Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Thursday 31 December 2009

Nampak Tak Apa Yang Aku Nampak??

Tuesday 29 December 2009

Perggghhh!




**Tak salah kalau aku berangan kan?hehe...

**Kepada tuan empunya kenderaan idaman setiap insan ini, sila halalkan lah sesi bergambar tanpa izin ni eh?hehe...ala, sebenarnya ramai lagi yang ambik gambar free kat situ tau? Sebab tu aku jadi berani je.betul ni tuan empunya hummveee...hehe...

Friday 30 October 2009

Labbaikallahumma labbaik

Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu



Musim haji tiba lagi dan berjuta juta umat Islam yang bertuah berlumba lumba untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah. Masing masing punya kisah dan jalan cerita tersendiri sebelum dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima dan juga untuk berada lebih dekat lagi dengan Yang Maha Berkuasa.

Setiap kali melihat gambar Kaabah dan orang yang berpusu pusu mengerjakan ibadah haji atau umrah, hati jadi sebak tiba tiba sambil berdoa agar giliranku cepat menjelma untuk menjejak kaki ke Tanah Suci.

Doaku mengiringi pemergian setiap insan bertuah yang berpeluang berkunjung ke Tanah Suci tahun ini agar mendapat haji yang mabrur. Insya'Allah...

















**Bila lah pula berpeluang menziarahi pusara arwah nenek disana? Al-Fatihah buat Hjh Dara Binti Unis yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada tahun 1992. Semoga dia mendapat syurga Allah. Amin

Wednesday 21 October 2009

Bagi Mereka, Duit Hanyalah Kepingan Kertas

Pasti ramai yang berangan macam macam perkara yang hendak dilakukan dengan duit yang muncul berlonggokan didepan mata secara tiba tiba, kan? Tapi diorang ni relaks je, macam takde perasaan je tengok duit yang memang dah berlonggok longgok didepan mata. Kalau aku lah kan...hehe


Monday 19 October 2009

Cepat Tapi Lambat

Sememangnya aku memang paling pantang dalam bab menunggu dan ditunggu orang ni. Kalau berjanji nak berjumpa baik dengan kawan kawan atau orang orang berkaitan kerja, aku akan sentiasa pastikan aku datang paling lewat pun setengah jam sebelum masa dijanjikan. Sebabnya aku tak suka masa aku terbuang dan sebab tu aku pun tahu orang yang akan tunggu aku berperasaan yang sama. Tapi memang susah la nak dapat jumpa orang yang on time ni.

Selalunya aku memang akan tercanguk melangut menunggu bagaikan menunggu buah hati pengarang jantung. Pada hal tunggu orang nak bukakan pintu je. Itu salah satu contoh di tempat kerja la. Tapi yang peliknya orang kita ni, kalau time pergi kerja boleh pulak on time. Itu pun selalu jugak punch card merah. Tapi time balik kerja, itu time orang kita paling peka dan tak akan lambat. Sama jugak time gaji keluar, tak ada masalah nak beratur cucuk duit kat atm tu.

Cerita pasal masa ni aku teringat satu kisah yang pernah encik bos aku ceritakan. Kononnya satu tempat di India, ada sebuah keretapi ni dikehendaki sampai di satu stesyen tepat jam 9.30 malam. Tapi setiap hari orang akan tunggu sampai dua tiga jam baru lah sampai. Setiap hari pun sama sampaikan orang dah lali dah. Tiba tiba di satu hari, keretapi ni sampai tepat jam 9.30 malam! Orang ramai pun berkerumun lah kat operator keretapi tu ucapkan tahniah. Semua pakat suka lah kan. Alih alih si operator ni cakap, "keretapi ni patut sampai 9.30 malam tadi!".

Semua orang tercengang. Rupanya keretapi tu dah 24 jam lewat. Tak ke naya tu?hehe...

Apa kena mengena cerita ni dengan tujuan asal aku membebel tadi ni pun aku tak tau tapi yang pastinya aku memang tak suka bab menunggu ni. Menunggu durian jatuh pun aku malas. Kalau dah jatuh tu aku kutip la, tapi nak menunggu kat bawah pokok tu jangan harap. Aku jolok ada lah.hehe...

Harapanku yang amat mustahil lah untuk tertunai, agar orang yang terlibat dalam hidupku mahupun yang tak terlibat, agar peka dengan masa. Jangan lah dibiarkan orang tertunggu tunggu. Kalau agak agak tak boleh nak tepati masa, boleh je bagitau kat orang tu mintak tangguh atau bagi spesific time, bila boleh sampai. Yela, kita tak tahu apa yang boleh jadi dalam perjalanan tu kan. Jadi, bila dah rasa diri terlambat jangan lupakan orang yang menunggu kita. Sekian saja lah adanya.hehe








Wednesday 14 October 2009

Motor Lelong: Ada Berani?





MOTOR LELONG: Kalau ada pun yang nak beli motor macam ni, baik pikir betul betul. Rasa macam sama je macam basikal sarkis yang ada 1 tayar je tu.hehe

Tuesday 13 October 2009

Cara Mudah Cari Duit Banyak Banyak Banyaks...






Kreatif betul diorang ni kan? Tapi seteruk teruk rupa gaya hidup diorang tu rasanya takda la sampai tergamak nak pecah masuk rompak rumah orang. Malam tadi rumah aku tu nyaris nak kena ganyang dengan jenis manusia yang tak pikir panjang ni. Mujur lah tak ada apa apa yang jadi dan tak ada barang yang hilang. Bukan ada apa pun dalam rumah aku tu yang boleh dia ambik dan terus jual dapat duit berkoyan.

Tapi naluriku kuat mengatakan beliau cuba mencari kunci encik getz, mujur kunci diletakkan jauh dari pintu depan ruang tamu tu. Pagi pagi tadi isteriku terpekik pekik tuduh aku tak tutup pintu malam tadi. Cuak gak aku. Turun turun tengok pintu ternganga luas termasuk daun pintu yang sangat jarang dibukak. Mujur gril ber-padlock dan tak dapat nak diumpil.

