Dah lama jugak rasanya aku serta isteri tersayang tak terserempak drama yang best kat tivi terutamanya astrok tapi tadi termenekan menu dan check apa citer yg menarik ditonton sebelum mengangkat Putry Elly Marrisya yang dah lena diulit mimpi masuk bilik tido. Maka terpandanglah tajuk Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan teringat la ada tengok iklan citer ni lalu berhajat nak tengok jap, jadi, tepat kul 9.00 malam melekat lah depan channel 104.
Bila dah layan, tak sedar dah setengah jam lalu berkata isteri tersayang iklan lagi skali nak naik lah. Kebetulan masa iklan yg patut naik bilik tu anak kesayangan merengek mengigau, pujuk-pujuk sampai dia lena balik pastu baringkan depan tivi balik. Kononnya nak tunggu dia betul-betul lena baru bawak naik bilik padahal dalam ati ni dah macam ditahan-tahan biar tengok citer ni sampai abis. Memang citer jiwang, tapi tak boleh tahan ngan lawak si pelakon pembantu apa tah nama dia tapi muka ala-ala Linda Amir tapi itam manis.
Excited betul nak citer sampai tak tahu hujung pangkal citer aku ni dah.hehee...
Begini alkisahnya, sorang budak bernama Alia dalam citer ni hidupnya sederhana je membantu emaknya berniaga ayam di pasar basah mana tah dan dia ni ada sorang adik laki yang suka carik pasal ngan dia. Dia pun ada kawan bernama Kina yang agak kaya tapi sangaaaaaaattttttt lah sengal terutama kalau speaking. Dia punya trademark "sorry to say la" dan "my french all rash rash (my friends all rich2)" dan minah bernama Kina ni sebenarnya yg menaikkan citer ni aku rasa. Kalau tak, memang tahap tangkap leleh gitu je la citer ni.hehe...
Si Kina ni racun si Alia ni untuk menyamar jadi orang kaya dalam fb dan kebetulan lah hero dalam citer ni plak orang kaya tapi nyamar jadi orang miskin dalam fb. Memang berbagai rencah kejadian yang kelakar tak hengat dalam citer ni dan part yang paling best bila mak si alia ni kononnya nak selamatkan anaknya dari jadi GRO, dengan baju kelawar masuk restoran mahal-mahal. Bukan tu yang lawak, yang lawaknya baju kelawar yang dia pakai sama sebijik siap sama kaler lagi ngan baju kelawar yang sedang isteriku tersayang pakai semasa menonton tu. Apa lagi, memang ketawa sampai guling-guling sambil tekapkan tangan ke mulut sebab takut anak terjaga dari tido.hahahaa....

Memang kreatif pengarah citer ni, tahniah dan teruskan cipta karya yang lagi menarik dari ini tetapi dalam masa yang sama turut menjaga tata susila agama dan bangsa kita. Aku puji pengarahnya yang bukan berbangsa melayu dan beragama Islam tetapi dapat kontrol babak berpeluk atau berpegang-pegangan tangan dalam citer ni. Masih ada tapi kurang jumlahnya dan pengarahnya memang sensitif dalam bab peluk memeluk ni sebab semasa si alia dan heronya berpeluk di depan khalayak ramai termasuk emaknya sendiri --> mak alia angkat parang tapi dihalang oleh adik lelaki si alia. Memang nampak real terutama si Kina yang sengal tadi tu.hehe

Antara barisan pelakon dalam citer ni. Minah yang paling kanan tu la Kina, tahniah buat beliau sebab wataknya yang sengal tu memang sangat spontan dan nampak real. Tak nampak langsung macam dibuat-buat atau tak nampak macam dia berlakon sampaikan kadang-kadang tu memang betul-betul tak paham apa yang dia cakap sebab laju sangat dan sebab kitorang ketawa kuat sangat.hehee... Tahniah lah buat team yang menjayakan telemovie ni & keep it up ok!hehe...

