Thursday, 31 December 2009
Wednesday, 30 December 2009
Sila Jangan Guna Blog Untuk Kerja Kerja Jahanam!
Aku memang selalu jumpa orang gugel benda pelik pelik menuju ke blog aku ni. Terima kasih lagi sekali la kat encik nuffnang kerana menyediakan serbis sebegini. Yang buat aku hangin, ada yang menggugel cara cara menggugurkan bayi yang sememangnya tak berdosa! Tak cukup lagi ke dosa berzina yang dibuat lalu nak ditambah lagi dengan dosa membunuh anak yang tak tahu apa apa?
Kebetulan pulak dalam seminggu dua ni bertambah kes buang bayi lah, jual bayi lah. Jadi aku harap ada lah golongan yang tak bertanggungjawab ni terbaca bebelan aku yang tak seberapa ni. Pesan aku buat mereka ni, sila lah hentikan perbuatan terkutuk anda. Sila bertaubat dan sila lah sayang menyayangi sesama insan. Dan buat pengunjung setia

| Reactions: |
Tuesday, 29 December 2009
Perggghhh!


**Tak salah kalau aku berangan kan?hehe...
**Kepada tuan empunya kenderaan idaman setiap insan ini, sila halalkan lah sesi bergambar tanpa izin ni eh?hehe...ala, sebenarnya ramai lagi yang ambik gambar free kat situ tau? Sebab tu aku jadi berani je.betul ni tuan empunya hummveee...hehe...
**Kepada tuan empunya kenderaan idaman setiap insan ini, sila halalkan lah sesi bergambar tanpa izin ni eh?hehe...
| Reactions: |
Sunday, 27 December 2009
Bercuti Di Cameron Highland
Selepas Subuh semalam terus bergerak ke Cameron Highland dengan penuh semangat. Dah hampir lima tahun tidak menyinggahkan kaki ke puncak Cameron, berbagai perubahan berlaku dan malangnya kebanyakan perubahan tak berapa nak best diceritakan menandakan kawasan peranginan yang dulunya sejuk yang teramat sangat sebagai tanda khazanah alam yang terpelihara sebelum ini. Menjelang maghrib tadi baru aku selamat tiba di rumah dan badan adalah sengal dan lenguh, jadi, esok lusa atau tulat baru upload gambar yang menarik. Sekarang ni nak kongsikan fakta fakta menarik sepanjang 2 hari 1 malam konvoi 3 kereta, 3 buah famili bahagia.hehe...
**Sebuah rumah empat bilik telah disewa oleh kak cik, akak kepada kawan baik yang turut bersama konvoi, jadinya kami tiga keluarga lah.
**Kawan baikku bergerak sedikit lambat sebab pelawat yang melawat rumahnya tertinggal kunci dalam kereta, persis kejadian yang menimpa diriku beberapa hari lalu. ada dejavu lah.hehe
**Sebaik melepasi kawasan tanah rata, kesesakan sangat teruk menuju rumah tumpangan di berincang.
**Suasana bbq malam sedikit tergugat sebab kak cik join kejap je sebab terpaksa bawak anaknya ke klinik akibat alergic menatang apa entah, ada ruam tumbuh dibadan budak tu
**Kesejukan memang terasa terutama masa nak mandi tetapi tak sesejuk lima tahun dulu. Kalau dulu masa bbq kat luar laman, sampai muka naik kebas terkena hawa sejuk tapi malam tadi biasa saja. Tidur pun sangat lena sebab keadaan tak sejuk sangat. Atau mungkin dulu peluk bantal je kot, sebab tu sejuk lain macam. Kali ni peluk orang.hehe
**Pagi tadi dengan penuh semangat aku memandu 25km ke atas menuju blue valley yang aku tahu penuh dengan ladang teh tapi terpaksa berpatah balik di satu tempat sebab kabus terlalu tebal. Belum kelihatan kebun teh melainkan kebun kebun sayur. Rupa rupanya kebun teh telah ditukar menjadi kebun sayur menurut sorang pakcik yang ditemui ketika sarapan. Mujur tak meredah kabus tebal tu, kalau tidak sia sia lah.
