Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Thursday 9 April 2009

Kebabum Punya Cerita



Semalam tengahari, di restoran makanan segera ( yang semakin terkenal akibat boikot, cawangan air keroh melaka)

Perut sudah mula berkeroncong kerana dari pagi hanya dua ketul muffin yang menghiasi isi perut. Itu pun dimamah sambil memandu ke alor gajah seawal tujuh pagi lagi demi menyelesaikan tugasan yang diberikan encik bos. Lokasi, kilang honda di alor gajah melaka.

Pun begitu, bukan lah mengisi perut yang menjadi tujuan utama aku singgah di tempat kejadian. AKu perlu segera mendapatkan akses kepada internet demi menghantar beberapa email penting. Dalam masa yang sama, tak mahu ketinggalan mengupdet blog tersayang.hehe

Walaupun jam baru dua belas suku, restoran tersebut sudah penuh dengan pelanggan. Aku masuk kedalam mencari tempat duduk. Gagal. Separuh dipenuhi manusia manakala separuh lagi sudah dibooking untuk satu function yang aku tak tahu kenapa nak buat kat tempat sesak sebegitu. Aku mencari tempat duduk di bahagian luar yang turut penuh. Berjaya. Aku duduk dibahagian tepi, bersebelahan laluan pandu lalu di restoran tersebut.

Aku segera membuka laptop dengan penuh gaya seorang korporat (keparat ada la.haha) dan terus mengakses internet. Hampeh. Line ada cuma satu bar dan sangat tidak mencukupi untuk aku mengakses email opis dengan VPN. Namun aku tetap mencuba dan terus mencuba walaupun setiap percubaan berakhir dengan kegagalan. Angin kemarahan sudah mula menular didalam diri namun kutahan tahan kerana malu dengan khalayak ramai disekeliling. Sia sia aku bergaya penuh macho tadi kalau aku terus hangin disitu kan?

KEBABOOOOMMMMM!!!! KECEPERRRR!


Tiba tiba satu dentuman kuat kedengaran. Mujur bukan laptop aku yang meletup. AKu segera menoleh ke sumber bunyi dan sekilas itu juga aku terasa mahu segera terbang kearah seorang anak kecil yang terpelanting dirempuh sebuah kereta. Tapi aku lebih kepada terkedu sebenarnya.

Bagaimana si ibu dan bapa boleh lalai membiar si anak bermain di tengah laluan kereta tersebut?

Mungkin juga salah pemilik restoran yang tidak melengkapkan kawasan berkenaan dengan ciri ciri keselamatan yang perlu agar tiada kereta yang memecut di kawasan tersebut.

Yang paling aku pelik, kenapa lah si pemandu terlalu tergesa gesa hingga memecut dikawasan sempit begitu? Sudah lapar sangat kah? Atau mengejar harga RM5.95 yang ditawarkan restoran tersebut? Jam belum pukul satu pun, ada lagi dua jam? Kenapa mahu ribut ribut?

Hati sedikit lega melihatkan anak kecil tadi masih mampu berdiri dan berjalan. Kejadian berlaku terlalu pantas. Sambil merengek kesakitan, si anak didukung oleh si bapa. Mereka menuju ke hospital mungkin. Itu yang aku terdengar lah. Yang lagi best, mamat dalam kereta tu yang berbangsa cina, boleh dengan selamba meneruskan hajat mengorder makanan beliau. Takde isi perut langsung!

Kejadian tersebut membantutkan usaha aku. Dengan wifi yang gagal disambungkan dan manusia penuh sesak di restoran tersebut membuatkan perut terasa loya. Segera aku berambus dari situ menuju tempat yang lebih aman, tetapi tetap gagal mendapatkan line internet semalam. Tapi syukur, kerja disana selesai dan aku kembali ke pangkuan isteri dengan selamat. Chewah! poyo je.hehe





5 comments:

Unknown said...

huhuhuhu...
so ko tak makan kat mc'd lah eh

Nanti aku suh team audit gi cek laluan drive thru smua fast food restaurant eh..tapi tu bukan jalan di bawah seliaan JKR so.. luar bidang kuasa...tak leh campur tgn...
so sape nak gi cek??? *aku tak tahu, PBT ke erk??*

bukan ko ada brandband ke?? mana broadband kamu??
nak harap benda free gitu la jadiknya

*kim salam elly*

CAHAYA said...

Agak poyo di situ. Bkn setakat kat restoren je. Kat kawasan perumahan pun aku selalu tgk budak2 berkeliaran. Kang dah jadi cam Nurin Jazlin or Sharlinie baru nak nangis2 kat TV. Hish!

Suka Bebel said...

Dayu,
JKR memang tak handle, tapi aku rasa semua laluan tu kena ada BOMBA approval sebelum construction.mesti dah terlepas pandangan mata atau mata ditutup dengan duit.hehe broadband aku memang takde, beruk band ada la.menumpang wifi free pastu connect vpn untuk access email office.tapi malang sikit hari tu aku tak dapat buat apa apa keje pun.huhu



Cahaya,
itu biasa berlaku kat orang melayu kita. bila dah jadi carik kesalahan orang lain untuk menutup silap sendiri kan?

.::WaNiE::. said...

ouch..kat mekdi pun boleh ada kejadian lannggar2 eh..huhuhu

Anonymous said...

kambing berbulu ayam