Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Friday 29 August 2008

Sembang dengan Ah Hoi 2


Ah Ku : Kawan, u punya keta sudah ok kah?
Ah Hoi: Sulah ok, dapat enjin balu lagi wooo...
Ah Ku : Apa pasal enjin pulak itu hari kan bumper yang kemik?
Ah Hoi: Saya punya suka la, mau pakai itu V10 punya enjin. ha ha


Sungguh kurang mentega apek ni. Pantang kalau pagi pagi hari dia tak kenakan aku. Tiba tiba aku dapat idea.

Ah Ku : Nanti lu senang la mau pecut
Ah Hoi: Kenapa cakap itu macam?
Ah Ku : Nanti dah pakai itu enjin, 5 saat lu sudah sampai sana cheras
Ah Hoi: Ya lor, sana ceras ada tempat kubur olang punya ka?
Ah Ku : Ha Ha ha! (mengong apek ni)


Suasana riang ria wujud seketika kerana masing masing ketawa berdekahan. Sejurus mencapai klimaks ketawa, keadaan terus sepi seketika. Masing masing khusyuk menatap laptop. Aku melayan si dia dengan msn sambil sambil buat kerja.

Dalam kepala memikirkan agenda seterusnya hari itu kerana banyak sangat perlu dibereskan seberapa segera.

Tiba tiba...

PRETTTT...!!!

Allammakkk! Macamana boleh terlepas angin itu??!

Keadaan tambah sunyi. Apek tak bersuara langsung. Aku menyedut dalam dalam, ah lega, takde bau. Mungkinkah apek tu terbau sesuatu? Mungkinkah dia tak kedengaran? Mana boleh, kuat wooo bunyik tadi tu. Hampaih tul.

"Kawan, lain kali jangan buang merata rata tau", ujar beliau setelah lima minit menyepi. Aku cuma mampu ketawa besar. Ha ha...Nasib lah!

Thursday 28 August 2008

MERBAHAYA!

Sekali lagi entri berbaur ngeri kali ini. Apakah yang merbahaya sangat itu?


KAD KREDIT!!!


Ini betul betul, bukan cobaan aku untuk kelepet sesiapa. Sememangnya kad kredit ni tiada faedahnya. Kalau betul betul terdesak sangat boleh la gunakan satu. Cukuplah satu itu. Itupun guna bila betul betul perlu.

Ada plak kata, senang beli henpon, mesin basuh, leptop dan segalanya dengan easypayment yang dipakejkan dengan zero interest. Sapa kata zero interest? Disinilah kita pengguna diperdaya. Mesti ada punya. Kumpul duit cukup cukup banyak baru beli. Kan boleh tunggu kan?

Ada yang kata, nak beli tiket flight kena guna kad kredit. Sapa kata? Boleh je guna duit savings anda. Banyak cara asal mahu belajar cara cara tersebut.

Ada yang kata, banyak travelling atas urusan kerja. Tak cukup belanja nanti di negeri orang. Sila mintak advance dari kompeni. Kalau diorang tak nak kasi, jangan pergi. Betul, kita ada hak sebagai pekerja. Sesetengah kita je yang kurang pasti hak masing masing. Betul ni.

Ada yang kata, dan kebanyakan orang memang berkata, minyak amat mahal kini. Amat perlu kad ini. Gunakan cash. Takde cash kereta tak jalan. Kan dah boleh jimat?

Semua fakta di atas kubangkitkan untuk ku kongsi bersama atas pengalaman sendiri yang terjebak dulu. Aku tak mahu terjebak lagi dan tak mahu kenalan kenalanku terjebak sama.

Asalnya aku hanya ada satu kad kredit ni. Nanti kucerita bagaimana boleh jadi sampai empat. Kang jadi panjang lagi bebelan ini, korang jugak komplen mata tercabut.

Selamat berpuasa semua. Jangan ponteng tau?

Friday 22 August 2008

Sembang dengan Ah Hoi


Ah Hoi? Siapa beliau?

Lawyer kah?
Majisteret kah?
atau penarik kereta kah?

