Cincin Kawen Yang Hilang: Malang tak berbau cempedak belum menjadi nangka tapi cincin kesayangan tiba-tiba lenyap dari pandangan.
Ye ke cincin kesayangan? Jenuh nak kena godek balik gambar majlis
nikah & bersanding baru jumpa gambar cincin tu. Dah lumrah manusia,
bila setiap apa yang dia kata dia sayang tu sentiasa ada didepan mata
pasti diambil mudah atau dibuat acuh tak acuh je sehinggalah tiba-tiba
benda yang dia sayang tu lenyap. Baru terhegeh-hegeh tercari-cari tapi
dah terlambat. Tapi ini betul ni memang sayang betul ni
kat cincin ni, tak mahal pun dan memang kalau jual tak laku sebab
bersalut emas putih je. Tapi kenangan yg dibawanya tu, tak ternilai
harganya. Kejadian pada petang 20 Januari 2015lebih
kurang jam 4 petang, singgah solat Zohor kat surah Petronas kat tepi
LDP dan tak jauh dari tol yang menghala ke Putrajaya. Terlalu kejarkan
dunia sampai terlambat kerjakan Zohor, mungkin sebab tu jugak la aku
diuji. Sesiapa yang terambil cincin tu dan terbaca post ini, sila la
berusaha untuk pulangkan kepada saya. Cincin itu tak ternilai harganya
buat diri saya dan orang yang saya cinta sahaja, tapi kalau bawak kat
kedai emas takda yang nak beli. Dan ingatlah, tujuan
saudara ke surau tu untuk solat kan? Tak baik simpan barang yang bukan
hak kita...chewah...tapi kalau betul betul jumpa, tolong pulangkan.
Terima kasih je yang saya mampu hulurkan.
2012 berlalu teramat pantas atau
sememangnya masa papa terlalu banyak diluangkan untuk kerja? Well, omputih kata
"bizi is good" kan? Memang boleh dirasakan hari berganti minggu,
minggu berganti bulan dengan sangat cepat tak terkejar
2012 penuh warna warni yang
sangat mencabar. Alhamdulillah, kebizian papa terhadap kerja bermakna rezeki
kita jugak dah bertambah serta segala urusan kerja papa semakin dipermudahkan. Walau
tak semuanya indah sebab ad abos baru dan rakan sekerja baru yang belum tahu
sepenuhnya hati budi mereka, kerja papa beres dan semakin menarik sekaligus
buat papa beresemangat
2012 memang sangat singkat waktu
yang ada tetapi papa sentiasa pastikan ada masa untuk isya dan mama tersayang
setiap hari dan sudah tentu hujung minggu papa untuk kalian berdua. Terpaksa lah
berkorban sikit masa tido papa untuk selesaikan mana yang patut sebab siang
hari memang tak akan sempat setelkan semua kerja.
2012 juga orang duk heboh tunggu
kiamat pada 12.12.12 dan 20.12.2012 tapi tak berlaku seperti yang dihebohkan. Cuma
yang papa perasan musim hujan tahun ni lain macam berbanding tahun2 sebelum
ini, mungkin sebagai amaran buat kita semua yang dunia ini semakin tua usianya
dan tempoh luputnya iaitu bila kiamat berlaku, semakin menghampiri kita.
2013 diharapkan lebih baik dari
2012 tentunya harapan bagi semua termasuk papa. 2012 sangat mencabar tapi papa
rasa telah lulus ujianNYA, tapi 2013 pasti ada yang lebih mencabar. Mudahan segala
urusan kita semua dipermudahkan. Amin..
Isya, 31 Mei datang lagi hari ni. Tak ada apa yang special pun dengan tarikh ni sehinggalah 3 tahun lepas arwah abang-abang Isya lahir ke dunia ni. Muhammad Azam Zuhaily & Muhammad Azam Zuhairy nama yang mama dan papa pilih buat arwah berdua. Sayangnya hadirnya mereka ke dunia ni sementara je statusnya, lebih-lebih lagi buat abang Zuhaily, dia dah meninggal semasa dilahirkan.