Walau apa pun aku bersyukur sangat tak ada benda benda atau kejadian yang tak baik berlaku kat rumah tu malam tadi. Selepas ini kena lebih berjaga jaga dan yang pasti langkah keselamatan yang lebih ketat harus aku pertimbangkan. Ada camera cctv yang kawan aku bagi 2 ke 3 tahun lepas, sampai sekarang aku tak sempat nak pasang lagi. Tengok la lepas ni macamana tapi security kat taman perumahan yang aku duduk tu memang nak kena sound la balik ni kang. Petang petang ngan lepas maghrib aku perasan diorang memang ada meronda. Tapi time tengah malam aku tak perasan pulak. Yang tido kat pondok guard tu memang aku perasan sangat sangat. Tengok lah nanti, kot kot aku nak buat gaya macam orang orang kat atas ni, letak kat pagar rumah poster besar besar macam kat bawah ni.hehe...









Monday 12 October 2009

Aku Bukan Pembunuh!


Aku bukan pembunuh! Nak pijak semut pun aku kadang kadang kesian, inikan pulak nak membunuh seorang bayi yang tak berdosa. Dan langsung aku tak pernah bebel pasal cara cara gugurkan kandungan atau apa apa pun hal yang berkaitan dengan pengguguran baby ni sebab aku memang pantang kalau bab gugur menggugur ni walau apa pun alasan yang diberikan.

Entah macamana lah ada sorang penggugel ni boleh tersinggah blog aku ni semata mata kerana mencari pil gugurkan kandungan, mungkin lah sebab keyword yang dia cari pasal "nama pil gugur yang dijual di kuching".






Kuching???!!!

Ini yang buat aku rasa bertambah gusar dengan negeri kelahiran sendiri ni. Kerosakan akhlak semakin ketara. Budaya mabuk mabuk usah dikata, konon terpengaruh dengan majoriti kaum iban dan bidayuh disana. Saja dijadikan alasan sedangkan setahu aku kaum iban dan bidayuh yang sememangnya tak pernah mengharamkan arak sekadar menjamah tuak yang dibuat sendiri. Itu pun di hari raya gawai mereka. Yang berbangsa melayu, buat buat muka macam bidayuh atau iban. Kalau bercakap selepas minum tu memang lah dah tak bunyi melayunya kan? Boleh la buang syak wasangka orang yang dia tu berbangsa melayu.

Di dunia ni boleh lah nak sorok, boleh sangat sangat lah nak berlakon. Tapi di dunia sebelah sana nanti, tahu tahu sendiri lah.

Cuma itu lah, aku tak boleh nak sorok rasa keciwa yang meruntun jiwa melihatkan masyarakat melayu beragama Islam yang semakin hanyut dengan syurga rekaan mereka sendiri. Kalau aku bukak facebook, bermacam macam gaya menonggang arak yang mereka pertontonkan tanpa rasa malu mahupun segan. Yang tambah mengeciwakan, orang perempuan yang lebih lebih posing segala macam tu! Yang menariknya ada pulak gambar dia beraya mintak ampun dan maaf kat mak ayah dia. Kalau lah mak ayah dia tahu perangainya diluar, tak kah mereka keciwa?

Keruntuhan akhlak yang semakin teruk ni buat aku bertambah cuak dengan generasi akan datang. Keturunan aku sendiri nanti macamana? Apakah langkah serta kaedah terbaik untuk aku mendidik anak anak aku nanti dari terjebak sama dalam gejala ini tanpa menimbul rasa terkongkong atau rasa mahu bebas? Siapa ada jawapannya? Kaunselor? Majisteret? Ustazah? Sila tolong dan bantu aku dapatkan formulanya. Tapi...berlambak gambar anak anak kaunselor berpesta di pub. Tak kurang gambar anak anak majistret dan ustaz serta ustazah mabuk mabuk dengan pasangan masing masing.

Jadi, siapa yang ada formulanya? Kita pikirlah sendiri!



Thursday 8 October 2009

Budak Genius

Cerita ini disalin dan dilekatkan sahaja, sila enjoy.hehe


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you cant get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. Heh Heh Heh



Thursday 9 April 2009

Kebabum Punya Cerita



Semalam tengahari, di restoran makanan segera ( yang semakin terkenal akibat boikot, cawangan air keroh melaka)

Perut sudah mula berkeroncong kerana dari pagi hanya dua ketul muffin yang menghiasi isi perut. Itu pun dimamah sambil memandu ke alor gajah seawal tujuh pagi lagi demi menyelesaikan tugasan yang diberikan encik bos. Lokasi, kilang honda di alor gajah melaka.

Pun begitu, bukan lah mengisi perut yang menjadi tujuan utama aku singgah di tempat kejadian. AKu perlu segera mendapatkan akses kepada internet demi menghantar beberapa email penting. Dalam masa yang sama, tak mahu ketinggalan mengupdet blog tersayang.hehe

Walaupun jam baru dua belas suku, restoran tersebut sudah penuh dengan pelanggan. Aku masuk kedalam mencari tempat duduk. Gagal. Separuh dipenuhi manusia manakala separuh lagi sudah dibooking untuk satu function yang aku tak tahu kenapa nak buat kat tempat sesak sebegitu. Aku mencari tempat duduk di bahagian luar yang turut penuh. Berjaya. Aku duduk dibahagian tepi, bersebelahan laluan pandu lalu di restoran tersebut.

Aku segera membuka laptop dengan penuh gaya seorang korporat (keparat ada la.haha) dan terus mengakses internet. Hampeh. Line ada cuma satu bar dan sangat tidak mencukupi untuk aku mengakses email opis dengan VPN. Namun aku tetap mencuba dan terus mencuba walaupun setiap percubaan berakhir dengan kegagalan. Angin kemarahan sudah mula menular didalam diri namun kutahan tahan kerana malu dengan khalayak ramai disekeliling. Sia sia aku bergaya penuh macho tadi kalau aku terus hangin disitu kan?

