Pengikut Abang Bebel

Tuesday, 2 June 2009

Belum Rezeki Kami



Al-Fatihah buat adik Muhammad Azam Zuhaily dan Muhammad Azam Zuhairy yang telah kembali ke rahmatullah. Mereka adalah kembar yang aku dan isteri tunggu sekian lama. Kelahiran mereka pada 31 Mei 2009 sangat tidak diduga kerana baru genap enam bulan usia dalam kandungan.

Jam 9.15 minit pagi isteri mengadu sakit dan terasa seperti ada sesuatu di bahagian sulitnya, aku meneliti dan sangat terperanjat menyaksikan seakan kepala seorang bayi seakan mahu keluar dari situ.

Terus aku pecut encik getz ke hospital putrajaya yang jaraknya hanya 15 minit dari rumah kami tetapi terasa seperti 15 hari jaraknya ketika itu. Setibanya di hospital terus ke labour room dan isteriku dibawa masuk. Aku mahu ikut tapi tak dibenarkan kerana sebab yang malas aku nak pertikai.

Muhammad Azam Zuhaily selamat dilahirkan selepas lima minit isteriku dibawa ke bilik bersalin tetapi nyawanya sudah tiada, menurut doktor arwah sudah lebih 24 jam meninggal.

Muhammad Azam Zuhairy menyusul dengan penuh harapan dari setiap doktor dan missy agar dia dapat menyambung perjuangan, sudah pasti harapan aku dan isteri lah yang paling tinggi. Dia berjuang dan terus berjuang sehingga lah pada malam tadi, dia sudah mula keletihan kerana paru paru yang masih belum matang seakan kehabisan tenaga untuk mengepam oksigen masuk kedalam jantung. Jam 9 malam aku tiba di tempat dia ditempatkan dan ketika itu jantung aku yang berdegup kencang kerana melihat doctor mengepam oksigen secara manual kerana mesin yang digunakan tidak lagi berkesan kerana hanya separuh oksigen dapat masuk ke ruang paru parunya.

AKu terus menunggu sambil membaca yasin hingga lah ke jam 11 malam bila doktor mengarahkan aku pulang kerana mereka mencuba sedaya yang mampu untuk menyelamatkan Zuhairy. Sebelum pulang aku sempat mengusap ubun ubunnya sambil memberi kata kata semangat.

Tak sampai setengah jam dirumah, doktor pakar yang turut bergegas ke hospital menghubungiku agar segera ke hospital. Terus terang sepanjang perjalanan aku terasa hiba dan menangis. Setiba di hospital aku berlari ke wad dia ditempatkan dan setibanya disana doktor memaklumkan paru parunya semakin lemah tetapi doktor masih bertungkus lumus berusaha. Jam menunjukkan 12 tengah malam dan aku masih menaruh harapan dan tak jemu membaca yasin sambil menjeling ke skrin yang memaparkan degupan jantungnya yang semakin lemah.

Aku rasa amat tersentuh bila dia memberi reaksi setelah aku turut berada dibilik rawatan dan membelai sambil bercakap dengannya. Dari keadaan meronta ronta sebelumnya, dia seakan akan rasa tenang bila mengetahui aku disisinya. Tetapi dia tetap semakin lemah.

Jam 1 pagi doktor seakan memberi hint yang usaha mereka tak berhasil. AKu meminta sedikit masa untuk mengambil isteri tersayang kerana tak mahu merasa ralat di kemudian hari kerana si ibu tak berpeluang menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

Memecut balik rumah dan ke hospital semula dalam masa tak sampai 30 minit.

Setibanya di bilik rawatan bersama isteri dan parentsku, kami terus menjenguk Muhammad Azam Zuhairy yang sangat lemah. Rasa mahu gugur jantung melihat keadaannya tapi aku gagahkan diri. AKu dan isteri menegurnya walau kami tahu dia sudah tak sedarkan diri. AKu hanya mampu membisikkan kalimah syahadah kepadanya dan dalam masa sama jantungnya terus berhenti berdenyut. Seakan tersenyum arwah kepada ibu dan ayah yang tak sempat didakap apatah lagi nak bermanja.

1.50 pagi, Muhammad Azam Zuhairy menghembuskan nafas yang terakhir. Mungkin dia tak mahu menyusahkan kami dengan keadaannya. Mungkin juga dia mahu membantu adiknya Muhammad Azam Zuhaily di alam sebelah sana. Dia memang abang kerana saiz dan keaktifannya dalam kandungan. Tapi dia berusaha selamatkan adik, mungkin sebab itu dia keluar kemudian.