Papa cuma sempat menatap wajah suci arwah Zuhaily sekejap lepastu papa pangku masa bawak balik kerumah. Papa tak dapat nak bawakan arwah balik ke kampung untuk dikebumikan sebab mama dan abang Zuhairy masih di hospital dan masa tu harapan papa sangat-sangat tinggi untuk melihat abang Zuhairy untuk survive dalam perjuangannya. Dia dah berkorban untuk Zuhairy sebenarnya, sebab doktor kata Zuhairy masih boleh hidup walaupun kembarnya Zuhaily dah meninggal. Tapi mungkin Allah nak tunjukkan betapa kuat ikatan antara kedua kembar ni, arwah Zuhaily seolah olah dipaksa untuk keluar walaupun dia dah meninggal.
Papa tak akan lupa ketika kali pertama arwah Zuhairy genggam jari papa. Saat tu jugak papa rasa sebak sangat. Sebak sebab pengalaman pertama dengan darah daging sendiri. Sebak jugak sebab Zuhairy kecik sangat masa tu, sebab tu jari papa je yang mampu dia genggam. Sebak jugak mengenangkan apa yang telah Zuhaily, Zuhairy dan mama lalui ketika dalam bilik bersalin. Doktor tak bagi papa masuk.
Tak lama selepas reaksi pertama Zuhairy tu, dia buka tutup mata dia nak tengok apa yang ada disekeliling. Mungkin juga dia cari Zuhaily dan mama. Tiba-tiba dia terkencing kat depan papa. Papa rasa diberikan harapan yang dia akan terus selamat. Menjelang malam dia pun nampak seakan akan bertambah kuat. Lega sedikit hati papa.
Pagi esoknya, papa azankan Zuhairy masa papa jenguk dia di hospital. Masa tu keadaannya masih seperti semalam. Terkebil kebil dia tengok papa masa papa azankan tu. Tapi menjelang petang keadaan dia mula lemah. Doktor-doktor termasuk lah seorang specialist tak henti-henti memberi bantuan untuk Zuhairy untuk terus bernafas. Sepanjang hari tu terasa sangat panjang hingga lah Zuhairy menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 2 pagi 2hb Jun 2009.
Ramai yang kata Zuhaily jadi lemah sebab kembarnya dah jauh darinya. Tak kurang juga yang kata dia nak temankan Zuhaily. Walau apa pun orang kata, papa tau Allah dan arwah berdua saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Papa hanya anggap ini sebagai pengalaman untuk papa dan mama. Pengalaman yang sudah tentu tak akan dapat dilupakan. Kita sama sama lah doakan arwah Muhammad Azam Zuhaily dan Muhammad Azam Zuhairy tenang di sana dan semoga kita berpeluang untuk bersama-sama mereka. Amin...
p/s: buat manusia yang bersembunyi disebalik nama anonymous, mudah-mudahan Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat. Mudah-mudahan dia dapat bertemu dengan kebahagiaan. Mudah-mudahan juga diberi kesempurnaan buat seluruh keturunannya yang bakal lahir. Amin
Hambik ko! Menangis kena terkam ngan Harimau Malaya.hahahaa...
Jutaan tahniah buat skuad muda Harimau Malaya a.k.a. Harimau Muda sebab berjaya mengalahkan indonesia buat kali kedua dalam masa seminggu sekaligus mengekalkan pingat emas pada sukan sea kali ini. Dan paling best, Harimau Muda sekali lagi berjaya menyatukan seluruh masyarakatMalaysia yang bersatu padu memberi sokongan yang tak pernah berkurangan walau kita sedar bakal bertemu pasukan kuat. Walau apa pun pujian layak diterima oleh skuad ini kerana bagiku ini skuad terbaik yang kita pernah ada walaupun masih boleh diperbaiki lagi terutamanya untuk mencari seorang penyerang yang benar-bernar berbisa seperti Safee Salie. Itu satu satunya yang kurang tapi dari segi semangat dan mentaliti serta penguasaan bola sepanjang perlawanan memang Harimau Mudah harus dipuji. Sebelum perlawanan dan bila indonesia dapat gol awal memang aku kurang yakin Harimau Muda boleh mematahkan sayap garuda ni, tetapi melihat cara mereka bermain dengan serangan bertubi tubi tanpa putus asa dan cara mereka mengawal perlawanan hingga tampak indonesia hanya sebuah pasukan biasa, tak ada yang istimewa pun. Player import indon memang nampak ligat tapi semangat berpasukan Harimau Muda tampak sangat sangat menyerlah malam tadi. Tahniah Harimau Muda!
