Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Wednesday, 18 March 2009

Vandalisme








Kesian si pisang, dah tinggal kulit pun orang yang memakannya seakan tak berpuas hati dengan menyiat nyiat kulitnya sebegitu rupa. Mungkin si pelaku cuba menunjukkan kreativiti beliau dan biasanya kekreativitian ini akan berlanjutan di kawasan milik awam yang mengakibatkan jamban jamban berconteng, lif pun sama, talipon awam tinggal tiang dan macam macam lagi. Sama lah kesnya dengan si pisang. Dah lah isinya lunyai diganyang, tindakan pelaku seakan geram kerana tak dapat meratah sama kulit si pisang. Entri ini tiada apa apa motif untuk mengaibkan si pendera kulit pisang, sekadar mengingatkan masyarakat kita ni punya mentaliti untuk merusuh tanpa sebab yang konkrit dan yang jadi mangsa biasanya kelengkapan awam yang sangat sangat diperlukan di kala kecemasan.




3 comments:

CAHAYA said...

Cahaya tak faham dengan mentaliti sesetengah orang yang bila naik lif nak conteng2. Takkan nak suruh pak guard check sorang2 kot ada bawak marker or pen sblm naik lif.

Hish! Tak faham.

.::WaNiE::. said...

tetiba jek aku scroll atas tengok betul ke blog aku masuk nih:p


yg pasti pendera kulit pisang tu bukan sy..sy xmakan pisang..hahaha

@xiM said...

aku tak makan pisang mentah..aku makan pisang goreng sahaja..

:)