaya dan corak permainan team aku ni terutama dua perlawanan terakhir yang mana liverpool bangkit daripada ambang kekalahan menuju kemenangan.
Terima kasih kepada encik kuyt atau lebih mudah kalau disebut encik kunyit je di atas prestasi beliau yang semakin memberangsangkan. Kalau tidak, beliau senantiasa mendapat caci maki dariku akibat kebengkokan kaki beliau untuk menjaringkan gol.



Ketinggalan dua gol dapat kejar apatah lagi ketinggalan satu gol? Yang penting, aku lihat pemain pemain baru seperti encik riera dan encik zhar bukan sahaja menunjukkan komitmen tinggi tetapi mereka punya kebolehan tersendiri sekaligus mengurangkan kegusaranku akibat kecederaan encik fernando torres; kecuali encik robby keane tadi lah. Sudah tumpul. Dia cuma boleh digandingkan dengan encik berbatov.

Sebut saja dua mat laun robby dan berbatov ni, aku kesian dengan Spurs musim ni. Team yang punyai manager yang aku segani iaitu encik ramos semakin corot kedudukannya.

Aku tak minat sangat EPL ni sebab terlalu dihiasi dengan gambling. Setiap match seperti diatur keputusannya oleh bookie, cuma sampai sekarang belum ada bukti menangkap mereka yang berkenaan. Kalau dapat, nescaya berlaku gempar seperti liga itali dua tahun lepas.

Liga yang betul betul aku layan ialah spanish league, walaupun kebanyakan game di waktu dini hari. Hari bekerja pulak tu? Dan semestinya team aku adalah Real Madrid. Pun agak merudum team aku yang satu ni. Memang lah dah dua tahun berturutan menang liga sepanyol tu, tapi, dah lama sangat tak menang champions league.

Sebab tu aku tak kisah sangat kalau liverpool tak menang champions league ni sebab nak kasi chance la real madrid ni menang. Boleh ke macamtu?he he he

Yang aku hangin ngan liga sepanyol ni terutama team yang besar seperti real madrid, barcelona dan valencia; ketidaksabaran pengurusan pasukan terhadap head coach atau manager pasukan. Pantang kalah je terus kena sack. Langsung tak kasi peluang. Tengok team kat EPL macam arsenal, everton, toksah sebut lah yang banyak menang piala macam MU tu kan? Aku memang malas nak sebut MU ni sebab memang seteru utama aku lama dah.hehe...

Disebabkan kedegilan MU nak jualkan christiano ronaldo dan kebengongan management real madrid menawarkan robinho untuk mendapatkan ronaldo itu lah yang menyebabkan real madrid menjadi contoh paling tepat untuk peribahasa yang dikendong berciciran akibat mengejar sesuatu yang belum pasti. Eh, betul ke peribahasa aku ni? Ah! Lantak lah, aku punya suka lah kan?

Dek kerana ketamakan robinho melihat duitan lah dia menjadikan perselisihan pendapat dengan management of real madrid untuk menyertai team manchester city. Tapi kalau aku pun dapat offer banyak macamtu takkan nak lepaskan. Gila kaya orang main bola ni. Seminggu gaji dah RM1 juta. Kita ni setakat kerja makan gaji memang tak sentuh lah duit banyak tu. Bagi diorang, sejuta ni untuk celah celah gigi jek.

Alang alang aku dah melalut dengan sukan sukan kegemaran ni, baik aku kabarkan sekali disini encik hamilton menang dengan penuh gaya di shanghai ahad lepas. Sungguh lega aku. Ada lagi satu race dan dia cuma perlukan empat point untuk jadi juara termuda. Geram gak aku kat ferrari sebab menggunakan taktik kotor sekali lagi ahad lepas. Mana taknya, elok tinggal lalgi dua pusingan encik raikkonen membiarkan encik massa memotong beliau dengan mudah. Kambing ungu punya ferrari!huh!




Saturday 11 October 2008

Siapa Berani Mahu Komplen???


