Pengikut Abang Bebel

Tuesday, 22 November 2011

Tahniah Harimau Muda!


Hambik ko! Menangis kena terkam ngan Harimau Malaya.hahahaa...



Jutaan tahniah buat skuad muda Harimau Malaya a.k.a. Harimau Muda sebab berjaya mengalahkan indonesia buat kali kedua dalam masa seminggu sekaligus mengekalkan pingat emas pada sukan sea kali ini. Dan paling best, Harimau Muda sekali lagi berjaya menyatukan seluruh masyarakatMalaysia yang bersatu padu memberi sokongan yang tak pernah berkurangan walau kita sedar bakal bertemu pasukan kuat. Walau apa pun pujian layak diterima oleh skuad ini kerana bagiku ini skuad terbaik yang kita pernah ada walaupun masih boleh diperbaiki lagi terutamanya untuk mencari seorang penyerang yang benar-bernar berbisa seperti Safee Salie. Itu satu satunya yang kurang tapi dari segi semangat dan mentaliti serta penguasaan bola sepanjang perlawanan memang Harimau Mudah harus dipuji. Sebelum perlawanan dan bila indonesia dapat gol awal memang aku kurang yakin Harimau Muda boleh mematahkan sayap garuda ni, tetapi melihat cara mereka bermain dengan serangan bertubi tubi tanpa putus asa dan cara mereka mengawal perlawanan hingga tampak indonesia hanya sebuah pasukan biasa, tak ada yang istimewa pun. Player import indon memang nampak ligat tapi semangat berpasukan Harimau Muda tampak sangat sangat menyerlah malam tadi. Tahniah Harimau Muda!

Nyaris-nyaris lagi nak score tapi apakan daya...


Time to huge celebration Harimau Muda!!

Tak dapat terima ke?hehe...takde la power sangat team indon ni :)

1 comment:

Bunga Rampai said...

...tapi, aduyaiii... 'ntah ke mana perginya taring harimau muda dalam perlawanan kelayakan olimpik melawan Bahrain pada 27/11 lalu :((

Salam tahun baru 1433 Hijrah :)