Beliau adalah seorang apek yang menjadi penemanku di opis kecik disini tapi terlalu besar untuk kami berdua. Kami berdua sahaja disini menyebabkan kami keboringan.

Ikut pangkat, beliau assistantku. Tapi aku tak berkira. Aku lebih banyak belajar dari beliau. Namun, kami tetap jadi mangsa kebosanan. Ah hoi yang lebih bosan sebabnya aku jarang ada disini. Selalu menjenguk tapak sambil sambil ular sana sini. Ha ha ha

Lantas encik ah hoi menonjolkan bakat beliau sebagai seorang lowyer buruk. Mangsa beliau tak lain dan tak bukan adalah aku sendiri.

Ah hoi : Lu mau tau kah?
Ah ku : Tak mau (dia dah mula dah...mesti kena aku ni)
Ah hoi : Dengar lulu la kawan
Ah ku : Ye la ye la (dia memang pelat)
Ah hoi : Ada satu latuk gulu melayu kasi saya nombor ekor
Ah ku : Boleh kena ka?
Ah hoi : Patutnya kena maa...itu latuk cakap satu dua tiga empat. Wa mili la
Ah ku : Apasal talak kena?
Ah hoi : Sebab sudah miss lor. ha ha ha
Ah ku : (terkebil kebil sebab dah terkena untuk kesekian kalinya)
Ah hoi : Itu latuk cakap wa talak dengar betul betul
Ah ku : (eh, ingatkan aku dah kena citer dia dah abis?)
Ah hoi : Dia cakap satu dua maksud dua ada satu, tiga empat maksud empat ada tiga. Jadi wa patut mili dua empat empat empat laa. Haiyyyaaa...wa sulah lugi wo!!

Ah ku : Padan lu punya muka la. Muahahahaha...!

p/s: Nombor empat ekor itu judi. Judi itu haram. Melakukan perkara yang dah sah haram masuk neraka.

Thursday 21 August 2008

Mari belajar bahasaku 1


Mari mari mari! Rapat rapat rapat!
Kita belajar sama sama. Ha ha

Seperti yang kujanjikan, dek kerna ramai yang musykil dengan bahasa orang kampungku nun jauh di sarawak, maka, aku pernah berniat mahu bikin kamus. ha ha ha lagik.

Aku mulakan dengan perkataan yang paling mudah tapi bakal mengonfiuskan anda dan kaum kerabat anda. Kunamakan disini bahasa aku dan bahasa kita. Bahasa kita tu bahasa kita lah. Perkataan kita hari ini ialah - k.a.r.a.t.

Dalam bahasa kita, sudah maklum tahu karat ini apa, karat dalam bahasa aku disebut bertega. karat=bertega. Sebut betul betul - ber.te.ga. 'te' hendak lah disebut seperti te.gak. Sama bunyinya. Aku malas nak sertakan audio. Tak reti sebenarnya. ha ha ha

Karat juga turut digunakan dalam bahasa aku. Ini part yang paling aku suka sebab perkatan berkarat digunakan untuk sejenis perbuatan sahaja dalam bahasa aku yang bermaksud berkelahi, tapi, untuk kucing sahaja. ha ha ha ada yang dah pening

Okeh, takpe, kita tengok contoh penggunaan ayatnya pulak. Alang alang aku dah sebut kucing tadi, sila perhatikan ya:

karat=bertega;

Bahasa aku;
Tangga kitak pusak ya berkarat lok, ganas kali jak.

Bahasa kita,
Kau tengok kucing tu bercakaran, ganas betul lah.


Sekarang, kita pusingkan balik, karat dan bertega dan lihat apa jadik.

Bahasa aku;
Tangga kitak pusak ya bertega lok, ganas kali jak.

Bahasa kita;
Kau tengok kucing tu berkarat, ganas betul lah.


Ha ha ha...jauh lari maksud dua perkataan kan? ha ha ha!

