Pengikut Abang Bebel

Wednesday, 18 November 2009

Syarat Syarat Perempuan Mengandung Nak Naik BelonFlight (macam tiru entry dayu je ni.hehe)


Berikut aku copy and pastesalin dan lekat dari terma dan syarat yang ditetapkan sebuah syarikat tambang murah yang terkenal seantero asia. Mungkin diakibatkan terma dan syarat ini yang mengakibatkan syarikat tersebut terpaksa memberi pampasan secara sukarela terhadap seorang ibu yang bersalin semasa menaiki salah satu penerbangan diorang beberapa minggu lepas. Si ibu dan si anak yang dilahirkan akan dapat naik flight syarikat tersebut secara percuma seumur hidup ke mana mana destinasi di planet bumi. Tunggu lah kalau tokey dia nak buat airport kat bulan, mungkin boleh sekalikan lah kot.hehe...


It is the duty of pregnant passengers to advise us of the progress of their pregnancy at the point of booking of Seat and at the check-in counter. Our carriage of pregnant passengers are subject to the following conditions:

a) Pregnancy up to 27 weeks (inclusive): we will accept without a doctor's certificate subject to the passenger signing a Limited Liability Statement.

b) Pregnancy between 28 weeks to 34 weeks (inclusive): passenger shall produce a doctor's certificate confirming the number of weeks of pregnancy and that she is fit to travel which certificate shall have validity of not more than seven (7) days from the scheduled flight departure date. The passenger will be required to sign a Limited Liability Statement

c) Pregnancy 35 weeks and above: we will refuse carriage.




***Ada jugak pendapat mengatakan pampasan diberikan tu sebenarnya hadiah buat ibu dan anak tersebut. Kerana orang meniaga ni percaya dengan tuah, yang dikaitkan juga dengan masyarakat cina. Sejauh mana betul tak betul tu tak tahu lah kan?

+***Aku terpaksa cancel flight balik raya haji hujung minggu ni sebabnya isteri dah mengandung semula. Peringkat awal ni memang kena jaga, jadi aku tak nak ambil risiko lah sebab kadang kadang masa landing tu teramat kuat hentakan hingga terasa senak perut. Kalau pilot yang dah pro takda masalah bab landing ni, tapi kita takkan tahu pilot tu terror ke tak nak landing. Jadi, samada tawakal dengan meredah jugak flight tu atau cari kenderaan alternatif.

++***Takkan aku nak naik sampan kot sebagai alternatif balik sarawak? Bila nak sampainya?hehe...

+++***Otak sangat tepu akibat bercakap sepanjang hari.huhu


Tuesday, 17 November 2009

Klinik Orang Melayu Punya Kesah

Kalau ikutkan aku dah membuta time macam gini, paling tidak pun aku melayan ketagih ganjamafia wars di fesbuk yang buat aku semakin tak keruan di malam hari.hehe...

Akan tetapi demi menyiapkan tugas tugas yang perlu selesai sebelum aku berambus isnin depan ini dari pejabat yang aku huni semenjak enam bulan yang lepas, oh ye tak ye, memang betul betul genap hari ni enam bulan aku berkhidmat dengan kerajaan. Tugasan utama menyelia duit rakyat untuk kegunaan maintenance di salah sebuah blok pejabat kerajaan. Syukur alhamdulillah, walau dengan keadaan diri ibarat kambing hitam tetapi amanah yang aku pikul berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ratusan ribu ringgit duit rakyat berjaya diselamatkan dan walaupun bilangannya sangat kecil berbanding jutaan ringgit yang disonglapkan oleh lain lain keparat, aku boleh bangga sendiri atas perjuanganku.

Eh, terberlari pulak dari tajuk.hehe...

Dipendekkan cerita lah, pagi tadi dengan masa yang sangat singkat yang aku ada terpaksa jua aku luangkan masa buat menemani isteri tersayang pergi ke klinik. Terpaksa tapi tetap ikhlas.hehe...

