Ini lah akibatnya apabila ada dikalangan umat manusia tanpa mengenal agama dan bangsa yang mencari rezeki atau mengaut keuntungan secara pantas dan mudah dengan menimbulkan kesengsaraan berganda bagi mangsa mereka dan bagi yang belum terkena terpaksa mengambil langkah berjaga jaga sebelum terkena bala yang sama. Dah lumrah dunia ada yang baik dan jahat. Jangan kita pun turut jadi penjahat sudah lah. Biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang - pesanan orang tua tua yang sentiasa aku ingat. Yang baik pasti dibalas baik. Yang jahat memang sekarang bersenang lenang tapi kejahatan mereka pasti berbalas juga akhirnya. Berhati hati lah di mana jua anda berada!
Pengikut Abang Bebel
Tuesday, 31 March 2009
AWAS!!! Taktik Penyangak!
Ini lah akibatnya apabila ada dikalangan umat manusia tanpa mengenal agama dan bangsa yang mencari rezeki atau mengaut keuntungan secara pantas dan mudah dengan menimbulkan kesengsaraan berganda bagi mangsa mereka dan bagi yang belum terkena terpaksa mengambil langkah berjaga jaga sebelum terkena bala yang sama. Dah lumrah dunia ada yang baik dan jahat. Jangan kita pun turut jadi penjahat sudah lah. Biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang - pesanan orang tua tua yang sentiasa aku ingat. Yang baik pasti dibalas baik. Yang jahat memang sekarang bersenang lenang tapi kejahatan mereka pasti berbalas juga akhirnya. Berhati hati lah di mana jua anda berada!
Thursday, 26 March 2009
Berhati Hati Mencari Kerja
Keadaan ekonomi yang semakin tak menentu dan membuatkan semakin ramai hilang pekerjaan dan sumber rezeki mengingatkan aku kembali pada zaman mula mencari pekerjaan dulu. Aku emailkan semua kerja yang aku jumpa dalam Star setiap sabtu tu dan akan kupergi setiap temuduga yang berjaya diperoleh tanpa usul periksa. Kadang kadang aku tak ingat kompeni mana yang aku nak pegi sebab terlalu banyak yang aku apply.
Akibatnya aku pernah nyaris ditipu oleh satu agensi dan pernah juga sepanjang satu hari membuat jualan direct selling tanpa mendapat apa apa keuntungan mahupun manfaat. Rugi masa ada lah. Apa silap aku? Macamana boleh jadi begitu? Ini yang nak cerita dan kongsikan buat pencari kerja di luar sana.
Dalam sehari aku boleh attend kadang kadang tu sampai tiga interview sebab tak mahu terlepas walau satu peluang pun. Akibatnya aku hilang fokus. Tak buat apa apa study tentang kompeni yang aku nak pergi tu dan jawatan apa pun aku belasah. Maklum lah baru habis belajar dan mahu segera mendapat kerja.
Maka terjadi lah kisah menyayat hati menjadi penjual direct selling, mujur sehari je sebab hari berikutnya aku mampu melarikan diri.
Kisahnya begini. Aku ditawarkan kerja yang digelar management trainee. Di hari temuduga, aku terpilih tapi mesti datang esoknya untuk suaikenal. Aku sangat suka! Malamnya aku tido awal dan esoknya pagi pagi lagi aku dah menunggu dipintu masuk opis. Cukup jam sembilan aku dipanggil dan aku agak kagum kerana hampir kesemua yang aku temui semasa interview sehari sebelum tu turut dipilih. Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang yang senior. Kami pun diperkenalkan kepada pihak pengurusan disitu. Tak lah besar sangat kompeninya tapi boleh la sebagai permulaan.
