Daisypath Anniversary Years Ticker

Pengikut Abang Bebel

Saturday, 20 September 2008

Mari Belajar Bahasaku lagi


MARI! MARI! MARI!

Ya! Kita bertemu lagi dalam sudut mari belajar bahasa Serian!

Perkataan hari ini ialah – eja betul betul K.E.P.A.K = KEPAK

Kepak dalam bahasa melayu semenanjung ni sama lah maksudnya dengan sayap. Lebih kurang la kan aku translate. Memang aku selalu gagal dalam bab penterjemahan ni.

Dalam bahasa Serian pulak, kepak ni bermaksud penat, lelah, letih dan yang sewaktu dengannya. Haa! Nampak tak perbezaannya? Kalau tak nampak, kita tengok contoh penggunaan dalam ayat pulak. Kalau tak nampak gak korang terjun je dari kerusi tempat korang duduk tu secara mendahulukan kepala. Ha ha

Kita tengok sama sama ok?


Bahasa Serian:

Kepak na juak badan kamek tok, banyak gilak kerja di opis tek bah.


Bahasa Sini plak:

Kepak sungguh badan aku, banyak giler keje kat opis. Huh!


Ha ha ha...renung renungkan dan selamat belajar!

Wednesday, 17 September 2008

Selamat Tinggal Encik Bos


encik bos: I resigned from the company.
aku: (tak kata apa, tercengang jap)
encik bos: and they've accepted my resignition yesterday
aku: (masih tercengang)
encik bos: Hey! I'm talking to U! Dont pretend to be shocked!
aku: I dont know what to say la bos
encik bos: Dont say anything, I know U will miss me. ha ha


Begitu la lebih kurang perbualanku dengan encik bos sebentar tadi. Bukan aku je, seorang lagi rakan sejawatan turut dimaklumkan. Beliau mendapat tawaran yang sukar untuk dilepaskan katanya. Dia tak apply pun untuk job tu tapi head hunter yang carik dia. Bukan head hunter yang potong kepala orang tu. Head hunter yang ni carikkan keje tanpa perlu kita mintak kat dia. Yang potong kepala orang tu dah pupus ditelan zaman.

Aku terasa kagum dengan bos aku ni sebab orang boleh recognise his potential tanpa dia perlu untuk mempromosikan dirinya. Thats the positive side lah kan?

Yang tak bestnya aku kehilangan seorang bos yang sangat baik. Sangat menceriakan dengan lawak inteleknya yang mengambil masa kadang kadang setengah bulan untuk difahami. Bila dah difahami akan pecah perut bergelak ketawa. Aku dan kawan kawan sepenjawatan dilayan dengan sangat baik oleh beliau tanpa mengira warna kulit sebab kulit aku agak agak macam orang peranchis. ha ha

Kebaikan beliau turut terserlah sebab dia memberikan kebebasan untuk stafnya untuk bergerak kemana saja. Bukan bermakna ini lesen untukku mengular. Sebaliknya aku sentiasa berasa janggal bila duduk di sebelah beliau tanpa apa apa pekerjaan untuk dilakukan. Aku tertekan sendiri.ha ha

Apa pun aku harap pengganti beliau nanti akan terus mempraktiskan apa yang telah encik bos buat selama lapan bulan aku di sini. Pekerjaan keduaku yang kurasakan amat tenang berbanding kerja lama dulu. Cuma sedikit boring sebab tak banyak berjalan seperti di tempat lama. Tapi, kalau dah kena jalan sampai ke hujung dunia aku dikerah. Nasib la. Bos baru mungkin ambil masa yang lama untuk masuk sebab polisi syarikat adalah melantik orang dari industri yang berlainan. Tidak membenarkan mengambil orang dari kompeni yang mempraktiskan bisnes yang sama dengan kompeni ini bagi mengelak sebarang perbalahan antara kompeni kompeni. Ini bermakna, tempoh untuk aku mendapat bos baru sangat panjang seperti yang dimaklumkan encik bos tadi. Bermakna juga kerja kami berlambak sebab terpaksa ambil alih kerja encik bos walaupun status kami bukan bos. Nasib lah.

Salam Nuzul Al-Quran


Sekali lagi aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan untuk kawan kawan sekalian.