Proposal proposal proposal!!! Tak habis habis proposal aku buat sepanjang minggu. Budak budak sales merengek rengek mintak dicepatkan.

Product testing pun aku kena aturkan dan buat sendiri. Encik bos sibuk mengerah sebab dia turut direngek oleh product manager.


Nak melawat tapak tapak lagi. Mat mat dan minah minah indon sudah tentu merindui kehadiran aku menegur kesemberonoan mereka bekerja.

Training pun aku kena uruskan disamping melengkapkan entah apa apa lagi paperwork yang melambak.

Kawan kawan yang lain pun sibuk merungut dari tempat keje masing masing. Ada yang kena bambu dengan bos lah, bini bos datang komplen pun ada. Entah apa apa. Bini bos diorang datang bising bising sebab tak tahan asyik dijadikan tempat untuk laki dia merungut kat rumah kerana pekerja pekerja laki dia tak siapkan kerja. Macam ni pun ada kah?

Akan tetapi, segala rungutan aku tadi seakan mati akibat kepintaran encik MD yang seolah faham melihat kerutan di dahi aku sepanjang minggu bertungkus lumus di opis, dia memforwardkan gambar dibawah dengan title 'Do you want to complaint about your job?'




Apa macam, korang ada berani?

Wednesday 8 October 2008

Mari Belajar Bahasaku 3


Perkataan yang terlintas dalam kepalaku kali ini ialah T.E.T.A.K

TETAK dalam bahasa melayu semenanjung maksudnya lebih kurang memotong dengan parang atau benda tajam, aku agak agak je lah. BM aku dulu dapat gred tiga je masa SPM. Tengok penggunaan ayat dia nanti korang paham lah sendirik.

Ada pun TETAK dalam bahasa serian bermaksud ketawa. Betul ni, aku tak tipu. Kita tengok contoh penggunaan pulak


Bahasa sini:

Seorang lelaki tanpa nama ditemui berlumuran darah dipercayai ditetak hingga mati.

Kalau dialih bahasa ke bahasa aku:

Sidak nemu sorang laki belomor ngan darah kenak tetak sampei mati.
(tapi tetak dalalm bahasa aku bermaksud ketawa)


Bahasa aku:

Sik dapat kamek nahan tetak nangga sidak duak ya tek belanggar.

Dialih bahasa sini plak:

Aku tak dapat menahan tetak bila nampak budak dua orang tu berlanggar.
(Dalam bahasa sini plak, tetak tu potong)

Tuesday 7 October 2008

Terpijak Rejeki

Kejadian petang tadi...
Jam hampir 6.00 petang
Perut berkeroncong menahan lapar
Sudah sempurna mungkin pencernaan
Dua keping roti yang kutelan di tengahari
Kepala yang sarat ketika ini
Konsentrasi terhadap kerja yang semakin menimbun
Di samping melayan karenah encik manager
Beliau turunkan banyak ilmu sebab mahu tukar kerja
Tambahkan serabut di kepalaku dan rakan rakan
Masa kerja yang sudah sejam berlalu
Membuat aku tambah goyah konsentrasi
Tiba tiba
Encik GM menampilkan diri
Aku hampir menepuk dahi
Dia bangsa cina
Asal dari vietnam
Tapi peramah yang teramat
Salam raya dia hulurkan
Aku sambut girang
Tanpa diduga
Sampul bewarna emas beliau hulurkan
Kusambut penuh keliru
Silap konsep kah?
Dia atau aku yang tak mengerti
Aku ambil saja sampul itu
Tak perlu banyak soal
Orang dah bagi
Ambil saja lah
Bukan banyak pun
Paling paling warna merah
Silap silap hijau
Ah! Malas mau ambil pusing
Sampul diselit dalam poket
Kerja harus diselesaikan segera
Mujur encik MD muncul tepat pada waktu
Terus melayan encik GM
Baru lah padan
Sapa lah aku kan?
Kerja beres
Aku bergegas turun
Nak selamatkan duit bayar parking
Harus aku kena dua puluh hengget hari ini
Memang boleh claim
Tapi mahu jimat
Bulan masih panjang
Sesampai dirumah asar sudah dipenghujung
Selesai saja terus buka kemeja
Sempat kosongkan segala isi poketnya
Tika itu baru teringat duit raya
Dari encik GM
Duit raya pertamaku
Kesiannya...
Kubuka sampul
Dengan niat mahu buang segera sampul
Setelah meragut isinya
Sebaik sampul terbuka
Aku terkesima
Melopong seketika
Bukan merah
Bukan hijau
Bukan juga biru
Korang lihat sendiri lah
Aku masih keliru
Sampai detik ini
Sampul dan isinya
Tak terusik
Kaku


