Pengikut Abang Bebel

Tuesday, 1 January 2013

Belasungkawa 2012...


2012 berlalu teramat pantas atau sememangnya masa papa terlalu banyak diluangkan untuk kerja? Well, omputih kata "bizi is good" kan? Memang boleh dirasakan hari berganti minggu, minggu berganti bulan dengan sangat cepat tak terkejar

2012 penuh warna warni yang sangat mencabar. Alhamdulillah, kebizian papa terhadap kerja bermakna rezeki kita jugak dah bertambah serta segala urusan kerja papa semakin dipermudahkan. Walau tak semuanya indah sebab ad abos baru dan rakan sekerja baru yang belum tahu sepenuhnya hati budi mereka, kerja papa beres dan semakin menarik sekaligus buat papa beresemangat

2012 memang sangat singkat waktu yang ada tetapi papa sentiasa pastikan ada masa untuk isya dan mama tersayang setiap hari dan sudah tentu hujung minggu papa untuk kalian berdua. Terpaksa lah berkorban sikit masa tido papa untuk selesaikan mana yang patut sebab siang hari memang tak akan sempat setelkan semua kerja.

2012 juga orang duk heboh tunggu kiamat pada 12.12.12 dan 20.12.2012 tapi tak berlaku seperti yang dihebohkan. Cuma yang papa perasan musim hujan tahun ni lain macam berbanding tahun2 sebelum ini, mungkin sebagai amaran buat kita semua yang dunia ini semakin tua usianya dan tempoh luputnya iaitu bila kiamat berlaku, semakin menghampiri kita.

2013 diharapkan lebih baik dari 2012 tentunya harapan bagi semua termasuk papa. 2012 sangat mencabar tapi papa rasa telah lulus ujianNYA, tapi 2013 pasti ada yang lebih mencabar. Mudahan segala urusan kita semua dipermudahkan. Amin..

1 comment:

Aaron Grey said...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com