Aku leka memerhatikan visual yang terpampang disebelah kanan jalan di MRR2, sebelum simpang ke pandan indah. Destinasi asal adalah jalan ampang atas urusan kerja. Dek kerana leka memerhati pili paip yang kelihatan tergantung, aku tersilap masuk simpang ke pandan indah yang mengakibatkan aku membuang masa hampir sejam untuk mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama terlambat untuk berjumpa customer. Mujur rakan sekerja tiba awal, dapat lah cover apa yang patut. Gambar ni aku sempat tangkap bila dah berpatah balik. Agak tinggi kedudukan tangki air ni, sebab tu aku agak heran macamana pili tersebut boleh digantung begitu. Benda kat muncung pili tu memang sebijik macam air yang mengalir. Sangat kreatif orang korporat kat malaysia ni kan?hehe
Pengikut Abang Bebel
Wednesday, 25 March 2009
Jangan Amalkan Ketika Memandu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Haha. Macam mane la bleh sesat. KL ni macam Kuching jugak, pusing2 pun sampai tempat yang sama. :P
**Gigih ko aku carik penyaram masa pegi Kuching last week. :P Sib baik tak sesat.
**Apa apa pun, pili tu memang idea kretif, lama dah aku tak lalu MRR2. Tak pernah nampak sblm ni.
memang la pusing pusing kesitu je tapi masa terbuang carik jalan yang betulnya.hehe
ngidam penyaram kah?hehe
Post a Comment