KEBABOOOOMMMMM!!!! KECEPERRRR!


Tiba tiba satu dentuman kuat kedengaran. Mujur bukan laptop aku yang meletup. AKu segera menoleh ke sumber bunyi dan sekilas itu juga aku terasa mahu segera terbang kearah seorang anak kecil yang terpelanting dirempuh sebuah kereta. Tapi aku lebih kepada terkedu sebenarnya.

Bagaimana si ibu dan bapa boleh lalai membiar si anak bermain di tengah laluan kereta tersebut?

Mungkin juga salah pemilik restoran yang tidak melengkapkan kawasan berkenaan dengan ciri ciri keselamatan yang perlu agar tiada kereta yang memecut di kawasan tersebut.

Yang paling aku pelik, kenapa lah si pemandu terlalu tergesa gesa hingga memecut dikawasan sempit begitu? Sudah lapar sangat kah? Atau mengejar harga RM5.95 yang ditawarkan restoran tersebut? Jam belum pukul satu pun, ada lagi dua jam? Kenapa mahu ribut ribut?

Hati sedikit lega melihatkan anak kecil tadi masih mampu berdiri dan berjalan. Kejadian berlaku terlalu pantas. Sambil merengek kesakitan, si anak didukung oleh si bapa. Mereka menuju ke hospital mungkin. Itu yang aku terdengar lah. Yang lagi best, mamat dalam kereta tu yang berbangsa cina, boleh dengan selamba meneruskan hajat mengorder makanan beliau. Takde isi perut langsung!

Kejadian tersebut membantutkan usaha aku. Dengan wifi yang gagal disambungkan dan manusia penuh sesak di restoran tersebut membuatkan perut terasa loya. Segera aku berambus dari situ menuju tempat yang lebih aman, tetapi tetap gagal mendapatkan line internet semalam. Tapi syukur, kerja disana selesai dan aku kembali ke pangkuan isteri dengan selamat. Chewah! poyo je.hehe





Tuesday 7 April 2009

Ada Berani???


Kalau beginilah keadaan disetiap kaunter pertanyaan, aku sangat pasti tak ada yang berani mahu mengambil nombor giliran. Paling tidak pun mesti ada yang gatal tangan tarik picu bom tersebut dan campak kearah pekerja di opis berkenaan. Baru padan dengan muka diorang.hehe

Monday 6 April 2009

MEN ARE JUST HAPPIER PEOPLE



NICKNAMES
If Laura, Kate and Sarah go out for lunch, they will call each other Laura, Kate and Sarah.
If Mike, Dave and John go out, they will affectionately refer to each other as Fat Boy, Godzilla and Four-eyes.

EATING OUT
When the bill arrives, Mike, Dave and John will each throw in $20, even though it's only for $32.50. None of them will have anything smaller and none will actually admit they want change back.
When the girls get their bill, out come the pocket calculators.

MONEY
A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need but it's on sale.

BATHROOMS
A man has seven items in his bathroom: toothbrush and toothpaste, shaving cream, razor, a bar of soap, deodorant and a towel .
The average number of items in the typical woman's bathroom is 337. A man would not be able to identify more than 20 of these items.

ARGUMENTS
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

FUTURE
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.

SUCCESS
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

MARRIAGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, but she does.

DRESSING UP
A woman will dress up to go shopping, water the plants, empty the trash, answer the phone, read a book, and get the mail.
A man will dress up for weddings and funerals.

NATURAL
Men wake up as good-looking as they went to bed.
Women somehow deteriorate during the night.

OFFSPRING
Ah, children. A woman knows all about her children. She knows about dentist appointments and romances, best friends, favorite foods, secret fears and hopes and dreams.
A man is vaguely aware of some short people living in the house.


p/s: ini merupakan satu kajian rambang oleh seorang ahli fikir yang mungkin bertauliah mungkin tidak, tapi macam ada kebenarannya.hehe

Friday 3 April 2009

Berapa Banyak Kunci Daaa???








Kot ye pun ada penyangak nak masuk membikin onar di dalam bilik disebalik pintu ni, aku sangat yakin penyangak tu takkan membuang masa untuk membuka satu persatu kunci tu. Baik beliau pecahkan saja.hehe

Begitu lah bayangan betapa tak selamatnya negara kita ni daripada golongan yang sumber pendapatan mereka adalah daripada mencuri hasil titik peluh orang lain. Makin hari makin teruk kes pecah dan samun. Itu belum masuk kes rogol dan bunuh. Yang aku kesian kat sorang mangsa ragut baru baru ni, koma akibat eksiden ketika mengejar peragut. Aku yakin tujuan beliau bukan lah mahu menjadi hero tetapi beliau sepatutnya lebih bijak bertindak. Menurut apa yang aku baca, beliau mengejar dengan menaiki motor dan melawan arus jalanraya yang mengakibatkan beliau bertembung dengan motokar lalu parah.

Aku pun akan rasa sangat bengang andaikata hasil titik peluh diragut sedemikian rupa tetapi langkah langkah pencegahan patut diambil bagi mengurangkan peluang untuk penyangak penyangak ni untuk bertindak liar begini. Kalau dalam situasi gadis tadi tu, aku pun tak tau nak bagi tips macamana nak dapatkan balik beg duit yang diragut tu tetapi peragut tu takkan dapat meragut kalau kita tak bagi peluang kepada mereka. Memang cakap senang, bila dah jadi pada diri sendiri baru tau. Itu ungkapan yang biasa kita dengar setiap kali menasihati. Memang aku sendiri pun tak tahu sama ada aku betul betul selamat atau tidak sehinggalah sampai masa menjadi mangsa golongan penyangak ni. Mintak mintak dijauhkan lah dan sama sama lah kita mendoakan agar golongan penyangak ini dibukakan pintu hati mereka untuk bertaubat dan seterusnya dimurahkan rezeki mereka dalam mencari rezeki yang halal. Amin...

