Pengikut Abang Bebel

Tuesday, 28 December 2010

Masih Ada Yang Sayang dan Azam 2011 :(^_*)






Tajuk bukan main lagieh, tapi bila tengok gambar kat atas tu mesti dah tau apa yang nak dibebelkan oleh diriku yang kian menyepi di alam blog ni. Bukan apa, masa teramat singkat lah tahun ini. Tengok je lah entri sebelum ni, rasa macam baru semalam aku taip tapi rupanya dah nak habis bulan 12 ni baru aku nak update lagi ini blog.huhu…

Ternyata masih ada yang sayangkan pasukan bola negara kita ni dan sudah tentu bagi sukan yang lain pun sama. Ini terbukti bila aku tengok status kat fesbuk, majoriti kawan kawan mengupdate fesbuk masing masing dengan perkembangan terkini perlawanan Malaysia lawan indon ahad lepas.

Memang sangat bagus sokongan sebegini, cuma aku sangat sangat berharap sokongan ini bukan lah dikala kemenangan diraih sahaja dan dalam masa yang sama buat setiap anggota pasukan negara, sila pastikan prestasi anda dikekalkan pada tahap tertinggi sebegini ye!hehe…

Rata rata akhbar yang sebelum ini mengkritik pasukan ini yang dihantar berlatih di liga negara asing, slovakia kalau aku tak silap, memuji muja prestasi cemerlang anak anak buah K Rajagobal malam ahad yang lepas. Dah memang adat kalau menang disorak, kalah pulak diperkotak katikkan.

Hmmm…apa azam 2011 aku? Nak kembali aktif berbloging tak kira apa jua yang menghalang. Cewahhh…

Entah lah, tahun ni ternyata masa teramat lah singkat. Kalau boleh mau sangat sangat kalau setiap hari diberi lebih 24 jam, tapi kang boring plak kan?hehe… apa pun, tunggu dan lihat lah azam aku ni setakat mana. Rasa macam tak konfiden je tapi akan dicuba. Azam azam yang lain pun nak kena kejar ni.huhu…



Wednesday, 1 December 2010

Bermalam Di Hospital Menemani Putry Elly Marrisya


1 Disember 2010, Putry Elly Marrisya dimasukkan ke wad lagi. Ini kali kedua dalam tempoh seminggu. Minggu lepas dia ditahan encik doktor pakar untuk pemerhatian lebih lanjut. Puncanya, kahak yang dah banyak sangat kat tekak Putry yang buatkan dia agak semput di pagi hari terutamanya sehari sebelum kena tahan wad tu.

Putry mula selsema bila kami balik dari bercuti di taiping, 31 oktober lepas. Itu pun, sampai je dari taiping kami terus singgah klinik untuk periksa keadaan dia. Doktor bagi ubat selsema. Seminggu berlalu, selsema tak kurang jugak. Kami bawak lagi satu klinik, pun sama diberi ubat tapi tak ada apa apa perubahan selepas hampir seminggu. Kemudian, aku teringat sorang doktor pakar yang selalu sangat kawan aku cerita betapa pakarnya dia.

Kami bawak berjumpa doktor pakar, memang tip top servis dia. Sampai sejam dia melayan kami. Melalui dia lah kami mengenali apa itu nabuliser (*maaf kalau ijaan kurang tepat), atau singkatnya nab. Dia periksa habis seluruh badan Putry sebab nak kenalpasti apa punca penyakitnya. Memang puas hati servis beliau. Pun diberi ubat lagi, aku terus set yang itu adalah ubat yang terakhir yang akan Putry makan.

Selang beberapa hari, tiba tiba datang balik bunyi kahak dia yang seakan menebal sangat. Kami redah kesesakan LDP di pagi Isnin, bawak berjumpa doktor pakar tu semula. DIa bagi lagi nab dan kami dibekalkan dengan antibiotik untuk Putry makan dalam masa seminggu. Cukup seminggu, masih belum menunjukkan perubahan walaupun antibiotik dah habis dimakan. Kami bawak ke klinik biasa untuk ambil nab lagi sekali.