Nyaris-nyaris lagi nak score tapi apakan daya...
Time to huge celebration Harimau Muda!! Tak dapat terima ke?hehe...takde la power sangat team indon ni :)
Alah alah alahhhhhhh....sweet sangat sangat lah anak papa ni. Sejuk perut mama mengandungkan anak papa sorang ni dulu. Mudahan membesar jadi anak yang solehah ye sayang?hehe...
Sememangnya aku sangat tak suka apabila menatang IT ni terlampau canggih sehingga menyusahkan pengguna yang tak berapa canggih macam aku ni. Yahoomail tu la, punya la simple mimple dah jadi lembap sebab dah diupgrade dengan versi yang terkini tu, yang keberapa aku malas nak ambik port tapi bagi aku ianya sangat menyusahkan.
Dah tu, bila nak tukar balik ke version lama a.k.a yahoo classic punya la sengal sebab tak disediakan apa-apa button atau short cut untuk di click untuk tukar ke versi classic. Jenuh lah aku gugel dan berbagai cara yang diceritakan pun turut menyusahkan lah nan ado.
Hingga lah aku berjaya menggugel sumber yang paling jujur lagi sahih dan tidak menyesatkan seperti yang disalin dan dilekatkan dibawah. Buat sesiapa yang memerlukannya sila ambil, buat yang suka versi canggih manggih, sila teruskan kesukaan anda dan minta jasa baik untuk tidak mengetawakan atau menggelakkan saya.hehee...
To go back to YAHOO! MAIL CLASSIC…
Turn off Javascript – you’ll then be asked if you want to return to Mail Classic, click “yes”.
If you don’t know how to turn off Javascript…
For IE: Open TOOLS > INTERNET OPTIONS >> SECURITY. In security click “CUSTOM LEVEL” -> disable active scripting in the scripting section.
IMPORTANT:Remember to turn JAVASCRIPTING back ON when you are back in Mail Classic because without it some mail functions won’t work.
For FIREFOX: Open TOOLS -> OPTIONS -> CONTENT, click on “DISABLE JAVASCRIPT”. Now hit F5 to refresh the page while you are in Yahoo! email in order to switch back… In the options, click (PERMANENT) to switch back to YAHOO! Classic. DO NOT click the “ONE TIME ONLY” option.
IMPORTANT: Turn JAVASCRIPT back ON once you have your “CLASSIC” account back.
Sangat mengerikan kemalangan yang menimpa pelumba yang aku memang tak kenal ni, sebab kalau motor GP aku minat valentino rossi je kalau yang masih race lagi. Kalau dulu dulu aku suka mike doohan. Kemalangan yang menimpa marco ni memang sangat tragis dan sampai detik ini aku masih belum dapat jawapan bagaimana dia boleh terbabas secara tiba-tiba dan kelihatan dia seolah-olah dah nak terjatuh atau tak sedarkan diri masa kat atas motor dia tu. Ini kes dekat track yang kita boleh jadikan teladan kat jalan-jalanraya agar lebih berhati hati dan tak memandu terlampau mengikut perasaan walau apa jenis kenderaan yang ditunggang.
And, I hope that for those who accidentally stepped in this blog after typing marco's name on google can help me with the answer why or how can he suddenly skidded and he looked as if he want to fall or unconscious at the top of motor before being hit by another biker? Thank U
Siapa sangka dunia bertambah kecik bila dunia blog ini menjajah kita semua yang turut mendatangkan kebaikan. Aku terkedu bila seorang bloger singgah membaca bebelan ini lalu meninggalkan komen mengesahkan kejadian yang aku ceritakan tu. Mujur lah aku tak menokok tambah apa apa kan? Kalau tak memang kantoi lah.haha...
