Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Thursday, 26 March 2009

Berhati Hati Mencari Kerja


Keadaan ekonomi yang semakin tak menentu dan membuatkan semakin ramai hilang pekerjaan dan sumber rezeki mengingatkan aku kembali pada zaman mula mencari pekerjaan dulu. Aku emailkan semua kerja yang aku jumpa dalam Star setiap sabtu tu dan akan kupergi setiap temuduga yang berjaya diperoleh tanpa usul periksa. Kadang kadang aku tak ingat kompeni mana yang aku nak pegi sebab terlalu banyak yang aku apply.

Akibatnya aku pernah nyaris ditipu oleh satu agensi dan pernah juga sepanjang satu hari membuat jualan direct selling tanpa mendapat apa apa keuntungan mahupun manfaat. Rugi masa ada lah. Apa silap aku? Macamana boleh jadi begitu? Ini yang nak cerita dan kongsikan buat pencari kerja di luar sana.

Dalam sehari aku boleh attend kadang kadang tu sampai tiga interview sebab tak mahu terlepas walau satu peluang pun. Akibatnya aku hilang fokus. Tak buat apa apa study tentang kompeni yang aku nak pergi tu dan jawatan apa pun aku belasah. Maklum lah baru habis belajar dan mahu segera mendapat kerja.

Maka terjadi lah kisah menyayat hati menjadi penjual direct selling, mujur sehari je sebab hari berikutnya aku mampu melarikan diri.

Kisahnya begini. Aku ditawarkan kerja yang digelar management trainee. Di hari temuduga, aku terpilih tapi mesti datang esoknya untuk suaikenal. Aku sangat suka! Malamnya aku tido awal dan esoknya pagi pagi lagi aku dah menunggu dipintu masuk opis. Cukup jam sembilan aku dipanggil dan aku agak kagum kerana hampir kesemua yang aku temui semasa interview sehari sebelum tu turut dipilih. Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang yang senior. Kami pun diperkenalkan kepada pihak pengurusan disitu. Tak lah besar sangat kompeninya tapi boleh la sebagai permulaan.

Jadi, lepas je setel sesi suaikenal tu, encik bos yang menemuduga aku semalam memanggil sorang demi sorang. Tiba giliran aku, dia suruh aku ikut sorang mamat india yang kurus cekeding orangnya untuk 'on job training', katanya lah. Nak kena pergi site. Aku pun suka lah. Hari pertama dah pergi site. Katanya lagi, aku memang diberikan jawatan sebagai management trainee tapi aku mesti bermula dari bawah dan belajar semua benda. Itu tak ada masalah, kataku dengan gelojoh. Dah bertambah berbunga perasaan sebab mendapat kerja setelah hampir dua bulan aku berusaha masa tu.

Aku dibawa menaiki kereta oleh mamat india tersebut bersama seorang lagi kawannya yang berbangsa melayu. Aku tanya kat mana site, dia kata kat area rawang. Memang jauh giler aku rasa tapi hati gumbira mendapat kerja, aku turutkan saja walaupun belum diberitahu soal gaji. Encik bos kata balik dari site baru dia cerita pasal gaji.

Setibanya di kawasan yang bertapaknya site yang akan dilawati, aku diajak sarapan. Aku cuma order air jek sebab duit dalam poket harus dijimatkan. Rupanya mamat india tu belanja, rugi aku tak makan sekali. Tapi tak apa, dia bawak kat restoran mamak. Aku bukan layan sangat masakan mamak ni melainkan kalau dah teringin nak makan roti telur. Sehabis makan, si mamat india tadi pun mula berceramah tentang kerja. Dia jelaskan tentang struktur kerja. Semakin panjang dan lebar dia bercerita, hatiku menjadi semakin gusar kerana struktur kerja yang dijelaskan sebijik macam cerita MLM. Hapa kah gajahnya???

Selesai bercerita, beliau ajak aku ke kereta semula. Aku dah bukak pintu nak masuk dalam kereta tapi dia panggil aku ke bonet kereta. Tanpa banyak bicara, dia mengeluarkan barangan dalam bonet. Penuh dengan pen yang ada lampu laser kat kepala pen tersebut. Tak tahu nak gambarkan macamana rupa pen tersebut tapi sangat banyak digunakan penyarah pensayarah masa mengajar aku dulu. AKu terasa mahu duduk bersimpuh disitu jugak masa tu. Rupa rupanya aku terjerumus dalam acara direct selling. Jual dari kedai ke kedai pulak tu. Terasa mahu lari tapi aku tak cukup duit nak ambil teksi. Lagi pun segala sijil termasuk lah encik honda aku masa tu berada di pejabat. Aku tak punya pilihan. Terpaksa ikut mamat tu menjual. Tapi aku cuma disuruh melihat je. Sepanjang hari aku melihat. Melihat masa depan yang sangat gelap. Terasa sangat perlahan hari nak merangkak petang dan baju yang aku pakai sudah pun lenjun. Hadoiiii....cobaannnnn....