**Lagi malang buat kak cik yang beria sangat sehingga sponsor rumah tumpangan buat kami, bateri kereta dia kong. Mujur suami dia jenis merancang perjalanan dengan bijak. Dia dah siap beli peta cameron tu dan paling best dia dapat contact pomen yang berada dua minit je dari tempat kejadian. Selamat tapi melayang RM240, tapi kira ok la kan?
**Dah plan nak makan durian bukit yang banyak dijual oleh orang asli, dapat mentekedarah 7 biji durian dengan harga RM23 termasuk layanan mesra seorang 'abang asli' yang tolong kupaskan buah sambil bercerita. Paling best, ada sebijik buah yang tak elok setelah dikopek, dia ganti dengan buah baru yang elok. Berjaya makan dengan puas. Lokasi beliau kalau menuruni cameron tu, tak jauh dengan Lata Iskandar. Memang sengaja nak makan kat bawah sikit bagi mengelakkan pening pening lalat penumpang penumpang.hehe...
**Eh lupa, sebelum tu sempat beli buah tampoi di lata iskandar. Dah berapa lama tak makan buah tu. Tak tahu orang sini panggil buah apa.nanti aku taruk gambar beliau.hehe
**Rasanya aku nak taip pendek je tadi tapi dah jadi panjang seperti biasa.hehe...rasanya ini je kot, akan kubebel di lain masa. Mahu beradu bersama tuan puteri yang sudah lena beradu.hehe...
| Reactions: |
Tuesday, 22 December 2009
Malang tak berbau Tapi Masih Ada Yang Sayang
Pagi ni jam 7.30 pagi aku dah tercegat di opis sebab tak hantar isteri ke tempat kerja disebabkan dia tak boleh nak bangunkan badannya yang sakit serta kepala yang sangat berat walaupun mata boleh dibuka macam biasa.hehe...
Tepat jam 11 pagi aku ada temujanji dengan sorang rakan sekerja, nama dia ah beng je la eh? Nak bagi nama penuh ni leceh la kalau dia terbaca ni kang.hehe...
Tapi jam menunjukkan 10.55 pagi aku baru mula memecut encik getz keluar dari opis gara gara encik yang pakar IT men-set up aku punya laptop. Malas nak tunggu laptop yang kononnya baru tu, terpaksa suruh dia install apa yang patut dulu kat laptop sementara tu. Masalah dia ni datang tiap ari selasa ngan khamis je, aku ni plak tak boleh duduk lama lama kat opis. Kalau bontot aku tak berasap, telinga yang berasap sebab bos duk tanya buat apa.hehe...
Encik getz yang sentiasa kupandu sopan sekitar 80 ke 90km/jam setiap hari tu aku pecut sampai 130km/jam!
Tak sampai 15 minit aku dah selamat tiba di shah alam, kira kira 30km dari opis. Kira buat rekod konon, mujur tak berlaku apa apa sebab jalan agak lengang. Dah 11.10 minit aku baru tiba, maka kelam kabut lah jadinya.
AKu ke belakang encik getz sebab nak tukar pakai safety shoes dengan helmet
AKU TERTINGGAL KUNCI KETA DALAM BONET TADI!!!
Mujur lah aku tak terus jadi sasau kat situ memecahkan cermin encik getz, sebab dalam kepala masa tu duk teringat ada orang sedang menunggu. Jadi, aku terus mencari si ah beng tadi tu dan berjumpa dengan orang yang dia nak jumpa. Walaupun aku memang memberi tumpuan semasa perbincangan dengan customer kat site tu, dalam kepala puas membuat perancangan rapi.
Aku sememangnya manusia paling bertuah ari ini sebabnya, isteri aku MC. Disebabkan dia MC lah kunci rumah dia yang bawak. SEBAB biasanya kunci rumah yang sememangnya tak diduplicate sejak kunci yang dah diduplicate hilang, selalunya berada dalam kereta yang sedang berkunci rapi tu!
