Mereka bukan adik beradik mahupun classmate di zaman sekolah lanjut usia. Mereka baru saja menamatkan perlumbaan yang amat mencabar di Budapest, Hungary. Encik Hamilton gagal meneruskan kegemilangan beliau memenangi dua race berturutan sebelum ini namun teamate beliau, Encik Heikki tidak menghampakan dengan menebus semula maruah pasukan kegemaranku, McLaren F1.
Hamilton mengalami masalah tayar pancit di pusingan keberapa entah, aku tak ingat sebab terlalu terkejut dengan nasib yang menimpa McLaren. Ini bukan kali pertama masalah tayar menghantui pasukanku. Seingat aku, sebelum race mula tadi aku dah check banyak kali tayar tersebut dan amat excellent kondisinya. Nyaris nak pecah gegendang telingaku dihamun oleh Encik Ron Dennis, bos McLaren daa. Mana la aku tau Encik Ron, aku sendiri pun hangin gak ni. Mujur Heikki berjaya maintain pressure dibelakang Felippe Massa membuatkan Encik Felippe gelabah hingga terover mengerah tenaga enjin Ferrari yang dikatakan amat gagah tapi meletup juga sebelum penamat perlumbaan.
Yang buat aku gilakan F1 ni, setiap litar perlumbaan menjanjikan layanan berbeza buat pelumba yang bertanding. Dari segi engine setting termasuklah set up untuk kereta tu sungguh kritikal tahap persediaannya. Selain itu, tyre sellection pun amat penting. Tapi Mclaren sememangnya amat bermasalah bila berdepan dengan cuaca panas. Sungguh hampeh. Aku pun buntu memikirkan bagaimana untuk aku selesaikan masalah tayar ni. Takpe, asalkan team aku tetap menang kali ini.
Selain dari menyokong pasukanku, yang turut aku perhatikan adalah semangat setiap pelumba dalam mana mana pasukan yang ada dalam F1. Tak kira lah dia ni mula dari kedudukan paling corot dan dijanjikan dengan kedudukan yang corot juga di akhir perlumbaan, namun mereka tetap teruskan perlumbaan. Harapan mereka terhadap diri sendiri amat tinggi. Mereka tak hirau apa orang kutuk dibelakang asalkan mereka berada dalam prestasi terbaik dalam setiap perlumbaan. Sebagai contoh dulunya Alonso berada dalam pasukan Minardi yang sudah pun bankrupt. Minardi amat konsisten menduduki tempat paling corot. Tapi Alonso tak berputus asa. Apabila beliau sertai Renault, dia jadi juara dunia dua kali berturut turut.
Tapi aku tak suka dia semasa beliau menyertai Mclaren. Pada masa yang sama Lewis Hamilton turut memulakan kerjaya bersama team F1 ini. Walaupun baru perlumbaan yang pertama, aku dapat lihat bakat encik Hamilton ni. Namun, bakatnya dihalang oleh keegoan manusia, Alonso pada ketika itu. Bangga dengan status juara, Hamilton dianggap budak hingusan yang harus tunduk pada beliau. Tapi aku salute encik Hamilton kerna dia melawan hingga mengakibatkan encik Alonso berpatah lengan dengan bos kami, encik Ron. Ha ha...
Apa yang cuba aku ceritakan disini? Apa point yang aku nak kongsi bersama? Alangkah bagusnya sekiranya contoh contoh yang baik dari pelumba pelumba F1 ini diikuti masyarakat kita? Pasti kita pantas untuk maju berbanding sekarang. Ada yang ikut, tapi bila dah berjaya, keangkuhan seperti Alonso turut ditiru. Bila dah berjaya, dia dianggap paling betul dan tak boleh dipersalahkan. Mana boleh begitu. Semua orang ada lebih dan kurang. Manusia dijadikan sama saja, bezanya cuma bagaimana kita rebut peluang yang ada dan gunakan sebaiknya. Mari menung dan fikirkan demi anak cucu bangsa kita.