Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Thursday, 31 May 2012

Salam Rindu

Isya, 31 Mei datang lagi hari ni. Tak ada apa yang special pun dengan tarikh ni sehinggalah 3 tahun lepas arwah abang-abang Isya lahir ke dunia ni. Muhammad Azam Zuhaily & Muhammad Azam Zuhairy nama yang mama dan papa pilih buat arwah berdua. Sayangnya hadirnya mereka ke dunia ni sementara je statusnya, lebih-lebih lagi buat abang Zuhaily, dia dah meninggal semasa dilahirkan.

Papa cuma sempat menatap wajah suci arwah Zuhaily sekejap lepastu papa pangku masa bawak balik kerumah. Papa tak dapat nak bawakan arwah balik ke kampung untuk dikebumikan sebab mama dan abang Zuhairy masih di hospital dan masa tu harapan papa sangat-sangat tinggi untuk melihat abang Zuhairy untuk survive dalam perjuangannya. Dia dah berkorban untuk Zuhairy sebenarnya, sebab doktor kata Zuhairy masih boleh hidup walaupun kembarnya Zuhaily dah meninggal. Tapi mungkin Allah nak tunjukkan betapa kuat ikatan antara kedua kembar ni, arwah Zuhaily seolah olah dipaksa untuk keluar walaupun dia dah meninggal.

Papa tak akan lupa ketika kali pertama arwah Zuhairy genggam jari papa. Saat tu jugak papa rasa sebak sangat. Sebak sebab pengalaman pertama dengan darah daging sendiri. Sebak jugak sebab Zuhairy kecik sangat masa tu, sebab tu jari papa je yang mampu dia genggam. Sebak jugak mengenangkan apa yang telah Zuhaily, Zuhairy dan mama lalui ketika dalam bilik bersalin. Doktor tak bagi papa masuk.

Tak lama selepas reaksi pertama Zuhairy tu, dia buka tutup mata dia nak tengok apa yang ada disekeliling. Mungkin juga dia cari Zuhaily dan mama. Tiba-tiba dia terkencing kat depan papa. Papa rasa diberikan harapan yang dia akan terus selamat. Menjelang malam dia pun nampak seakan akan bertambah kuat. Lega sedikit hati papa.

Pagi esoknya, papa azankan Zuhairy masa papa jenguk dia di hospital. Masa tu keadaannya masih seperti semalam. Terkebil kebil dia tengok papa masa papa azankan tu. Tapi menjelang petang keadaan dia mula lemah. Doktor-doktor termasuk lah seorang specialist tak henti-henti memberi bantuan untuk Zuhairy untuk terus bernafas. Sepanjang hari tu terasa sangat panjang hingga lah Zuhairy menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 2 pagi 2hb Jun 2009.

Ramai yang kata Zuhaily jadi lemah sebab kembarnya dah jauh darinya. Tak kurang juga yang kata dia nak temankan Zuhaily. Walau apa pun orang kata, papa tau Allah dan arwah berdua saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Papa hanya anggap ini sebagai pengalaman untuk papa dan mama. Pengalaman yang sudah tentu tak akan dapat dilupakan. Kita sama sama lah doakan arwah Muhammad Azam Zuhaily dan Muhammad Azam Zuhairy tenang di sana dan semoga kita berpeluang untuk bersama-sama mereka. Amin...


p/s: buat manusia yang bersembunyi disebalik nama anonymous, mudah-mudahan Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat. Mudah-mudahan dia dapat bertemu dengan kebahagiaan. Mudah-mudahan juga diberi kesempurnaan buat seluruh keturunannya yang bakal lahir. Amin