Sebab yang kedua, sebaik selesai urusan bersama ah beng dan dengan muka penuh dengan pujuk dan rayu aku menceritakan masalah yang sedang aku alami kepada si ah beng. Mujur lah si ah beng ni tak berkira, dia sanggup bawak aku balik kerumah ambil kunci pendua encik getz dan seterusnya bawak aku balik ke lokasi encik getz tersadai.
Selesai masalah yang memberi pengajaran sangat berguna buat diri sendiri serta sahabat handai yang terbaca kisah dan teladan ini. Sila lah buat kunci pendua bagi mana mana pintu utama yang selalu kita gunakan. Ini belum cerita bab kawan kawan yang terkunci antara pintu depan rumah dengan gril, mesti ramai yang dah kena dan mana mana yang belum kena macam aku ni kena lah berjaga jaga.hehe...
Kalau ditimbang balik, kadang kadang tu, selalu jugak lah, hanya Allah yang tahu apa yang kita rancang tu selari atau tidak dengan perancanganNYA. Kalau boleh, sentiasa beristighfar setiap kali musibah melanda. Insya'Allah, DIA pasti ada jawapan dan alasan tertentu atas setiap perkara yang DIA susun dan atur buat kita.
**Peringatan buat diri sendiri terutamanya....
**Memang hari ni aku sangat bertuah, gaji dah masuk petang ni tadi. Setelah 6 bulan berturutan gaji masuk lambat, akhirnya bulan ni merasa balik gaji awal.hehe
**Usah berangan nak mintak sebab dah buat perancangan bayar berbagai hutang piutang.huhu!
| Reactions: |
Monday, 21 December 2009
Bulan Ini Sangat Tidak Produktif
Sejak minggu pertama lagi kerja empat hari je seminggu sampai lah ke minggu depan kerja empat hari je seminggu sebab Jumaat memanjang je cuti umum
| Reactions: |
Wednesday, 16 December 2009
Ada Perkara Lebih Mustahak Daripada Perlawanan Malaysia Lawan Vietnam!!!
Ada yang ajak kumpul ramai ramai kat kedai mamak jam enam petang esok nak tengok final bola antara Malaysia dengan
Malah ada pulak stesen radio terkenal sampai ke tahap bagi voucher makan percuma kepada siapa yang nak berkumpul tengok final ni.
Paling aku tak boleh nak tahan gelak, ada yang bagi cadangan agar majikan benarkan pekerja balik awal esok petang sebagai tanda sokongan terhadap pasukan negara. Al maklum lah dah dua abad menunggu pingat emas sukan sea dalam sukan bola
Public Holiday??? Kenapa, ada sambut raya kah? Deepavali kah? Atau ada mana mana ahli peneraju negara saja suka suki bagi cuti?
Jumaat ni kan 1 Muharram 1431 Hijrah?
Ayuh kita bersama sama meng'imarahkan masjid dan jangan sesekali marahkan orang yang rajin ke masjid. Selamat Tahun Baru Hijrah, ALLAHUAKBAR!!!
**Aku pun fanatik bola tapi bila ada clash macam ni, aku utamakan yang utama.
**Baca kat sini untuk baca lebih lanjut ulasan seorang ustaz tentang amalan membaca doa awal tahun dan akhir tahun
**Masjid dan Surau turut mengambil kesempatan Maal Hijrah untuk mengadakan ceramah khas dengan memanggil penceramah yang hebat hebat. Mari luangkan sedikit masa mengunjungi Rumah Allah yang berhampiran. Semoga ia menjadi permulaan yang baik buat tahun baru ini.
| Reactions: |
Tuesday, 15 December 2009
Nafsu Orang Muda VS Nafsu Orang Tua
Bapak: Dah banyak kau menabung nak?
Anak: Ada lah sikit pak, nak pinjam lah tu?