Selesai mengadap encik bos sekejap pagi tadi aku terus pulang kerumah sekejap, ambil isteri dan bawak ke klinik. Dalam kepala dah set nak pegi satu klinik yang doktornya berbangsa melayu, sebab bulan lepas pernah kesitu. Tiba di klinik dalam jam 9 pagi tapi encik doktor belum tiba walaupun di pintu klinik terulis waktu operasi bermula jam 8 pagi. Aku set dengan isteri, kalau 10 minit doktor tak muncul kitorang gerak. Betul betul cukup 10 minit, memang gerak keluar dari situ dan dalam kepala dah set nak ke satu lagi klinik melayu. Nak tolong melayu katakan dan masa tu masih sangat sabar.

TIba di klinik yang aku dah setkan tadi, di pintu klinik tulis mula operasi jam 8.30 pagi. Jam dah 9.20 pagi, terus aku masuk dan tanyakan si penjaga kaunter samada encik doktor sudah masuk. Jawapan diberikan cukup memanaskan hati dan tanpa aku sedar terlepas keluhan panjang dari mulut aku depan si penjaga kaunter tu. Mujur lah tak keluar maki dan hamun kan? Dah lama jugak orang tak makan maki dan hamun aku ni dan aku pun lapar sangat nak menghamun. Yang buat aku hangin orang tu kata encik doktor akan masuk jam 10 pagi. Itu yang dia kata lah dan itu paling awal encik doktor tu akan masuk. Kalau lagi lambat dari itu macamana?

Sudahnya, aku tak pikir panjang terus singgah satu klinik kepunyaan mediveron. Tak tau la cina atau india tuan empunya, tapi dalam masa tak sampai 15 minit segala urusan selesai.

Kenapa lah orang melayu kita ni susah sangat nak carik rezeki. Pintu dah ada, tinggal lagi nak bukak luas luas bagi rezeki berkoyan tu masuk. Ini belum cerita klinik kerajaan. Yang itu kita sendiri faham la yang bilangan pengunjungnya pun ramai sebab segala rawatan dan ubatan percuma. Tapi sesetengah klinik kerajaan tak teruk sangat dah, waktu menunggu diorang berusaha untuk pendekkan seboleh mungkin sehinggakan dua doktor berkongsi satu bilik rawatan.

Atau pun mereka mereka ni dulunya berkhidmat dengan kerajaan di klinik klinik atau hospital kerajaan secara paksarela? Ye lah, kalau dulu nak kena masuk kerja on time setiap hari, apa lah salahnya sekarang ni masuk kerja ikut suka hati? Itu kan klinik diri sendiri, tak ada siapa yang nak marah. Kalau orang tu nak marah, suruh je dia bukak klinik sendiri. Macamtu kot yang diorang ni fikir?huhu...

Itu belum yang guna alasan hantar anak kesekolah, orang gaji mc dan sebagainya. Kalau lain lain bangsa boleh uruskan semua benda ni dengan tak menyusahkan diri sendiri dan orang lain, kenapa bangsa kita ni tak boleh nak buat? Adoyaiii...malam malam gini pun aku hangin lagi mengenangkan peristiwa tadi pagi. Rasanya kat luar sana ada ramai lagi berjumpa masalah begini. Kepada doktor yang terbaca ini bebelan dan kutukan, sila jangan ambil hati tapi ambil tindakan sewajarnya kerana bagi aku masa sangat lah berharga.huhuhu....






Monday, 16 November 2009

New Zealand Masyuk World Cup 2010!


Wah, lagi lagi pasal bola selepas minggu lepas sepanjang minggu berentap pasal bola. Nak tambah hangin sikit kat FAM, team bola New Zealand berjaya layak ke final world cup tahun depan sedangkan malaysia masih terkial kial untuk menang walau satu game ketika pusingan kelayakan.

New Zealand turut layak ke satu lagi world cup tapi dalam sukan hoki dan ini lebih menarik kerana mereka layak setelah menumpaskan Malaysia yang dulunya sangat digeruni dalam sukan hoki ni. Apa sudah jadi? Ada siapa siapa mahu komen?


**tak risau sangat hoki ni, cuma diorang kena maintain cara diorang main je
***bola ni yang membazir banyak duit ni, kasi kat aku kan ke lagi banyak faedahnya?hehe


Friday, 13 November 2009

Aku si Kambing Hitam?



