Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Sunday, 20 July 2008

Hamilton Menang!!!

Yahoooo...!!! Hamilton menang lagi sebentar tadi kat litar pekagajah ntah namanya kat German,tak kisah la nama litar tu asalkan menang. You did it again my fren, this time in difficult ways. Sukati aku je aku membahasakan dia my fren padahal aku je yang kenal kat dia. Dia haram tak kenal pun aku ni. Hampes tul! Penat-penat aku sokong, dia tak kenal plak. Ni yang wat aku nak bebel ni. Tapi usah risau Hamilton, aku tak kutuk kau punya sebab aku penyokong setiamu. Namun harus diingat, aku bukan gay.hehee...
Kali ni sekali lagik aku tabik kat engko ni sebab berjaya gak menang tadi walaupun ketinggalan jauh di tempat ke 5 lepas isi minyak. Ini semua Timo Glock punya pasal. Sesuka ati dia je nak eksiden merata rata tempat. Kalau nak sangat eksiden tu, pegi la kat tepi-tepi sikit, jangan duk kacau laluan orang. Tapi...bukan la eksiden namanya kan kalau boleh pilih eksiden kat mana? Baik teruskan race dari eksiden. Hapakah aku cuba bebelkan ni haa? Entah la aku ni. Korang rasa aku ke yang tak betul?hehe...apa-apa pun, point aku kat sini, team Mclarent F1 aku ada chance menang tahun ni selepas kempunan jagung manis tahun lepas. Hamilton punya pasal gak tu. Dah tahu setahun jagung tu, makan la puas-puas jagung tu sebelum race. Takde la terbabas sana sini. Tapi takpe, tahun ni jangan buat hal lagi ok?


Tengok tu, baik punya cilok je si Hamilton ni. Tapi nyaris-nyaris dia nak sondol member tu. Nasib baik lepas gak akhirnya sampai ke penamat. Hahaha... Kepada penyokong-penyokong Ferrari dan Renault, mintak maap bebanyak la sebab korang akan jadi mangsa kutukan dalam blog aku ni. Akanku gunakan kuasa veto yang ada kat blog aku ni kutuk korang habis-habisan tanpa kompromi. Korang nak kutuk Mclarent pun kutuk la tapi bukan kat blog ni.hahaha...

Orang Malaysia hebat di jalanan???

Sungguh mengerikan gambar keta yang rentung kat atas ni. Tapi ada yang lebih ngeri yang aku sendiri takut nak tengok dan tempelkan kat blog ni.huhuhu...nanti berhantu plak blog nie, mampos la aku dikejar antu tersebut.

Bagi aku tempat paling merbahaya kat Malaysia yang diperkatakan aman tenteram ni tapi aku rasakan makin kucar kacir adalah tak lain tak bukan, jalanraya. Dalam sehari je berpuluh orang mati kat jalanan. Kat tempat keje kontrak pun takde orang mati tiap-tiap ari. Sapa yang salah? Jalanrayakah? atau keta tu yang salah? atau sebab ujan? Ujan plak disalahkan. Salahkan ujan sama je macam salahkan Tuhan. Kan ke ujan tu datangnya dari Tuhan? Dah tentu ujan tu bawak rahmat, bukan bawak bala.

Kita sendiri ni yang patut ditanya, kenapa boleh eksiden? Jalan sesak-sesak pun boleh ada lagi yang eksiden, tersondol bontot keta kat depan. Salah sapa? Salah ujan gak ke? Kalau la smua kita ni drive sama macam kita ambik test nak dapatkan lesen dulu, dah tentu aman tenteram je jalanan tu. Sopan santun je sebab nak past test dan dapat lesen. Signal semua cukup, tak cukup lampu yang dah ada tu hulurkan tangan lagi bagi signal. Bila dah dapat lesen? Macaam pelesit. Pelesit pun tak macamtu. Menatang apa ntah pelesit tu, lantak la, aku sebut sebab orang selalu umpamakan keta laju-laju ni dengan pelesit. Tengok??? Pelesit yang tak berdosa tu pun jadik mangsa digunakan sebagai perumpamaan.hahaha...