Pagi berikutnya, keadaan dia jadi teruk. Suhu badan tiba tiba mencecah 38.6 C, nafas dia tersekat sekat macam semput. Tak teragak agak kami bergegas ke hospital jam 5 pagi. Hospital swasta jadi pilihan sebab tak mahu ambil risiko menunggu lama sebab badan Putry dah terlampau panas. Tiba di hospital, terus dapatkan rawatan, Putry diberi ubat berbentuk tablet dan diberi nab lagi sekali. Doktor nasihatkan berjumpa pakar, lalu doktor pakar di sebuah lagi hospital swasta menjadi pilihan.

Jadi pilihan sebab rakan rakan sekerja memang dah gerenti servis dan tenaga pakar yang tip top disitu dan yang paling utama ianya adalah percuma, bukan untuk semua la tapi disebabkan ditanggung insurans kompeni.

Memang betul, servis sangat tip top dan Putry dibenarkan pulang selepas 2 hari 2 malam di wad. 2 hari lepas tu dijadualkan pulak untuk rawatan susulan bertemu doktor pakar lagi sekali, pun disahkan sudah sembuh. Entah macamana, 3 hari lepas tu bersamaan dengan Selasa iaitu semalam, suhu badannya tiba tiba naik balik. Disebabkan dah lewat petang, kami bawa ke klinik berdekatan untuk rawatan segera. Lagi pun keadaan jalan pasti sangat sesak waktu tu. Setelah diberi tablet dan nab buat kesekian kalinya, suhu badannya menurun. Tapi, naik semula awal pagi tadi menyebabkan dia bermandikan air asam jawa, jam 4.30 pagi. Selesai Subuh, kami bawa lagi ke hospital yang sama untuk pemeriksaan semula.

Doktor pun macam dah hilang punca sebab tak tahu kenapa boleh jadi demam balik Putry ni. Kahak menjadi teruk balik, batuk pun semakin kerap. Walaupun kami berat hati menerima nasihat encik doktor pakar tapi terpaksa juga terima, Putry kena tahan wad lagi. Kali ni doktor nak periksa lebih detail lagi untuk kenalpasti punca sebenar. Terbukti doktor sangat tinggi komitmen beliau, jam 10 malam ni tadi beliau datang semata mata nak periksa sendiri keadaan Putry. Katanya dah berkurang sedikit berbanding pagi tadi. Sample darah dan laporan X-ray tidak menunjukkan apa apa masalah yang boleh dirisaukan selain dari kahak yang masih teramat degil.

Dari pagi tadi doktor dah bagitau yang setiap 3 jam Putry akan diberi nab, sebelum ni kekerapan adalah setiap 4 jam sekali. Dengan harapan, kali ni dapat keluarkan semua kahak kahak degil tu.

Putry sendiri pulak, dari semalam lagi memang tak sedap badan dan asyik merengek wakau sedang tido. Padahal, dia sangat lah susah hendak menangis. Bayangkan ketika dicucuk dengan jarum untuk diambil sample darahnya, dua tetap riang ria je. Tapi pagi ni tadi, buat nab nangis meraung dan masa ambik sample darah pun meraung raung. Nampak sangat keadaan dia memang teruk cuma tak tahu apa punca dan cara paling baik untuk sembuhkannya.

Nak tak nak, kami terpaksa lah bermalam lagi di sepital ni. Mudahan tidak ada penyakit yang bukan bukan menyinggahi Putry Elly Marrisya, buah hati pengarang jantung kami. Kami redha. Kami mesti tabah. Ini sekadar ujian dan dugaan Yang Maha Berkuasa. Semoga Putry Elly Marrisya terus segera sembuh, papa dah tak sabar nak manja manja dengan Putry.

Baik lah, dah lama tak membebel terus termembebel panjang pulak. Alang alang dah ada masa terluang sambil temankan isteri dan Putry, ditambah dengan rasa tak ada mood untuk buat apa apa kerja, boleh lah membebel kat sini.

Apa pun, buat sesiapa yang termenyinggah blog ini, doakan lah Putry agar segera sembuh agar dapat bermanja manja dengan papa dan mama semula. Sekian saja buat waktu ini, mata dah kelat semacam ni, tido kejap lah ye sementara tunggu cik misi datang nak buat nab lagi.