Bayaran Masuk:
Dewasa: RM38
Kanak kanak: RM28
Sengaja aku taruk harga dulu biar orang gerun sikit.hehe...
Bulan Jun 2010 ini nanti genap 10 tahun aku di bandaraya negara yang tersayang ni, dan atas sebab itu je yang buat aku nak jugak pegi menara kl ni ari tu, masa tu cuti tahun baru rasanya - 2 januari 2010. Sebelum pegi tu memang la gugel jugak tengok berapa harga tiket nak naik menara nan ado tinggi tu. Memang ada lah satu website ni kata RM8 je sorang, masih sama dengan harga 10 tahun lepas konon nya lah. Masa tu ada member member ajak naik tapi aku malas nak layan sebab rasa macam takda benda sangat kat menara tu.
Entah macamana dan bagaimanakah aku sendiri pun tak tahu kenapa hati ni terasa gatal nak panjat menara ketiga paling tinggi dalam dunia tu, kalau aku tak silap lah. Sampai je kat kaunter tiket, aku dan isteri tercengang melihatkan harga tiket yang terpampang - RM38!
Aku dah nak berpatah balik dah, tapi rasa berat hati mengenangkan si isteri dan anak dalam kandungan dah pun sampai ke tempat kejadian tapi tak jadi nak naik. Rasa macam ralat semacam je. Nak tak nak, mahu tak mahu terpaksa pejam mata bayar tiket dan naik lif menujuk puncak menara yang konon gah itu. Memang gah pun, cuma rasa terbeban pulak dengan harga tiket yang melampau tu. Diharap pihak yang berkenaan dengan penyelarasan harga tiket tu terbaca lah luahan hati aku ni.hehe...Mana tau, boleh claim balik duit tu.hahaa
Bagi yang dah biasa melawat tapak tapak binaan macam aku ni, tak ada apa yang menarik kat atas menara kl tu. Cuma bezanya pemandangan seluruh bandaraya kl dapat dilihat dari berbagai sudut dengan sangat mudah. Tak perlu bersusah payah nak carik angle menarik, masalah bila aku berada di tapak binaan.hehe
Paling best ada isteri bersama dan boleh ambil gambar didepan menara berkembar petronas yang terletak tak jauh dari menara kl tu. Cuma nasib tetap tak menyebelahi diriku, tak dapat gak ambil gambar depan twin tower kebanggaan tu sebab isteri dah mula pening dan nak pitam. Berhenti rehat seketika sebelum segera turun, sebab dikhuatiri berada di tempat tinggi menyebabkannya pening begitu. Ternyata benar belaka, sampai je kat bawah, setelah minum seteguk dua air jernih dia kembali normal.
Sempat lah berjalan tengok haiwan ternakan dalam mini-zoo kat situ yang mana termasuk dalam pakej RM38 tadi. Ada kuda tapi boleh naik kalau berat badan kurang 50kg! Cis, melepas nak berkuda keliling bandar kl.hehe...
Tapi ada satu benda je yang buat aku rasa boleh bayar balik harga tiket yang dah terbayar tadi tu. Ada peluang nak merasa bawak keta F1! Memang aku tak lepaskan peluang. Walaupun kereta yang dia letak tu tak lah sehebat rupa sebenar F1, tapi memang terasa betul masa drive tu. Paling best, puas aku baca jampi serapah agar dapat naik 'keta' McLaren dan memang dapat naik pun. Paling sweet, aku yang mula dari tempat paling last berjaya memenangi perlumbaan 3 pusingan walaupun melanggar secara kurang sengaja 'keta' ferrari masa dekat nak sampai penamat.haha...
Itu lah nilai RM38 yang kami bayar setiap seorang. Aku sorang je naik 'keta' tu sebab dah selalu sangat berangan nak bawak. Isteri tersayang yang dah mula penat tunggu je penuh sabar dengan kerenah suami yang memang macam budak budak punya perangai. Nanti memang berlumba lah dengan perangai anak anak sendiri, baru padan muka aku.hehe...

4 comments:
huhuu nanti bby keluar kita p aquaria eh papa...baby nak engok ikan jos
aku pun tak pernah gi menara KL.i mean naik atas tu setakat kat bawah tu layan Fly FM punya event pernah ah sekali.
lepas tu nan adonya!
tu nnt nak masuk list tpt honeymoon aku..hahahaha.
macam best je kalau dating naik menara. best2.
menurut sayapun macam tu jugak.ye lah tu mahal sangatlah:( akupun tengok harga tu pas aku nak bawa family ku dari jakarta 2 minggu lepas. aku kira, harga masih sama ngan macam tahun 2004.murah n seronok:)eitsss taunya pas sampai menara KL, harga dah berubah.so, kita tak jadilah:)kerna, tadinya aku nak belanja family ku tu lah:)hehehehe....
Post a Comment