Apa pun, aku mengambil peluang ini untuk memohon maaf terhadap cik Nurul di atas kegagalan aku untuk bertindak pantas membantu beliau ketika kejadian akibat segala macam alasan sebab munasabab yang aku dah bebelkan panjang lebar.
Integrity. Terasa bagaikan aku terlepas atau lulus ujian tahap kejujuran dalam menulis, aku tak reti nak mengayat untuk tidak membuatkan ayat ini bagaikan isi bakul penuh penuh pastu angkat sendiri. Tapi takde lah berniat sedemikian, cuma terdetik dihati macamana lah reaksi mangsa kejadian ni terhadap apa yang aku bebelkan sekiranya apa yang aku bebelkan sekadar cerita yang telah digubah untuk tambah menarik lagi penuh dengan unsur unsur saspen dan macam macam lagi demi untuk menarik minat pembaca.
Menarik minat pembaca? Hmmm...tak pasti jika masih ada lagi yang singgah ke blog yang semakin bersawang ni. Apa nak buat, masa cuma ada 24 jam sehari untuk dibahagikan dengan kerja serta keluarga. Kalau sehari ada 48 jam pun, belum tentu cukup rasanya sebab masa adalah salah satu benda yang sangat pantas berlalu dan ghaib begitu saja kalau kita gagal mengawalnya. Semoga masa lapang yang aku ada meningkat sedikit bilangannya di hari hari yang mendatang. Ini memang tak pasti langsung woh...hehee
Akhirnya, pemain bintang pujaan penyokong fanatik Liverpool termasuk lah diriku secara rasmi menjadi milik Chelsea yang kaya raya. Tak apa, wou are now alone Torres!huhu... Sememangnya seorang pemain aja tak cukup untuk menang mana mana perlawanan, tetapi aura seorang pemain hebat seperti torres sangat diperlukan oleh pasukan untuk menang. Diharapkan dua orang pemain baru yang dibeli dapat mengubah nasib Liverpool selepas ini, dah makan tahun tak merasa piala ni. hadoiii....
Wah wah wah... Teruknya musim hujan kat Sarawak, sehingga nyaris lagi meragut nyawa penumpang flight Air Asia AK5218 yang terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 10.20 malam tadi. Huh, sebut je dah ngeri, apa pulak perasaan orang yang berada dalam pesawat tu kan? Mujur lah sekadar terbabas je sikit sebab landasan yang terlalu licin.
Beginilah keadaan pesawat yang terbabas tu. Dari berita yang papa saye baca, ada 4 orang je yang cedera ringan. Alhamdulillah... Baru berapa hari lepas pesawat terhempas di Iran kalau tak silap yang mengorbankan banyak nyawa. Mudah mudahan tak akan berlaku lagi lah kejadian macamni di masa akan datang.
Saye bagi pihak papa nak ucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Faizal Yusof yang sangat saye gemari lakonan nakal arwah dalam drama Adamaya dulu. Walaupun saye duk dalam perut lagi waktu tu tapi saye sentiasa tunggu citer tu sebab mama tak akan miss tengok citer dia. Mama ngan papa terkedu jugak bila terbaca status Lisa Surihani yang sangat papa minati, dia yang update bagitau pasal pemergian arwah.
Mari lah kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin
Petang ni tadi, tepat jam tujuh petang aku manyusur keluar ke Elite dari NKVE arah klang iaitu dari opis. Dari jauh aku dah nampak memang agak sesak menuju exit tu tapi aku buat selamba je lah sebab memang kadang kadang agak sesak. Cuma tadi sesak dia lain macam.
Kebetulan lah plak kat radio encik gaban berkumandang laporan trafik.
Opppsss...! sapa kah encik gaban?? Entri yg akan datang yang entah bila pulak baru aku cerita lah ye?hehe
Eh, sambung balik, bukan ada banyak masa ni.huhu...