Nuzul Al-Quran disambut mulai maghrib semalam, malam yang dikatakan bermulanya penurunan ayat ayat suci Al Quran kepada Rasulullah SAW. Satu lagi keistimewaan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Dek terlalu sibuk semalam, tak sempat nak bagi ucapan disini buat kawan kawan sekalian.

Kejar lah sebanyak yang termampu mendapat "bonos bonos" yang semakin berganda sepanjang Ramadhan ini. Yang penting niatkan sepenuh hati segala amal ibadah kita adalah kerana-Nya dan ditunaikan dengan tulus ikhlas lagi tenang.

Berbilion bilangannya umat Islam seluruh dunia yang turut sama mengejar bonos bonos Ramadhan ini sepertimana juga kita bukan? Bayangkan betapa sengitnya saingan untuk kita mendapat perhatian dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lantas mampu untuk menilai segala amalan hambaNya walau berbilion ramainya. Namun itu bukan alasan untuk kita acuh tak acuh dalam mengerjakan suruhanNya. Buat cukup syarat.

Anggaplah kita sedang berdepan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan habuan yang amat lumayan. Pasti kita bersungguh untuk menarik perhatian si penemuduga agar terpilih. Begitu juga dalam menunaikan ibadah ni, tumpukan sepenuh perhatian dan laksanakan sebanyak yang termampu oleh kita. Insya'Allah, segala amal akan Dia timbangkan seadilnya.

Monday, 15 September 2008

Mencari Al-Qadr


Tulisanku ini adalah khas untuk mengingatkan diriku dan turut sama ingin kongsi dengan kawan kawan sekalian. Bukan mahu tunjuk pandai mahupun membangga diri sebab aku kekurangan serba serbi.

Sememangnya Ramadhan sangat pantas berlalu seperti tahun sebelumnya. Sedar sedar dah masuk malam ke enam belas. Adakah surat ini yang punya angkara? Aku amat berharap Ramadhan ini dapat dilanjutkan lagi tempohnya. Kalau boleh lah.

Muslimin muslimat, sangat bersemangat mengejar ‘bonos’ di bulan mulia ini. Surau dan masjid semuanya sesak dengan jemaah yang mengejar terawih. Tak kurang yang bangun awal dini hari menunaikan qiam sebelum bersahur. Rata rata tak lekang membaca Al-Quran setiap habis solat mahupun setiap masa terluang.

Semuanya dijanjikan ganjaran yang berganda banyaknya di bulan penuh keberkatan ini. Paling penting, ramai yang mengejar malam lailatu qadr. Malam yang lebih baik dari seribu bulan andai bertemu dengannya.

Malangnya, tak ramai yang ketemu malam ini. Di mana silapnya? Segala ajaran serta tunjuk ajar para ustaz sudah dicuba sedaya upaya untuk dilaksanakan. Namun tak ketemu malam yang ditunggu sekali setahun.

Bilakah malam yang dicari itu berkemungkinan besar menampilkan dirinya? Malam ganjil sepuluh Ramadhan terakhir bukan? Justeru ramai yang menumpukan malam malam ganjil ini. Tak kurang yang tumpukan setiap sepuluh yang terakhir itu. Ada juga yang bermula tanpa henti dari pertama Ramadhan lagi. Demi Al Qadr.

Di akhir bulan ramai yang mengeluh kerana tak dapat apa yang dicari. Lebih ramai yang lupa apa yang dikejar sebelumnya kerana leka meraikan Syawal. Tak kurang yang yang kembali ke keadaan asal sebelum Ramadhan sambil mengharap akan ketemu lagi di tahun mendatang lantas mengulang semula satu kitaran yang sama.

Aku tak layak untuk mempersoalkan Al Qadr, malah aku turut sama mengejarnya saban tahun seumur hidupku. Ia memang wujud, tinggal lagi kita untuk mencari dimana ia. Mengikut pemahaman akalku yang tak seberapa, setiap kita punya sembilan puluh sembilan peratus kebarangkalian untuk bertemu Al Qadr. Segalanya bergantung atas diri kita sendiri untuk berusaha dan beramal kerana malam ini dijanjikan dengan seribu satu keistimewaan.

