Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Monday, 16 March 2009

Pertemuan

Sayang,
seakan baru sesaat
kau hadir dalam hidup
seakan baru seminit
kita bersua mesra
seakan baru semalam
janji dimeterai
atas satu perhubungan
yang digalas harapan
menjadi suatu ikatan suci

Sayang,
seakan baru semalaman
saat aku membulatkan tekad
mengikat hubungan
yang dah tak terbendung lagi
melimpah ruah kasih sayang
manis dengan senda gurau
ditabur rasa rindu dendam

Sayang,
aku pasti
sebaik ikatan suci termeterai
hanya yang indah menanti kita
tak kira apa jua halangan menduga
pasti mampu ditempuh bersama
asal kita pegang pada janji
asal kukuhkan kasih sayang
asal hati sentiasa rindu
biar jarak sentiasa cemburu

Sayang,
detik itu kini tinggal kenangan
tapi bukan kasih sayang kita
berbagai halangan diharungi bersama
namun

istana bahagia tersergam jua
bersama kita hiasinya
bersama kita pertahankannya
bersama kita menikmati
keindahannya

Sayang,
andai perpisahan ditakdirkan
biarlah ia
perpisahan nyawa
kerana kita tak mampu
melawan kekuasaanNYA
dan
andai saat itu tiba
aku tak mahu pergi dulu
atau biar kau pergi
kerana
aku takkan dapat bernafas
walau sesaat
kau tiada disisiku
kalau boleh biar kita pergi bersama
kalau boleh biar kita tetap bersama
di alam sebelah sana
bersama selamanya




3 comments:

Anonymous said...

cool beb! haha

#cikanoy#

CAHAYA said...

wah! Tahniah. :)

mamaelly said...

Suamiku sayang...
Lidahku kelu
Kaku utk berkata kata
Denyut jantungku seakan terhenti
Mata mula bergenang...
Mengenangkan saat setahun yang lalu

Sayang..

Masih segar diingatanku...
Alam menjadi saksi..
Tanpa ragu dihati
Lamaranmu kuterima
Tanda cinta teguh dihati

Sayangku..

Istana cinta telah kau bina
Akan ku hiasi dengan bunga2 cinta
Gurau senda gelak ketawa
Kita bersama
Mengikat kasih sayang bersama

Istana kasih kita..
Akan lagi istimewa
Akan lebih manis
Dengan
Lahirnya cahaya cahaya mata kita
Dengan gelak hilai mereka...

Suami ku sayang..
Jangan kau gusar
Jangan kau risau
Daku akan setia disisi
Menghadapi segala dugaan
Yang mendatang

Kasihku..
Jangan disebut soal perpisahan
Jangan diungkit soal kepergian
Kerna
Aku sepertimu
Tidak mampu berjalan sendirian
Tidak mampu menghela nafas
Tanpa mu disisiku...

Sayangku...
Ku mohon
Teruskan menyintaiku
Menyayangiku
Mengasihku..
Hingga ke akhirnya...