Dilaporkan lah berlaku banjir di beberapa tempat, aku tunggu jugak kalau dia nak sebut kat area Elite yang aku baru nak masuk tu tapi tak disebutkan jugak. Lantas aku menyalahkan orang yang melaporkan berita tersebut tak jenguk betul betul jalan jalan yang ada. Sambil sambil tu aku pk lah jugak, kat area mana kat elite ni yang berkemungkinan ditenggelami air. Bila diingat ingat, semua tempat adalah tinggi kat elite tu kecuali masa mula mula masuk tu agak cerun.
Lalu je kat area yang cerun tu masih tak kelihatan takungan air dan jalan semakin sesak. Pk lagi kat mana yang banjir ni. Tak sampai sekilometer lepas tu aku terasa kenderaan bergerak semakin lancar tapi masih sangkut sangkut. Tiba lah ke satu tempat terus aku menepuk dahi. Rupanya ada eksiden kat laluan bertentangan, tak ada kena mengena dengan laluan aku ni pun. Tapi disebabkan ada yang terlalu ingin sangat nak tahu apa benda yang berlaku, dia slowkan keta dia sambil meninjau ninjau dan orang kat belakang ikut sama slow walaupun tak berminat nak tengok setakat lori 1 tan terlanggar divider kat sebelah tu. Adoiiiiiyaiiii....
Itu lah susahnya orang kita ni bila prihatin tak bertempat. Agaknya teringin sangat nak tengok orang eksiden secara langsung kot? Aku pun sangat tak paham, lain lah kalau dia berenti kat tepi dan berkerah membantu di tempat kejadian. Tapi tak perlu lah aku rasa sebab ada orang yang lebih dekat dengan tempat kejadian yang lebih afdal untuk membantu. Baik teruskan perjalanan balik kerumah sebab anak isteri menunggu untuk sama sama menjamah makan malam. Kan?hehe...
Disebabkan kesesakan yang tak sepatutnya berlaku aku terkandas dekat setengah jam, itu kira syukur la sebab macam baru berlaku je eksiden tu. Orang yang jauh lagi perjalanan kat belakang aku tadi tu tak tau lah apa nasib mereka. Mudahan tak lama sangat lah kan? Tapi kesian tengok kenderaan dari arah bertentangan, aku rasa paling kurang pun 5 kilometer jaraknya dari tempat kejadian, kenderaan tak bergerak langsung kat laluan bertentangan. Statik. Aku ambik exit saujana dan terus ambik highway baru saujana-kajang, dan sehingga ke exit tu memang kenderaan dari arah klia sangat statik. Kesian...
Kepada mereka yang prihatin sangat ni, sila prihatin kepada orang dibelakang anda dulu lah ye?huhu...
Encik Paul the Octopus ditemui mati dalam akuarium yang dihuninya semalam dalam usia dua tahun sembilan bulan. Encik Paul menjadi topik bualan hangat semasa kempen piala dunia yang baru lepas, sehinggakan orang lebih banyak bercerita tentangnya berbanding pemain bertaraf bintang seperti lionel messi dan fernando torres.
Berita ni mesti menjadi cerita paling tak sedap didengar bagi kaki judi yang berpandukan petunjuk dr encik paul ni. Serius, aku ingat dulu encik paul ni salah seorang bookie tetapi rupanya memang betul seekor sotong kurita. Satu lagi tanda kebesaran ciptaan Allah, yang sayangnya telah disalahgunakan oleh pihak yang lebih pentingkan keuntungan.
Takda apa apa motif pun nak publish ini cerita, entah kenapa rasa terkejut masa dapat tahu kisah encik paul yang telah pergi buat selamanya dan pastinya dia terdiri dari kalangan sotong yang paling bertuah sebab isinya tak akan dimakan sebab sudah tentu akan diawet oleh tuan empunya encik sotong ni dan secara tak langsung menarik lebih lagi publisiti. Biarlah...asal mereka bahgia kan?
Kalau kalian perasan, aku sudah semakin jarang nak mengupdate blog yang tak seberapa ini. Sebab utama memang lah kerana kerja yang baru ni tak mengizinkan aku nak online siang siang sebab sibuk berjumpa orang itu orang ini orang situ dan orang sini.
Tapi sebab utamanya, aku dah ketagih dengan satu benda ni. Kalau aku tak merasa dalam sehari tu sememangnya aku terasa hidup ini tidak akan lengkap. Bukan ketagih dadah ok!