Jadi, lepas je setel sesi suaikenal tu, encik bos yang menemuduga aku semalam memanggil sorang demi sorang. Tiba giliran aku, dia suruh aku ikut sorang mamat india yang kurus cekeding orangnya untuk 'on job training', katanya lah. Nak kena pergi site. Aku pun suka lah. Hari pertama dah pergi site. Katanya lagi, aku memang diberikan jawatan sebagai management trainee tapi aku mesti bermula dari bawah dan belajar semua benda. Itu tak ada masalah, kataku dengan gelojoh. Dah bertambah berbunga perasaan sebab mendapat kerja setelah hampir dua bulan aku berusaha masa tu.
Aku dibawa menaiki kereta oleh mamat india tersebut bersama seorang lagi kawannya yang berbangsa melayu. Aku tanya kat mana site, dia kata kat area rawang. Memang jauh giler aku rasa tapi hati gumbira mendapat kerja, aku turutkan saja walaupun belum diberitahu soal gaji. Encik bos kata balik dari site baru dia cerita pasal gaji.
Setibanya di kawasan yang bertapaknya site yang akan dilawati, aku diajak sarapan. Aku cuma order air jek sebab duit dalam poket harus dijimatkan. Rupanya mamat india tu belanja, rugi aku tak makan sekali. Tapi tak apa, dia bawak kat restoran mamak. Aku bukan layan sangat masakan mamak ni melainkan kalau dah teringin nak makan roti telur. Sehabis makan, si mamat india tadi pun mula berceramah tentang kerja. Dia jelaskan tentang struktur kerja. Semakin panjang dan lebar dia bercerita, hatiku menjadi semakin gusar kerana struktur kerja yang dijelaskan sebijik macam cerita MLM. Hapa kah gajahnya???
Selesai bercerita, beliau ajak aku ke kereta semula. Aku dah bukak pintu nak masuk dalam kereta tapi dia panggil aku ke bonet kereta. Tanpa banyak bicara, dia mengeluarkan barangan dalam bonet. Penuh dengan pen yang ada lampu laser kat kepala pen tersebut. Tak tahu nak gambarkan macamana rupa pen tersebut tapi sangat banyak digunakan penyarah pensayarah masa mengajar aku dulu. AKu terasa mahu duduk bersimpuh disitu jugak masa tu. Rupa rupanya aku terjerumus dalam acara direct selling. Jual dari kedai ke kedai pulak tu. Terasa mahu lari tapi aku tak cukup duit nak ambil teksi. Lagi pun segala sijil termasuk lah encik honda aku masa tu berada di pejabat. Aku tak punya pilihan. Terpaksa ikut mamat tu menjual. Tapi aku cuma disuruh melihat je. Sepanjang hari aku melihat. Melihat masa depan yang sangat gelap. Terasa sangat perlahan hari nak merangkak petang dan baju yang aku pakai sudah pun lenjun. Hadoiiii....cobaannnnn....
Petangnya aku dibawa ke opis. Aku disuruh memberi kata putus samada mahu teruskan atau menarik diri. Dengan sepenuh hati aku menarik diri. Terus muka mamat ni berubah. BErbagai soalan beliau ajukan. Dari situ aku dapat rasa beliau sangat terdesak mahu me-rekrut aku ni untuk mengembangkan kerjaya beliau. AKu dipanggil encik bos yang turut bersoal jawab denganku. Sebaik encik bos tu berputus asa, aku terus blah dari situ. Rasa sangat kecewa. Tapi ada kalangan yang hadir, memberi persetujuan untuk meneruskan kerjaya tersebut dan ada antara mereka adalah perempuan melayu. Mungkin mereka boleh terima, tapi bukan aku.huhu
Sejak dari itu aku sangat berhati hati dan betul betul mengkaji tempat yang aku nak pergi untuk interview. Semakin banyak interview yang dihadiri semakin bagus sebenarnya sebab dari situ aku dapat belajar apa yang dikehendaki oleh penemuduga. Sebenarnya apabila kita dipanggil temuduga ni, boleh dikatakan 90 percent kita berpeluang mendapatkan jawatan tersebut tanpa risau memikirkan pasal ada kabel atau tidak. Tak perlu kabel apa apa sebenarnya. Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk 'menjual' diri. Bukan menjaja body ye. Petua petui semuanya berlambak kat jobstreet tu. Ada jugak yang takda tapi aku peroleh dari pengalaman sendiri. Nanti lain kali kalau berpeluang aku bebelkan. Cerita aku nyaris kena tipu pun aku tak cerita lagi ni. Tapi cerita tadi ni kira aku kena tipu gak la kan?huhu...
