Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Monday 19 October 2009

Cepat Tapi Lambat

Sememangnya aku memang paling pantang dalam bab menunggu dan ditunggu orang ni. Kalau berjanji nak berjumpa baik dengan kawan kawan atau orang orang berkaitan kerja, aku akan sentiasa pastikan aku datang paling lewat pun setengah jam sebelum masa dijanjikan. Sebabnya aku tak suka masa aku terbuang dan sebab tu aku pun tahu orang yang akan tunggu aku berperasaan yang sama. Tapi memang susah la nak dapat jumpa orang yang on time ni.

Selalunya aku memang akan tercanguk melangut menunggu bagaikan menunggu buah hati pengarang jantung. Pada hal tunggu orang nak bukakan pintu je. Itu salah satu contoh di tempat kerja la. Tapi yang peliknya orang kita ni, kalau time pergi kerja boleh pulak on time. Itu pun selalu jugak punch card merah. Tapi time balik kerja, itu time orang kita paling peka dan tak akan lambat. Sama jugak time gaji keluar, tak ada masalah nak beratur cucuk duit kat atm tu.

Cerita pasal masa ni aku teringat satu kisah yang pernah encik bos aku ceritakan. Kononnya satu tempat di India, ada sebuah keretapi ni dikehendaki sampai di satu stesyen tepat jam 9.30 malam. Tapi setiap hari orang akan tunggu sampai dua tiga jam baru lah sampai. Setiap hari pun sama sampaikan orang dah lali dah. Tiba tiba di satu hari, keretapi ni sampai tepat jam 9.30 malam! Orang ramai pun berkerumun lah kat operator keretapi tu ucapkan tahniah. Semua pakat suka lah kan. Alih alih si operator ni cakap, "keretapi ni patut sampai 9.30 malam tadi!".

Semua orang tercengang. Rupanya keretapi tu dah 24 jam lewat. Tak ke naya tu?hehe...

Apa kena mengena cerita ni dengan tujuan asal aku membebel tadi ni pun aku tak tau tapi yang pastinya aku memang tak suka bab menunggu ni. Menunggu durian jatuh pun aku malas. Kalau dah jatuh tu aku kutip la, tapi nak menunggu kat bawah pokok tu jangan harap. Aku jolok ada lah.hehe...

Harapanku yang amat mustahil lah untuk tertunai, agar orang yang terlibat dalam hidupku mahupun yang tak terlibat, agar peka dengan masa. Jangan lah dibiarkan orang tertunggu tunggu. Kalau agak agak tak boleh nak tepati masa, boleh je bagitau kat orang tu mintak tangguh atau bagi spesific time, bila boleh sampai. Yela, kita tak tahu apa yang boleh jadi dalam perjalanan tu kan. Jadi, bila dah rasa diri terlambat jangan lupakan orang yang menunggu kita. Sekian saja lah adanya.hehe








9 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

biar lambat,asalkan selamat
err..blh tak camtu?
heheee...

CAHAYA said...

aku tak sker tunggu orang. aku pun x sker buat orang tunggu.

.::WaNiE::. said...

aku selalu awal dan selalu juge terlambat..bab datang aku mmg awal..balik keje awal juge :D

Unknown said...

kalau aku...
AKU BALAS BALIK KAT DIA MUAHAHAHA.

aku pun tak suka macam kawan kau call cakap dah otw so standby lalalalala so kau pun standby dgn mekap mampan.alih2 dia otw ke kereta rupanya!
pastu bila nak keluar lagik,ye ye je kau budget time takut standby awal mcm hari tuh.last2 mmg betul2 dia otw HAHAHAHA.

mcm jahat je.

Unknown said...

oh btw aku selalu buat bf aku tunggu aku siap mandi siap mekap siap iron baju.hahaha.
rekod pecah ialah aku terbiarkan dia tunggu dlm 2 hrs sbb line tak clear anak sedara sibuk nak dodoi eiiiiiii time aku free tanak plak bermanja!

tapi insaf lah kot.hahaha

Suka Bebel said...

Darlee zuris,
Itu mesti kena pada tempatnya.hehe


Cahaya,
tau takpe.hehe


Wanie,
Itu biasa.hehe


Chadachada,
line tak clear ke kau duk melabur amanah saham sendiri sendiri?hehe

KAK RAINBOW said...

alahai...saya selalu lambat. sbb make up jer amik masa dkt 1 jam. mcm ner tu abg bebel ? huhuhu

Suka Bebel said...

Make up ala kadar aje la.tak pun, make up kat opis.hehe

Anonymous said...

kalau saya lewat, saya tak mengaku saya lambat

sebab sebenarnya jarum jam saya brjalan slow sikit berbanding jarum jam diorg yg jalan laju sangat. isk!!


*mintak izin link blog ni dalm blog saya yer..