Ada faham? Takda faham? Korang p k lah sendiri. Jumpa lagi dengan perkataan perkataan baru di lain kali. ha ha ha

Sunday 17 August 2008

Misteri 333 Selesai

333

Itulah angka yang menghantui Encik Mac Taylor dalam siri CSI:New York musim keempat. Tidur beliau diganggu setiap malam tepat jam 3.33 minit pagi apabila ditelipon oleh seseorang yang cuma nak kacau beliau. Hatta ketika Encik Taylor ini sedang berusaha menipu OT di dini hari pun orang ni talipon.

Bermacam andaian dibuat oleh Encik Taylor dan ahli pasukan beliau yang amat kukagumi. Semakin dekat dengan petunjuk kepada panggilan misteri, semakin ramai yang turut dibunuh oleh pemanggil misteri itu untuk memberikan petunjuk kepada encik Taylor.

Semakin hampir kepada penyelesaian kes tersebut, Encik Taylor semakin pasti yang pemanggil misteri itu sedang berusaha mencungkil rahsia beliau. Ada juga ahli kumpulan beliau yang mula tension dengan misteri yang melanda department tersebut. Malah ada yang membuat andaian semua misteri ini dirancang oleh suku sakat kuntilanak dari jawa tengah.

Lihatlah betapa seriusnya muka beliau. Ada jigsaw 3-D rupanya, aku baru tau.hehe

Segalanya mula terjawab apabila Encik Taylor mendapati lelaki misteri 333 ini sebenarnya cuba memberitahu beliau tentang perkara silam yang berlaku 30 tahun sebelum ini. Aku pun belum lahir.

Encik khinzir sering menjadi mangsa untuk menguji jenis senjata yang digunakan penjahat

Alkisahnya encik Taylor di zaman budak budak, join dua beradik encik Will dan Encik Jimmy menghantar bungkusan yang pada masa itu tak diketahui adalah dadah. Dipendekkan cerita, Encik Taylor gagal menembak penjahat yang membelasah Encik Jimmy hampir mati. Encik Will yang melihat Encik Taylor tergamam dengan pistol ditangan, merampas pistol tersebut lalu menembak penjahat tadi. Namun sudah terlambat kerana abang beliau Encil Jimmy sudah pun mampus keras dibelasah. Hakikat tersebut dapat diterima oleh Encik Will walaupun amat berat kerana beliau amat sayangkan abangnya itu. Namun tidak bagi adik mereka yang bongsu Encik Drew. Beliau lah lelaki 333 yang membuat onar dalam ini cerita.

Terperangkap namun sebagai hero, Encik Taylor tetap menang di akhir episod ini

Namun aku salut dengan encik Drew ini kerana beliau amat kreatif dalam siri pembunuhan beliau semata mata untuk memberi petunjuk kepada Encik Taylor. Encik Taylor yang selama ini memang aku kagumi di atas kesinisan beliau tapi sangat serius dan penuh dedikasi ketika menyelesaikan kes kes sukar. Nama sebenar beliau Gary Senise melambangkan betapa sinisnya diri beliau sejak lahir mungkin. Tapi aku suka dia. Pantas berfikir dan amat serius. Tak lah terlalu cool seperti Encik Horatio dalam CSI Miami tapi aku rasa dia lebih bagus.

Dendam. Itu lah punca ramai nyawa tak tahu apa apa menjadi korban lelaki misteri 333 tadi. Kita juga berdendam kan? Kadang kadang disebabkan akak jual cendol pun kita boleh nak berdendam. Kurang sebijik je kacang merah dalam cendol, terus kita burukkan akak cendol tersebut di kalangan rakan rakan dan pelanggan tetap akak cendol tersebut. Macamana lah beliau nak maju? Macam mana lah beliau nak bukak kedai cendol yang mega mega?

Kerna sebijik kacang merah, boleh boikot sampai macamtu sekali. Menambah dosa sendiri menabur fitnah. Kenapa tidak berterus terang je dengan akak tersebut. Mungkin beliau silap kira kah. Apa kah. Akak cendol ini sekadar contoh betapa mudahnya kita nak berdendam. Tak ada kena mengena dengan sapa sapa pun. Berhenti lah dari menanam dendam. Kan baik menanam kangkung dibelakang rumah ke, tanam anggur ke, asalkan jangan tanam dendam. Tak ada faedahnya apatah lagi dividen. Biar lah orang buat jahat kat kita asal kita tak buat yang sama kat orang lain. Apa bezanya kita dengan penjahat tadi kalau turut sama berdendam? Sama saja, pendendam. Renungkanlah bersama...