p/s: sangat sibuk dengan berbagai urusan hinggakan aktiviti bloging ni jadi semakin berkurangan.huhu
Wednesday, 25 March 2009
Jangan Amalkan Ketika Memandu
Aku leka memerhatikan visual yang terpampang disebelah kanan jalan di MRR2, sebelum simpang ke pandan indah. Destinasi asal adalah jalan ampang atas urusan kerja. Dek kerana leka memerhati pili paip yang kelihatan tergantung, aku tersilap masuk simpang ke pandan indah yang mengakibatkan aku membuang masa hampir sejam untuk mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama terlambat untuk berjumpa customer. Mujur rakan sekerja tiba awal, dapat lah cover apa yang patut. Gambar ni aku sempat tangkap bila dah berpatah balik. Agak tinggi kedudukan tangki air ni, sebab tu aku agak heran macamana pili tersebut boleh digantung begitu. Benda kat muncung pili tu memang sebijik macam air yang mengalir. Sangat kreatif orang korporat kat malaysia ni kan?hehe
Tuesday, 24 March 2009
Nasi Hujan Panas
Friday, 20 March 2009
Kameha Meha Mehakkk....
Sesungguhnya aku sangat teringin nonton ini cerita yang sudah dimoviekan akan tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan kerana ramai yang menegah isteri tersayang menonton wayang atas alasan yang agak munasabah. Tak tau la bagus tak bagus cerita ni bila difilemkan tapi aku tetap berkeinginan untuk menontonnya kerana telah sekian lama menggemari versi kartunnya.
Bayangkan, semasa tahun pertama dan kedua di unibersiti dulu aku sanggup mengorbankan masa tidurku di awal pagi sabtu dan ahad semata mata mahu menonton siri kartun dragonball ini di TV2. Masa tu belum boleh nak download cerita cerita dari internet. Masih baru lagi dunia IT masa tu. Atau aku yang tak tahu, aku pun tak pasti.hehe
Sampai la tahun tiga, baru aku berenti sebab berjaya mendapatkan siri kartun tersebut sampai ke zaman goku dah jadi supersaiya. Supersaiya ke supersaya? Ke supersayya? Mana mana aja lah. Janji korang paham siapakah gerangan yang aku maksudkan. Bila dah dapat bekalan siri katun ni, tak henti henti plak aku menelaah kat depan pc masa tu sebab nak tahu bagaimanakah pengakhiran kisah kesukaanku tersebut. Walau semakin tak logik jalan ceritanya tapi aku tetap suka tanpa sebab yang boleh dijelaskan. Cuma mereka yang berjiwa kanak kanak seperti aku yang paham kot.hehe
Yang buat aku termembebel pasal ni ialah aku teringat satu kisah yang menimbulkan sedikit keaiban pada diriku akibat menonton dragonball nih.
Suatu pagi sabtu atau ahad, aku seperti biasa menyambung tidur selepas subuh. Jam tak lupa dikunci agar segera bangun jam 8.15 pagi kerana dragonball bermula jam 8.30. Rasa rasanya lah. Pagi yang malang tersebut, aku terjaga tepat jam 8.30! Aku apa lagik, terus menerjunkan diri dari katil dan segera turun menuju kebilik tv yang letaknya kat tingkat bawah hostel tempat aku menginap. Nak dijadikan cerita aib, dalam perjalanan menuju kebilik tv tersebut aku berselisih dengan sekumpulan awek yang menginap di blok sebelah tapi entah kenapa tiba tiba merayap kat blok aku plak. Mulanya aku nak kontrol kiut tetapi riak wajahku tiba tiba terasa membahang kerana semua yang berada dalam kumpulan tersebut ketawa mengekek tapi kontrol cun dengan mata menjeling kearahku.
