Pengikut Abang Bebel

Saturday, 11 October 2008

Siapa Berani Mahu Komplen???


Proposal proposal proposal!!! Tak habis habis proposal aku buat sepanjang minggu. Budak budak sales merengek rengek mintak dicepatkan.

Product testing pun aku kena aturkan dan buat sendiri. Encik bos sibuk mengerah sebab dia turut direngek oleh product manager.


Nak melawat tapak tapak lagi. Mat mat dan minah minah indon sudah tentu merindui kehadiran aku menegur kesemberonoan mereka bekerja.

Training pun aku kena uruskan disamping melengkapkan entah apa apa lagi paperwork yang melambak.

Kawan kawan yang lain pun sibuk merungut dari tempat keje masing masing. Ada yang kena bambu dengan bos lah, bini bos datang komplen pun ada. Entah apa apa. Bini bos diorang datang bising bising sebab tak tahan asyik dijadikan tempat untuk laki dia merungut kat rumah kerana pekerja pekerja laki dia tak siapkan kerja. Macam ni pun ada kah?

Akan tetapi, segala rungutan aku tadi seakan mati akibat kepintaran encik MD yang seolah faham melihat kerutan di dahi aku sepanjang minggu bertungkus lumus di opis, dia memforwardkan gambar dibawah dengan title 'Do you want to complaint about your job?'




Apa macam, korang ada berani?

16 comments:

NuRuL AiNA said...

keconfusan mulai melanda diriku..

apa yang sedang berlaku dalam gambar tuh?? eeewwwww

trick gmbr atau realiti.. uwaaaaaa takut takut..

syukur syukur keje aku skang..syukur...

-azwanbakhtiar- said...

cakap pasal proposal..
aku trigt cita jepon..
proposal daisakusen..
best wo..

haha.
lari tajuk

kikiEy said...

aku tak brani nk complaint.

takut2!

syafiqah said...

euww euww! kasihan gajah itu. wait! tu gajah kan? hehe =P

cHaDacHaDa said...

komplen kias2 lah.

at least he knows whatever yg buat your dahi all berkerut one!

Izzah Malik said...

haha,bernas sungguh encik MD tuh.

sumpah tanak komplen dah:D

poyotito's said...

hahaha
smart MD tu bai

e-leeyana said...

huppp...alamaks....adakah setakat itu shj perjalanan dia??? ataupun lbh dr tu??? muskil2...apa pn nmo kompelin lg pasni...

biskutrajin said...

skali itu elephant kasi kentutt...phoooofff melambung org 2...heheh

saku x mo komplen gakk

Suka Bebel said...

cik nurul, betul atau realiti tu lain cerita.yg pntg, seteruk mana kita keje ada org yg keje lagi teruk kan?hehe



azwan, ko memangggg...keturunan siamang kot kau ni?hehe




cik kikiey, kalu brani komplen lah.hehe




cik syafiqah, kalu bukan gajah apalah??hehe



cik chadachada, dahiku semakin berkerut sejak balik bercuti ni.huhu




cik izzah, tak baik main sumpah sumpah...




encik poyo, sebab tu dia dpt jd MD




cik e-leeyana, apa kau merepek daaa???




cik biskut, imaginasi kau ni memang leh tahan lah.imagine klu kau yang melambung tue.ha ha

۩۞۩ FaHReeN ۩۞۩ said...

:D

keje jgn merungut beb
kang x ikhlas:)

rahimin idris said...

pergh, gua tak berani bai!

Rajuna said...

kalau macam ni pun kena buat akuan bersumpah tak?

nasazfrog... said...

mak aiii... gilo lah heh,,,

-azwanbakhtiar- said...

mn da siamang..
cis ngkao

Suka Bebel said...

cik fahreen, bukan merungut tapi mengadu domba.hehe



encik rahimin, terima kasih sudi singgah



rajuna, perlu atau tidak terpulang kepada empunya diri.gajah nak angkat sumpah mcmana?ha ha



cik katak, mujur gambar dia dengan gajah.kalau katak macamana nak jawab?hehe




azwan, takkan ko kecik ati kot?gurau2 senda je