Pengikut Abang Bebel

Tuesday, 20 January 2009

Penyaram popular di Serian



Kuih Penyaram | Berikut merupakan petikan dari Utusan Malaysia hari Jumaat lepas mengenai kuih penyaram yang sememangnya sangat lah lazat tapi gagal didapati di semenanjung ini. Namun bukan kelazatan penyaram yang membuatkan aku mengopy dan mengepeskan artikel berekenaan tetapi disebabkan bonda tercinta ditemuramah oleh wartawan berkenaan, malah, wajah beliau turut terpampang dalam artikel tersebut. Amboi, bukan main lagi bondaku kena interbiu. Kecoh je kan, belum masuk tv lagik? Mesti ada yang meluat nanti ni baca apa yang aku bebelkan. Lantak lah, ini blog sukabebel. Jadi suka hati aku la nak bebel apa kan?hehee
Memandangkan kesibukan di tempat kerja yang semakin menjadi jadi sejak encik manager meninggalkan kompeni ini, masa untukku berblog sangat terhad dan sukar untuk aku menumpukan segenap minda untuk membebel seperti biasa. Dengan adanya artikel ini kuterbitkan disini, boleh lah mengelakkan blog ini daripada berkulat kan?hehe



Oleh SOPI SAMAILE


KUCHING 15 Jan. - Bandar Serian, kira-kira 60 kilometer dari Kuching bukan hanya terkenal dengan buah durian hingga didirikan dua replika besar buah itu di bulatan masuk dan di tengah-tengah bandar kecil ini.

Malah, ada yang memberitahu bandar Serian adalah tempat untuk memperoleh udang galah yang sebesar-besarnya dan tidak kurang juga popular dengan kaloi. Namun yang jelas daerah ini mengumpul segala macam hasil tani dari sungai dan darat di sekitarnya.

Bagaimanapun, jangan lupa bukan itu sahaja yang mampu diperoleh di bandar kecil ini tetapi lebih menariknya adalah sewaktu melalui lorong-lorong di pasar terbuka Serian menyaksikan susunan teratur kuih tradisional dari satu gerai ke satu gerai.

Lebih menarik perhatian adalah hampir kesemua gerai kira-kira 20 buah itu menjual sejenis kuih yang sama iaitu dipanggil sebagai kuih 'penyaram' dan digelar Mexican Cap oleh para pelancong asing.

Meskipun hampir semua peniaga kuih tradisional menjual kuih penyaram dalam jumlah yang banyak, namun ia masih mampu dijual habis kerana kuih ini seolah-olah mempunyai keunikan tersendiri.

''Selera tidak sama, tangan yang membuat pun lain-lain walaupun rupa bentuk kuih memang jenis yang serupa, namun rasa kelazatan serta aromanya tidak mungkin akan sama," kata Zainab Amit, 50, seorang peniaga kuih tradisional ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Zainab memberitahu, tidak dinafikan kuih penyaram adalah antara kuih tradisional utama yang dijual oleh hampir kebanyakan peniaga di sini dan ia bukan satu perkara membimbangkan menjual kuih yang sama kerana penyaram memang mempunyai permintaan tinggi di sini.

Katanya, kuih penyaram mempunyai rasa yang berbeza dengan yang lain kerana pembuat kuih ini mempunyai petua dan resepinya tersendiri menyebabkan kadang- kala kuih seseorang itu menjadi pilihan oleh orang tertentu.

Beliau berkata, kuih penyaram ini perlu dihasilkan dengan cukup sukatan tepung, gula, air bersih serta gula apong, maka baru akan menjadi kuih yang baik dan jika salah satu bahan sukatannya tidak betul, jadi rosak lah kuih itu.

''Bunyinya macam aneh memandangkan rupa bentuk kuihnya yang simple ini tetapi syaratnya pula agak berat dan ia adalah realiti dalam menghasilkan kuih penyaram yang baik.

"Malah, tepung yang telah digaul bersama bahan-bahan tadi perlu diperam beberapa jam sebelum kuihnya boleh digoreng dalam kuali kecil khas dan penyaram begitu enak dimakan ketika masih panas," katanya yang mempelajari membuat kuih ini daripada ibunya.

Beliau menambah, mungkin disebabkan tepung kuih ini diperam, maka timbul idea orang dahulu menggelar kuih ini sebagai kuih penyaram.

Zainab memberitahu, beliau mampu menghasilkan kuih penyaram hingga mencecah 200 keping dan boleh dijual habis dalam masa setengah hari dengan sekeping berharga 25 sen sahaja.

Selain kuih penyaram, Zainab juga menghasilkan kuih tradisional yang lain seperti pulut panggang, wajik, seri muka, kuih lapis, kuih cakui, cucur udang, kuih lenggang, karipap dan kuih rangin.

Tambahnya, kuih tradisional yang dijual di pasar terbuka di situ masih murah jika dibandingkan di tempat-tempat lain terutamanya di Kuching.

''Meskipun pada zaman sekarang telah muncul makanan-makanan yang baru seperti roti, biskut dan sebagainya, namun saya tetap yakin bahawa kuih tradisional ini mampu bertahan kerana ia mempunyai keistimewaannya tersendiri," katanya.

Pada masa yang sama, Zainab berharap kerajaan dapat membantu peniaga kuih tradisional sepertinya dengan menyediakan prasarana yang lebih baik untuk para peniaga mengetengahkan kuih tradisional masing-masing agar ia tidak hilang ditelan zaman.

7 comments:

syafiqah said...

wahh..macam sedap!

mamaelly said...

hikhikhik ingat mak mentuaku mak Zainab buat sendiri kuih penyaram semata2 nampak menantu dia ni bedal sampai 5 keping penyaram yang dibeli kat pasar..

glamour u mak mentua i..

huhuhu

padelkopak said...

ni yg buat gua kecur liur ni!!simpan kt gua sket kuih tu....

CAHAYA said...

tak pernah makan yang Serian punya. Selalu layan yang kat Jalan Semariang, tepi jalan tu. :) Boleh tahan. Kalau makan kat situ, meletup u ols. Panas2 kan. Fuhh. Teringin2.

Balik Kuching bulan 3 ni, memang nak gi layan kat sana. Or maybe leh try kat Serian punya lak. Hehe.

Suka Bebel said...

syafiqah,
memang sangat lazat.hehe



mamaelly cayang,
malu la tu nak ngaku habiskan sampai sebesen penyaram?hehe



padelkopak,
sila pegi ke serian, pasti dapat dengan mudahnya andai ada pitis.hehe



cahaya,
pegi lah serian, rasa yang mak nab buat.dia punya the best!hehe

-azwanbakhtiar- said...

harga dia cmna?
ada pakej x?
untuk pembaca setia neh..

huhuh

riz79fx said...

Salam

Ada tak sesiapa yang boleh membekalkan udang galah hidup?

Saya perlukan setiap hari dalam 5kg keatas.

Location Kuching

call 0128572579