Cis! Aku tau la aku tak hensem tapi manis ada tau! Jeritku dalam hati. Tanpa memperdulikan mereka, aku terus masuk ke bilik tivi kerana takut ketinggalan menyaksikan cerita kegemaran.
Sesampai di bilik tivi baru lah aku sedar keadaan diri yang sebenar. Rupa rupanya aku sekadar berseluar pendek yang teramat pendek dan singlet yang teramat lah menayangkan bodyku yang tegap sasa, dalam usahaku berlari ke bilik tivi tadi. Tak lupa, ditanganku ada bantal busuk yang sangat diperlukan ketika menonton. Apa lagik, aku terus malu sendiri. Tapi cerita tu tetap aku layan. Yang pastinya, aku sangat kenal geng awek tadi tu. Setiap kali berselisih dengan geng ni atau sebahagian dari mereka, aku cepat cepat sorok muka dalam seluar. Kadang kadang tu kalau nampak diorang dalam sepuluh batu lagi aku dah siap cabut dah.hehe
Ini semua dragonball punya pasal. Nanti aku carik DVD versi murah cerita ni.hehe
Wednesday, 18 March 2009
Vandalisme
Kesian si pisang, dah tinggal kulit pun orang yang memakannya seakan tak berpuas hati dengan menyiat nyiat kulitnya sebegitu rupa. Mungkin si pelaku cuba menunjukkan kreativiti beliau dan biasanya kekreativitian ini akan berlanjutan di kawasan milik awam yang mengakibatkan jamban jamban berconteng, lif pun sama, talipon awam tinggal tiang dan macam macam lagi. Sama lah kesnya dengan si pisang. Dah lah isinya lunyai diganyang, tindakan pelaku seakan geram kerana tak dapat meratah sama kulit si pisang. Entri ini tiada apa apa motif untuk mengaibkan si pendera kulit pisang, sekadar mengingatkan masyarakat kita ni punya mentaliti untuk merusuh tanpa sebab yang konkrit dan yang jadi mangsa biasanya kelengkapan awam yang sangat sangat diperlukan di kala kecemasan.
Monday, 16 March 2009
Pertemuan
seakan baru sesaat
kau hadir dalam hidup
seakan baru seminit
kita bersua mesra
seakan baru semalam
janji dimeterai
atas satu perhubungan
yang digalas harapan
menjadi suatu ikatan suci
Sayang,
seakan baru semalaman
saat aku membulatkan tekad
mengikat hubungan
yang dah tak terbendung lagi
melimpah ruah kasih sayang
manis dengan senda gurau
ditabur rasa rindu dendam
Sayang,
aku pasti
sebaik ikatan suci termeterai
hanya yang indah menanti kita
tak kira apa jua halangan menduga
pasti mampu ditempuh bersama
asal kita pegang pada janji
asal kukuhkan kasih sayang
asal hati sentiasa rindu
biar jarak sentiasa cemburu
Sayang,
detik itu kini tinggal kenangan
tapi bukan kasih sayang kita
berbagai halangan diharungi bersama
namun
istana bahagia tersergam jua
bersama kita hiasinya
bersama kita pertahankannya
bersama kita menikmati
keindahannya
Sayang,
andai perpisahan ditakdirkan
biarlah ia
perpisahan nyawa
kerana kita tak mampu
melawan kekuasaanNYA
dan
andai saat itu tiba
aku tak mahu pergi dulu
atau biar kau pergi
kerana
aku takkan dapat bernafas
walau sesaat
kau tiada disisiku
kalau boleh biar kita pergi bersama
kalau boleh biar kita tetap bersama
di alam sebelah sana
bersama selamanya