Wednesday 1 April 2009

Aku Suka Biarkan Gambar Bercerita.hehe



Berikut merupakan sebuah banglo hak milik kekal seorang jutawan negara ini. Rumah yang dah macam istana ni didiami seluruh ahli keluarga beliau dan turut dijadikan tempat bermesyuarat atas urusan bisnes beliau. Kalau lah aku berpeluang punya rumah begini...





Tuesday 31 March 2009

AWAS!!! Taktik Penyangak!



Ini lah akibatnya apabila ada dikalangan umat manusia tanpa mengenal agama dan bangsa yang mencari rezeki atau mengaut keuntungan secara pantas dan mudah dengan menimbulkan kesengsaraan berganda bagi mangsa mereka dan bagi yang belum terkena terpaksa mengambil langkah berjaga jaga sebelum terkena bala yang sama. Dah lumrah dunia ada yang baik dan jahat. Jangan kita pun turut jadi penjahat sudah lah. Biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang - pesanan orang tua tua yang sentiasa aku ingat. Yang baik pasti dibalas baik. Yang jahat memang sekarang bersenang lenang tapi kejahatan mereka pasti berbalas juga akhirnya. Berhati hati lah di mana jua anda berada!

Thursday 26 March 2009

Berhati Hati Mencari Kerja


Keadaan ekonomi yang semakin tak menentu dan membuatkan semakin ramai hilang pekerjaan dan sumber rezeki mengingatkan aku kembali pada zaman mula mencari pekerjaan dulu. Aku emailkan semua kerja yang aku jumpa dalam Star setiap sabtu tu dan akan kupergi setiap temuduga yang berjaya diperoleh tanpa usul periksa. Kadang kadang aku tak ingat kompeni mana yang aku nak pegi sebab terlalu banyak yang aku apply.

Akibatnya aku pernah nyaris ditipu oleh satu agensi dan pernah juga sepanjang satu hari membuat jualan direct selling tanpa mendapat apa apa keuntungan mahupun manfaat. Rugi masa ada lah. Apa silap aku? Macamana boleh jadi begitu? Ini yang nak cerita dan kongsikan buat pencari kerja di luar sana.

Dalam sehari aku boleh attend kadang kadang tu sampai tiga interview sebab tak mahu terlepas walau satu peluang pun. Akibatnya aku hilang fokus. Tak buat apa apa study tentang kompeni yang aku nak pergi tu dan jawatan apa pun aku belasah. Maklum lah baru habis belajar dan mahu segera mendapat kerja.

Maka terjadi lah kisah menyayat hati menjadi penjual direct selling, mujur sehari je sebab hari berikutnya aku mampu melarikan diri.

Kisahnya begini. Aku ditawarkan kerja yang digelar management trainee. Di hari temuduga, aku terpilih tapi mesti datang esoknya untuk suaikenal. Aku sangat suka! Malamnya aku tido awal dan esoknya pagi pagi lagi aku dah menunggu dipintu masuk opis. Cukup jam sembilan aku dipanggil dan aku agak kagum kerana hampir kesemua yang aku temui semasa interview sehari sebelum tu turut dipilih. Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang yang senior. Kami pun diperkenalkan kepada pihak pengurusan disitu. Tak lah besar sangat kompeninya tapi boleh la sebagai permulaan.

Jadi, lepas je setel sesi suaikenal tu, encik bos yang menemuduga aku semalam memanggil sorang demi sorang. Tiba giliran aku, dia suruh aku ikut sorang mamat india yang kurus cekeding orangnya untuk 'on job training', katanya lah. Nak kena pergi site. Aku pun suka lah. Hari pertama dah pergi site. Katanya lagi, aku memang diberikan jawatan sebagai management trainee tapi aku mesti bermula dari bawah dan belajar semua benda. Itu tak ada masalah, kataku dengan gelojoh. Dah bertambah berbunga perasaan sebab mendapat kerja setelah hampir dua bulan aku berusaha masa tu.

Aku dibawa menaiki kereta oleh mamat india tersebut bersama seorang lagi kawannya yang berbangsa melayu. Aku tanya kat mana site, dia kata kat area rawang. Memang jauh giler aku rasa tapi hati gumbira mendapat kerja, aku turutkan saja walaupun belum diberitahu soal gaji. Encik bos kata balik dari site baru dia cerita pasal gaji.

Setibanya di kawasan yang bertapaknya site yang akan dilawati, aku diajak sarapan. Aku cuma order air jek sebab duit dalam poket harus dijimatkan. Rupanya mamat india tu belanja, rugi aku tak makan sekali. Tapi tak apa, dia bawak kat restoran mamak. Aku bukan layan sangat masakan mamak ni melainkan kalau dah teringin nak makan roti telur. Sehabis makan, si mamat india tadi pun mula berceramah tentang kerja. Dia jelaskan tentang struktur kerja. Semakin panjang dan lebar dia bercerita, hatiku menjadi semakin gusar kerana struktur kerja yang dijelaskan sebijik macam cerita MLM. Hapa kah gajahnya???

Selesai bercerita, beliau ajak aku ke kereta semula. Aku dah bukak pintu nak masuk dalam kereta tapi dia panggil aku ke bonet kereta. Tanpa banyak bicara, dia mengeluarkan barangan dalam bonet. Penuh dengan pen yang ada lampu laser kat kepala pen tersebut. Tak tahu nak gambarkan macamana rupa pen tersebut tapi sangat banyak digunakan penyarah pensayarah masa mengajar aku dulu. AKu terasa mahu duduk bersimpuh disitu jugak masa tu. Rupa rupanya aku terjerumus dalam acara direct selling. Jual dari kedai ke kedai pulak tu. Terasa mahu lari tapi aku tak cukup duit nak ambil teksi. Lagi pun segala sijil termasuk lah encik honda aku masa tu berada di pejabat. Aku tak punya pilihan. Terpaksa ikut mamat tu menjual. Tapi aku cuma disuruh melihat je. Sepanjang hari aku melihat. Melihat masa depan yang sangat gelap. Terasa sangat perlahan hari nak merangkak petang dan baju yang aku pakai sudah pun lenjun. Hadoiiii....cobaannnnn....

