Pengikut Abang Bebel

Monday, 23 February 2009

ALLAH MAHA BESAR



Naik lenguh rongga mulutku menguntum senyuman diselang selikan sengihan manja kerana belum mampu untuk berhenti meraikan rasa berbunga bunga di hati hasil kegembiraan dengan keajaiban yang disaksikan sendiri oleh dua mataku dan juga seorang doktor yang sudah banyak pengalamannya mengendalikan ibu ibu mengandung.

Kalau ikut rasa hati mahu dilaungkan ketika itu juga biar seluruh dunia tahu dan sedar dengan Kebesaran dan Kekuasaan Tuhan yang baru aku saksikan. Syukur alhamdulillah.

Hatiku tak lekang mengucap syukur begitu juga turut dilafazkan lidahku dan tanganku mengurut dada menahan sedikit rasa sebak dengan moment yang baru dilalui. Terasa masa terhenti seketika dan bumi ini terhenti berpusing sebaik menyaksikan dua jasad bernyawa berlegar legar di dalam rahim ibu mereka. Satu perasaan yang sangat sukar untuk dijelaskan walau selautan kata kata disusun untuk menterjemahkannya.

Sebaik keluar dari bilik doktor keriangan terlihat di wajah kami dan tangan ini terasa sangat ringan menghantar sms kepada adik beradik serta saudara mara. Kenalan rapat tidak dilupa kerana kurasakan perasaan ini harus dikongsikan bersama mereka yang sudah banyak menabur budi padaku.

Dan pagi ini perasaan itu masih berlegar di hati dan turut dikongsi dengan rakan sekerja.

Rata rata sangat gembira mendengar perkhabaran dari aku dan isteri. Ramai yang mengusik, kamu yang membaca pasti tahu kan? Malah ada yang terloncat loncat keriangan seolah olah dia yang bakal mendapat cahayamata tersebut, seorang eksekutif plak tu.hehe...

Namun resam dunia. Resam dan ragam manusia. Sukar untuk difahami. Rasa itu tersentap sedikit apabila sms dari isteri tersayang memaklumkan betapa tegarnya seorang senior di tempat kerja beliau untuk menepis segala keajaiban yang telah aku dan isteriku saksikan dengan mata kepala kami sendiri. Dia tak percaya langsung. Itu aku tak perduli, itu hak dia. Apa yang menyentap perasaan terutamanya isteri tersayang sehinggakan terdetik di hatinya untuk buat pemeriksaan sekali lagi untuk pengesahan, ini kerana senior ini yang sudah beranak cucu seolah olah merampas rasa bahagia yang kami rasa ini dengan mengatakan apa yang kami saksikan cuma dusta semata. Dusta. Tidak benar sama sekali.

Mungkin dia punya mata sehebat superman yang mampu melihat lebih jelas apa yang telah kami saksikan semalam. Kalau aku berada disitu, pasti aku minta dia mengeluarkan data yang telah beliau scan itu.

Benar, segala apa yang kami saksikan masih diperingkat awal dan sangat perlukan penjagaan rapi dariku dan isteri. Si isteri harus menjaga diri dan aku sangat diperlukan untuk membantunya dalam misi ini. Satu misi ini mesti diusahakan. Dan si senior itu tadi sepatutnya memberi nasihat sedemikian, bukan kah lebih bermanfaat daripada mengeluarkan fatwa sendiri? Sudah kerap isteriku mengadu perihal senior ini yang seakan tak berpuas hati dengan kebahagiaan yang isteriku kecapi atas sebab yang tidak diketahui. Mengapa disimpan rasa irihati sebegini kerana ia hanya akan mendatangkan mudarat pada diri sendiri. Tiada untungnya walau satu sen pun.

Aku percaya pada Yang Maha Berkuasa yang telah memberikan segala galanya padaku. DIA sentiasa menjawab panggilanku dan tak pernah lupa untuk menunaikan permintaanku walaupun aku seringkali lalai dengan suruhanNya. Ternyata DIA tak pernah ambil hati. DIA kekalkan sifat Maha Pemurah dalam menunaikan hajat yang kupinta. Semalam DIA telah tunjukkan kekuasaanNYA. Hari ini dan hari hari berikutnya adalah menjadi tugasan aku agar apa yang aku saksikan semalam dapat disaksikan seluruh dunia apabila mereka dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat sejahtera. Ingat lah sekalian manusia, Allah Maha Kuasa dan Dia Maha Besar!

9 comments:

CAHAYA said...

Doa yer. Lebih2 sket. :) InsyaAllah. Allah Maha Besar. Dia tahu kerja Dia. :) Kamu buat kerja kamu, ok?

Pasal orang keliling, jgn peduli sangat. Nanti sendiri sakit hati. Kawan gembira susah nak cari. Kawan sakit hati berlambak. So, pandai2lah.

Kalau kata takde rezeki, (touchwood!) itu semua ketentuanNya. Cahaya harap encikBebel dan isteri tidak lupa itu yer. :)

cikanoy™ said...

aku rase makcik2 tu jeles lebih je
hahhaa

tp percaye la, aku pon rase cm bini ko tu ngandung baby twins! kompom!
kalo betii, korang banje aku mee udang! hehe

.::WaNiE::. said...

mmg ada makcik mmg perangai mcm tu xleh nk tlg..pekakkan telinga jgn sebab dia boleh meragut segala kebahagiaan ok

-azwanbakhtiar- said...

haha. makcik tu jeles.

patutnya kita sama² bersyukur. boleh lak dia buat statement macam tu.

adoi.

syafiqah said...

isterinya mengandung baby kembar ke?

ragam manusia memang camtu. sabar jelah eh. :)

Dayu said...

sape yg terlompat2 riang tu??
isskkk..tak malu sungguh
*ekekekekek*

tu sape yg pendengki sgt tu
tak boleh tgk org bahagia ke hah
payah manusia ni
tu lah org melayu kita
tak bleh dok senang tgk org senang

hanafana said...

Dua jasad?????
wahh!!!
Alhamdulillah!!!
Syukur..
Insyaallah,
Hana doakan semuanya selamat :D

Bunga Rampai said...

Salam Beb,

Sujud Syukurlah atas kegembiraan itu.

Saya tumpang gembira :)

mamaelly said...

smpi sekarang kalau elly teringat kata2 senior cc yg mempertikaikan anak2 yg elly kandungkan nie...Allah je yg tau sedih yg elly rasa...moga Tuhan je yg membalas perbuatan dorang tu...