Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Saturday 22 November 2008

Heroes Punya Penangan

Wah! Lagi lapan hari aku akan dinikahkan. Lagi tiga hari aku akan mula bercuti panjang dan blog ini akan terkuntang kanting selama tiga minggu. Tapi aku sudah pun merancang untuk mempublishkan bebelan khas pada 30 November ini.
Adakah aku perlu mencari cc pada hari nikahku?
Apakah aku perlu mengetuk pintu cc tersebut seawal subuh?
Adakah pemilik cc tersebut akan melayan kehendak aku yang tak berapa nak logik?
Adakah aku sendiri sanggup untuk melakukannya?
Mustahil.
Mustahil Mussaily nak berbuat demikian di pagi hari bersejarah dalam hidup beliau sedangkan darah gemuruh melanda dirinya ketika itu untuk mengadap tok kadi.
Mustahil Mussaily membuang masa yang semakin suntuk untuk menikmati setiap detik yang ditunggu beliau saban dua puluh lapan tahun hidup beliau di dunia penuh dugaan ni.
Mustahil juga Mussaily mampu untuk mengawal rasa gemuruhnya untuk membebel di pagi buta yang penuh bersejarah itu.
Maka, Mussaily sudah merangkanya dalam kepala dan akan diautopublishkan pada hari tersebut. Bukan mahu menghidupkan blog ini pada hari tersebut. Cuma mahu berkongsi rasa pada hari itu. Akan terbongkarkah segala rahsia pertemuan Mussaily dan Zaleha? Biar lah rahsia buat masa ini.hehe...
Ada pun mengenai tajuk di atas, aku sangat menghayati dan sangat berpuas hati dengan tahap perkembangan siri pujaan hatiku iaitu Heroes yang dah masuk musim ketiga. Dengan percutian makan angin atau lebih mesra lagi dipanggil berbulan madu sepanjang tiga minggu, aku percaya aku akan terlepas sekurang kurangnya dua episod.
Maka dengan ini aku memohon jasa baik kalian yang mempunyai tahap kerajinan para dewa kayangan mendownload siri siri begini untuk membantu aku mendownload dan seterusnya membakarkannya kedalam cd atau dvd lalu dihantar kepadaku. Tolong lah ye? Aku merayu ni. Bukan selalu aku nak merayu begini. Terima Kasih aku ucapkan andai ada yang bermurah hati. Tolong lah ada. hehe...

13 comments:

@xiM said...

selamat berhujung minggu:)

fadzil hafiz said...

ni yg buat gua rase tetiba je nak kawen ni!lu ade calon tak utk gua?

Unknown said...

nak kawen gak...uhh!!
slamat berkahwin ek!!
smoga semuanya berjalan dgn lancaarr..
aminn...

CAHAYA said...

wah! mesti gelabah dah ni.

p/s: heroes 3rd season memang malatop!

Iliana said...

dup dap dup dap..such a feels..all blended together yup hehe...congrats ye...jgn lupa post entri..nk tengokkk

hegira said...

selamat pengantin baru.

Suka Bebel said...

terima kasih semua...


encik padelkopak,
kalau kau burnkan untuk aku cd heroes ni kompom aku carikkan jodoh buat kau.hehe

Littlesilence said...

u've been tagged! check it out at my blog..Oke?~

syafiqah said...

selamat pengantin baru in advance. =)

Izzah said...

selamat pengantin baru untuk hari nikah nati.wah wah, macam best je nak berumahtangge. ni tak sabar:)
semuga bahagia for eternity okay encik:)

Suka Bebel said...

cik silence,
pas kawen lah aku jawab tag tu.tu pun kalau rajin n tak lupa.hehe...



cik syafiqah,
tenkiu tenkiu...



cik izzah,
belaja dulu sampai negeri cina baru boleh kawen.hehe

Anonymous said...

kahwen itu seronok..kekekeke

Zu Ismail said...

ler... aku dah ada dah heroes nin memang dah dload dah pun.. pakai bittorent.. nak ker????