Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Thursday, 28 August 2008

MERBAHAYA!

Sekali lagi entri berbaur ngeri kali ini. Apakah yang merbahaya sangat itu?


KAD KREDIT!!!


Ini betul betul, bukan cobaan aku untuk kelepet sesiapa. Sememangnya kad kredit ni tiada faedahnya. Kalau betul betul terdesak sangat boleh la gunakan satu. Cukuplah satu itu. Itupun guna bila betul betul perlu.

Ada plak kata, senang beli henpon, mesin basuh, leptop dan segalanya dengan easypayment yang dipakejkan dengan zero interest. Sapa kata zero interest? Disinilah kita pengguna diperdaya. Mesti ada punya. Kumpul duit cukup cukup banyak baru beli. Kan boleh tunggu kan?

Ada yang kata, nak beli tiket flight kena guna kad kredit. Sapa kata? Boleh je guna duit savings anda. Banyak cara asal mahu belajar cara cara tersebut.

Ada yang kata, banyak travelling atas urusan kerja. Tak cukup belanja nanti di negeri orang. Sila mintak advance dari kompeni. Kalau diorang tak nak kasi, jangan pergi. Betul, kita ada hak sebagai pekerja. Sesetengah kita je yang kurang pasti hak masing masing. Betul ni.

Ada yang kata, dan kebanyakan orang memang berkata, minyak amat mahal kini. Amat perlu kad ini. Gunakan cash. Takde cash kereta tak jalan. Kan dah boleh jimat?

Semua fakta di atas kubangkitkan untuk ku kongsi bersama atas pengalaman sendiri yang terjebak dulu. Aku tak mahu terjebak lagi dan tak mahu kenalan kenalanku terjebak sama.

Asalnya aku hanya ada satu kad kredit ni. Nanti kucerita bagaimana boleh jadi sampai empat. Kang jadi panjang lagi bebelan ini, korang jugak komplen mata tercabut.

Selamat berpuasa semua. Jangan ponteng tau?

7 comments:

Bunga Rampai said...

Tak bahaya kalau bijak guna kad kredit.

Sihat walafiat dan ceria hendaknya.

Salam :)

Anonymous said...

suma ni cuma intro?

hg mmg suka bebel la..
haha

@xiM said...

camana nak langsaikan hutang kredit kad?

Suka Bebel said...

cik bunga rampai, mula mula memang dapat kawal.dah lama makin leka dan lalai.baik jangan pakai


azwan, bkn pompuan je leh bebel sesuka ati.


axim, nak langsaikan senang.bayar je semua dan terus cancel kad tersebut. Mana tahan kena interest stahun smpai 18%! time kaseh singgah sini ye?

Unknown said...

huhuu!!! pengajaran yang amat bermakna..tq..tq..

tahu kad tu merbahaya, mmg akan makan diri. tapi tetap ada 2 keping dlm purse..tapi aktif satu je. yang satu lagi tu dlm proses dibatalkan servis nya...

camne nak buat loan al-rajhi tu erk?

dYnA said...

mR bEbeL, thEre's a riGht wAy tO uSe cRediT caRd esPeciaLLy tUk biZ. uSe & pAy fuLL oN timE, aLerT wiTh thE daTes..hEhE!

jiKa rAsA m'bEbAn kN, uSe cAsh iS briLianT ;) i agReE!

Suka Bebel said...

dyna, u r absolutely right my dear. tapi bila dah kehendak menguasai diri, musnah lah diri. skg aku lega sebab dah kurang byr kad2 ni.slamat duit gj utk raya nti.huhu