Perubahan paling ketara ialah seseorang yang dipertemukan dengan malam Al Qadr ini ialah hatinya disucikan seakan bayi yang baru dilahirkan. Contoh mudah, kalau sebelum ini ibarat iblis perangainya, tiba tiba menjadi seorang yang sangat mulia peribadinya. Mengikut pemahaman aku juga, seseorang yang telah ditemukan malam Al Qadr ini berjaya mengamalkan setiap satu amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan tanpa meninggalkan sedikit pun. Samada yang sunat mahupun yang wajib, semuanya dikerjakan dengan penuh sempurna. Ini kerana kekhusyukan dan ketulusan hati sepanjang Ramadhan diteruskan pada bulan bulan berikutnya tanpa cacat cela. Yang pasti, jika amalnya tulus suci sudah tentu ditinggalkan terus segala kegiatan keji.

Sila betulkan kiranya andaian aku ini salah. Yang pastinya aku sendiri masih lagi mencari Al Qadr ini. Ramadhan sangat istimewa. Dua puluh empat jam sehari dirasakan terlalu pendek dan sangat cepat berlalu. Namun, kita mampu mengheret kaki ke surau dan masjid berjemaah. Sedangkan di bulan lain seribu alasan bermain dibibir. Mari sama sama kita renung dan amalkan.

Tulisan tak seberapa ini sekadar pengingat diriku sendiri dan juga sebagai menunaikan amanahku terhadap kawan kawan sekalian. Walau cuma kenal di alam maya, malah tak kenal paras rupa, setiap yang bertandang kuanggap kawan. Setiap yang berinteraksi denganku dianggap kawan. Setiap yang sahut salam perkenalanku adalah kawan. Aku sayang saudara mara, sahabat taulan sebagaimana aku sayangkan diriku sendiri. Kerana aku takut samada aku atau ada dikalangan kawan kawanku menjadi bahan bakar untuk kawan kawan yang lain sedangkan aku berpeluang untuk membawa diriku dan kawan kawanku menuju syurga idaman. Semua ingin syurga bukan?

Segala yang baik datang dari Allah, yang cacat cela dalam tulisan ini atas kelemahan diriku jua. Ingin ambil peluang saling mengingat antara kita.

Aku suka ustaz zaharuddin ini

Thursday, 11 September 2008

I am A Happians...



Setelah hampir seminggu menanti penuh sabar, simkad baru dari Happy akhirnya tiba hari ini.

Dengan caj 99 sen untuk bercakap selama 45 minit, aku boleh gayut puas puas selepas ini dengan si dia. Bak kata ahmad nabil bin ahmad, gayut sampai dahan patah.

Anda mahu tahu lebih lanjut apakah keistimewaan simkad ini? Mahu turut memiliki? Kat tepi belah kanan sebelah bawah ni ada gambo katun senyum, korang tengok lah kat situ. Percayalah, sangat berbaloi. Siap dapat baju kaler oren lagi aku. ha ha

Baju berwarna oren yang kedua dalam masa seminggu. Baru minggu lepas aku beli Nike kaler oren gak. Seumur hidup, itu kali pertama pakai kaler sangat terang. Cik elly punya pasal. Tak apa asal aku hepi.

Aku tambah hepi sebab nak cuti. Malam ini bertolak ke Kluang, Johor. Doakan perjalanan kami. Satu detik manis bakal muncul dini hari esok, bersahur bersama si dia dan bakal mertuaku.

Mahu berita lanjut, baca kat SINI

Wednesday, 10 September 2008

Sembang Dengan Ah Hoi 4


Sebentar tadi, 4.05 petang.

Ah Hoi: Kawan, sudah betul betul lapar la.
Ah Ku: Pegi lah makan.
Ah Hoi: Sudah ambil ini kuey tiau goleng dekat cafe tapi lu apa macam?
Ah Ku: U mau saya makan ka u makan?
Ah Hoi: Ok ok, saya makan. Lapar wo!!

Tak sampai sepuluh saat, bilik ini dikerumuni dengan aroma kuey tiau goreng yang amat menghangitkan lubang hidung. Sedap baunya. Apek ni pun, pantang kasi green light. Kot ye pun, pegi lah carik port lain mentekedarah. Tak apa, cobaan.