Aku: Marah betul orang sini bila aku antar surat resign
Dia: Mesti lah, dah takda kambing!
Aku: Sapa kambing?
Dia: Kau la kambing hitam?hahaha...


**perbualan dengan seorang kawan sejati lewat petang semalam. Orang sekarang guna istilah bff *best friend forever* kalau tak silap, tapi bagi aku dia kawan dunia akhirat.hehe...


**Selamat beramal di hari Jumaat yang penuh keberkatan


Thursday, 12 November 2009

Cerita F1 Pulak Lah



Wah wah wah...blog aku dah jadi macam blog sukan dah minggu ni. Kali ni nak bawak topik Formula 1 atau lebih glamour dipanggil F1.

Alkisahnya Malaysia telah menubuhkan satu pasukan untuk turut bertanding dalam sukan paling mahal ni. Mungkin tergamam tengok performance yang agak cemerlang dari team force india tahun ni, yang dulu sentiasa booking tempat paling last tapi tahun ni dah mampu naik podium malah nyaris menang satu race kat mana tah ari tu,lupa pulak. Tahun ni punya F1 aku tak berapa nak ikut sebab team Mclaren kurang menyerlah. Dah separuh musim baru boleh nak setelkan problem kereta diorang. Itu pun susah nak konsisten hinggakan final race hari tu si hamilton terpaksa retired disebabkan masalah brek walaupun masa tu dia sedang leading. Sayang betul...

Berbalik kepada tujuan asal aku bukak topik ni, rasanya siapa akan duduk dalam kereta F1 pertama Malaysia ni? Adakah negara sekali lagi membazirkan duit membayar pelumba luar, atau beranikah orang kuat sukan kita gamble dengan mengangkat pelumba tempatan yang sedia ada seperti fairus fauzy, fairus fauzy dan fairus fauzy untuk dijadikan pelumba utama? Eh, aku taip tiga nama orang yang sama rupanya.hehe

Apa kata anda? Atau ada yang nak cuba cuba hantar cv menjadi pelumba F1 pertama untuk team Lotus F1?



Wednesday, 11 November 2009

Lagi Pasal Bola Punya Pasal


Pertama sekali terima kasih banyak kepada nuffnang sebab sejak sekian lama dia sangat berfaedah untuk aku mengesan siapakah silent reader yang rajin berkunjung disini. Dan semalam telah mencatat rekod tertinggi bila lebih 150 kali blog aku ni dikunjungi dalam masa sehari. Dan paling best ada yang jam 3 ke 4 pagi pun ada yang berkunjung. Bola punya pasal lah.

Dari mana diorang ni datang?

Dari sebuah group di fesbuk yang mungkin terasa dengan apa yang aku bebelkan isnin lepas tapi aku rasa tak semua yang terasa kot. Aku tengok takdak komen negatif pasal blog ni kecuali dari sorang yang agak emosi. Ya, aku orang luar dan memang tak layak berkata atau komen apa apa dan atas sebab itu aku tak pernah sebut nama, sekadar memberi contoh. Tak apa, aku faham perasaan dia dan dia juga harus faham aku langsung tak berniat mengenakan sesiapa. Saja nak kongsi pendapat dengan harapan blog yang tak seberapa ini boleh beri sedikit sumbangan bagi menambah jutaan ringgit duit rakyat yang dah dibelanjakan semata mata kerana sukan. Masih ramai rakyat hidup merempat dijalanan tapi jutaan duit ini lebih penting untuk membolehkan pemain bola boleh terus menyepak bola, pemain badminton boleh terus menghayun raket, pelari pecut dapat berlari sepantas kilat dan sebagainya. takkan aku nak listkan semua jenis sukan, tak larat lah.hehe...

Niat dan tujuan utama bersukan ni untuk kesihatan dan juga untuk membuktikan setakat mana keupayaan kita berbanding atlet kelas dunia yang lain. Cara dan gaya yang nak kena betul disini. Yang memerintah, gunakan duit yang ada. Kita yang menyokong atlet atau pasukan pilihan pulak kena lah tahu gaya dan had yang patut ada.