Ketagihan ini memerlukan aku online setiap hari, bermakna ianya sangat menyiksakan diwaktu siang hari kerana bebanan kerja. Balik dari berjumpa orang, sampai dirumah pun bukannya boleh terus online. Kalau tak tolong apa yang patut kat rumah tu, aku kena segera siapkan paperwork. Kadang kadang balik menjelang maghrib, badan dah penat. Nak kena rehat rehatkan dulu.
Tapi selalunya aku tak peduli dengan badan penat tu, aku redah je demi ketagihan yang satu ini. Dengan penuh rasa rendah dirinya aku mengaku dengan muka tersipu sipu bahawa aku dah ketagihan Mafia Wars kat dalam facebook tu. Sumpah aku tak nak mulakan bermain game lain dalam fb tu sebab tak nak ketagihan ni bertambah teruk. Cukup lah satu game ni yang buat aku tak cukup tido, dah masuk lima bulan rasanya aku terjebak ni.hehe
Bermula lepas aku kena berenti kerja ari tu, aku mula update balik fb aku yang sejak mula aku register dulu tak pernah buat apa apa. Dari situ la aku perasan yang kawan kawan aku duk gila dengan macam macam game ni. Aku malas nak join sebab tak rasa macam benda tu best pun.
Tapi di satu hari yang aku sendiri tak tahu akan menjadi detik mula ketagihan aku ni, aku menggatalkan tangan untuk tekan link ke mafia wars. Kat situ aku tak tahu nak buat apa, tekan je lah jobs yang ada kat situ. Lepas tu tekan tekan lagi attack orang lain. Rasa macam bongok tongong pun ada sebab tak buat apa apa pun boleh menang dengan begitu mudah. Kat mana tah mafianya. Pastu kena collect macam macam senjata pulak lagi. tapi aku layan la jugak tanpa disedari semakin lama semakin naik syok pulak dah.hehe...
Hari pertama tu aku rasa aku mengadap laptop tu lebih 5 jam dengan bermain mafia sahaja! Bermula detik itu lah aku dah semakin jarang nak update blog ni. Bermula dari level 1 dengan hanya 10 orang geng dalam mafia tu, sekarang ni aku dah nak masuk level 300 dengan tag team aku dah dekat 2000 orang!!! Gila tak gila?
Sila lah nasihatkan saya yang sedang dilalaikan oleh fb ini agar dapat saya berhenti segera!hehe...cakap je, kompom orang nasihat apa pun aku main jugak sampai tahap bosan yang aku tak tau bila bakal menjelang. Yang pasti mamat yang cipta game ni memang dari jenis genius untuk menjahanamkan umat Islam agar semakin lalai. Setakat ni aku takde la sampai tahap tak solat tak posa kan...harap biar sampai bila bila game ni sekadar pengisi masa lapang atau untuk merehatkan diri.hehe...
Atau korang ada petua nak hentikan bermain game sebegini? Sila lah lempang muka aku ni dengan petua petui korang tu.hehehe...
Sengaja aku taruk harga dulu biar orang gerun sikit.hehe...
Bulan Jun 2010 ini nanti genap 10 tahun aku di bandaraya negara yang tersayang ni, dan atas sebab itu je yang buat aku nak jugak pegi menara kl ni ari tu, masa tu cuti tahun baru rasanya - 2 januari 2010. Sebelum pegi tu memang la gugel jugak tengok berapa harga tiket nak naik menara nan ado tinggi tu. Memang ada lah satu website ni kata RM8 je sorang, masih sama dengan harga 10 tahun lepas konon nya lah. Masa tu ada member member ajak naik tapi aku malas nak layan sebab rasa macam takda benda sangat kat menara tu.
Entah macamana dan bagaimanakah aku sendiri pun tak tahu kenapa hati ni terasa gatal nak panjat menara ketiga paling tinggi dalam dunia tu, kalau aku tak silap lah. Sampai je kat kaunter tiket, aku dan isteri tercengang melihatkan harga tiket yang terpampang - RM38!