Tapi kan, boleh saja dengan penuh selamba aku join apek ni makan sekali. Bukan ada orang lain disini. Apa nak ditakutkan? Oh, Dia Maha Mengetahui.

Persoalan yang seringkali kutanyakan kepada diri sendiri, kenapa begitu susah untuk sesetengah orang untuk berpuasa. Yang lagi menyedihkan, dengan selamba makan di kedai mamak di siang hari. Mata aku sendiri melihat disaksikan si ah hoi. Namun apek ni diam saja tak kata apa. Aku yang malu sendiri.

Tahun lepas, seawal sembilan pagi salah seorang staff aku seorang lelaki yang sihat tubuh badan kujumpa sedang enak menikmati sarapan. Terus saja dia bagi alasan tak bersahur, terlajak tidur. Aku cuma diam. Tapi tengahari itu dia kudenda mencuci cooling tower di atas bumbung shoping mall tempat kubekerja. Biar dia rasa.

Sebelum puasa lagi sudah aku kasi amaran kepada semua staff bawah jagaanku agar jaga puasa sebab kurasakan aku ketua mereka. Sebagai ketua, amalan mereka turut jadi tanggungjawab aku untuk aku menjaganya. Begitu juga kawan kawan. Aku sangat ambil berat. Perkara yang menjadi rukun tak boleh digurau senda.

Tak bersahur. Gastrik. Lupa baca niat. Malah ada yang berterus terang beri alasan malas. "Sembahyang pun aku tinggal banyak, tak guna lah aku puasa", ada jugak berkata begitu.

Apa yang susah sangat aku tak tau. Di saat ajaran islam baru berkembang, tengah solat pun dipijak pijak oleh kafir jahanam. Sedang berperang pun masih gagah para sahabat berpuasa, malah bergiliran menunaikan solat. Kita???

Kehidupan semakin selesa. Mungkin itu yang dirasakan umat yang semakin lalai. Tiada bimbingan kerana ibu bapa sibuk kejar duitan. Memang ada diajarkan di sekolah, tapi sejauh mana guru atau ustaz mampu mengawal?

Semuanya bermula dari kita. Kalian yang membaca pasti dari generasi baru ini. Aku mahu mengingatkan diri sendiri dan kawan kawan sekalian agar sama sama kita menjaga keturunan. Biar mereka Islam dengan amal, bukan cuma Islam yang diperturunkan. Tidak ada yang mustahil di dunia ini andai kita usaha dengan cara yang betul. Aku juga sangat lemah tapi aku tetap berusaha perbaiki diri. Aku mahu ajak sama semua kawan kawanku. Mana yang rasa ilmu lebih tinggi, aku mohon tunjuk ajar.


Ah Hoi: Sudah kenyang la kawan. Soli la, wa betul betul lapar. Tak boleh tahan.
Ah Ku: Tak apa lah.

p/s: aku baru merasakan hidup berbilang bangsa ini amat meriah di tempat kerjaku ini sebab ianya benar benar diamalkan. melayu cina india semua bersatu hati.

Tuesday, 9 September 2008

Sembang Dengan Ah Hoi 3

Tengah hari semalam.

Suasana senyap sunyi.

Hanya aku dan apek itu seperti biasa di bilik kecil itu.

Ah Hoi: Wah! Sangat lapar la kawanku!
Ah Ku: Pegi makan la! (tegezut aku)
Ah Hoi: Mana boleh, lu talak makan saya pun ta mau makan la.
Ah Ku: Wa posa maaa! Lu makan sorang sudah la
Ah Hoi: Tak mau la! Tak mau tak mau!
Ah Ku: Lu tak mau sudah la, biar saya makan la!
Ah Hoi: Lu memang begituu...!

Saturday, 6 September 2008

Mau Henpon Baru


Aku sedang berkira kira mahu beli henpon baru.

Dua sebab.

Pertamanya aku sudah bosan dengan Nokia N73 aku yang sangat lembap dan sangat kukesali membelinya.

Keduanya aku sudah jatuh hati pada yang ini:



Rupa sangat elegent. Sangat canggih. Telah kucoba banyak kali di kedai kedai talipon berdekatan.

Harga amat berpatutan dan aku sememangnya gemarkan Motorola nie.

Tapi raya sudah dekat. Tarikh keramat juga semakin hampir.