Tuesday 12 August 2008

House M.D.

House, Gregory House nama beliau. Seorang doktor yang amat kurang waras perlakuannya tapi amat kuminati karektornya.

Dia tak suka jumpa pesakit melainkan kes kes yang betul betul menarik dan pelik baginya.

Dia tak percayakan Tuhan kerana menganggap dia boleh buat apa yang Tuhan boleh buat. Dia marah setelah pesakitnya sembuh, familinya berterima kasih kepada Tuhan kerana menganggap bukan Tuhan yang sembuhkan melainkan dia yang berpenat lelah. Yang ini aku tak suka la, pemikiran sesetengah doktor barat. Huh!

Dia ni jugak suka carik gaduh dengan stafnya dalam menyetelkan kes kes pelik tadi dengan harapan agar stafnya melawan kehendak beliau. Dengan pergeseran pendapat inilah beliau dapat idea untuk setelkan kes kes tadik.

Dia ni jugak sering kelihatan desperate untuk dapat seorang teman hidup. Puas dia cuba tekel bosnya sendiri tapi seringkali gagal sebab bosnya amat gemar berkelahi dengannya.

Dia jugaklah puncanya aku tido lambat tiap tiap isnin sebab habis jam 11 malam. Kalau zaman blaja dulu memang la 11 malam tu awal lagi. Tapi sekarang ni aku makin malas nak berjaga malam, mata cepat benar mengantuk. Malam tadi juga encik house nie terpikat kat pesakit beliau yang dirawat dari jarak jauh. Semua orang tahu plak tu sebab cara dia melayan pesakit ni lain dari yang lain walau sorang berada di kutub selatan dan lagi sorang kat hospital mana entah. Penghujung cerita, encik house akur dengan kata pujangga yang mengatakan cinta perlukan pengorbanan. He he he

.................Inilah Cik Cuddie, bos Encik House..............

Pengorbanan. Ya, itu yang dilakukan seorang lelaki yang membantu encik house menyembuhkan pesakitnya, cik Cate, dalam episod malam tadi. Lelaki tersebut yang dah bertahun kerja bersama cik Cate yang merupakan seorang psikologi sanggup minum air kencing cik Cate dan juga menggerudi tengkorak cik Cate setelah dipaksa encik house yang risaukan buah hatinya yang belum pasti lagi. Akhirnya, cik Cate berjaya disembuhkan setelah punca asal penyakitnya ditemui di bahagian ibu jari kakinya yang patah mengakibatkan tekanan berlebihan pada sistem darahnya. Kat kutub tu kan sejuk, dia tak perasan la ibu jari kakinya patah sebab tak rasa sakit.

Detik itu lah cik Cate yang mulanya carik gaduh kat encik house ucapkan terima kasih, dan encik house yang baru sedar yang cik Cate sudah berpunya sekadar mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal, menandakan beliau turut korbankan rasa cinta setelah menyedari kehadiran lelaki lain dalam hidup cik Cate . Seteru utama encik house, encik foreman, sekada tersenyum sinis sebab suka tengok musuhnya dilanda kekecewaan dan turut tunduk dengan cinta. ha ha

Beginilah aku menghayati setiap cerita yang kutonton. House, CSI terutamanya New York, Heroes dan satu ketika dulu Lost yang dah bertukar dari misteri kepada hampeh. Bila agaknya industri tempatan nak buat cerita begini. Asyik asyik pusing pusing tentang kisah cinta biasa. Bajet jadi alasan. Kepada si dia, ini sudah jadi sebahagian dariku selain dari F1, bola, dan macam macam jenis sukan termasuk tenis. Mahu tak mahu, terima sajalah. Terima atau tidak bolos saja dinding ituuu!!! (sape yang tengok bolos, faham la. ha ha)

.............. Ini pasukan lama Encik House yang dah berpecah kepala..............