Petangnya aku dibawa ke opis. Aku disuruh memberi kata putus samada mahu teruskan atau menarik diri. Dengan sepenuh hati aku menarik diri. Terus muka mamat ni berubah. BErbagai soalan beliau ajukan. Dari situ aku dapat rasa beliau sangat terdesak mahu me-rekrut aku ni untuk mengembangkan kerjaya beliau. AKu dipanggil encik bos yang turut bersoal jawab denganku. Sebaik encik bos tu berputus asa, aku terus blah dari situ. Rasa sangat kecewa. Tapi ada kalangan yang hadir, memberi persetujuan untuk meneruskan kerjaya tersebut dan ada antara mereka adalah perempuan melayu. Mungkin mereka boleh terima, tapi bukan aku.huhu

Sejak dari itu aku sangat berhati hati dan betul betul mengkaji tempat yang aku nak pergi untuk interview. Semakin banyak interview yang dihadiri semakin bagus sebenarnya sebab dari situ aku dapat belajar apa yang dikehendaki oleh penemuduga. Sebenarnya apabila kita dipanggil temuduga ni, boleh dikatakan 90 percent kita berpeluang mendapatkan jawatan tersebut tanpa risau memikirkan pasal ada kabel atau tidak. Tak perlu kabel apa apa sebenarnya. Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk 'menjual' diri. Bukan menjaja body ye. Petua petui semuanya berlambak kat jobstreet tu. Ada jugak yang takda tapi aku peroleh dari pengalaman sendiri. Nanti lain kali kalau berpeluang aku bebelkan. Cerita aku nyaris kena tipu pun aku tak cerita lagi ni. Tapi cerita tadi ni kira aku kena tipu gak la kan?huhu...


p/s: sangat sibuk dengan berbagai urusan hinggakan aktiviti bloging ni jadi semakin berkurangan.huhu







Wednesday 25 March 2009

Jangan Amalkan Ketika Memandu








Aku leka memerhatikan visual yang terpampang disebelah kanan jalan di MRR2, sebelum simpang ke pandan indah. Destinasi asal adalah jalan ampang atas urusan kerja. Dek kerana leka memerhati pili paip yang kelihatan tergantung, aku tersilap masuk simpang ke pandan indah yang mengakibatkan aku membuang masa hampir sejam untuk mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama terlambat untuk berjumpa customer. Mujur rakan sekerja tiba awal, dapat lah cover apa yang patut. Gambar ni aku sempat tangkap bila dah berpatah balik. Agak tinggi kedudukan tangki air ni, sebab tu aku agak heran macamana pili tersebut boleh digantung begitu. Benda kat muncung pili tu memang sebijik macam air yang mengalir. Sangat kreatif orang korporat kat malaysia ni kan?hehe



Tuesday 24 March 2009

Nasi Hujan Panas








Juadah bernama nasik hujan panas yang aku lahap dua minggu lepas rasanya, di hari jumaat bertempat di cafeteria tempat kerja. Entri ini sebagai penyembur kulat di blog ini yang sudah mula mahu berputik. Teramat lah sibuk tapi tetap bersyukur kerana ada kerja yang mahu disibukkan.huhu



Friday 20 March 2009

Kameha Meha Mehakkk....






Sesungguhnya aku sangat teringin nonton ini cerita yang sudah dimoviekan akan tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan kerana ramai yang menegah isteri tersayang menonton wayang atas alasan yang agak munasabah. Tak tau la bagus tak bagus cerita ni bila difilemkan tapi aku tetap berkeinginan untuk menontonnya kerana telah sekian lama menggemari versi kartunnya.

Bayangkan, semasa tahun pertama dan kedua di unibersiti dulu aku sanggup mengorbankan masa tidurku di awal pagi sabtu dan ahad semata mata mahu menonton siri kartun dragonball ini di TV2. Masa tu belum boleh nak download cerita cerita dari internet. Masih baru lagi dunia IT masa tu. Atau aku yang tak tahu, aku pun tak pasti.hehe

Sampai la tahun tiga, baru aku berenti sebab berjaya mendapatkan siri kartun tersebut sampai ke zaman goku dah jadi supersaiya. Supersaiya ke supersaya? Ke supersayya? Mana mana aja lah. Janji korang paham siapakah gerangan yang aku maksudkan. Bila dah dapat bekalan siri katun ni, tak henti henti plak aku menelaah kat depan pc masa tu sebab nak tahu bagaimanakah pengakhiran kisah kesukaanku tersebut. Walau semakin tak logik jalan ceritanya tapi aku tetap suka tanpa sebab yang boleh dijelaskan. Cuma mereka yang berjiwa kanak kanak seperti aku yang paham kot.hehe

Yang buat aku termembebel pasal ni ialah aku teringat satu kisah yang menimbulkan sedikit keaiban pada diriku akibat menonton dragonball nih.

Suatu pagi sabtu atau ahad, aku seperti biasa menyambung tidur selepas subuh. Jam tak lupa dikunci agar segera bangun jam 8.15 pagi kerana dragonball bermula jam 8.30. Rasa rasanya lah. Pagi yang malang tersebut, aku terjaga tepat jam 8.30! Aku apa lagik, terus menerjunkan diri dari katil dan segera turun menuju kebilik tv yang letaknya kat tingkat bawah hostel tempat aku menginap. Nak dijadikan cerita aib, dalam perjalanan menuju kebilik tv tersebut aku berselisih dengan sekumpulan awek yang menginap di blok sebelah tapi entah kenapa tiba tiba merayap kat blok aku plak. Mulanya aku nak kontrol kiut tetapi riak wajahku tiba tiba terasa membahang kerana semua yang berada dalam kumpulan tersebut ketawa mengekek tapi kontrol cun dengan mata menjeling kearahku.

Cis! Aku tau la aku tak hensem tapi manis ada tau! Jeritku dalam hati. Tanpa memperdulikan mereka, aku terus masuk ke bilik tivi kerana takut ketinggalan menyaksikan cerita kegemaran.