Diharapkan penyokong pasukan Kelantan tidak tersalah faham bebelan aku kat sini isnin lepas. Memang blog aku, aku punya suka nak tulis apa tetapi aku akan cuba sedaya upaya menjaga hati sesiapa jugak yang aku rasa akan terbaca tulisan yang tak seberapa ni. Mungkin kerana masih panas agaknya tragedi final piala malaysia sabtu lepas, ada yang tersalah anggapan aku sengaja menikam satu satu negeri. Tidak sama sekali. Aku sangat sangat menantikan saat dan ketika bila mana seorang peminat bolasepak negara ini menangis di stadium sebab tak dapat menahan sebak kekalahan pasukannya seperti yang dah biasa terhidang di tv, aksi bola eropah. Mereka faham apa itu sukan dan sebab mereka berdiri teguh menyokong pasukan pilihan masing masing.

Bayangkan, kelab divisyen ke 4 liga inggeris, pemain pemainnya bukan bermain sepenuh masa malah ada yang berkebun atau berniaga kecil kecilan untuk menyara hidup. Harapkan gaji bermain bola, berapa sangat yang mereka dapat berbanding mereka yang berada di liga perdana? Tapi penyokong mereka tetap ada dan mereka turut punya sejarahh tersendiri. Nama besar seperti Man U, Liverpool dan Chelsea serta Arsenal pernah kalah bermain dengan pasukan ini. Tak kisah lah pasukan hebat tadi turunkan kesebelasan simpanan ke apa, tapi yang penting pasukan kecil tak dikenali ramai merasa bangga dapat tumbangkan lawan yang punya prestasi jauh lebih hebat dan kedudukan kewangan yang sangat selesa.

Siapa pernah dengar nama kelab Alcorcon?

Aku tak pasti ejaannya tapi pasukan tu membelasah pasukan yang sangat aku minat dari dulu dan punya pemain pemain yang semuanya bertaraf bintang seperti raul gonzales, christiano ronaldo, karim benzema dan banyak lagi lah. Dengan kaka pulak lagi. Real Madrid dibelasah 4-0 oleh Alcorcon ni dalam satu perlawanan piala raja sepanyol. Alcorcon ni duduk liga kelas b di sepanyol tapi boleh menumbangkan pasukan sebegitu besar.

Itu contoh yang aku sendiri tahu atau terbaca. Yang aku tak tahu? Pasti lebih banyak. Dan tak banyak yang aku dapat nak sumbangkan dalam sukan ni. Nak kata aku kaki bangku pun katalah, memang dah lama aku tak turun padang. Tapi apa yang aku cuba suarakan sekadar luahan rasa kecewa dengan senario sukan kat negara ni dengan harapan ada lah mana mana pihak yang terlibat secara langsung dengan sukan di negara ni terbaca apa yang aku bebelkan dan berusaha membuat sesuatu untuk pulihkan apa apa yang dirasakan kurang. Dan yang paling penting, duit ringgit yang cecah jutaan ringgit boleh dianggap pelaburan yang berbaloi kalau ramai ahli sukan negara ni yang berjaya. Kalau dah asyik gagal je, tarik balik je lah duit tu semua dan agihkan ke fakir miskin yang dirasakan layak daripada dibazirkan begitu saja oleh orang yang tak tahu diuntung.

Baik pengurusan mahupun penyokong, sama sama kita sokong apa yang termampu dengan cara yang betul. Tak ada benda yang mustahil. Nothing impossible kata orang putih sebab orang putih selalu conteng perkataan "impossible" tu menjadi "i'm possible"! Jadi renung renungkan fikir fikirkan dan selamat bersukan! hehe...




Tuesday, 10 November 2009

Komen Kelab Penyokong Kelantan :)


Apa aku nak nyatakan telahpun aku bebelkan semalam dan langsung tak bermaksud menyindir atau tak ditujukan kepada satu satu pihak. Contoh yang diberikan mungkin telah membuat sesetengah terasa termasuk salah seorang silent reader ni. Adil bagi pembaca tersebut dan rakan rakan senegerinya untuk aku paparkan disini ulasan komen beliau yang panjang lebar dan punya cerita tersendiri. Pokok pangkalnya, bukan ditebang ya, semua kita kat negara ni perlu faham apa itu sukan dan semangat kesukanan. baru lah benda begini tak memalukan bangsa kita sendiri. kan?