Aku dilema. Sapa pernah pakai Motorola E8, sila bagi komen anda.

Wednesday, 3 September 2008

Petang nan dingin dan hangin


Jam 3.05 ptg

Suasana kecoh kucah gelana sewaktu aku kembali dari melawat tapak tiba tiba bertukar menjadi senyap sepi. Yang tinggal cuma aku dan encik manager disebelahku. Yang lain semua sudah ke destinasi masing masing. Ya, aku di sales office yang amat bosan ini hari ini. Aduh!

Tepat 3.15 ptg

Keadaan bertambah senyap sunyi kerana secara tiba tiba encik GM memunculkan diri. Berbicara sepatah dua menegurku dan encik Manager, duduk di meja kosong betul betul dihadapanku. Suasana jadi sepi semula. Aku makin kalut tapi tangan meneruskan menaip repot. Mujur ada kerja yang hendak dibereskan, kalau tidak pasti aku kebuntuan lagi.

Nyetttt…nyettttt….!!

Tiba tiba seekor nyamuk melintasiku. Perghh!! Bunyik nyamuk pun kedengaran tu.

GEDEGANGG!! KEBABOOOMM!!!

Kill! Kill! Die! Die!

Tiba tiba encik manager mengamuk demi menghapuskan seekor nyamuk itu. Sejurus melepaskan jurus silang beliau, keadaan sepi kembali. Encik GM kelihatan menggelengkan kepala. Aku pelik dengan perilaku lucah encik manager. Adakah beliau sengaja menarik perhatian agar dapat bonos lebih?

PREEETTTTTETTTETTTETTTT!!!

Hallamak! Mukaku merah padam. Resah gelisah diriku jadinya. Kenapakah bunyi itu lagi yang kedengaran? Sedangkan aku tak merasakan ianya datang dariku. Bau tungkik turut meresap di ruangan itu. Aku jadi sengal. Kenapa ini terjadi lagi? Apakah akan berlaku selepas ini? Adakah aku akan dibuang negeri?

“Its ok, its mine”, tiba tiba je encik GM bersuara. “Its not fully my fault, the macha offered me sambal petai just now. It taste so good!” Dengan penuh bangga beliau mengaku. “It smells quite good rite?” soal beliau pulak!

Hadoiyaiii!!! Lucah sungguh perbuatan mereka dikala aku berpuasa. Sabar sabar sabar...

Friday, 29 August 2008

Sembang dengan Ah Hoi 2


Ah Ku : Kawan, u punya keta sudah ok kah?
Ah Hoi: Sulah ok, dapat enjin balu lagi wooo...
Ah Ku : Apa pasal enjin pulak itu hari kan bumper yang kemik?
Ah Hoi: Saya punya suka la, mau pakai itu V10 punya enjin. ha ha


Sungguh kurang mentega apek ni. Pantang kalau pagi pagi hari dia tak kenakan aku. Tiba tiba aku dapat idea.

Ah Ku : Nanti lu senang la mau pecut
Ah Hoi: Kenapa cakap itu macam?
Ah Ku : Nanti dah pakai itu enjin, 5 saat lu sudah sampai sana cheras
Ah Hoi: Ya lor, sana ceras ada tempat kubur olang punya ka?
Ah Ku : Ha Ha ha! (mengong apek ni)


Suasana riang ria wujud seketika kerana masing masing ketawa berdekahan. Sejurus mencapai klimaks ketawa, keadaan terus sepi seketika. Masing masing khusyuk menatap laptop. Aku melayan si dia dengan msn sambil sambil buat kerja.

Dalam kepala memikirkan agenda seterusnya hari itu kerana banyak sangat perlu dibereskan seberapa segera.

Tiba tiba...

PRETTTT...!!!

Allammakkk! Macamana boleh terlepas angin itu??!

Keadaan tambah sunyi. Apek tak bersuara langsung. Aku menyedut dalam dalam, ah lega, takde bau. Mungkinkah apek tu terbau sesuatu? Mungkinkah dia tak kedengaran? Mana boleh, kuat wooo bunyik tadi tu. Hampaih tul.

"Kawan, lain kali jangan buang merata rata tau", ujar beliau setelah lima minit menyepi. Aku cuma mampu ketawa besar. Ha ha...Nasib lah!