Sesampai di bilik tivi baru lah aku sedar keadaan diri yang sebenar. Rupa rupanya aku sekadar berseluar pendek yang teramat pendek dan singlet yang teramat lah menayangkan bodyku yang tegap sasa, dalam usahaku berlari ke bilik tivi tadi. Tak lupa, ditanganku ada bantal busuk yang sangat diperlukan ketika menonton. Apa lagik, aku terus malu sendiri. Tapi cerita tu tetap aku layan. Yang pastinya, aku sangat kenal geng awek tadi tu. Setiap kali berselisih dengan geng ni atau sebahagian dari mereka, aku cepat cepat sorok muka dalam seluar. Kadang kadang tu kalau nampak diorang dalam sepuluh batu lagi aku dah siap cabut dah.hehe

Ini semua dragonball punya pasal. Nanti aku carik DVD versi murah cerita ni.hehe

Wednesday 18 March 2009

Vandalisme








Kesian si pisang, dah tinggal kulit pun orang yang memakannya seakan tak berpuas hati dengan menyiat nyiat kulitnya sebegitu rupa. Mungkin si pelaku cuba menunjukkan kreativiti beliau dan biasanya kekreativitian ini akan berlanjutan di kawasan milik awam yang mengakibatkan jamban jamban berconteng, lif pun sama, talipon awam tinggal tiang dan macam macam lagi. Sama lah kesnya dengan si pisang. Dah lah isinya lunyai diganyang, tindakan pelaku seakan geram kerana tak dapat meratah sama kulit si pisang. Entri ini tiada apa apa motif untuk mengaibkan si pendera kulit pisang, sekadar mengingatkan masyarakat kita ni punya mentaliti untuk merusuh tanpa sebab yang konkrit dan yang jadi mangsa biasanya kelengkapan awam yang sangat sangat diperlukan di kala kecemasan.




Monday 16 March 2009

Pertemuan

Sayang,
seakan baru sesaat
kau hadir dalam hidup
seakan baru seminit
kita bersua mesra
seakan baru semalam
janji dimeterai
atas satu perhubungan
yang digalas harapan
menjadi suatu ikatan suci

Sayang,
seakan baru semalaman
saat aku membulatkan tekad
mengikat hubungan
yang dah tak terbendung lagi
melimpah ruah kasih sayang
manis dengan senda gurau
ditabur rasa rindu dendam

Sayang,
aku pasti
sebaik ikatan suci termeterai
hanya yang indah menanti kita
tak kira apa jua halangan menduga
pasti mampu ditempuh bersama
asal kita pegang pada janji
asal kukuhkan kasih sayang
asal hati sentiasa rindu
biar jarak sentiasa cemburu

Sayang,
detik itu kini tinggal kenangan
tapi bukan kasih sayang kita
berbagai halangan diharungi bersama
namun

istana bahagia tersergam jua
bersama kita hiasinya
bersama kita pertahankannya
bersama kita menikmati
keindahannya

Sayang,
andai perpisahan ditakdirkan
biarlah ia
perpisahan nyawa
kerana kita tak mampu
melawan kekuasaanNYA
dan
andai saat itu tiba
aku tak mahu pergi dulu
atau biar kau pergi
kerana
aku takkan dapat bernafas
walau sesaat
kau tiada disisiku
kalau boleh biar kita pergi bersama
kalau boleh biar kita tetap bersama
di alam sebelah sana
bersama selamanya




Thursday 5 March 2009

Sape Kata Beruk Duduk Dalam Hutan Je?



Lokasi: Tengah Bandar KL, simpang empat depan Maju Junction
Masa: 2.05 petang
Tarikh: Minggu lepas, ari rabu mungkin











Monday 23 February 2009

ALLAH MAHA BESAR



Naik lenguh rongga mulutku menguntum senyuman diselang selikan sengihan manja kerana belum mampu untuk berhenti meraikan rasa berbunga bunga di hati hasil kegembiraan dengan keajaiban yang disaksikan sendiri oleh dua mataku dan juga seorang doktor yang sudah banyak pengalamannya mengendalikan ibu ibu mengandung.

Kalau ikut rasa hati mahu dilaungkan ketika itu juga biar seluruh dunia tahu dan sedar dengan Kebesaran dan Kekuasaan Tuhan yang baru aku saksikan. Syukur alhamdulillah.

Hatiku tak lekang mengucap syukur begitu juga turut dilafazkan lidahku dan tanganku mengurut dada menahan sedikit rasa sebak dengan moment yang baru dilalui. Terasa masa terhenti seketika dan bumi ini terhenti berpusing sebaik menyaksikan dua jasad bernyawa berlegar legar di dalam rahim ibu mereka. Satu perasaan yang sangat sukar untuk dijelaskan walau selautan kata kata disusun untuk menterjemahkannya.

Sebaik keluar dari bilik doktor keriangan terlihat di wajah kami dan tangan ini terasa sangat ringan menghantar sms kepada adik beradik serta saudara mara. Kenalan rapat tidak dilupa kerana kurasakan perasaan ini harus dikongsikan bersama mereka yang sudah banyak menabur budi padaku.

Dan pagi ini perasaan itu masih berlegar di hati dan turut dikongsi dengan rakan sekerja.

Rata rata sangat gembira mendengar perkhabaran dari aku dan isteri. Ramai yang mengusik, kamu yang membaca pasti tahu kan? Malah ada yang terloncat loncat keriangan seolah olah dia yang bakal mendapat cahayamata tersebut, seorang eksekutif plak tu.hehe...

Namun resam dunia. Resam dan ragam manusia. Sukar untuk difahami. Rasa itu tersentap sedikit apabila sms dari isteri tersayang memaklumkan betapa tegarnya seorang senior di tempat kerja beliau untuk menepis segala keajaiban yang telah aku dan isteriku saksikan dengan mata kepala kami sendiri. Dia tak percaya langsung. Itu aku tak perduli, itu hak dia. Apa yang menyentap perasaan terutamanya isteri tersayang sehinggakan terdetik di hatinya untuk buat pemeriksaan sekali lagi untuk pengesahan, ini kerana senior ini yang sudah beranak cucu seolah olah merampas rasa bahagia yang kami rasa ini dengan mengatakan apa yang kami saksikan cuma dusta semata. Dusta. Tidak benar sama sekali.