Apa lah daya kami selain menerima takdir ketentuan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Kami redha walau berendam air mata. Semoga mereka bersemadi dengan aman di syurga yang dijanjikan buat mereka. Moga mereka tak lupa mendoakan ibu mereka segera sembuh dan menguatkan semangat. Kerana airmataku senang benar berderaian bila mengenangkan keadaan isteriku yang sudah kehilangan insan yang sangat rapat dengannya dalam tempoh enam bulan itu. Begitu juga aku. Sayu tapi aku tetap redha...

Akan bersambung lagi bila sudah benar benar ada kelapangan. Sekadar singgah kerana mahu beli tiket secara online buat ayahbonda. Arwah Muhammad Azam Zuhairy selamat disemadikan jam 3.30 petang tadi disebelah kubur adiknya, Muhammad Azam Zuhaily.

33 Bebelan:

Cik Zura said...

tabahlah moss... segala yang berlaku ada hikmahnya.. ituh memang tiket untuk mama dia menempah syurga di akhirat nanti...

aimanis said...

sabar dan tabah...i/A ada hikmah disebalik setiap yang terjadi..du be sad..

tehais said...

Takziah...

Semoga ko dan isteri tabah hadapi dugaan ini..

Super HaNa said...

takziah..'
allah lebih menyayangi kedua arwah...

anak2 kecil ni yg akan menunggu di pintu syurga nnt

~ Hariza ~ said...

takziah..
berderau darah bila baca tajuk entry tadi..moga tabah & kuat hadapi ketentuan-Nya..pengalaman 6 bulan bersama, pasti sukar nak dulupakan..

yang pasti, telah ada 'dua penguat' yang akan menarik kalian berdua ke dalam syurga kelak..

miza said...

takziah..tabah la...moga mereka jadi penanti dan pembantu kamu disana nanti..

CAHAYA said...

Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Harap kamu dan isteri tabah.

"Kun Fayakun"- Jadi, Maka jadilah ia. Ini sudah tertulis. Take care.

Suraya said...

takziah.. sabar abg moss, kak elly.. sik sangka kmk tp Allah lebih menyayangi sidak duak..

Sabar.. tabah, ada hikmah disebalik semua tok..

Al Fatihah untuk kedua2 anak kitak..

amirul said...

Salam Bro,
Suratan Takdir yg perlu kita akui... Salam Takziah buat seluru keluarga u... semoga tabah + sabar menghadapi dugaan berat ini... setiap kejadian ada hikmah disebaliknya... jadi usah berputus asa...

hf said...

Takziah abg..
Syurga adalah rumah mereka.
Tabah ya abg dgn kakak.

Dakjaat™ said...

oit pok .. berapa dah nuffnang ... ? :p

MrsHubby said...

Salam utk En.Moss & Isteri (elly)
Saya silent reader anda berdua, bila ke blog elly saya akan singgah ke blog En.Moss juga.
Ikhlas menjadi Silent reader utk berkongsi kegembiraan setiap kali membaca cerita si kembar cahaya hati yg sedang dikandung.
Teruja, sbb saya sendiri sedang menanti untuk bergelar seorang ibu,lebih kurang sama bulan dgn elly...jd setiap kali entry mengenai baby saya akan turut tersenyum bersama.
Harini air mata saya bercucuran,naluri ibu saya tersentuh,saya sgt sebak terasa ingin sampaikan semangat utk kalian berdua.
Takziah, utk En.Moss & Elly...
Sungguh, Allah amat menyayangi permata hati yang berdua itu.Yang pasti..dia syurga dia sedang menanti ibu & ayahnyer.
Elly...tabah, tabah & tabah!
Rezeki itu Allah lebih mengetahuinyer..
Saya mendoakan,Kuatkan hati ya kamu berdua.

mrs chipmunk said...

akak, semoga tabah menghadapi dugaan ini....

al fatihah tuk adik...

susudalambotol said...

aku terkedu kot baca entri ni. dan aku risau :(

apa-apa pun, kau tabahlah. aku tau susah untuk terima semua ni apatah lagi wife ko.

aku memahami semua tu. aku doa semoga ada lagi kebahagiaan untuk ko berdua ye. insyaAllah, dengan izin Tuhan.

arianna adrizal said...

takziah utk kamu & isteri.
aku terkejut. tapi dah itu takdirnya. bersabarlah..
al-fatihah utk keduanya.

biskutrajin said...

saya tumpang simpati pd encik bebel & elly...sedap nama mereka..:)...al fatihah

RoSe said...

salam takziah..

semoga awak dan isteri tabah menghadapinya..

Bunga Rampai said...