Bapak: Macam kau tak biasa, bapak nak betulkan motor tu
Anak: Ala pak, dah nak cukup buat downpayment keta tu pak
Bapak: Alah, berapa sangat kalau beli proton ke, perodua ke
Anak: Tak main lah pak, orang nak RX8 la pak
Bapak: Kejadahnya beli mahal mahal, tunggu je lah dia jadi teksi esok esok
Anak: bapak ingat sama macam proton ke boleh jadi teksi?
Bapak: Ikut kau lah RX8 ke, roket ke, kasi pinjam dulu RM8. Aku nak tukar tiub aje lah.Itu pun nak kedekut!
Anak: Kenapa tak cakap siang siang...
**Perbualan berlaku di malam hari
**Itu hari aku ternampak sebuah keta dengan nombor plat bermula dengan WTF dan dengan serta merta kepala otak aku terus menterjemahkannya sebagai What The F***. Adakah aku terlalu tertekan dengan kerja atau otak aku dah semakin kotor?hehe...
| Reactions: |
Monday, 14 December 2009
Sunday, 13 December 2009
Women's Power=U+N+E+X+P+E+C+T+E+D
Sapa tak kenal dengan si Tiger Wood? Tanya saja pada mana mana jaguh dalam sukan golf pastinya sangat cemburukan kejayaan si american tiger ni dan menanam cita cita untuk mengalahkan beliau di suatu masa.
Tak disangka sangka si american tiger ni sangat mudah ditumpaskan oleh kaum wanita. Bukan saja oleh isteri yang beliau cinta tapi juga wanita wanita yang ditidurinya telah berjaya mempergunakan si american tiger ni untuk mendapatkan wang dengan mudah. Memang diorang ni dibayar oleh si american tiger untuk berzina, tapi lumrah manusia mana pernah puas. Jadi, ada lah yang mengugut si american tiger ni untuk membocorkan rahsia. Nak tak nak kena jugak la keluarkan berjuta ringgit lagi nak tutup mulut mulut orang yang memang susah nak ditutup macam nak tutup periuk belanga.
Sebab itu lah kita yang berpegang dengan ajaran Islam diajar agar menjauhi zina ni. Tengok lah apa yang dah jadi pada si american tiger yang gagah di gelanggang golf
Setelah bertahun bertahta sebagai pemain nombor satu dunia, si american tiger memilih bersara awal sebagai tanda serius mahu memperbetulkan kesalahan terhadap isterinya. Jiwang lah jugak mamat sorang ni kan? Tapi dia juga manusia biasa dan walau kes ni bukan lah kes orang yang seagama atau sebangsa dengan kita, ia sudah cukup menjadi contoh teladan buat semua. Bukan saja dia hilang kepercayaan dari isteri, paling teruk dia hilang maruah sebagai seorang lelaki dan juga pasti berasa malu nak berhadapan dengan peminat peminat setianya selama ini. Sama sama renungkan dan selamat beramal!hehe
**Aku minat mamat ni sebab susah orang nak kalahkan dia, walhal aku tak paham dan tak rajin nak tengok golf ni.hehe
**Rasanya roger federer tu setia tak kat wife dia. Tapi aku rasa dia terkena queen control la sebab bini dia tak pernah tak datang tengok bila dia lawan.hehe...
| Reactions: |
Friday, 11 December 2009
Musim Cuti = Musim Kopak
Hari ni seluruh selangor cuti termasuk lah aku, tapi aku tetap kena hantar isteri ke opis dan lepas tu pegi ke tapak binaan barang setengah jam sebab ada hal mustahak. Mujur lokasi tak jauh dan memang aku nak servis encik getz kat area puchong tu aje, 5 minit perjalanan dari tapak binaan. Keadaan jalan sangat lengang tapi ia juga membawa makna poket aku turut lengang sebaik menservis encik getz, tak apa, dia banyak berjasa. Tak sampai setengah jam sudah selesai servis sebab memang servis kat situ tip top, nanti ada masa dan kerajinan aku promote woksop tu.