Mungkin dia punya mata sehebat superman yang mampu melihat lebih jelas apa yang telah kami saksikan semalam. Kalau aku berada disitu, pasti aku minta dia mengeluarkan data yang telah beliau scan itu.

Benar, segala apa yang kami saksikan masih diperingkat awal dan sangat perlukan penjagaan rapi dariku dan isteri. Si isteri harus menjaga diri dan aku sangat diperlukan untuk membantunya dalam misi ini. Satu misi ini mesti diusahakan. Dan si senior itu tadi sepatutnya memberi nasihat sedemikian, bukan kah lebih bermanfaat daripada mengeluarkan fatwa sendiri? Sudah kerap isteriku mengadu perihal senior ini yang seakan tak berpuas hati dengan kebahagiaan yang isteriku kecapi atas sebab yang tidak diketahui. Mengapa disimpan rasa irihati sebegini kerana ia hanya akan mendatangkan mudarat pada diri sendiri. Tiada untungnya walau satu sen pun.

Aku percaya pada Yang Maha Berkuasa yang telah memberikan segala galanya padaku. DIA sentiasa menjawab panggilanku dan tak pernah lupa untuk menunaikan permintaanku walaupun aku seringkali lalai dengan suruhanNya. Ternyata DIA tak pernah ambil hati. DIA kekalkan sifat Maha Pemurah dalam menunaikan hajat yang kupinta. Semalam DIA telah tunjukkan kekuasaanNYA. Hari ini dan hari hari berikutnya adalah menjadi tugasan aku agar apa yang aku saksikan semalam dapat disaksikan seluruh dunia apabila mereka dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat sejahtera. Ingat lah sekalian manusia, Allah Maha Kuasa dan Dia Maha Besar!

Sunday 22 February 2009

Subhanallah...Alhamdulillah...



Tepat jam 10.15 minit pagi aku mengiringi isteri memasuki bilik pemeriksaan setelah namanya dipanggil pembantu doctor. Setelah bersoal jawab untuk beberapa ketika dengan doctor yang agak peramah walau berhijab serba hitam ala ala mak arab, aku dipanggil oleh si doctor. Saspen jugak sebab takut doctor marah aku buntingkan anak orang. Tapi aku gagahkan jua sebab aku tahu aku tak bersalah, dia kan isteriku yang sah?hehe

Jangkaan aku silap belaka.

Si doktor sedang memulakan scan keatas tubuh isteriku untuk menayangkan kepada kami buat kali pertama bakal cahayamata kami. Sebaik dihidupkan switch, tergambar lah jasad yang bergerak gerak di dalam rahim seorang ibu, isteriku lah. Tapi aku sedikit keliru sebab imej yang seakan akan terpisah antara satu sama lain. Semacam jasad tersebut terpisah antara satu sama lain. Tiba tiba si doktor menjerit sekuat hatinya "EH, ADA DUA ORANG LAAAA!!!". Aku cuma mampu tergamam. Tergamam dengan kegirangan yang ditunjukkan si doktor. Tergamam dengan keajaiban yang terpampang didepan mata. Ya, dua jasad hidup sedang berlegar legar di dalam rahim isteriku. Aku bakal menjadi ayah kepada sepasang kembar. Alhamdulillah...

Itu satu satunya yang tersembur dari mulutku sambil tersengih sengih memandang wajah isteri yang turut tersengih manja. Terasa suatu miracle berlaku dalam rumahtangga yang baru kami bina. Sememangnya kami merancang mahukan anak cepat dan mahukan dua orang dalam jarak yang sama. Alhamdulillah, doa kami cepat dimakbulkan. Bukan saja jarak yang dekat malah hampir serentak.

Selesai beramah mesra dengan doktor yang sangat peramah dan terlalu eksaited dengan apa yang baru dilihatnya, kami beredar. Ketika berada di kaunter pembayaran, gadis penjaga kaunter turut keriangan sambil bertanyakan samada kami ada keturunan yang pernah beranak kembar. Bila aku jawab tiada, "Habis tu, macamana abang buat?",tanya beliau sambil ketawa gatal. Mujur isteriku ada disebelah, kalau tidak entah apa yang kujawab.hehehe


Friday 20 February 2009

Sedapnya...



Semalam aku berjaya selesaikan urusan di SIRIM tepat jam empat setengah dan ini bermakna aku berpeluang balik dengan segera ke rumah. Tak ada maknanya nak masuk opis balik sebab tak sempat buat apa apa pun dah cukup masa untuk pulang. Kebiasaannya kerjaku bersambung di rumah. Komen cik dayu mengenai drawing beliau tak dibekalkan seperti mana yang dikehendaki mengingatkan betapa banyaknya drawing yang aku nak kena bereskan menjelang petang nanti tapi aku tetap nak bebel apa yang mengusik jiwaku petang semalam.

Aku berjaya sampai lebih awal dari biasa menjemput isteri tercinta di tempat kerjanya lantas aku mahu melunaskan hasrat di hati yang dah sekian lama ditahan untuk menikmati roti telur di satu kedai mamak yang pengurusannya orang melayu di precint 8 putrajaya. Tak tau kenapa aku rasa kat situ kuah dal dia lain macam plak sedap dan harga kat situ sangat berpatutan berbanding kedai mamak biasa. Aku bukan lah penggemar masakan mamak ni tapi sekali sekala terpaksa singgah sebab tak ada pilihan, tapi yang kat precint 8 ni lain macam sikit konsep dia. Pengurusan melayu, masakan ala mamak, waiter kebanyakan bangla.hehe

Sambil sambil tunggu roti yang dipesan, aku menjenguk kuih kuih yang ada sebab perut boleh tahan lapar walaupun tengahari dah melantak kat cafe. Aku ambil seketul cucur tepung yang ada daun apa entah aku dah lupa, panjang dan besar jugak la. Semasa mahu makan, aku mintak sos kat sorang bangla ni. "Saya pigi blakang kasi potong letak itu kuah kacang mau ka?", bagus dia ni. Dia offer macam tu plak. Aku pun ok aje la sebab dalam kepala aku bajet dia potong pastu tuang kuah kacang bersos yang aku dah biasa buat sendiri kecik kecik dulu.

