Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Wednesday 17 September 2008

Salam Nuzul Al-Quran


Sekali lagi aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan untuk kawan kawan sekalian.

Nuzul Al-Quran disambut mulai maghrib semalam, malam yang dikatakan bermulanya penurunan ayat ayat suci Al Quran kepada Rasulullah SAW. Satu lagi keistimewaan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Dek terlalu sibuk semalam, tak sempat nak bagi ucapan disini buat kawan kawan sekalian.

Kejar lah sebanyak yang termampu mendapat "bonos bonos" yang semakin berganda sepanjang Ramadhan ini. Yang penting niatkan sepenuh hati segala amal ibadah kita adalah kerana-Nya dan ditunaikan dengan tulus ikhlas lagi tenang.

Berbilion bilangannya umat Islam seluruh dunia yang turut sama mengejar bonos bonos Ramadhan ini sepertimana juga kita bukan? Bayangkan betapa sengitnya saingan untuk kita mendapat perhatian dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lantas mampu untuk menilai segala amalan hambaNya walau berbilion ramainya. Namun itu bukan alasan untuk kita acuh tak acuh dalam mengerjakan suruhanNya. Buat cukup syarat.

Anggaplah kita sedang berdepan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan habuan yang amat lumayan. Pasti kita bersungguh untuk menarik perhatian si penemuduga agar terpilih. Begitu juga dalam menunaikan ibadah ni, tumpukan sepenuh perhatian dan laksanakan sebanyak yang termampu oleh kita. Insya'Allah, segala amal akan Dia timbangkan seadilnya.

No comments: