Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Tuesday 22 July 2008

Maki dan Hamun


Dua perkara paling mudah malah boleh dikatakan rutin aku lakukan seumur hidup terutama 5 tahun kebelakangan, maki dan hamun. Tak perlu sebab yang kuat, aku maki. Tak perlu punca yang kukuh, aku hamun. Mudah. benda yang dah mudah, buat apa nak disusahkan?

Sebenarnya pagi tadi aku memasang azam untuk tidak menghamun sapa sapa pun bermula hari ini. Ini misi mencabar bagiku. Sukar kulakukan bila tiada sesiapa disebelah tempat duduk pemanduku terutama tunang tercenta. Namun aku tekad dalam hati. Aku nekad untuk lakukan.

Tetapi, lagak sumbang lagi lembap sebuah proton wira ketika aku mahu keluar dari simpang pertama lagi, tak jauh dari rumahku, telah menidakkan usaha aku pagi tadi. Geram dengan kelembapan beliau, kuhamun didalam hati. Apabila menyedari aku tersilap langkah, "KAMBINGG!!!" jeritku sekuat hati.

Kenapa kambing plak jadik mangsa? huh? apabila aku melintas saja kereta tersebut, kelihatan sorang mamat dengan mata kuyu dan rambut macam sampah. Padan sangat sangat kuhamun dengan panggilan kambing walaupun aku masih tertanya tanya kenapa kambing yang kuseru pada mula tadi. Kenapa tak harimau? Kan ke dia lagi gagah dari kambing?

Lantaklah, tak penting itu semua. Mula dari hari ini, maki dan hamun terpaksa kuteruskan sebab dah jadi darah daging. Tapi aku bertekad tidak lagi menghamun perkataan perkataan yang asalnya dari anggota manusia. Kan kugunakan binatang binatang melainkan babi sebab babi terlalu hina untuk memaki manusia. Begitu jugak anjing. Tak paham aku kenapa sesetengah bapa menghambat anaknya dari rumah seraya menjerkahnya dengan perkataan babi. Kalu anak itu babi, bapak dan emaknya bukankah?

Memang dah tabiat kita manusia memaki hamun sehingga tidak fikir banyak. Main lepas je tanpa sedar memaki diri sendiri. Menghina keturunan sendiri.

Maki dan hamun ini sebenarnya tak digalakkan agama. Mana mana agama pun. Agama ajar kita sabar. Tapi aku turut mengaku manusia terutamanya macam aku, tak kuat menahan diri. Lalu teringat aku sepotong ayat yang selalu diceramahkan, " sesungguhnya tiada apa yang boleh mengubah manusia melainkan manusia sendiri yang mengubah nasib mereka".

Oleh yang demikian, kucuba tahan diri memaki dan menghamun sesuka hati. Tapi aku jenis baran. Puas kutahan tapi lepas jugak. Kali ini, kalau lepas lagi, aku nak jerit apa ha? Unta kah? atau Gajah? Entah, sila namakan binatang yang sesuai untuk aku?

2 comments:

++ allyza ++ said...

heheh abang jeritla...SAYANGGGGGGG

Suka Bebel said...

allamak...terus ilang rasa nak maki. idea yg bagus.hehe