Sekali datang, dia letak pinggan cucur tadi kat depan muka aku sambil sengih sengih kambing berkata "sedap ha?". Aku tengok dalam pinggan, cucur tadi dah dicincang dan memang dituangkan kuah kacang tapi dia siap cincangkan timun dan sengkuang. Dah jadi macam rojak. Tapi memang serius sangat sedap dan lazat hinggakan isteriku yang mulanya agak jual mahal tak nak rasa, rasa macam tak cukup.hehe harganya cuma lapan posen. Perut pun dah dekat nak kenyang. Elok aku abis bantai rojak, roti telur pun sampai lalu dibedal tanpa ihsan. Sayang sekali aku tak sempat nak snap gambar rojak tu tadi.hehe


p/s: kesihan melihat isteriku memuntahkan balik semua yang dia makan petang tu di malamnya. dah lah nak kena pujuk baru dapat makan. dah makan muntah balik. kalau rasa loya dan mual tu pindahkan kat aku kan bagus?huhuhu

Monday 2 February 2009

Nadal Memang Siot!



Dipaksa bekerja keras selama lebih lima jam di separuh akhir ternyata belum cukup untuk melemahkan segenap tenaga yang ada pada seorang makhluk yang bagaikan raksasa gorgon tenaganya, Rafael Nadal.

Semalam sekali lagi Nadal menghampakan idolaku encik Federer dalam perlawanan yang memakan hampir lima jam jugak la. Naik pening kepala aku tengok game ni sebab lama sangat tapi memang enjoy bila dua orang mamat ni berlawan.

Federer memang terkenal dengan skil beliau yang tersendiri terutama bila bermain di hard court, tetapi selalu sangat kalah bulu dengan Nadal yang entah dari mana dan bagaimana beliau mendapatkan tenaga yang sebegitu kuat dan mengekalkan momentum setiap kali bertemu Federer.

Berbagai helah digunakan oleh Federer yang tampak seakan berhasil tetapi pasti dapat diatasi oleh semangat kental Nadal yang sememangnya tidak mahu mengalah. Ini dapat dilihat terutamanya pada set ke empat dimana Federer tampak menemui sentuhan berbisa apabila menumpaskan Nadal 6-3. Sebelumnya berpihak kepada Nadal 7-5, 3-6, 7-6.


Kelihatan cool je beliau kan? time ni masih ada harapan lagi...


Namun, set ke lima yang kujangkakan bakal dimenangi mudah oleh Federer berjaya dikuasai mudah oleh Nadal. Dia kelihatan mendapat tenaga dan semangat baru manakala Federer tampak semakin hilang pedoman kerana apa yang cuba beliau lakukan serba tak menjadi malah diselang selikan dengan kesilapan yang memberikan mata mudah terhadap Nadal. Keputusan set akhir, Nadal mudah menang 6-3.

Memang aku salute sportmanship yang ditunjukkan oleh Nadal dan Federer ni. Walaupun Federer kalah, dia tetap pujaanku manakala Nadal pula tampak semakin sukar ditandingi kerana tenaga dan semangat luar biasa yang ada padanya kelihatan lebih berbisa berbanding skil yang ada pada Federer.


Buruk betul rupa hero sorang ni bila nangis.kesian...hehe

Alangkah bagusnya kalau ada dikalangan ahli sukan di negara kita ni mempunyai ciri ciri seperti mereka. Tak usah sebut pasal team bolasepak yang berangan hendak melayakkan diri ke piala dunia tapi masih di takuk lama, tapi bagaimana sukan lain? Setakat ini cuma skuasy yang menampakkan konsistensi dalam mengharumkan nama negara dan membayar balik pelaburan rakyat malaysia terhadap mereka. Yang lain? Ada lah, team basikal yang sekejap naik sekejap turun. Begitu juga team badminton dan bowling.

Di mana silapnya? Siapa yang bertanggungjawab? Persoalan yang sering diajukan namun tak punya jawapan muktamad. Duit rakyat dibelanjakan sewenangnya oleh atlit atlit dengan berbagai jenis peruntukkan, tetapi hasilnya? Nilaikan lah sendiri. Yang peliknya semakin banyak duit dibelanjakan saban tahun walaupun hasilnya tak seberapa. Alangkah baiknya kalau duit itu digunakan untuk golongan yang tak berumah? Golongan yang merempat di kaki lima semata mata mahu mendapatkan ihsan pasti sangat bersyukur kalau dana tersebut digunakan untuk mereka.

Ini tidak, pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat megah dengan rumah bagaikan istana. Bersenang lenang di tampuk kekuasaan masing masing tanpa ada rasa bersalah terhadap rakyat yang masih merempat tak cukup serba serbi. Bila tiba masa untuk meraih undi baru menebalkan muka menjenguk rakyat yang sudah semakin muak dengang janji manis mereka ini. Kata nak sama sama susah dengan rakyat, tapi, kehulu kehilir diiringi berpuluh polis trafik supaya mereka ini dapat bergerak lancar tak kira masa sedangkan kita rakyat yang mengundi dipandang seperti sampah yang bersesak dalam traffic jam. Apa nak jadi dengan Malaysia ni nanti, tunggu dan lihat aje lah. Tak pasal pasal aku membebel ke politik plak.huhu...

P/S: Kepenatan menonton game Federer-Nadal dan takut kekalahan turut menimpa Liverpool memaksa aku tidur awal malam tadi kerana tak sanggup lagi meratap kekalahan atau keserian team Liverpool ni. Mujur pagi pagi lagi aku check result, menang bergaya 2-0 pasukan kesayanganku ini.hehe