Alhamdulillah rejeki
Akan tetapi
Esok tahulah nasib duit itu
ha ha ha

Monday 6 October 2008

Pantun Saka Raya


Sungguh meriah masyarakat malaysia ni berpantun raya tahun ni. Trend gambar gambar masjid dan pelita minyak tanah mahupun yang berunsurkan kelucahan tahap sederhana sudah beralih arah kepada pantun memantun hinggakan aku tak larat nak balas puluhan pantun yang di-sms rakan rakan tak kira bangsa melayu india cina.

Aku ingin ambil kesempatan ini mengulas beberapa pantun yang menarik perhatianku sepanjang percutian raya.

Yang pertama ini, percaya atau tidak datangnya dari seorang india dari tempat kerja lama. Dan dia antara yang paling awal mengucap selamat. Baru baca serangkap aku dah tergelak. Separuh pantun kubaca aku dah berguling ketawa sebab seolah olah dia pun berpuasa sebulan dengan maksud pantun beliau. Yang menariknya india ni, ada lima orang yang hantar sms kat aku tapi dengan pantun berlainan. Mana lah diorang dapat pantun pantin ni aku malas ambik tau.


Pejam celik pejam celik,
Dah lama tak dengar khabar
Pejam celik dah 30 ari puasa
Makin dipejam celik
Makin banyak salah dan dosa
Sementara masih celik
Banyak banyaklah buat pahala
Sebelum pejam tak celik celik
Harap maaf jika tersalah kata


Pantun seterusnya ni boleh buat kita insaf tapi malangnya ia tak mendatangkan kesan pada hati aku ketika membacanya. Mungkin sebab dah terlalu banyak pantun diterima atau bahasa yang digunakan terlalu mengampu. Entah lah, itu pendapat aku. Ada tiga orang hantar pantun ini.

Sebening air wudhu’
Sesuci Al-Quran
Semerdu alunan zikir
Seindah solat 5 waktu
Setenang hati yang tiada rasa benci atau dendam
Jika tanganku tak sempat berjabat
Jika mukaku tak sempat bertatap
Bukalah pintu kemaafan untukku


Ada jugak yang kreatif reka pantun seloka:

Ayam berlari kesini sana
Kucing ketawa bagai nak gila
Ayam dan kucing tu takde kena mengena
Saje nak ucap selamat raya


Ada yang bersederhana:

Gemersik takbir mengundang hiba
Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelma tiba
Salam diutus pohon kemaafan


Buah laici buah strawberi
Dicuri pulak si labu labi
Ampun dan maaf dari diri ini
Salah dan silap please 4give me


Ada jugak yang melawak tahap gaban beranak lapan dengan menghantar sms berbahasa jawa. Tak tahu lah motif beliau untuk menyindir diriku yang bermentuakan jawa atau sekadar berseloka. Walau apa pun motif si penghantar, aku ternyata terhibur kerana urat saraf menjadi tegang menahan ketawa. Ada dua pantun jawa ni, tapi yang lagi satu dah panjang sangat. Layan saja yang ini:

Ngetan ngulong nunggang kudo
Melaku laku dengkule loro
Rampong rayo kito bodho
Salah silap yo dingapuro
Selamat nyambut dino rayo aidlfitri

Korang mesti banyak dapat pantun pantin ni kan? Ha ha ha