Sungguh meriah masyarakat malaysia ni berpantun raya tahun ni. Trend gambar gambar masjid dan pelita minyak tanah mahupun yang berunsurkan kelucahan tahap sederhana sudah beralih arah kepada pantun memantun hinggakan aku tak larat nak balas puluhan pantun yang di-sms rakan rakan tak kira bangsa melayu india cina.
Aku ingin ambil kesempatan ini mengulas beberapa pantun yang menarik perhatianku sepanjang percutian raya.
Yang pertama ini, percaya atau tidak datangnya dari seorang india dari tempat kerja lama. Dan dia antara yang paling awal mengucap selamat. Baru baca serangkap aku dah tergelak. Separuh pantun kubaca aku dah berguling ketawa sebab seolah olah dia pun berpuasa sebulan dengan maksud pantun beliau. Yang menariknya india ni, ada lima orang yang hantar sms kat aku tapi dengan pantun berlainan. Mana lah diorang dapat pantun pantin ni aku malas ambik tau.
Pejam celik pejam celik,
Dah lama tak dengar khabar
Pejam celik dah 30 ari puasa
Makin dipejam celik
Makin banyak salah dan dosa
Sementara masih celik
Banyak banyaklah buat pahala
Sebelum pejam tak celik celik
Harap maaf jika tersalah kata
Pantun seterusnya ni boleh buat kita insaf tapi malangnya ia tak mendatangkan kesan pada hati aku ketika membacanya. Mungkin sebab dah terlalu banyak pantun diterima atau bahasa yang digunakan terlalu mengampu. Entah lah, itu pendapat aku. Ada tiga orang hantar pantun ini.
Sebening air wudhu’
Sesuci Al-Quran
Semerdu alunan zikir
Seindah solat 5 waktu
Setenang hati yang tiada rasa benci atau dendam
Jika tanganku tak sempat berjabat
Jika mukaku tak sempat bertatap
Bukalah pintu kemaafan untukku
Ada jugak yang kreatif reka pantun seloka:
Ayam berlari kesini sana
Kucing ketawa bagai nak gila
Ayam dan kucing tu takde kena mengena
Saje nak ucap selamat raya
Ada yang bersederhana:
Gemersik takbir mengundang hiba
Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelma tiba
Salam diutus pohon kemaafan
Buah laici buah strawberi
Dicuri pulak si labu labi
Ampun dan maaf dari diri ini
Salah dan silap please 4give me
Ada jugak yang melawak tahap gaban beranak lapan dengan menghantar sms berbahasa jawa. Tak tahu lah motif beliau untuk menyindir diriku yang bermentuakan jawa atau sekadar berseloka. Walau apa pun motif si penghantar, aku ternyata terhibur kerana urat saraf menjadi tegang menahan ketawa. Ada dua pantun jawa ni, tapi yang lagi satu dah panjang sangat. Layan saja yang ini:
Ngetan ngulong nunggang kudo
Melaku laku dengkule loro
Rampong rayo kito bodho
Salah silap yo dingapuro
Selamat nyambut dino rayo aidlfitri
Korang mesti banyak dapat pantun pantin ni kan? Ha ha ha
13 comments:
Ngetan ngulong nunggang kudo
Melaku laku dengkule loro
Rampong rayo kito bodho
Salah silap yo dingapuro
Selamat nyambut dino rayo aidlfitri
>> maknanya...
Ngetan ngulong nunggang kudo
----> tak tau pe maksud..hehehe
Melaku laku dengkule loro
----> jalan jalan kakinya sakit
Rampong rayo kito bodho
----> pun tak tau..yg elly tau bodho tu raya...hahaha
Salah silap yo dingapuro
----> salah silap harap dimaafkan
Selamat nyambut dino rayo aidlfitri
----> selamat menyambut hari raya aidilfitri..dino tu hari..
perh...aku plg xaham tang pantun jowo 2..
cik biskut ni manjangnya tak paham...pantun jowo tu mmg sukar sebab org jowo sendiri pun sukar untuk mengalihbahasakannya.hehee
hahahhaa....yang pantun last sekali tu best. wlaupun tak paham, tapi ttp rasa kelakar jgk. org2 jawa jgnla terasa. bukan kelakar apa, pasal tak paham je. lebih kurang mcm baca pantn bahasa jepun ajela. yg penting, motif sampai. selamat hari raya. maaf zahir batin
saya ada dapat pantun first tu saje. yg lain2 baru 1st time bace. hehe =P
fiezafadilla, sila bagi pantun jepun satu.ha ha
syafiqah, macam macam pantun lagi ada.malas nak taip jek.
saya dapat pantun SMS versi mat ganja... hahaha nnti saya post kat blog saya..
wah,banyak pantun,
rase tahun depan mesti sajak,xpun syair ulak
:D
pantun jawa tu, perh,mak saya pun x paham katenye:)
huhu berpantun2 plak die..hehehe
pantun yg last tu lawak lak aku bce..
versi jawo ek kuikuikui
cik silence, jgn isap ganja dan yang seangkatan dengannya...
cik izzah, ni jawa serian punya ni kot.ha ha
miszue, nak kuih raya!!
trimas kerna sudi singgah ke blog:]
pntun last 2,
xfaham lol.
haha.
jawa?
ill link ur blog:]
trimas jugas las.he he
sila sila, jangan segan segan
Post a Comment