Beginilah luahan beliau...sebelum tu terima kasih daun keladi atas kunjungan dan luahan rasa anda di blog yang tak seberapa ini...



assalamualaikum..mgkin sy x diperlukan utk tggalkan komen di sini..dan mungkin juga blog encik bebel ni xde silent readers yg berasal dari KELANTAN kecuali saya..

1st..maaf jika sy mgganggu ruangan en bebel..tp setelah sy amati setiap patah ulasan en bebel sy rs terpanggil mewakili seluruh rakyat kelantan utk menjelaskan serba sedikit keadaan ms tu..sbb sy ada di stadium pd ms kejadian..

en bebel..dan rakan2,
perbuatan SEGELINTIR rakyat negeri kami adalah sgt tidak baik dan tidak patut dicontohi..walhal kami sendiri pun sgt marah bila kes2 BAKAR ini terjadi..setiap negeri ada semangat tersendiri..ada adat tersendiri..kami rakyat KELANTAN sudah lama sedar kami x pernah DIPUJI walau kami mengangkat negara di mata dunia..apatah lagi utk hal2 yg mencemarkan imej..kami ada semangat dan kami juga ada adat..mungkin silap percaturannya di sini adalah semangat kami MELEBIHI negeri lain..harapan kami terlalu tinggi utk menjulang PIALA MALAYSIA..ternyata kami hanya diejek dan dicela..

en bebel dan rakan2,
pepatah ada mengatakan SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA..hingga hr ini tempias masih kami rasa walau pon di kaki lima kami berjalan..di dada akhbar dan di kaca tv nama negeri kami dan imej negeri kami terus dihebah2kan..kami TERIMA apa yg kami sudah lakukan..namun, terlintas jua di hati kami bila pihak2 tertentu gagal berlaku adil..ketika perlawanan liga semi final KELANTAN mln PERLIS beberapa minggu lepas ada isu di sebaliknya yg ditutup kemas oleh media, FAM dan seantero dunia bolasepak malaysia..ketika itu KELANTAN berjaya menundukkan PERLIS dan sbg balasan bas yg dinaiki oleh penyokong KELANTAN dilempar dengan batu bertalu2...abang saya sendri berada di dalam bas tersebut..beberapa org mengalami luka di dahi..namun tiada satu pun cerita di dada akhbar berkenaan 'hujan batu' di perlis..kereta penyokong kelantan juga dikemek2..dipancitkan tayar..ini semua sbb kelantan menang atau...???

en bebel dan rakan2..
siapa kami utk bercakap dgn FAM dan siapa kami utk menjelaskan perkara sebenar..kami tetap buruk di mata orang lain selain rakyat KELANTAN sendiri..justeru sy rasa sedikit terguris bila orang 'luar' dari KELANTAN bercakap psl negeri saya yg sy naungi..maaf en bebel dan rakan2 jika ulasan sy mengguris hati..demi allah saya ke ruangan en bebel ini hanya utk jelaskan walau hanya secubit dari kisah sebenar..

en bebel dan rakan2...
kalau boleh kami rakyat KELANTAN ingin menebus balik di atas kejadian yg berlaku tempoh hari kerana yg mencetuskan huru hara itu hanya mereka yg terlebih FANATIK dan kami akan cuba menambahbaik mutu kelab penyokong kami..insyaallah..seburuk2 mereka yg bakar-membakar itu, mereka tetap rakyat senegeri kami..cubit peha kanan, peha kiri terasa...

en bebel dan rakan2..
insyaallah, pd musim akan datang huru hara sebegitu x kan berulang..satu permintaan saya, jika rakan taulan semua tidak tahu keadaan sebenar usah lah cuba mengkritik KAMI lagi...kami akan selesaikan dengan rakyat negeri kami..semoga penyokong2 negeri2 lain tidak lg menghukum kami bagaikan kami telah MEMBAKAR satu stadium bukit jalil...kalau benar penyokong negeri lain ada adat sendiri dan sikap bagaikan malaikat..kami terima keburukan kami yg umpama dajal ini..sebab kami sudah biasa dicela dan dikutuk..terima kasih banyak2 di atas kritikan...


assalamualaikum..

p/s : semoga abg bebel dan mamaelly berbahagia selalu dengan bakal cahayamata...amin


Monday, 9 November 2009

Akan Majukah Bolasepak Malaysia?