Aku dah nak berpatah balik dah, tapi rasa berat hati mengenangkan si isteri dan anak dalam kandungan dah pun sampai ke tempat kejadian tapi tak jadi nak naik. Rasa macam ralat semacam je. Nak tak nak, mahu tak mahu terpaksa pejam mata bayar tiket dan naik lif menujuk puncak menara yang konon gah itu. Memang gah pun, cuma rasa terbeban pulak dengan harga tiket yang melampau tu. Diharap pihak yang berkenaan dengan penyelarasan harga tiket tu terbaca lah luahan hati aku ni.hehe...Mana tau, boleh claim balik duit tu.hahaa
Bagi yang dah biasa melawat tapak tapak binaan macam aku ni, tak ada apa yang menarik kat atas menara kl tu. Cuma bezanya pemandangan seluruh bandaraya kl dapat dilihat dari berbagai sudut dengan sangat mudah. Tak perlu bersusah payah nak carik angle menarik, masalah bila aku berada di tapak binaan.hehe
Paling best ada isteri bersama dan boleh ambil gambar didepan menara berkembar petronas yang terletak tak jauh dari menara kl tu. Cuma nasib tetap tak menyebelahi diriku, tak dapat gak ambil gambar depan twin tower kebanggaan tu sebab isteri dah mula pening dan nak pitam. Berhenti rehat seketika sebelum segera turun, sebab dikhuatiri berada di tempat tinggi menyebabkannya pening begitu. Ternyata benar belaka, sampai je kat bawah, setelah minum seteguk dua air jernih dia kembali normal.
Sempat lah berjalan tengok haiwan ternakan dalam mini-zoo kat situ yang mana termasuk dalam pakej RM38 tadi. Ada kuda tapi boleh naik kalau berat badan kurang 50kg! Cis, melepas nak berkuda keliling bandar kl.hehe...
Tapi ada satu benda je yang buat aku rasa boleh bayar balik harga tiket yang dah terbayar tadi tu. Ada peluang nak merasa bawak keta F1! Memang aku tak lepaskan peluang. Walaupun kereta yang dia letak tu tak lah sehebat rupa sebenar F1, tapi memang terasa betul masa drive tu. Paling best, puas aku baca jampi serapah agar dapat naik 'keta' McLaren dan memang dapat naik pun. Paling sweet, aku yang mula dari tempat paling last berjaya memenangi perlumbaan 3 pusingan walaupun melanggar secara kurang sengaja 'keta' ferrari masa dekat nak sampai penamat.haha...
Itu lah nilai RM38 yang kami bayar setiap seorang. Aku sorang je naik 'keta' tu sebab dah selalu sangat berangan nak bawak. Isteri tersayang yang dah mula penat tunggu je penuh sabar dengan kerenah suami yang memang macam budak budak punya perangai. Nanti memang berlumba lah dengan perangai anak anak sendiri, baru padan muka aku.hehe...
**Kepada tuan empunya kenderaan idaman setiap insan ini, sila halalkan lah sesi bergambar tanpa izin ni eh?hehe...ala, sebenarnya ramai lagi yang ambik gambar free kat situ tau? Sebab tu aku jadi berani je.betul ni tuan empunya hummveee...hehe...
Musim haji tiba lagi dan berjuta juta umat Islam yang bertuah berlumba lumba untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah. Masing masing punya kisah dan jalan cerita tersendiri sebelum dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima dan juga untuk berada lebih dekat lagi dengan Yang Maha Berkuasa.
Setiap kali melihat gambar Kaabah dan orang yang berpusu pusu mengerjakan ibadah haji atau umrah, hati jadi sebak tiba tiba sambil berdoa agar giliranku cepat menjelma untuk menjejak kaki ke Tanah Suci.
Doaku mengiringi pemergian setiap insan bertuah yang berpeluang berkunjung ke Tanah Suci tahun ini agar mendapat haji yang mabrur. Insya'Allah...
**Bila lah pula berpeluang menziarahi pusara arwah nenek disana? Al-Fatihah buat Hjh Dara Binti Unis yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada tahun 1992. Semoga dia mendapat syurga Allah. Amin