Salam takziah Beb dan isteri,

Tidak semua manusia diberi Allah kesempatan untuk menerima dugaan seberat ini yang memberi peluang kepada manusia itu berusaha untuk mencapai keimnanan yang lebih tinggi lagi. Beb dan isteri adalah orang-orang pilihanNya.

Bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Doa saya mengiringi untuk kesejahteraan kalian.

Al-Fatihah untuk arwah adik berdua.

ahhou said...

Salam takziah my dear friend.
This is a challenge and test from the Almighty. I'm sure you will be stronger in life after this.

Take care.

my little family said...

takziah dr MA, harap Moss & isteri kuatkan semangat & tabah ye...

||alis|| said...

salam. saya silent reader blog nih sejak sekian lama. tabahkan hati. yakini ada rezeki lain menanti.

bersyukurlah kerana di padang mahsyar kelak, telah dijanjikan bahawa kalian berdua tidak akan haus kerana punya anak yg berlari2 mengambilkan air untuk kalian. bukan satu, tapi dua orang yg menghulurkannya. betapa beruntungnya kalian, hanya Allah saja yg tahu..

setiap kejadian punya hikmah. percaya itu janji DIA.

al-fatihah buat both Azams.

shada JD said...

serius aku terkejut babe!
I cant stop crying as I know this is korang punya 1st time.
Ya Allah!Tabah k?

Aku sbg org luar hanya mampu doakan utk kesejahteraan baby twins kat alam sana dan semoga korang tabah k?Aku tau mmg senang ckp sbb aku tak rasa but hmmmm...Serious aku terkejut sgt!

Anyway,sebagai kata semangat,aku nak cerita kat ko nih..Pasal lecturer aku dia pun pernah jadi mcm ni.Then,sbb Allah mmg dah takdirkan selepas itu,berduyun 'rezeki' dtg.And dia 'dpt' apa yang telah 'diambil'.

So,jangan bersedih sgt k.Anak-anak ko mesti bahagia kat syurga tu.And diaorang pasti akan doakan agar ko and isteri ditempatkan di syurga kelak.

Mmg aku cakap je senang tapi think positive k?
Insya-Allah,yang baik-baik menyusul lepas ni.

Jaga akak baik2.She needs courage because it's not easy to handle kan?

My prayers go to your twins.
Muhammad Azam Zuhaily dan Muhammad Azam Zuhairy.

Al-fatihah.

Kumprinx said...

takziah.

ustazah dyLLa said...
This comment has been removed by the author.
ustazah dyLLa said...

salam...mudah2an kedua2 arwah anak saudara ditemptkn disyurga serta ALLAH memberkati merahmatinya...

"HIDUP INI SNGT PENDEK...LAHIRNYA MANUSIA DISAMBUT DGN AZAN...PERGINYA MANUSIA DIIRINGI DGN DOA..."

ada hikmah disebalik kejadian ALLAH...percayalah...perkara yg baik, ALLAH permudahkan...insya'ALLAH...smoga tabah hadapi dugaanNYA...

orensangkuit said...

salam
i'm your silent reader
so simpati with all this
harap incik dan isteri tabah
seyes
i pun tak sabar nak tunggu your baby tapi takde rezeki

hope boleh bg semangat kat your wife tentu dia lagi sedeh

take care

acik oren

Redbloodsnow said...

innallillah wa inna ra'jiun...saba byk² ek wat bebel n elly ah. sad news tok koh ktk :(

takziah dr mek utk ktk sefamily...Alfatihah...

-azwanbakhtiar- said...

takziah.

nasazfrog... said...

mmg sedih tapi pemergian nya ada rahmat di sebaliknya... tabah la yer,,, aku memahami situasi itu...

n u r i d r i n said...

kepada orang yang kuat dengan dugaan-Nya,
insyaAllah diberi ganjaran yang lebih.
:)

Yat Ekhram said...

ya allah...

sedeynya..sy baru je bukak blog ni..
za ada sms aritu betau..

for both of u bersabar ye.
Allah lbh sayangkan anak2 u all.
percayalah dia menanti di syurga.

Sebak gile bile baca coz yat pon tgh expecting ni..doakan semoga semuanya selamat insya allah..

Tabahla kamu berdua..

Anonymous said...

takziah...

ummuhannan said...

al-fatihah buat arwah & takziah buat muss&isteri. Mmg sedih,saya doakan muss&isteri dapat hadapi semua ni dengan tabah.Yakinlah setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknya...insyaAllah berkat kesabaran, ketabahan dan keimanan yg kuat terhadap ujian Allah ini akan ada yg menggembirakan suatu hari nanti.