Biasanya orang tanya bila bolasepak kat malaysia ni nak maju, tapi aku ubah sikit bentuk soalan tapi membawak maksud yang sama.

Dah terlalu lama rasanya aku tak layan bola Malaysia ni kecuali ari tu masa team negara lawan Man U tu, layan la jugak. Tapi kalau liga malaysia atau apa apa piala yang dipertandingkan memang aku kurang minat nak layan dan sekaligus memberi sumbangan kepada kelembapan prestasi bolasepak negara. Kalau dah orang kita sendiri tak sokong, sapa lagi yang nak sokong? Tapi nak buat macamana, Sarawak main teruk sangat sekarang ni. Dah lah tak ada player import macam fernando torres atau steven gerard tu kan?hehe

Apa yang buat aku bebel pasal bola ni ialah, aku tertarik nak tengok final piala malaysia sabtu lepas sebab yang berlawan adalah pasukan yang tak pernah menang piala keramat tu. Kelantan lawan Negeri Sembilan. Aku sokong Negeri Sembilan, toksah tanya la kenapa aku sokong.

Tapi yang aku nak bebel ni bukan pasal sapa sokong sapa atau pasal team yang aku sokong dah menang sakan tapi semangat kesukanan yang lemah di kalangan mereka yang dah berkorban masa, duit dan tenaga turun menonton di stadium. Memang susah nak tengok stadium kat Malaysia ni penuh, tak kisah lah tournament apa pun. Tapi kalau final, memang sure penuh dan heboh tapi yang tak sedap mata memandang bila ia jadi kecoh.

Itu yang ditunjukkan sekali lagi sabtu lepas, bila pasukan yang disokong dah mula ketinggalan. Bila sudah terbau kekalahan, semua jadi baran. Lepaskan perasaan bakar mercun. Tak puas jugak, bakar kain rentang yang sebelum itu dibanggakan sebab sangat besar dan dibuat dengan tangan sendiri. Masih tak puas, bakar kerusi di stadium, mungkin nak claim balik harga tiket yang dibeli dari ulat tiket kot. Tapi apa salah kerusi tu? Mujur insiden bakar kereta polis tak berulang.

Itu senario dinegara yang kononnya punya masyarakat penyayang, lemah lembut berbudi bahasa. Chittt!

Cuba alih pandangan ke arah eropah sekejap, terutamanya liga yang sangat femest kat sana tu iaitu tak lain tak bukan EPL. Walaupun team dia ketinggalan 5-0 tapi penonton tetap setia memberi sokongan asalkan pasukan yang dia sokong tetap bermain sepenuh hati. Mereka akur, nasib kadang kadang tak menyebelahi mereka. Malahan ada yang menangis sakan bila team dia kalah. Itu dah biasa.

Aku ambil lagi contoh liga juara juara eropah, pernah beberapa tahun lepas dalam final di istanbul turki, AC Milan dah leading Liverpool 3-0 dan dah konfiden menang dah AC Milan dan penyokong yang menonton dari rumah macam aku memang dah konfiden kalah. Tapi penyokong kat stadium tetap bersorak sakan memberi sokongan moral kepada pasukan hingga kedudukan seri 3-3 dan perlawanan diseret ke masa tambahan yang akhirnya dimenangi Liverpool melalui tendangan penalti. Perghh! kalau lah kita punya semangat menyokong sebegitu, tak mustahil Malaysia ni boleh jadi juara piala dunia satu hari nanti yang entah bila akan jadinya.

