Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Monday 2 February 2009

Nadal Memang Siot!



Dipaksa bekerja keras selama lebih lima jam di separuh akhir ternyata belum cukup untuk melemahkan segenap tenaga yang ada pada seorang makhluk yang bagaikan raksasa gorgon tenaganya, Rafael Nadal.

Semalam sekali lagi Nadal menghampakan idolaku encik Federer dalam perlawanan yang memakan hampir lima jam jugak la. Naik pening kepala aku tengok game ni sebab lama sangat tapi memang enjoy bila dua orang mamat ni berlawan.

Federer memang terkenal dengan skil beliau yang tersendiri terutama bila bermain di hard court, tetapi selalu sangat kalah bulu dengan Nadal yang entah dari mana dan bagaimana beliau mendapatkan tenaga yang sebegitu kuat dan mengekalkan momentum setiap kali bertemu Federer.

Berbagai helah digunakan oleh Federer yang tampak seakan berhasil tetapi pasti dapat diatasi oleh semangat kental Nadal yang sememangnya tidak mahu mengalah. Ini dapat dilihat terutamanya pada set ke empat dimana Federer tampak menemui sentuhan berbisa apabila menumpaskan Nadal 6-3. Sebelumnya berpihak kepada Nadal 7-5, 3-6, 7-6.


Kelihatan cool je beliau kan? time ni masih ada harapan lagi...


Namun, set ke lima yang kujangkakan bakal dimenangi mudah oleh Federer berjaya dikuasai mudah oleh Nadal. Dia kelihatan mendapat tenaga dan semangat baru manakala Federer tampak semakin hilang pedoman kerana apa yang cuba beliau lakukan serba tak menjadi malah diselang selikan dengan kesilapan yang memberikan mata mudah terhadap Nadal. Keputusan set akhir, Nadal mudah menang 6-3.

Memang aku salute sportmanship yang ditunjukkan oleh Nadal dan Federer ni. Walaupun Federer kalah, dia tetap pujaanku manakala Nadal pula tampak semakin sukar ditandingi kerana tenaga dan semangat luar biasa yang ada padanya kelihatan lebih berbisa berbanding skil yang ada pada Federer.


Buruk betul rupa hero sorang ni bila nangis.kesian...hehe

Alangkah bagusnya kalau ada dikalangan ahli sukan di negara kita ni mempunyai ciri ciri seperti mereka. Tak usah sebut pasal team bolasepak yang berangan hendak melayakkan diri ke piala dunia tapi masih di takuk lama, tapi bagaimana sukan lain? Setakat ini cuma skuasy yang menampakkan konsistensi dalam mengharumkan nama negara dan membayar balik pelaburan rakyat malaysia terhadap mereka. Yang lain? Ada lah, team basikal yang sekejap naik sekejap turun. Begitu juga team badminton dan bowling.

Di mana silapnya? Siapa yang bertanggungjawab? Persoalan yang sering diajukan namun tak punya jawapan muktamad. Duit rakyat dibelanjakan sewenangnya oleh atlit atlit dengan berbagai jenis peruntukkan, tetapi hasilnya? Nilaikan lah sendiri. Yang peliknya semakin banyak duit dibelanjakan saban tahun walaupun hasilnya tak seberapa. Alangkah baiknya kalau duit itu digunakan untuk golongan yang tak berumah? Golongan yang merempat di kaki lima semata mata mahu mendapatkan ihsan pasti sangat bersyukur kalau dana tersebut digunakan untuk mereka.

Ini tidak, pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat megah dengan rumah bagaikan istana. Bersenang lenang di tampuk kekuasaan masing masing tanpa ada rasa bersalah terhadap rakyat yang masih merempat tak cukup serba serbi. Bila tiba masa untuk meraih undi baru menebalkan muka menjenguk rakyat yang sudah semakin muak dengang janji manis mereka ini. Kata nak sama sama susah dengan rakyat, tapi, kehulu kehilir diiringi berpuluh polis trafik supaya mereka ini dapat bergerak lancar tak kira masa sedangkan kita rakyat yang mengundi dipandang seperti sampah yang bersesak dalam traffic jam. Apa nak jadi dengan Malaysia ni nanti, tunggu dan lihat aje lah. Tak pasal pasal aku membebel ke politik plak.huhu...

