Pengikut Abang Bebel

Tuesday, 27 January 2015

Cincin Yang Hilang

Cincin Kawen Yang Hilang: Malang tak berbau cempedak belum menjadi nangka tapi cincin kesayangan tiba-tiba lenyap dari pandangan.



 

















Ye ke cincin kesayangan? Jenuh nak kena godek balik gambar majlis nikah & bersanding baru jumpa gambar cincin tu. Dah lumrah manusia, bila setiap apa yang dia kata dia sayang tu sentiasa ada didepan mata pasti diambil mudah atau dibuat acuh tak acuh je sehinggalah tiba-tiba benda yang dia sayang tu lenyap. Baru terhegeh-hegeh tercari-cari tapi dah terlambat.

Tapi ini betul ni memang sayang betul ni kat cincin ni, tak mahal pun dan memang kalau jual tak laku sebab bersalut emas putih je. Tapi kenangan yg dibawanya tu, tak ternilai harganya.

Kejadian pada petang 20 Januari 2015 lebih kurang jam 4 petang, singgah solat Zohor kat surah Petronas kat tepi LDP dan tak jauh dari tol yang menghala ke Putrajaya. Terlalu kejarkan dunia sampai terlambat kerjakan Zohor, mungkin sebab tu jugak la aku diuji. Sesiapa yang terambil cincin tu dan terbaca post ini, sila la berusaha untuk pulangkan kepada saya. Cincin itu tak ternilai harganya buat diri saya dan orang yang saya cinta sahaja, tapi kalau bawak kat kedai emas takda yang nak beli.

Dan ingatlah, tujuan saudara ke surau tu untuk solat kan? Tak baik simpan barang yang bukan hak kita...chewah...tapi kalau betul betul jumpa, tolong pulangkan. Terima kasih je yang saya mampu hulurkan.