Masa ni la mak si alia nak hayun parang tu tapi sebelum tu ayat alia tak boleh blah "aku sayang kau bongokkk!"hehee. Akak yang paling kanan pakai baju belang-belang ijo tu, bila hero tu mintak maaf kat alia je dia cucuk jarum kat alia "alia, kalau kau tak nak, aku nak!"hehee...
p/s: terus lupa bab kerja yang bertimbun menanti untuk disiapkan semasa menonton sambil ketawa guling guling.hehee...
Bila dah layan, tak sedar dah setengah jam lalu berkata isteri tersayang iklan lagi skali nak naik lah. Kebetulan masa iklan yg patut naik bilik tu anak kesayangan merengek mengigau, pujuk-pujuk sampai dia lena balik pastu baringkan depan tivi balik. Kononnya nak tunggu dia betul-betul lena baru bawak naik bilik padahal dalam ati ni dah macam ditahan-tahan biar tengok citer ni sampai abis. Memang citer jiwang, tapi tak boleh tahan ngan lawak si pelakon pembantu apa tah nama dia tapi muka ala-ala Linda Amir tapi itam manis.
Excited betul nak citer sampai tak tahu hujung pangkal citer aku ni dah.hehee...
Begini alkisahnya, sorang budak bernama Alia dalam citer ni hidupnya sederhana je membantu emaknya berniaga ayam di pasar basah mana tah dan dia ni ada sorang adik laki yang suka carik pasal ngan dia. Dia pun ada kawan bernama Kina yang agak kaya tapi sangaaaaaaattttttt lah sengal terutama kalau speaking. Dia punya trademark "sorry to say la" dan "my french all rash rash (my friends all rich2)" dan minah bernama Kina ni sebenarnya yg menaikkan citer ni aku rasa. Kalau tak, memang tahap tangkap leleh gitu je la citer ni.hehe...
Si Kina ni racun si Alia ni untuk menyamar jadi orang kaya dalam fb dan kebetulan lah hero dalam citer ni plak orang kaya tapi nyamar jadi orang miskin dalam fb. Memang berbagai rencah kejadian yang kelakar tak hengat dalam citer ni dan part yang paling best bila mak si alia ni kononnya nak selamatkan anaknya dari jadi GRO, dengan baju kelawar masuk restoran mahal-mahal. Bukan tu yang lawak, yang lawaknya baju kelawar yang dia pakai sama sebijik siap sama kaler lagi ngan baju kelawar yang sedang isteriku tersayang pakai semasa menonton tu. Apa lagi, memang ketawa sampai guling-guling sambil tekapkan tangan ke mulut sebab takut anak terjaga dari tido.hahahaa....

Memang kreatif pengarah citer ni, tahniah dan teruskan cipta karya yang lagi menarik dari ini tetapi dalam masa yang sama turut menjaga tata susila agama dan bangsa kita. Aku puji pengarahnya yang bukan berbangsa melayu dan beragama Islam tetapi dapat kontrol babak berpeluk atau berpegang-pegangan tangan dalam citer ni. Masih ada tapi kurang jumlahnya dan pengarahnya memang sensitif dalam bab peluk memeluk ni sebab semasa si alia dan heronya berpeluk di depan khalayak ramai termasuk emaknya sendiri --> mak alia angkat parang tapi dihalang oleh adik lelaki si alia. Memang nampak real terutama si Kina yang sengal tadi tu.hehe

Antara barisan pelakon dalam citer ni. Minah yang paling kanan tu la Kina, tahniah buat beliau sebab wataknya yang sengal tu memang sangat spontan dan nampak real. Tak nampak langsung macam dibuat-buat atau tak nampak macam dia berlakon sampaikan kadang-kadang tu memang betul-betul tak paham apa yang dia cakap sebab laju sangat dan sebab kitorang ketawa kuat sangat.hehee... Tahniah lah buat team yang menjayakan telemovie ni & keep it up ok!hehe...
Masa ni la mak si alia nak hayun parang tu tapi sebelum tu ayat alia tak boleh blah "aku sayang kau bongokkk!"hehee. Akak yang paling kanan pakai baju belang-belang ijo tu, bila hero tu mintak maaf kat alia je dia cucuk jarum kat alia "alia, kalau kau tak nak, aku nak!"hehee...p/s: terus lupa bab kerja yang bertimbun menanti untuk disiapkan semasa menonton sambil ketawa guling guling.hehee...