Petangnya aku dibawa ke opis. Aku disuruh memberi kata putus samada mahu teruskan atau menarik diri. Dengan sepenuh hati aku menarik diri. Terus muka mamat ni berubah. BErbagai soalan beliau ajukan. Dari situ aku dapat rasa beliau sangat terdesak mahu me-rekrut aku ni untuk mengembangkan kerjaya beliau. AKu dipanggil encik bos yang turut bersoal jawab denganku. Sebaik encik bos tu berputus asa, aku terus blah dari situ. Rasa sangat kecewa. Tapi ada kalangan yang hadir, memberi persetujuan untuk meneruskan kerjaya tersebut dan ada antara mereka adalah perempuan melayu. Mungkin mereka boleh terima, tapi bukan aku.huhu

Sejak dari itu aku sangat berhati hati dan betul betul mengkaji tempat yang aku nak pergi untuk interview. Semakin banyak interview yang dihadiri semakin bagus sebenarnya sebab dari situ aku dapat belajar apa yang dikehendaki oleh penemuduga. Sebenarnya apabila kita dipanggil temuduga ni, boleh dikatakan 90 percent kita berpeluang mendapatkan jawatan tersebut tanpa risau memikirkan pasal ada kabel atau tidak. Tak perlu kabel apa apa sebenarnya. Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk 'menjual' diri. Bukan menjaja body ye. Petua petui semuanya berlambak kat jobstreet tu. Ada jugak yang takda tapi aku peroleh dari pengalaman sendiri. Nanti lain kali kalau berpeluang aku bebelkan. Cerita aku nyaris kena tipu pun aku tak cerita lagi ni. Tapi cerita tadi ni kira aku kena tipu gak la kan?huhu...


p/s: sangat sibuk dengan berbagai urusan hinggakan aktiviti bloging ni jadi semakin berkurangan.huhu







6 comments:

cik gemuks said...

seb bek hbs belajar terus dpt offer gomen
alhamdulillah

tp pengalaman mcm nie mmg menakutkan

Unknown said...

hmmm...sadis gak citer ko ni
alhamdullillah, aku lepas grade, dok tanam anggur sebulan kat umah
pastu trus dpt keje kat site
site betul lah..
tak tahan beb, keje sampai malam kat site
aku pompuan, mak ayah dah bising
seb baik dpt offer JKR lepas tu
tak la menganggur...
tp btullah, jgn excited sgt sampai tertipu, buat rugi je

CAHAYA said...

haha. sama la. aku pernah gak mencuba Management Trainee tu. Tapi masa tu masa belajar. So macam tak reti sangat. Aku kena kerja part time utk tampung duit poket belajar. Kenalah berusaha.

Kisahnya dengan kompeni On Job Training tu, aku disuruh jual kek. Ada ke patut? Malas aku, setengah hari sahaja aku bertahan. Lepas tu, aku cakap aku nak balik. Boleh?

Esok orang atasan tu call aku beriya2 kononnya aku dah sign agreement ape ntah. Aku cakap, u nak i report pejabat buruh ke? Terus dia letak fon. Haha.

@xiM said...

kalau aku pun tidak la ma membuat direct selling ni..tak reti dan tak minat..huh

Suka Bebel said...

arween,
lain orang lain rejekinya.hehe



dayu,
4 bulan aku nganggur masa tu. dah lah idup kat area pj ngan kl yang sereba serebi mahu duit.huhu



cahaya,
memang ada rasa mahu mintak dihantar balik di tengahari tapi tak tahu la kenapa tak tercakap.macam kena pukau pun ada.hehe



axim,
aku pun sangat la tidak menggemari pekerjaan jenis ini tetapi terjerumus tanpa sengaja.tapi aku takda niat nak hina sapa sapa yang buat kerja ni.diorang pun carik rejeki yang halal.

CAHAYA said...

kena pukau? Sabar je la. Ko kena ada determination macam aku. Baru tidak diperkotak katikkan. Ops! :P