Itu lah dianya aku nak bebel pasal bola ni. Tepuk dada tanya selera. Kadang kadang kita patut korbankan sikit semangat kenegerian ni. Yang penting satu perlawanan yang sangat menarik terhidang didepan mata dan suasana gamat yang sangat jarang memenuhi stadium dalam mana mana perlawanan di malaysia ni. Majukah sukan, eh salah, majulah sukan untuk Malaysia!



p/s: Mulanya aku nak tempek gambar gambar aksi ganas penyokong penyokong tersebut tapi tiba tiba aku rasa malas sebab diorang takkan nak tengok kat blog aku ni. Korang imagine lah sendirik kalau malas nak gugel.hehe...

p/s/s: Liverpool dah makin teruk sekarang.huhu...


Friday, 6 November 2009

Dengki = Denggi??


Pastinya dunia ni akan jadi lebih aman dan tenteram kalau lah takda perasaan hasad dan dengki ni. Tapi sekarang ni macam penyakit berjangkit pulak aku tengok dengki mendengki ni. Toksah kita nak banding yang jauh diluar negara sana lah kan, kat dalam negara ni sendiri dah tak terkawal dah gayanya.

Pantang lihat kawan lebih sikit pasti timbul iri hati. Sedangkan apa yang dimiliki kawan tu atas usahanya sendiri dan sangat lah tak mustahil untuk si pendengki ni turut mendapat hasil yang sama sekiranya dia berusaha bersungguh. Kalau dengki dengan cara nak bersaing ni tak apa lah asalkan tak menyakiti orang lain kan? Ini tak, tengok kawan lebih sikit je terus jaja cerita tak betul tentang orang tu keliling dunia semata mata nak menjatuhkan orang tersebut.

Kalau tak pun, terasa periuk nasi sendiri seakan tertutup dek pesaing yang tiba tiba menonjolkan diri lebih dari diri si pendengki ni. Bila lihat orang tu lebih maju daripada kita, mula lah merangka rancangan nak jatuhkan orang tu. Kenapa lah tak gunakan masa dan tenaga tu merangka cara nak majukan diri sendiri? Dah sah sah orang yang dianiaya ni bakal beroleh kemenangan jua akhirnya nanti.

Yang buat aku tak paham dan membuatkan aku nak bebel pasal dengki mendengki ni, perkara yang sangat lah tak patut didengki pun orang boleh nak dengki. Kena kat isteriku sendiri yang punya blog seperti aku jugak semata mata mahu meluah rasa dan berkongsi cerita. Tak di sangka sangka ada jugak yang tak puas hati dengan menghantar berbagai komen berunsur mengejek dan mengata atas sebab munasabab yang tak pasti. Aku pernah bebelkan tentang kebebasan bersuara, mungkin golongan pendengki ni jenis tak makan saman lah kot. Yang penting, bukan kerjasama macam lagu wonderpet tu. Si pendengki ni lebih pentingkan kepuasan peribadi mereka. Asalkan hatinya puas, tak kisah lah apa jadi kat orang lain baik nak tertonggeng atau terlungkup terlentang.

Buat si pendengki ni yang aku sangat pasti turut sama memerhati blog aku ni, cuma dia belum bersuara je lagi disini. Wahai pendengki, kalau lah kau sendiri punya privasi, punya cerita yang mahu dikongsi, ada saudara mara yang mahu dilindungi, ingatlah yang orang lain pun sama. Kau punya privasi orang tak kacau, jangan lah menempek kat tepi kain orang. Kalau kau boleh ketawa riang bercerita kegembiraan dan kejayaan hidup kau, orang lain tak boleh ke? Cuma gaya dan cara yang berbeza, jadi sila ingat kita semua ni hanyalah hamba Allah yang sepatutnya saling bersaudara serta saling ingat mengingati sesama kita. Sebelum menanam rasa hasad dengki terhadap saudara sesama islam tu, fikir betul betul patut ke kita bertindak demikian? Kita fikirlah sama sama!


**Kalau rasa blog orang lain tak cantik dan tak menarik ceritanya, bina lah blog sendiri yang cantik dan indah belaka isi ceritanya :)





Thursday, 5 November 2009

Yang Terbaik


Bukan soal siapa yang meludah kelangit terkena muka sendiri.
Bukan jugak siapa yang menjilat ludah sendiri.

