Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Tuesday 13 October 2009

Cara Mudah Cari Duit Banyak Banyak Banyaks...






Kreatif betul diorang ni kan? Tapi seteruk teruk rupa gaya hidup diorang tu rasanya takda la sampai tergamak nak pecah masuk rompak rumah orang. Malam tadi rumah aku tu nyaris nak kena ganyang dengan jenis manusia yang tak pikir panjang ni. Mujur lah tak ada apa apa yang jadi dan tak ada barang yang hilang. Bukan ada apa pun dalam rumah aku tu yang boleh dia ambik dan terus jual dapat duit berkoyan.

Tapi naluriku kuat mengatakan beliau cuba mencari kunci encik getz, mujur kunci diletakkan jauh dari pintu depan ruang tamu tu. Pagi pagi tadi isteriku terpekik pekik tuduh aku tak tutup pintu malam tadi. Cuak gak aku. Turun turun tengok pintu ternganga luas termasuk daun pintu yang sangat jarang dibukak. Mujur gril ber-padlock dan tak dapat nak diumpil.

Walau apa pun aku bersyukur sangat tak ada benda benda atau kejadian yang tak baik berlaku kat rumah tu malam tadi. Selepas ini kena lebih berjaga jaga dan yang pasti langkah keselamatan yang lebih ketat harus aku pertimbangkan. Ada camera cctv yang kawan aku bagi 2 ke 3 tahun lepas, sampai sekarang aku tak sempat nak pasang lagi. Tengok la lepas ni macamana tapi security kat taman perumahan yang aku duduk tu memang nak kena sound la balik ni kang. Petang petang ngan lepas maghrib aku perasan diorang memang ada meronda. Tapi time tengah malam aku tak perasan pulak. Yang tido kat pondok guard tu memang aku perasan sangat sangat. Tengok lah nanti, kot kot aku nak buat gaya macam orang orang kat atas ni, letak kat pagar rumah poster besar besar macam kat bawah ni.hehe...









3 comments:

Unknown said...

huhuhu
risau gak kan, aku skrg ni malam2 dh lah senang terjaga
mcm2 bunyi aku dengar tau
buat2 tak tau je

@xiM said...

hati hati lah..sekarang semua dah tak boleh percaya.

CAHAYA said...

haha. tapi kan, aku rasa berkesan cara tu. sebab kat mcD drive thru selalu ada sign.

"Juruwang hanya mempunyai wang kecil sahaja."

So xleh la rompak.