Singgah sejam dua di Tesco, kopak lagi buat beli sedikit barang dapur. Al maklum nak menyambut ibu
Eh, macam rancangan bijak bijak
Apa aku mengarut entah tapi pokok dan pangkalnya terpulang pada kita sendiri dalam bab berbelanja ni. Sekarang ni jual sana jual sini semua turun harga sebab dah hujung tahun. Pandai pandai beli mana yang perlu dan simpan duit kalau benda yang belum perlu. Ingat, kita tak tahu apa yang akan jadi sebulan dua akan datang. Jangan kata sebulan dua, esok lusa ni pun macam macam boleh jadi kan?
**Eh, macam lain macam pulak aku bebel. Rasanya tadi aku ada motif lain bebel pasal belanja ni, dah termelencong pulak dari matlamat asal yang aku sendiri dah lupa dah ni. Bila ingat nanti aku update lah.hehe...
| Reactions: |
Wednesday, 9 December 2009
Peragut = Lembu???

**Udah sebaldi buih mulut aku bebel pasal peragut ni, kali ni guna gambar pulak macamana? Ok tak?hehe
| Reactions: |
Tuesday, 8 December 2009
Isteriku Curang???!!!
Betul kah apa yang dua biji mata di kepalaku lihat ni? Isteri tersayang Sedang berpelukan mesra dengan sejenis makhluk! Sila bantu aku mengesahkan ini gambar.hehe
| Reactions: |
Monday, 7 December 2009
Selamat Tahun Baru 2010!!!
Kalau lah aku punya kuasa, mahu aja aku mulakan hari ni sebagai 1 Januari 2010. Biar tahun baru bermula hari ini. Terlalu banyak peristiwa manis, masin mahupun yang tawar atau pahit berlaku sepanjang tahun ni. Setiap kali berlaku yang manis manis, aku berharap ia berkekalan sampai bila bila dan setiap kali yang tak berapa nak manis berlaku aku sentiasa berharap ianya yang terakhir melanda diri. Apakan daya, aku manusia biasa yang sekadar merancang apa yang kurasakan terbaik buat diri dan keluarga dan hasilnya aku hanya berserah pada Yang Maha Berkuasa. Dan pastinya aku tidak akan berpeluang untuk mengundurkan masa dan mengubah apa saja perkara agar semua yang akan berlaku manis manis belaka. Meskipun diberi peluang, aku rasa baik diteruskan apa yang telah DIA rancang untuk kita. Kan?hehe
Apakah motif bebelan aku ni? Tak lain tak bukan, aku rasa sudah tiba masa untuk review prestasi diri sepanjang tahun. Adakah apa yang telah aku azamkan berjaya atau tidak untuk dilaksanakan? Walaupun apa yang aku target aku rasa tak dipenuhi, tetapi aku tak rasa aku gagal kerana aku sekadar merancang dan mencurahkan segala keringat yang ada berusaha mencapainya. Tapi ketetentuanNYA jua yang perlu aku terima dengan hati terbuka dan redha.
2009 tak akan aku lupa seumur hidupku. Tahun yang aku mulakan sebagai seorang suami, tiga hari usiaku genap 29 tahun aku hilang kerja, 20hari menganggur aku bekerja semula, 2 minggu kemudian aku kehilangan dua orang cahayamata dan nyaris kehilangan isteri tersayang, dua bulan selepas itu aku kehilangan pula atuk tersayang, diselangi sebulan kemudian mendapat berita gembira isteri mengandung semula, dan masuk bulan ketiga isteriku mengandung aku mendapat semula kerja yang telah 'diambil' dariku enam bulan sebelumnya. Seperti DIA punya perancanganNYA tersendiri buatku.
Satu perenggan cukup untuk meringkaskan apa yang telah aku alami tetapi hakikatnya bukan sekadar satu perenggan tu. Kalau nak diungkap dengan kata kata, selaut dakwat digunakan menulis isi hati pun tak akan cukup. Cukup lah aku katakan yang aku diuji pada tahun 2009 ini. Lulus atau gagal, aku hanya berserah pada takdir kerana aku tak dapat nak mengagak apa akan jadi pada hari esok melainkan terus merancang dan merancang untuk yang terbaik buat diri dan keluarga.