Apa yang aku cuba suarakan disini, juga sebagai pengguna dijalanraya, sila tolong berhati-hati masa driving. Apa jenis kenderaan pun yang korang tonggang, berhati-hatilah sebab ada orang yang tunggu kita balik dari keje. Ada mak yang masak sedap-sedap untuk korang. Ada gak anak bini yang tunggu kepulangan korang. Jangan biar penantian diorg tu jadi mimpi ngeri sebab jasad korang dah kaku tak bernyawa yang sampai kerumah sebagai hadiah penantian mereka. Tak kisah la keta apa korang bawak, bawak je dengan penuh santun. Orang tahu korang bangga dengan Ferrari yang korang pecut tu. Orang kagum dengan kemampuan korang miliki BMW berapa series sekalipun. Tapi beringatlah pada orang-orang yang kita semua sayang. Jangan terus jadikan jalanraya medan perang. Yang bawak kancil tu jangan ingat korang selamat dari makianku sebab kalian la yang paling kurang hajar dijalanan. Usah nak berlagak besar kononya dengan kancil korang tu boleh nak cucuk angin BMW!!! Kalau betul-betul nak race, race kat track. Jalanraya bukan tempat korang. Kan aku dah bertukar jadi marah. Sikit je lagi nak jadik ijau ni.Muahahaa...
Kepada peminat-peminat racing, malam ni tepat pukul 8 malam waktu kuala lumpur, F1 racing kat German. Mampukah McLaren menang malam nanti? saksikan lah. Aku tak berminat nak tanya atau sebut nama team lain sebab aku penyokong setia McLaren walau sapa pun drivernya, apatah lagi rakan seperguruanku dulu Lewis hamilton. Tak sia-sia aku bagi chance kat dia wakilkan aku. Hahahaa...

Batman, Mat Rempit Sejati???


Pergghhh!!! Karut sungguh hero amerika bernama Encik Bat ni. Sesuka hati beliau merempit di tengah-tengah bandar Serian. SERIAN??!!! Hapakah gajahnya bandar bernama Serian tersebut? Pernahkah anda dengar? Popular sangatkah? Pasti ramai yang konpius mana letaknya Serian ni sehingga Batman sewel ni sanggup merempit sesuka hati sambil mem-fire segala apa yang menghalang laluannya. aku tak berminat nak jelaskan mengenai Serian ni buat masa ini. Cuma ingin kutunjukkan bukti keganasan beliau ini merempit di bandar Serian, yang sempat aku curik dari Polis daerah Serian. Saksikanlah...muahaahaa!!


Kelihatan bergaya bukan? Lihatlah gambar berikutnya sebagai bukti keganasan beliau

Lihatlah betapa kejamnya beliau. Uh uh uh...abis musnah bandar kesayanganku

Beliau akhirnya ditangkap oleh Encik Mubarak dari balai polis Serian setelah sepanjang malam berkejaran. Motor beliau yang kelihatan diatas berada dalam tahanan polis akta kenderaan berbahaya. Ntah dari mana dia dapat motor ni pun aku belum berapa pasti. Sila maklumkan andai ada sapa-sapa yang kehilangan motor tersebut diatas. Hubungi Encik Mubarak di balai polis Serian untuk menuntut kenderaan anda. Harap maklum

P/s: Terror la Encik Mubarak ni, dapat tangkap Encik Bat dgn jayanya.hahaha

Saturday, 19 July 2008

Intro Bebel


Bulan

Kau cantik la
Manis senyum mu
Sentiasa anggun wajahmu
Menawan kalbuku

Bulan
Pujian itu milikmu
Tapi itu lama dulu
Musim sudah bertukar ganti
Tiba masa kau kusingkir

Bulan
Dia cantik manis rupawan
Baik budi
Santun pekerti
Hati bersih suci
Lengkap segala jadi
Kurniaan Maha Pencipta
Moga kugapai cinta abadi

Bulan
Aku bukan lupa diri
Aku bukan lupa sapa kawanku dulu
aku juga bukan sombong
Sudah puas kuterbang melata
Demi mengejar kasih bahagia
Kini tidak perlu lagi
Bahagia kini bertandang sendiri
Tanda kuasa Yang Maha Esa


Hakhakhak...! Bebelan kuusahakan dalam blog sulungku, bertukar jadik sessi jiwang sekejap. Aku tak ingat bila kali terakhir aku buat sajak majak ni.. Paling-paling pun masa zaman skolah menengah dulu.hahaa...

Ini semua kerana seorang pompuan....Opppsss...dia bukan pompuan biasa. Dia gadis jelita. Dia sangat comel. Dia lah seindah-indah ciptaan Tuhan. Ketulusan hatinya buat aku terpesona. Sekaligus buat aku memutuskan untuk melamarnya menjadi isteriku dan juga bakal ibu kepada anak-anakku nanti.amin....

Huh!! Sekali lagi aku terperangkap dalam dunia jiwang karatku. Kalau ada mahkamah, dia ni dah disabitkan kesalahan dan satu-satunya hukuman yang menanti beliau adalah dikahwinkan dengan diriku.hahaha...alangkah bestnya kalau betul-boleh buat macamtu.huhuhu...aku la manusia paling bahagia dalam dunia ni

Kepada pengunjung blogku yang tak seberapa ini. Kualu-alukan komen2 anda walaupun ingin mencerca. Tak kesah langsung. Akan kujadikan panduan atau sekadar menambah tahik telinga. Kupendam sekian lama menulis blog sendiri kerna belom sedia kongsikan apa terbuku didada. Kini kuluah untuk kepuasan sendiri. Ada yang kuluahkan berkenaan diriku dan manusia sekeliling. Tapi ada jugak sekadar merapu untuk ketenangan sendiri. Bebelan anda kutunggu!