Siapa sangka dunia bertambah kecik bila dunia blog ini menjajah kita semua yang turut mendatangkan kebaikan. Aku terkedu bila seorang bloger singgah membaca bebelan ini lalu meninggalkan komen mengesahkan kejadian yang aku ceritakan tu. Mujur lah aku tak menokok tambah apa apa kan? Kalau tak memang kantoi lah.haha...
Apa pun, aku mengambil peluang ini untuk memohon maaf terhadap cik Nurul di atas kegagalan aku untuk bertindak pantas membantu beliau ketika kejadian akibat segala macam
Integrity. Terasa bagaikan aku terlepas atau lulus ujian tahap kejujuran dalam menulis, aku tak reti nak mengayat untuk tidak membuatkan ayat ini bagaikan isi bakul penuh penuh pastu angkat sendiri. Tapi takde lah berniat sedemikian, cuma terdetik dihati macamana lah reaksi mangsa kejadian ni terhadap apa yang aku bebelkan sekiranya apa yang aku bebelkan sekadar cerita yang telah digubah untuk tambah menarik lagi penuh dengan unsur unsur saspen dan macam macam lagi demi untuk menarik minat pembaca.
Menarik minat pembaca? Hmmm...tak pasti jika masih ada lagi yang singgah ke blog yang semakin bersawang ni. Apa nak buat, masa cuma ada 24 jam sehari untuk dibahagikan dengan kerja serta keluarga. Kalau sehari ada 48 jam pun, belum tentu cukup rasanya sebab masa adalah salah satu benda yang sangat pantas berlalu dan ghaib begitu saja kalau kita gagal mengawalnya. Semoga masa lapang yang aku ada meningkat sedikit bilangannya di hari hari yang mendatang. Ini memang tak pasti langsung woh...hehee
1 comment:
gile ! parang?
syukur, nyawa cik nurul tersebut selamat.
Post a Comment