Ini baru satu cerita, kawan kawan serta pengunjung setia blog ini pasti punya cerita tersendiri dan sudah pasti punya seribu satu cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Teruskan berusaha untuk yang terbaik buat diri serta keluarga masing masing. Semoga beroleh keberkatan dunia dan akhirat. 2010 aku tunggu cabarannya!
| Reactions: |
Thursday, 3 December 2009
Astro Tipu!
Sejak semalam tak dapat menonton tv sebab ada masalah dengan piring
Aku biarkan dulu, lagi pun dia kata nak kena tunggu dua hari baru dia boleh hantar orang kalau aku kata ok.
Lalu tadi aku merancang kerja dengan teliti agar aku dapat berada dirumah seawal mungkin. 5.30 petang aku dan isteri dah berada dirumah. Sebab aku
Sebaik tiba dirumah, aku mencuba semua langkah yang dah diajar semalam sekali lagi. Goyang goyang, cabut dan pasang balik apa apa cable yang ada. Gagal. Astro tipu lagi.hehe
Aku ambil tangga, panjat ke piring astro kat luar dan pusing ikut suka berkali kali. Tak puas ikut tangga, aku panjat bumbung tapi berjalan selangkah je kat atas bumbung tu aku dah undur balik sebab licin. Tak pasal pasal patah kaki kang. Dah puas pusing sini sana sambil keluar masuk rumah nak test boleh ke tak, aku dah mula hilang sabar. Astro tipu!
Tiba tiba aku dapat idea baru. Aku dulu main sambung je cable dari piring yang ditinggalkan oleh penyewa lama. Aku berfikiran mungkin piring tu rosak. Lalu dengan gagah dan tabah aku mahu membuka piring tu dan digantikan dengan piring diri sendiri. Sungguh rasa macam menyesal tak sudah aku jalankan idea tu, sebab rasa lenguh gila tangan masa nak bukak piring yang ada tu. Kaki pun dah menggigil sebab berdiri atas tangga lama lama.
Berjaya dibuka dengan segala kepayahan piring tak terbang tu. Nak memasang yang baru pulak dahhhh...memang menyiksakan rasanya, tangan dah lah ada dua je. Memang lenguh tahap aku tak boleh nak jelaskan disini. Kalau korang nak tau rasanya, pegi bukak dan pasang balik piring astro korang.hehe...
Yang buat aku tambah tambah menyesal tak sudah, selesai sambungkan apa yang patut, masih gagal! Astro penipu besar!!!huhuhu...
Kesudahannya, aku terdampar keletihan. Jam tepat menunjukkan pukul 7 malam, dua jam setengah aku berhempas pulas tetapi hasilnya tetap hampes.hmmm...entah mengapa aku tetap bersabar. Mungkin berkat malam jumaat yang menjelma kot.hehe...
Lalu aku memilih jalan terakhir, tak nak dah call astro tu. Buat bil talipon mencanak je karang. Aku call cina yang pasang astro ni dulu sebab nombor dia ada terlekat cantik kat atas decoder tu. Esok petang dia datang dan memang aku dah kena sediakan RM50 untuk kedatangan dia tu. Tengok lah esok apa yang dia buat dan apa yang tak kena sebenarnya. Memang astro ni penipu besar!huhu
| Reactions: |
Wednesday, 2 December 2009
Buli
Dia calit icing
Dia calit pulak ke muka si Abu. Ketawa suka lagi.
Ali bangkit.
Begitu juga Abu.
Aku kekal jadi pemerhati.
Tiba tiba dia jadi kecut lalu membawa dulang yang masih bersisa kek yang tadinya diganyang beramai ramai menuju pintu belakang. Pintu cuba dibuka. Gagal.
Apa lagi, si abu sudah mengacah dengan telur ayam yang kebetulan terletak berhampiran.
AKu tiba tiba timbul rasa nakal, turut menyerbu dia.
Dia terduduk ketawa sambil menekup muka dan memohon diampunkan.
Walau sayang, namun rasa belas disimpan dulu.
Hasilnya...