P/S: Kepenatan menonton game Federer-Nadal dan takut kekalahan turut menimpa Liverpool memaksa aku tidur awal malam tadi kerana tak sanggup lagi meratap kekalahan atau keserian team Liverpool ni. Mujur pagi pagi lagi aku check result, menang bergaya 2-0 pasukan kesayanganku ini.hehe




18 comments:

Anonymous said...

beb, mlm td liverfool menang kn?
aku x tgk la, tdo

Suka Bebel said...

mesti baca tak abis aku bebel panjang panjang nih?menang la, encik torres score dua bijik.ko punya blog apa hal plak main block block?

hegira said...

haha. tak folo bola.

Anonymous said...

aku pon tido awal gak malam tadi..
takut gak..

apa2 pon..
torres memang kacak.

wakaka

Unknown said...

tuh laa..keciwa nadal kalah! geramm!!
same goes to Chelsea...haish..

Bunga Rampai said...

Salam Beb,

Saya juga tengok perlawanan tennis tu sebab saya peminat Federrer. Kecewa kerana dia kalah. Tapi patut pun kalah sebab masa set 5 tu dia hilang keyakinan diri.

Bolasepak M'sia? Saya dah lama 'lupa'. Tak baik sungguh saya ni :(

Awak Liverpool eh? Saya Arsenal :))

Unknown said...

bola??? zzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

bola??? zzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Iliana said...

wahhh...sy pn ttp akn support roger faderer..sbb die lg encem dr rafaed nadal tuh wakakaka

Suka Bebel said...

hegira,
orang pompuan memangg...hehe



azwan,
itu lah pasal! agak agak kali ni buleh maintain ke?huhu



hanafana,
nadal menang lah.silap sokong orang ke ni?hehe



Bunga rampai,
arsenal kena tunggu next season je lah.hehe...team bola malaysia memang memalukan



reena,
amboi, kot ye pun nak tido nape tak cukupkan sampai 99 kali?hehe



e-leeyana,
memang betul dia lagi kacak tapi aku rasa aku lebih kacak dari dia.hehe...tapi dia nangis memang buruk la.hehe

nurdaniella said...

suka bebel, sedih ar tengok federer nangis.. sian dia.. tapi, betul la.. tabik spring kat nadal.. mana ntah dia dapat tenaga tu.. sampai lima jam main pun, still maintain lagi.. apapun, tetap sokong roger federer.. hensem kan dia.. hehe..

Izzah said...

nasib liverpool menang kan?kalau tak mesti dah nangis da encik bebel.

ni semua sebab torres i tau..;P

nasazfrog... said...

huhh citer bola yer,,, kawan tak ikut la perkembangan bola al maklum lah,,, :)

mamaelly said...

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZ gak la

Unknown said...

aku paling nyampah pasal eam bola msia nak masuk world cup
*mimpi tul lah*
entah lah..apa yg kurang erk smpai gitu sekali performance derang

agaknya nak kena bagi ferrari sebijik sorang agaknya
baru nak jadik elok
tak perform, pulang balik ferrari tu
*hahahaah..pe aku melalut*

anyway bebel
ko ngan elly dok mana erk??
aku nak mencari rumah ni
ingat nak area bukit jalil/kinrara
kalau tau atau de pape contact bgtau la eh
kalau bleh nak teres setingkat

Suka Bebel said...

nurdaniella,
hensem? memang hensem tapi aku tetap lebih hensem dari dia.hehe



izzah,
ko bela torres tu ke?hehe...tapi dia memang best.harap harap liverpool dapat maintain lepas ni.huhu



nasazfrog,
baby sihat ke?lama tak dengar berita?



mamaelly,
bangun bangun bangun!!



Dayu,
kasi ferrari?lagi lah diorang naik minyak. nak carik rumah sewa? senang je, pegi je ronda ronda kat area yang ko nak duduk tu.mesti dapat dengan mudah.aku kat taman lestari perdana.situ masih ok rate dia.rumah aku tu dua tingkat pun RM600 sahaja.sahaja?hehe garuk garuk kepala gak la time nak membayar tu.huhu

cik gemuks said...

aku pun sedey fed kalah
tp nk buat mcm mane
nadal mmg best :D