Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Wednesday, 20 January 2010

Aku Mengaku Aku Penagih Tegar....


Ini memang pengakuan berani mati.

Kalau kalian perasan, aku sudah semakin jarang nak mengupdate blog yang tak seberapa ini. Sebab utama memang lah kerana kerja yang baru ni tak mengizinkan aku nak online siang siang sebab sibuk berjumpa orang itu orang ini orang situ dan orang sini.

Tapi sebab utamanya, aku dah ketagih dengan satu benda ni. Kalau aku tak merasa dalam sehari tu sememangnya aku terasa hidup ini tidak akan lengkap. Bukan ketagih dadah ok!

Ketagihan ini memerlukan aku online setiap hari, bermakna ianya sangat menyiksakan diwaktu siang hari kerana bebanan kerja. Balik dari berjumpa orang, sampai dirumah pun bukannya boleh terus online. Kalau tak tolong apa yang patut kat rumah tu, aku kena segera siapkan paperwork. Kadang kadang balik menjelang maghrib, badan dah penat. Nak kena rehat rehatkan dulu.

Tapi selalunya aku tak peduli dengan badan penat tu, aku redah je demi ketagihan yang satu ini. Dengan penuh rasa rendah dirinya aku mengaku dengan muka tersipu sipu bahawa aku dah ketagihan Mafia Wars kat dalam facebook tu. Sumpah aku tak nak mulakan bermain game lain dalam fb tu sebab tak nak ketagihan ni bertambah teruk. Cukup lah satu game ni yang buat aku tak cukup tido, dah masuk lima bulan rasanya aku terjebak ni.hehe

Bermula lepas aku kena berenti kerja ari tu, aku mula update balik fb aku yang sejak mula aku register dulu tak pernah buat apa apa. Dari situ la aku perasan yang kawan kawan aku duk gila dengan macam macam game ni. Aku malas nak join sebab tak rasa macam benda tu best pun.

Tapi di satu hari yang aku sendiri tak tahu akan menjadi detik mula ketagihan aku ni, aku menggatalkan tangan untuk tekan link ke mafia wars. Kat situ aku tak tahu nak buat apa, tekan je lah jobs yang ada kat situ. Lepas tu tekan tekan lagi attack orang lain. Rasa macam bongok tongong pun ada sebab tak buat apa apa pun boleh menang dengan begitu mudah. Kat mana tah mafianya. Pastu kena collect macam macam senjata pulak lagi. tapi aku layan la jugak tanpa disedari semakin lama semakin naik syok pulak dah.hehe...

Hari pertama tu aku rasa aku mengadap laptop tu lebih 5 jam dengan bermain mafia sahaja! Bermula detik itu lah aku dah semakin jarang nak update blog ni. Bermula dari level 1 dengan hanya 10 orang geng dalam mafia tu, sekarang ni aku dah nak masuk level 300 dengan tag team aku dah dekat 2000 orang!!! Gila tak gila?

Sila lah nasihatkan saya yang sedang dilalaikan oleh fb ini agar dapat saya berhenti segera!hehe...cakap je, kompom orang nasihat apa pun aku main jugak sampai tahap bosan yang aku tak tau bila bakal menjelang. Yang pasti mamat yang cipta game ni memang dari jenis genius untuk menjahanamkan umat Islam agar semakin lalai. Setakat ni aku takde la sampai tahap tak solat tak posa kan...harap biar sampai bila bila game ni sekadar pengisi masa lapang atau untuk merehatkan diri.hehe...

Atau korang ada petua nak hentikan bermain game sebegini? Sila lah lempang muka aku ni dengan petua petui korang tu.hehehe...



7 comments:

mohad said...

selamat tahun baru...

mamaelly said...

hehehe no komen..tp bagus gak ada mafia ni..ye la..wife dahla tdo awal.kalau takde mafia abg bebel nak layan ape ek..hehehe

ezzati said...

haah..ingat ketagih apa td..

Unknown said...

hahahaha
npe ko boleh ketagih tahap maksima mcm ni?? aku berjaya je abaikan mafia, farmville, cafe world tu smua..
semua gara2 malas nak berebut broadband ngan laki sendiri
kalau dpt peluang pun aku trus jadik malas nak main dah

CAHAYA said...

nasib lah aku tak gila main game FB. Alhamdulillah.

mamaelly said...

dayu...heheh elly kadang2 biar kan je.jgn nanti anak2 jadi cam tu gak sudah...hehehe bangun2 tdo cari mafia dulu...ntah ape2..

Faisal Admar said...

mafia wars ok lagi. jangan terjebak dengan farmville dan seangkatan dengannya. farmville boleh tanam benda yang boleh kutip dalam masa 2 jam. so, bila nak tido nye?