Begini lah jadinya isteri tersayang di malam sambutan hari ulangtahunnya ke 27 yang lalu. Sekali sekala buli buli bini tak salah kan?hehe...
Selamat ulangtahun sayang...:)
| Reactions: |
Tuesday, 1 December 2009
Hari Pertama...Indah Kah?
Hari pertama di tempat kerja baru walaupun pernah bekerja disitu, kulalui penuh tabah serta girang gembira lah rasanya. Kerana:
1) Kat sini memang setiap orang dapat henpon, aku termasuk sekali dapat henpon i-phone 3Gs idaman kalbuku selama ini.
2) Dapat laptop baru sebab laptop spare semua dah jahanam. Lengkap dengan segala perisian dan hardware canggih manggih tu! gila ah ding dong semangat aku kerja pas ni.
3) Paling best, aku dapat lagi kereta kompeni berjenama honda dan bermodelkan civic hybrid pulak tu! Hadoiiyaiiiii! best giler lah!huhuuu....
Semua yang aku sebut kat atas tadi tu MIMPI semata mata. MIMPI pun belum tentu dapat seindah apa yang aku dah listkan di atas nun.hehe...
Memang dapat henpon free, tapi jenis nokia model apa entah. Tak apa, yang penting ada simkad percuma jugak.hehe
Memang akan dapat laptop baru, tapi harap harap ia tak lembap macam laptop sebelum ini.
Memang tak ada dapat kereta free tu, khayalan semata mata semua tu. Ada lah dapat sikit elaun minyak buat mengisi perut encik getz tersayang aku tu.hehe...
Hari pertama yang agak mencabar walaupun disambut dengan hati riang gembira oleh kawan kawan sepejabat. Aku rasa mereka ikhlas dengan senyum tawa serta jabat salam yang dihulurkan cukup buat aku rasa terharu. Tak sangka walau dah meninggalkan diorang enam bulan lamanya tapi tetap diingati. Ada jugak yang bergurau, "dah abis duit yang kau dapat ari tu, masuk balik eh?".hehe...
Harap harap itu betul betul sekadar gurauan...
Hari pertama bermula seawal 6.30 pagi menghantar isteri tersayang ke tempat kerja. Kesian dia, awal awal pagi dah berembun dengan aircond kat opis. Lepas tu bergegas ke north port yang jauhnya 65km dari opis isteri dan tadi ambil masa 55 minit untuk sampai dengan kelajuan 90km/j atas sebab mahu jimat petrol.hehe...
Sarapan percuma di opis dan lepas tu mengadap encik bos. Sembang sembang lebih kurang, setengah jam lepas tu terus ada meeting yang berakhir empat jam kemudian. Makan tengahari jam 2.30 petang. Selepas solat zuhur terus ikut sahabat sekerja pergi bertemu klien. Hari pertama dah jumpa klien, best best best.huhu...
Selesai semua urusan, jam 5.30 aku berangkat balik dari opis. 75 minit kemudian baru tiba di lokasi isteri menunggu penuh sabar dan taat setia. Jam 6.45 petang masa tu. Dah lebih 12 jam kami 'mengembara' hari ini. Kesian dia penat menunggu. Pun begitu, kerahkan segenap tenaga bersisa ke alamanda putrajaya, mahu beli sedikit barang dapur. Terasa menyesal sebab orang tersangat ramai tetapi hajat diteruskan juga. Jam 8 malam baru keluar dari situ dan menuju tempat makan. Dah tak larat nak masak masak kan?hehe...
9.15 malam baru tiba dirumah dengan badan penat lesu mengharungi hari yang panjang. Kalau enam bulan sebelum ini, memang perkara biasa. Sekarang ia baru bermula lagi. Tapi diharapkan kali ini ia lebih membawa erti dan yang paling penting dilimpahi rezeki yang berkat.
**Sudah menjelang tengah malam, mahu tidur dengan aman...
**Mungkin ada yang tidak faham dengan sesetengah kiasan, sila buat buat faham.hehe...
| Reactions: |
Subscribe to:
Posts (Atom)
