Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Wednesday 17 September 2008

Selamat Tinggal Encik Bos


encik bos: I resigned from the company.
aku: (tak kata apa, tercengang jap)
encik bos: and they've accepted my resignition yesterday
aku: (masih tercengang)
encik bos: Hey! I'm talking to U! Dont pretend to be shocked!
aku: I dont know what to say la bos
encik bos: Dont say anything, I know U will miss me. ha ha


Begitu la lebih kurang perbualanku dengan encik bos sebentar tadi. Bukan aku je, seorang lagi rakan sejawatan turut dimaklumkan. Beliau mendapat tawaran yang sukar untuk dilepaskan katanya. Dia tak apply pun untuk job tu tapi head hunter yang carik dia. Bukan head hunter yang potong kepala orang tu. Head hunter yang ni carikkan keje tanpa perlu kita mintak kat dia. Yang potong kepala orang tu dah pupus ditelan zaman.

Aku terasa kagum dengan bos aku ni sebab orang boleh recognise his potential tanpa dia perlu untuk mempromosikan dirinya. Thats the positive side lah kan?

Yang tak bestnya aku kehilangan seorang bos yang sangat baik. Sangat menceriakan dengan lawak inteleknya yang mengambil masa kadang kadang setengah bulan untuk difahami. Bila dah difahami akan pecah perut bergelak ketawa. Aku dan kawan kawan sepenjawatan dilayan dengan sangat baik oleh beliau tanpa mengira warna kulit sebab kulit aku agak agak macam orang peranchis. ha ha

Kebaikan beliau turut terserlah sebab dia memberikan kebebasan untuk stafnya untuk bergerak kemana saja. Bukan bermakna ini lesen untukku mengular. Sebaliknya aku sentiasa berasa janggal bila duduk di sebelah beliau tanpa apa apa pekerjaan untuk dilakukan. Aku tertekan sendiri.ha ha

Apa pun aku harap pengganti beliau nanti akan terus mempraktiskan apa yang telah encik bos buat selama lapan bulan aku di sini. Pekerjaan keduaku yang kurasakan amat tenang berbanding kerja lama dulu. Cuma sedikit boring sebab tak banyak berjalan seperti di tempat lama. Tapi, kalau dah kena jalan sampai ke hujung dunia aku dikerah. Nasib la. Bos baru mungkin ambil masa yang lama untuk masuk sebab polisi syarikat adalah melantik orang dari industri yang berlainan. Tidak membenarkan mengambil orang dari kompeni yang mempraktiskan bisnes yang sama dengan kompeni ini bagi mengelak sebarang perbalahan antara kompeni kompeni. Ini bermakna, tempoh untuk aku mendapat bos baru sangat panjang seperti yang dimaklumkan encik bos tadi. Bermakna juga kerja kami berlambak sebab terpaksa ambil alih kerja encik bos walaupun status kami bukan bos. Nasib lah.

6 comments:

PuTeRi CaHaYa said...

salam
(",)
herm.. x best kan klu dpt bos yg x sekepala nih.. x selesa nak wat kja... moga2 dpt bos yg lg mantap...

hallamak...kja byk...!!

Anonymous said...

Ape kate ko je jadik bos?

Redbloodsnow said...

towk mek kes nang kamceng gila ngan boss towk nak..huhu

bye² bos yg bek ati budi pekerti...aharksss!!! :P

++ allyza ++ said...

abg je la jadi boss..nanti leh dapat gaji 18 ribu sebulan..leh la cik elly shopping seribu sebulan..ahaks...

putri...

elly kan..kat opis nie.bos2 semua ok..layan sama je.tak de beza bos ngan staf...tapi yg tak best..orang yg dibawah bos..ketua kerani..haa yang nie yg lomahhh nie..nak p kerja pun skang nie kuatkan semangat je

Zumie said...

nape lak bos tu berenti keje..huhu

nak jadik bos tempat lain lak ek..

Mrs. Amie said...

hik hik... my boss pun dah berambus... suka suka..!