Bila aku diberhentikan oleh kompeni sebelum ini dengan alasan masalah ekonomi dan atas konsep last in first out, aku terima walau dengan hati yang berat. Jujur aku katakan memang perasaan marah turut wujud tapi apakan daya kalau dah rezeki aku setakat tu je kan? Kompeni tu pulak bukan lah buang aku macam buang sampah, dan yang pasti bukan sebab prestasi kerja aku tak bagus. Aku diberhentikan dengan pampasan dan turut dinyatakan bukan atas sebab prestasi tapi atas sebab kompeni itu sendiri yang terpaksa mengurangkan bilangan pekerja.

Dan bila aku dapat peluang untuk kembali kesitu sekarang ni, tak kurang yang mengatakan aku mungkin buat silap. Tak kurang yang mengapi api aku dan kompeni tu, mana tau lepas ni diorang dah tak nak aku lagi buat balik macam hari tu.

Satu kelebihan yang aku rasa sentiasa ada pada aku ialah setiap kali datang perkara macam ni aku akan lihat, orang putih kata look at the bright sight. Mesti ada positifnya yang bakal memanfaatkan aku nanti. Tak dinafikan ada negatifnya tapi itu semua terpulang pada diriku nanti membawa haluan semasa disana. Kalau aku dapat achieve target yang diberikan, tak ada masalah untuk aku terus berada dalam team itu dan tak ada alasan juga kompeni tu nak terminate aku sesuka hati.

Paling penting aku mahu lompat keluar dari tempat aku sekarang sebabnya post yang aku pegang sekarang punya conflict of interest. Andaikata lah SPRM datang buat spot check, aku orang pertama yang akan terkena sebab peranan aku dalam projek ni sebagai verifier. Tak perlu lah aku detailkan ye, setakat untuk memahamkan kalian cukup lah dulu.hehe

Dan aku bukan tak berusaha mencari kerja lain sebelum ni, tapi dah memang belum rezeki. Aku nyaris menukar angin pergi ke selatan semenanjung ni untuk bekerja tapi mungkin belum rezeki, aku tak dapat kerja tu. Sebab teramat konfiden selepas interview tu aku ada lah buat istikharah mohon diberi petunjuk dan dipermudahkan segala apa jua keputusan yang aku akan ambil nanti. Dah alang alang sebut pasal istikharah ni, aku rasa ada yang silap pemahaman dalam bab solat istikharah ni. Ramai beranggapan kita akan dapat petunjuk bila dah bermimpi. Kalau tak mimpi macamana pulak?hehe

Sebenarnya kalau ikut apa yang difahamkan oleh seorang ustaz kepadaku istikharah ni tak semestinya kita akan dapat mimpi. Banyak aspek untuk petunjuk yang kita mintak tu. Yang paling penting niat kita masa Istikharah tu. Kita minta petunjuk dan minta dipermudahkan apa jua langkah kita dimasa akan datang. Nak cerita panjang panjang aku ni pun tau lebih kurang, nanti lah rujuk kat mana mana ustaz lain eh?hehe

Berbalik pada Istikharah yang aku buat dalam bulan puasa ari tu untuk kerja yang kat selatan semenanjung tu, kat johor la senang, setiap kali aku buat mesti aku bermimpikan ex-boss aku tu. Dan dia juga lah yang bagi aku peluang sekarang ni untuk buktikan yang kompeni tu memang silap besar memberhentikan aku dulu, enam bulan dulu.

Tak sedar dah enam bulan rupanya berlalu tapi aku rasa macam panjang sangat masa enam bulan ni sebab banyak sangat benda yang berlaku. Tak apa lah, sekarang ni aku tunggu tempoh notis dua minggu ini tamat sebab semalam dua pihak iaitu bos aku dan jkr dah terima perletakan jawatan aku. Disember nanti akan bermula di tempat lama tu tapi dengan semangat dan mentaliti baru.

Terima kasih atas nasihat nasihat kalian yang sekadar aku kenal di alam maya ni. Mungkin lepas ni akan lebih berpeluang untuk rapatkan lagi perkenalan kita ni dengan berjumpa di luar sana. Istikharah, Insya'Allah akan kulakukan tanpa jemu. Teruskan mendoakan yang terbaik untukku dan juga untuk kita semua. Semoga kita beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat sana nanti. Amin...