Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Tuesday, 12 August 2008

House M.D.

House, Gregory House nama beliau. Seorang doktor yang amat kurang waras perlakuannya tapi amat kuminati karektornya.

Dia tak suka jumpa pesakit melainkan kes kes yang betul betul menarik dan pelik baginya.

Dia tak percayakan Tuhan kerana menganggap dia boleh buat apa yang Tuhan boleh buat. Dia marah setelah pesakitnya sembuh, familinya berterima kasih kepada Tuhan kerana menganggap bukan Tuhan yang sembuhkan melainkan dia yang berpenat lelah. Yang ini aku tak suka la, pemikiran sesetengah doktor barat. Huh!

Dia ni jugak suka carik gaduh dengan stafnya dalam menyetelkan kes kes pelik tadi dengan harapan agar stafnya melawan kehendak beliau. Dengan pergeseran pendapat inilah beliau dapat idea untuk setelkan kes kes tadik.

Dia ni jugak sering kelihatan desperate untuk dapat seorang teman hidup. Puas dia cuba tekel bosnya sendiri tapi seringkali gagal sebab bosnya amat gemar berkelahi dengannya.

Dia jugaklah puncanya aku tido lambat tiap tiap isnin sebab habis jam 11 malam. Kalau zaman blaja dulu memang la 11 malam tu awal lagi. Tapi sekarang ni aku makin malas nak berjaga malam, mata cepat benar mengantuk. Malam tadi juga encik house nie terpikat kat pesakit beliau yang dirawat dari jarak jauh. Semua orang tahu plak tu sebab cara dia melayan pesakit ni lain dari yang lain walau sorang berada di kutub selatan dan lagi sorang kat hospital mana entah. Penghujung cerita, encik house akur dengan kata pujangga yang mengatakan cinta perlukan pengorbanan. He he he

.................Inilah Cik Cuddie, bos Encik House..............

Pengorbanan. Ya, itu yang dilakukan seorang lelaki yang membantu encik house menyembuhkan pesakitnya, cik Cate, dalam episod malam tadi. Lelaki tersebut yang dah bertahun kerja bersama cik Cate yang merupakan seorang psikologi sanggup minum air kencing cik Cate dan juga menggerudi tengkorak cik Cate setelah dipaksa encik house yang risaukan buah hatinya yang belum pasti lagi. Akhirnya, cik Cate berjaya disembuhkan setelah punca asal penyakitnya ditemui di bahagian ibu jari kakinya yang patah mengakibatkan tekanan berlebihan pada sistem darahnya. Kat kutub tu kan sejuk, dia tak perasan la ibu jari kakinya patah sebab tak rasa sakit.

Detik itu lah cik Cate yang mulanya carik gaduh kat encik house ucapkan terima kasih, dan encik house yang baru sedar yang cik Cate sudah berpunya sekadar mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal, menandakan beliau turut korbankan rasa cinta setelah menyedari kehadiran lelaki lain dalam hidup cik Cate . Seteru utama encik house, encik foreman, sekada tersenyum sinis sebab suka tengok musuhnya dilanda kekecewaan dan turut tunduk dengan cinta. ha ha

Beginilah aku menghayati setiap cerita yang kutonton. House, CSI terutamanya New York, Heroes dan satu ketika dulu Lost yang dah bertukar dari misteri kepada hampeh. Bila agaknya industri tempatan nak buat cerita begini. Asyik asyik pusing pusing tentang kisah cinta biasa. Bajet jadi alasan. Kepada si dia, ini sudah jadi sebahagian dariku selain dari F1, bola, dan macam macam jenis sukan termasuk tenis. Mahu tak mahu, terima sajalah. Terima atau tidak bolos saja dinding ituuu!!! (sape yang tengok bolos, faham la. ha ha)

.............. Ini pasukan lama Encik House yang dah berpecah kepala..............

12 comments:

++ allyza ++ said...

hehehe ye la ye la

biskutrajin said...

laaa...itu je ke punca sakit die tuh..huhu...mlm td mls nk nengok psl dh ngnatuk...betoi la...dlu zmn belajo 11pm adalah masih muda...skrg dh kje 11 tu dh lewat woo..huhu..ble ek heroes season 2 part 2 nk kuar?

Suka Bebel said...

cik biskut, malam tadi puas menahan mata untuk dari tido sebab nak tau gak endingnya. season yg br ni aku terlepas starting 4 ke 5 episod.nanti nak tgu dia repeat blk sesudah tamat season

bulan. said...

sy pun suka tgk house kadang2.sbb byk kes pelik.oh ya,terima kaseh byk2 kerana link sy.

Yana Ismail said...

huhu,suka tengok house. walaupun mulut dia boleh tahan laser,tapi dia tetap cool;p uhuhu

S.YanaZ said...

Doktor House kalau wujud d Msia agak2 kaya raya tak???

Yea laa rakyat Msia byk yg sakit pelik2!
:P

Ojie said...

aku pn layan heroes dan ketiga2 csi tp aku suka miami sbb david caruso itu sgt kewl sbg seorang ketua..
dpt bos cenggitu besh giler..
hehehe..

salam singgah :-)

Ayu Hasman said...

walaupun die tua..
tp still macho..
ouuchhh :">

Suka Bebel said...

Bulan, tima kaseh sudi bertandang.nak tambah kawan2

liyana, mekasih datang umah sy ni.hehe

s.yanaz, dia dah kaya tapi kedekut.hehe

ojie, csi miami yg plg tak kugemari tapi tengok gak.tak tahan tgk horatio tu terlampau cool

are you, dia tu leh tahan gatai, try la ngorat dia. ha ha

Pegawai Khalwat said...

Apa lagi, beli la dvd full season punya.

Suka Bebel said...

pegawai khalwat, satu satunya sumber yg ada kat area low yatt plaza.sungguh mencabar nak kesana.malaslah.hehe...

Anonymous said...

aku suka sangat tgk house md nih. sampaikan tak sabar nak tunggu ep, aku donlod dari internet! yang season baru ni pun tunggu nak donlod aje. tapi aku lebih suka team yang lama dari team yang baru tu.. tapi nasib baik penampilan mereka sesekali muncul jugak.