Sunday 3 August 2008

Formula 1, Budapest


Mereka bukan adik beradik mahupun classmate di zaman sekolah lanjut usia. Mereka baru saja menamatkan perlumbaan yang amat mencabar di Budapest, Hungary. Encik Hamilton gagal meneruskan kegemilangan beliau memenangi dua race berturutan sebelum ini namun teamate beliau, Encik Heikki tidak menghampakan dengan menebus semula maruah pasukan kegemaranku, McLaren F1.

Hamilton mengalami masalah tayar pancit di pusingan keberapa entah, aku tak ingat sebab terlalu terkejut dengan nasib yang menimpa McLaren. Ini bukan kali pertama masalah tayar menghantui pasukanku. Seingat aku, sebelum race mula tadi aku dah check banyak kali tayar tersebut dan amat excellent kondisinya. Nyaris nak pecah gegendang telingaku dihamun oleh Encik Ron Dennis, bos McLaren daa. Mana la aku tau Encik Ron, aku sendiri pun hangin gak ni. Mujur Heikki berjaya maintain pressure dibelakang Felippe Massa membuatkan Encik Felippe gelabah hingga terover mengerah tenaga enjin Ferrari yang dikatakan amat gagah tapi meletup juga sebelum penamat perlumbaan.

Yang buat aku gilakan F1 ni, setiap litar perlumbaan menjanjikan layanan berbeza buat pelumba yang bertanding. Dari segi engine setting termasuklah set up untuk kereta tu sungguh kritikal tahap persediaannya. Selain itu, tyre sellection pun amat penting. Tapi Mclaren sememangnya amat bermasalah bila berdepan dengan cuaca panas. Sungguh hampeh. Aku pun buntu memikirkan bagaimana untuk aku selesaikan masalah tayar ni. Takpe, asalkan team aku tetap menang kali ini.

Selain dari menyokong pasukanku, yang turut aku perhatikan adalah semangat setiap pelumba dalam mana mana pasukan yang ada dalam F1. Tak kira lah dia ni mula dari kedudukan paling corot dan dijanjikan dengan kedudukan yang corot juga di akhir perlumbaan, namun mereka tetap teruskan perlumbaan. Harapan mereka terhadap diri sendiri amat tinggi. Mereka tak hirau apa orang kutuk dibelakang asalkan mereka berada dalam prestasi terbaik dalam setiap perlumbaan. Sebagai contoh dulunya Alonso berada dalam pasukan Minardi yang sudah pun bankrupt. Minardi amat konsisten menduduki tempat paling corot. Tapi Alonso tak berputus asa. Apabila beliau sertai Renault, dia jadi juara dunia dua kali berturut turut.

Tapi aku tak suka dia semasa beliau menyertai Mclaren. Pada masa yang sama Lewis Hamilton turut memulakan kerjaya bersama team F1 ini. Walaupun baru perlumbaan yang pertama, aku dapat lihat bakat encik Hamilton ni. Namun, bakatnya dihalang oleh keegoan manusia, Alonso pada ketika itu. Bangga dengan status juara, Hamilton dianggap budak hingusan yang harus tunduk pada beliau. Tapi aku salute encik Hamilton kerna dia melawan hingga mengakibatkan encik Alonso berpatah lengan dengan bos kami, encik Ron. Ha ha...

Apa yang cuba aku ceritakan disini? Apa point yang aku nak kongsi bersama? Alangkah bagusnya sekiranya contoh contoh yang baik dari pelumba pelumba F1 ini diikuti masyarakat kita? Pasti kita pantas untuk maju berbanding sekarang. Ada yang ikut, tapi bila dah berjaya, keangkuhan seperti Alonso turut ditiru. Bila dah berjaya, dia dianggap paling betul dan tak boleh dipersalahkan. Mana boleh begitu. Semua orang ada lebih dan kurang. Manusia dijadikan sama saja, bezanya cuma bagaimana kita rebut peluang yang ada dan gunakan sebaiknya. Mari menung dan fikirkan demi anak cucu bangsa kita.