Seluruh badanku menggigil.
Seluruh bulu romaku meremang.
Jantung berdegup kencang, berdebar debar rasanya.
Geram.
Sakit hati.
Marah!
Sedih sebab aku hanya mampu berdiri dalam keadaan tercengang.
Petang tadi, kejadian yang langsung tak disangka sangka berlaku seakan sangat perlahan di depan mata sendiri tapi aku tetap tak mampu berbuat apa apa untuk menghalang si pelaku atau menolong yang ditindas. Ragut!
Selesai urusan kerja petang tadi aku bergerak balik melalui silk hiway dan berhenti solat di petronas sebelah Uniten Bangi. Selepas selesai solat, aku lepak di kereta sambil melayan panggilan talipon dan turut menalipon beberapa orang. Tiba tiba kedengaran orang menjerit jerit. Suara macam orang bergaduh laki bini. Aku keluar dari kereta dan terpandang seorang lelaki memukul seorang pompuan dengan sebilah parang yang agak panjang dan besar tapi dah berkarat. Sorang lagi laki standby atas motor. Tak lama, si lelaki dapat merampas beg dari pompuan tadi tu dan terus panjat motor yang standby lalu blah dan lalu dengan penuh selamba didepanku.
Aku boleh je terkam kedua dua mamat atas motor tu, ala ala flying kick la konon.
Aku boleh jugak masuk kedalam kereta dan terus pecut kereta dan langgar je motor tu sampai dua dua mamat tu mampus.
Paling tidak pun aku tolong minah tadi tu ketika dia sedang bergelut bertarung mempertahankan haknya.
Tapi, tak ada satu pun langkah di atas yang aku mampu lakukan. Ini betul betul buat aku rasa sangat terkilan. Memang geram sangat sehingga aku pun turut menggigil kesan kejadian tersebut. Gadis tadi lagi lah trauma, terjerit jerit macam orang histeria sambil cuba menalipon seseorang. Mujur taliponnya dapat diselamatkan.
Ramai juga yang jadi saksi kejadian dan aku sedikit kecewa dengan satu keta ni, kenapa lah dia tak kejar peragut tu padahal peragut tu lalu depan dia jugak masa tu. Tapi, bila aku fikirkan balik pasti si polan dalam keta tadi tu turut mengalami apa yang aku rasakan tadi sehinggalah ke detik ini.
Rasa sedikit tenteram bila dah terluahkan disini tapi tetap berasa geram dengan si peragut. Memang nak hidup ni susah, tapi jangan kerana kita nak hidup tapi menyusahkan dan tambah perit lagi menyiksa orang lain. Hidup senang hasil merompak meragut atau menggunakan hak orang lain adalah sangat hina, baik mati dari terus hidup menyusahkan orang. Kalau yang jenis ada anak isteri, tak tergamak rasanya diorang mengguna cara mudah sebegitu tapi ini adalah golongan muda belia yang sihat cergas tubuh badan!!
Ya Allah, sekiranya engkau temukan aku dengan kejadian sebegini lagi, berikanlah aku kekuatan untuk bertindak seperti yang sepatutnya. Bukan mahu menjadi hero tetapi geram sangat dengan kejadian sebegini. Tapi, aku lebih rela kalau kejadian ragut ini tidak lagi berulang esok lusa dan selamanya walaupun ia sangat mustahil. Wahai peragut perompak dan penyamun, sila ragut rompak atau samun ibu bapa adik adik abang abang serta kakak kakak kalian sebelum bertindak meragut orang sekeliling. Kalau masih ada rasa kasihan belas terhadap sanak saudara kalian, sila berperasaan yang sama terhadap masyarakat sekeliling.
p/s: walalu aku tau mat ragut atau perompak penyamun tak baca blog ini, aku mohon yang terbaca bebelan ini turut sama mendoakan agar dibuka pintu hati mereka ini untuk bertaubat. amin...

2 Bebelan:
assalamualaikum . saya nurul . mangsa kejadian ragut yg cik tulis ini .
mak cik saya terbaca post ini dan terus cerita kpd saya . terima kasih atas prihatin cik :)
saya dpt 8 jahitan plus kaki kiri saya retak sbbkan kejadian ini .
walaupun peragut tuh xdpt nak tangkap , byk CCTV dpt merakam kejadian itu . skg menunggu lagi siasatan polis yg entah bila akan siap tuh XD
keluarga saya kirim salam kpd cik byk2 atas article ini . terima kasih :)
sgt mncabar.. sesetgh org mmg akn brni utk bt sesuatu.. tp sesetgh org kaku ble ad ditmpt kejadian.. be strong la.
anyway, visit me n follow k..
http://naniechanblog.blogspot.com
Post a Comment